Tuesday, September 9, 2008

PARTI KOMPONEN BN SERAHKAN KEPADA MT UMNO BUAT KEPUTUSAN ; MT UMNO ESOK; ' SAYA TIDAK AKAN MINTA MAAF", KATA AHMAD ; KITA TUNGGU ESOK, KATA KOH !

KUALA LUMPUR -- Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO esok ( Rabu ) dijangka akan memutuskan bentuk tindakan yang akan diambil terhadap Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera Ahmad Ismail.
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, pemimpin - pemimpin parti komponen BN menyerahkan sepenuhnya kepada Majlis Tertinggi UMNO untuk membuat sebarang keputusan katanya selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi BN di PWTC sebentar tadi.
Sementara itu, Pemangku Presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon berkata, Gerakan akan menimbang semula keputusan mengenai hubungan dengan UMNO Pulau Pinang selepas melihat bentuk tindakan yang akan diambil oleh MT UMNO terhadap Ahmad Ismail esok.Untuk rekod, malam tadi Gerakan memutuskan hubungan dengan UMNO Pulau Pinang yang diketuai oleh Datuk Seri Abdullah Badawi setelah tindakan Ahmad Ismail mencabar Gerakan keluar dari BN dan mengoyakan gambar Koh Tsu Koon.
SAYA TETAP TAK AKAN MOHAN MAAF
Sementara itu, Ahmad Ismail yang disaman ke Putrajaya berjumpa dengan Abdullah Ahmad pula masih dengan pendirianya tidak akan meminta maaf dan mendakwa Gerakan yang membakar semangat orang melayu.SILA KLIK DISINI
Pada masa yang sama politik negara terus menjadi panas hari ini apabila Pergerakan Wanita Gerakan yang kesal dengan tindakan mengoyak gambar Koh Tsu Koon hari ini mendesak Ahmad dipecat dari BN dan tindakan ISA dikenakan terhadapnya.Manakala Ketua Pemuda BN Pulau Pinang meletakkan jawatanya hari ini dan tiga pemimpin dari Gerakan dijangka turut meletakkan jawatan mereka esok.

6 comments:

Anonymous said...

Boleh tahan kepala batu orang tua nih.....

Anonymous said...

baca novandri.blogspot.com untuk skrip ucapan press conference beliau. Kita tak nak kes ketuk ketampi warga cina berulang kembali.

Anonymous said...

udah ler kes nih udah selesai yg berucap tuh kena hukum abis crite.

Anonymous said...

Kita tunggu laporan polis, yang menghasut pemberita Sin Chiew Jit Poh tu. Kurang ajar!!

Anonymous said...

Yess, pemberita tu dah kena tahan ISA.

Anonymous said...

DISKRIMINASI KERAJAAN BARISAN NERAKA APALAH SALAHNYA TANGKAP JE KB BUKIT BENDERA TU SUMBAT DALAM ISA....TULAH KALAU KERAJAAN BN TAK LEH MENJALANKAN KEADILAN KEPADA RAKYAT TUKAR JE KERAJAAN