KUALA LUMPUR -- Mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi UMNO hari ini pada jam 10pagi dijangka akan menjadi PENENTU kepada kemelut UMNO mengenai Peralihan Kuasa 2010 yang masih menjadi tanda tanya. Selain itu, isu penangguhan pemilihan UMNO di peringkat bahagian dan Majlis Tertinggi turut akan dibincangkan. Apakah peralihan kuasa antara PM dan Najib akan diawalkan ataupun Pak Lah akan terus mempertahankan jawatan Presidenya dan akan meneruskan Pelan 2010 sepertimana dirancang sebelum ini. Apapun, sejak beberapa hari ini banyak keputusan dibuat - tidak konsisten dlm UMNO. Sering ditukar sehingga kewibawaan Majlis Tertinggi juga menjadi tanda tanya. Bahkan kelihatan percaturan politik antara Datuk Seri Abdullah dan Datuk Seri Najib seolah - olah tidak menjadi apabila Najib mengubah fikiranya dua minggu lepas. Apakah akan berlaku hari ini ? Apakah akan berlaku proses peralihan kuasa ataupun proses rampasan kuasa? Kita tunggu dan lihat hari ini . Pak Lah akan akur ataupun akan terus berjuang ?
2 comments:
harapan agar apa saja yang dilakukan adalah yang terbaik kepada ahli UMNO dan rakyat malaysia..
salam aidilfitri...
Selamat Hari Raya Kepada Wilayah Kini Dan semua pembacanya
Post a Comment