Saturday, September 6, 2008

PENGERUSI GERAKAN WP DAN BEKAS AHLI PARLIMEN SEGAMBUT TAN KEE KWONG SERTAI PKR HAR INI !

KUALA LUMPUR ( Wilayahkini ) -- Pengerusi Gerakan Wilayah Persekutuan Datuk Dr. Tan Kee Kwong yang digantung keahlianya dua bulan yang lepas selepas menerima tawaran mengetuai pasukan perunding mengenai dasar tanah daripada kerajaan negeri Selangor yang dikuasai Pakatan Rakyat hari ini dengan rasminya mengumumkan keluar dari BN dan Gerakan dan menyertai PKR.
Tan yang juga merupakan bekas Ahli Parlimen Segambut selama dua penggal dan bekas Timbalan Menteri Pembangunan Koperasi dan Tanah selama sepenggal mengumumkan pendirianya keluar dari Gerakan pada satu sidang media khas yang turut dihadiri oleh Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan beberapa pemimpin PKR yang lain.
" Sampai satu tahap saya rasa bukan sukar tapi mustahil untuk mengubah BN dan saya memilih PKR kerana parti PKR merupakan satu parti untuk masa depan dan dibuka untuk semua kaum", katanya.
Tindakan Tan memang tidak langsung mengejutkan.Setelah sekian lama Tan berada di BN, menikmati semua kemewahan dan keselesaan- kini beliau menuding jari kepada prestasi BN pada PRU yang ke 12. Tan memang kecewa kerana tidak dapat bertanding semula di Parlimen Segambut pada PRU yang ke 12 dimana , Gerakan yang mempunyai tiga kerusi parlimen di WP - tewas di ketiga - tiga parlimen tersebut. Tersungkurnya Gerakan di Parlimen Segambut dan Batu yang dianggap kubu kuat BN merupakan tamparan yang paling kuat diterima Gerakan di Wilayah Persekutuan. Satu lagi kerusi merupakan - Parlimen Kepong yang menjadi kawasan kuat DAP.
Terlalu banyak konntroversi di Gerakan semasa pemilihan nama - nama calon dari Gerakan di Wilayah Persekutuan.Pucuk pimpinan tertinggi Gerakan hanya menamakan nama - nama calon sebelum sehari hari penamaan calon selepas pelbagai teka teki politik dalaman. Walaupun Gerakan tidak seberapa hebat di Wilayah Persekutuan dari segi bilangan cawangan dan bahagian jika dibandingkan dengan MIC dan PPP tetapi Gerakan terus diberikan sokongan oleh warga kota KL kerana semangat BN selama 50 yang lepas termasuk bagi Tan di Segambut.
Tindakan Tan memang tidak merugikan mana - mana pihak di WP termasuk BN kerana Gerakan memang tidak " gah " di WP. Mungkin oran- orang Segambut dan WP dapat berkongsi pendapat mengenai tindakan Tan Kee Kwong yang tidak - Ber TAN - ggungjawab ini ?
Tan seharusnya menyalahkan kepimpinan tertinggi Gerakan bukanya BN.Jangan kita menjadi manusia yang cepat lupa.

8 comments:

Anonymous said...

Ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Mungkin wilayahkini boleh membuka lembaran sejarah siapa kah bapa Dr Tan Kee Kwong ini dalam arys politik negara suatu ketika dahulu, untuk di imbau generasi baru. Mungkin juga wilayahkini boleh menerangkan keakraban 2 orang sahabat lama ini iaitu Dr Tan dan Datuk Khalid Ibrahim sebagai faktor utama berubah pendirian beliau kepada PKR?

Yang saya rasa amat penting ialah peluang BN merombak calon kawasan Parlimen Segambut untuk di ambil oleh calon Melayu amat cerah sekali untuk PRU13 akan datang. Ia nya sebagai hukuman kepada sikap berpaling tadahnya seorang tokoh Gerakan yang menjadi ikon calon di Segambut suatu ketika dahulu. Semoga petunjuk ini dapat di manfaatkan oleh kita semua untuk kesinambungan perjuangan Melayu dalam bandar.

Anonymous said...

Saya sokong saranan pemuda jalanan yang kerana Tan memang seorang yang pro pembangkang.

Anonymous said...

aku dah agak dah budak wahub buat lagi ni ntah sape plak nak kuar lg dr BN....jahanam jahanam?

Anonymous said...

memang dasar lupa daratan. Jangan bagi muka pada diaorang ni. Dah kalah, takda kerusi nak salahkan BN. Gerakan sendiri bila menyertai BN tidak ikhlas. Mereka pentingkan diri sendiri. Kalau Gerakan nak keluar dari BN, biarkan. Bukan ada membantu apa2 pun. Tengoklah Pulau Pinang di bawah pemerintahan Gerakan, sapa yang maju?? Orang Melayu jauh ketinggalan.Itu pun mereka masih tak puashati. Biarlah kalau mereka nak keluar pun.

Anonymous said...

Wak setuju benar dgn kata2 mu itu diatas...

Anonymous said...

Baik Gerakan keluar dari BN...... tiada gunanya kalau dalam BN tapi asyik mengutuk BN...... Baik MCA....... saya sokong cadangan nak meng MCA kan penang....... jgn kita kasi muka sama Gerakan..... PRU12 hanya segelintir org Gerakan yang menang........ Presiden dia pun kalah...... tapi berlagak macam dia ni berkuasa... apa lagi... berundur lah Koh! Kalau Koh ada Koh te! keluar...... keluar dari gerakan dan BN.... meluat aku tgk muka pengkhianat bangsa sendiri... memalukan... porrahh dari BN...... kita orang UMNO dan BN nak MCA aje untuk bangsa Cina dan MIC untuk bangsa India....... adalah amat tepat sekali gerakan keluar dari parti BN..... Dorang ni duri dalam daging......... tegnok si Dr Tan ni.... macam tak mengenang budi langsung...... dia menang dari 1995 kerana UMNO...... mana pernah turun padang...... sekali sekala aje turun...... setinggan semua UMNO jaga... GERAKAN tak jaga laaa....... sekarang dah kalah dan akibat bermasam dengan Koh-te... Dr Tan belah gerakan..... kononnya perjuangan dia berubah.... atau dah tak boleh carik makan kat BN ko belah PKR????........ bapak kau tan chee koon memang tak ngaku ko anak...... Dr Tan adalah seorang yang tak berpendirian..... percayalaa.... kita tunggu dan lihat pengkhianat ni.....

Anonymous said...

Kerusi segambut bagi kat UMNO lepas ni. Kita jaga betul-betul.
Cuba kira berapa ramai dah orang Gerakan masuk PR? Bermula dengan setiausaha agungnya ke DAP dan lain-lain lagi. Kira jelas tak relevan dah Gerakan ni. Kita sokong MCA untuk wakil masyarakat cina.

Anonymous said...

WARISAN


Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cintakan lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita Cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan Maha Perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah dinusantara