Friday, September 5, 2008

WANITA UMNO WILAYAH PERSEKUTUAN MAHUKAN KEPIMPINAN YANG LEBIH BERWIBAWA DAN BUKANYA RETORIK ?

KUALA LUMPUR ( Wilayahkini ) -- Sudah mula kedengaran suara - suara di peringkat akar umbi dimana ahli - ahli wanita UMNO di Wilayah Persekutuan mahukan satu kepimpinan yang lebih berwibawa dan bukanya retorik.
Sepertimana yang kita sedia maklum, ahli -ahli Wanita UMNO di Wilayah Persekutuan begitu aktif sekali di peringkat cawangan dan bahagian dan kini sudah mula kedengaran suara - suara yang lantang yang mahukan perubahan kepimpinan di peringkat negeri yang kini dipimpin oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Apakah ini benar ? ataupun hanya cakap - cakap politik sahaja? malah insiden " merajuk dan pulang ke KL di Permatang Pauh " masih lagi menjadi topik hangat dikalangan wanita UMNO Wilayah Persekutuan.
Mengikut laporan yang diterima, kali ini menyaksikan bahagian Titiwangsa, Setiawangsa, Wangsa Maju dan Labuan menyaksikan pertandingan yang sengit untuk jawatan Ketua Wanita dan Naib. Tiga teraju utama wanita UMNO di Wilayah Persekutuan - Shahrizat Abdul Jalil( Kepong ), Faridah Abu Hassan ( Cheras) , Datuk Azizah Samad ( Seputeh ) telah berjaya mengekalkan jawatan Ketua Wanita tanpa bertanding.
Turut menang tanpa bertanding ialah Ketua Wanita Lembah Pantai Datuk Sharifah Aminah, Ketua Wanita Titiwangsa Khadijah Alang dan Ketua Wanita Batu Maimunah.
Faridah juga merupakan Naib Ketua Wanita Wilayah Persekutuan dan Penolong Setiausaha Wanita UMNO Malaysia manakala Senator Azizah pula adalah Penolong Bendahari Wanita UMNO Malaysia dan Datuk Sharifah pula Timbalan Pengerusi Tetap Wanita UMNO Malaysia.
Kali ini difahamkan beberapa pemimpin wanita di peringkat bahagian dikatakan akan menawarkan diri bertanding bagi jawatan Exco Wanita UMNO Malaysia.
Malah, ada ahli - ahli wanita di Wilayah Persekutuan juga " tidak kisah" dengan proses peralihan kuasa di peringkat nasional tetapi mereka dikatakan lebih berminat untuk memperkukuhkan Wanita UMNO Wilayah Persekutuan.
( gambar : Senator Azizah,Datuk Sharifah, Datuk Faridah dan Datuk Seri Shahrizat )

10 comments:

Anonymous said...

Saya sebagai salah seorang pemimpin tertinggi dalam bahagian di wilayah, menyokong penuh sekiranya Datuk Seri Sharizat terus memimpin Wanita Wilayah ini atau memimpin wanita malaysia juga. Beliau seorang yang berkarisma, walaupun beliau tewas dalam PRU12 baru-baru ini, bukan kerana kesilapan dia tapi itu kerana tsunami politik yang berlaku diseluruh negara.

Hal merajuk2 masa di Permatang Pauh isu sikit je. Salmah Pin memang macam tu, Kalau orang tak ikut cakap dia, dia mesti marah. Dia tu memang ada eksyen sikit. Maklumlah bos syarikat besar. Dia nak semua orang dengar cakap dia saja. baik DS Sharizat pun mesti dengar cakap dia. Bangkang je pasti dia mengamuk. Sebenarnya takda apa isu yang besar pun di permatang pauh tu. Saja orang nak buruk2kan kepimpinan DS Sharizat.

Tahniah juga kepada ketua wanita yang telah menang tanpa bertanding. Ini menunjukkan pemikiran wanita yang matang serta mahukan perpaduan.

Anonymous said...

Kami seluruh wanita UMNO Malaysia mahukan DS Sharizat menjadi Ketua Wanita Malaysia dan terus memimpin kami wanita2 seluruh Malaysia. Sudah sampailah masanya untuk DS Sharizat duduk diatas jangan asyik nak dok diperintah oleh orang lain. Dan jangan pulak nak tunggu peralihan kuasa baru nak pegang Ketua Wanita UMNO Malaysia. Untuk DP Rafidah agak2lah dah sampai masanya anda berundur bagilah orang lain yang memimpin wanita2 semua. Usah dok tunggu peralihan kuasa baru nak serah jangan tamak kuasa sedar2lah....

Anonymous said...

Kami harap Salmah Pin diberikan pelaung jadi Naib Ketua Wanita WP kali ini kerana jasanya cukup meluas.

Anonymous said...

Banyak masalah Wanita di WP dan kami harap Kak Ijat dapat turun padang dan tengok sikit.Wanita memang dah bosan dengan tindakan pengurusan Wanita di WP.Janganlah sampai kami nak mengamuk pulak nanti.

Anonymous said...

Mak cik kl......
Apa masalah wanita di WP. Semua ketua wanita di wilayah berkeliber dan boleh mengatasi masalah di bahagian masing2. Perhatikanlah, berapa bahagian yang ketua wanitanya yang bertanding dan berapa ketua wanita yang tidak bertanding. So apa masalahnya. Saya rasa kak ijat dah banyak membantu. Dah tiba masanya bagi beliau mentadbir wanita sepenuhnya. TS Rafidah patut bangga melepaskan jawatan sekarang. Selama beliau memegang jawatan ketua wanita malaysia pun apa yang dia bantu ketua2 wanita setiap bahagian?? Takda pun. Yang dibantu dan mengenyangkan perut2 mereka hanyalah kroni2 TS Rafidah. Itulah yang hebat mempertahankan supaya Rafidah jangan lepas jawatan dulu. Semua tu dah selesa dan kayaraya. Tapi tak pun membantu ketua2 wanita bahagian yang lain. Kak Zah pun sama, cakap nak tolong tapi bila tiba masa, selalu cakap ok, ok, tapi abuk pun tarak. Datuk Faridah jangan cakaplah....mastermind paling bahaya. Jadi sudah tiba masanya saya rasa TS Rafidah beri peluang pula pada kak ijat.

Peralihan kuasa yang nak dibuat oleh TS Rafidah takda dalam pelembagaan, so ahli tak salah kalau mencalonkan kak ijat dalam mesyuarat wanita bahagian yang akan datang.

Anonymous said...

Tapi kenapa Datuk Faridah selalu nak kacau Kak Ijat kita? Tahulah di penyokong kuat Ts Rafidah tapi janganlah main kotor. Kami sedih kerana WP berpecah.Macam mana nak bertanding Ketua Wanita? Orang kuat WP sendiri nampak nak sabotaj Kak Ijat kita ni.Wilayahkini tolong tengok - tengok sikit.

Anonymous said...

Saya juga ada dengar cerita Faridah yang cuba nak sabotaj Kak Ijat dan nak bawak Azalina.Betulker ? Dahlah jadi Naib Ketua Wanita WP tapi kenalah ikhlas dengan bosnya.Apa nak jadi ni?

Anonymous said...

Kita harap Salmah Pin dan Kak Ijat dapat duduk sama selesai masalah politiking di Wanita WP yang semakin berleluasa dan meletup dah di Permatang Pauh dah.Kami amat gembira kerana Wilayahkini dah mula berikan banyak ruang kepada Wanita sekarang.Jangan dok asyik nak promote Puteri dan Pemuda jer.Kami dari Wanita ni pun jengoklah sikit.Salam Ramadan

Anonymous said...

Alahai Datin...sungguh hebat.Kami sokong saranan anda.Kita memang nak kan Kak Ijat kita jadi Ketua Wanita cuma kita dari WP belum bangkit lagi untuk suarakan pendirian kita.Apa nak tunggu lagi? Kita taka mahu retorik lagi sepertimana tajuk Wilayahkini.Ayuh kita bangkit demi Kak Ijat kita.

Anonymous said...

Well done Datuk Seri Shahrizat.We will be with u always.