Friday, September 12, 2008

TITIWANGSA : GANDINGAN ANAK DAN BAPA MENDOMINASI UMNO TITIWANGSA ? AZIZ JAMALUDDIN GIGIT JARI ? JOHARI dan ROSMAN SAMA MANTAP !

KUALA LUMPUR - Pertembungan Idham Yasser dan Azizul Rahman bagi merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Titiwangsa SERTA pertandingan satu lawan satu antara penyandang Datuk Johari Ghani dan Datuk Rosman bagi jawatan Timbalan Ketua Bahagian telah merancakkan kempen dan bahang pemilihan di Bahagian Titiwangsa. Sepertimana yang diketahui umum, Datuk Seri Suleiman Mohamad aka (Ironman Titiwangsa )telah berjaya menang tanpa bertanding sebagai Ketua Bahagian.
Kini Suleiman dikatakan lebih sibuk mengatur strategi untuk memastikan kemenangan anaknya- Idham Yasser bagi jawatan Ketua Pemuda Bahagian. Idham yang kini merupakan Naib Ketua Pemuda Bahagian menawarkan diri setelah penyandang Ahmad Zuhri melepaskan jawatanya kerana faktor umur. Diatas kertas, Idham dikatakan lebih berpeluang jika dibandingkan dengan Azzizul Rahman namun segelintir pemuda di Titiwangsa tidak mahukan kepimpinan Bahagian dan Pemuda di dominasi pemerintahan bapa dan anak.
Idham yang juga dikatakan pro - Mukhriz dilihat akan menggunakan pengaruh bapanya habis - habisan untuk memastikan kemenanganya.
Bagi jawatan Timbalan Ketua Bahagian pula, walaupun dari segi bilangan angka pencalonan Johari Ghani aka ( Jo KFC )telah mendahului Rosman aka (MiTV Rosman), TETAPI rata - rata ahli UMNO Titiwangsa kali ini berpendapat suara pencalonan hanya akan melambangkan tiket untuk bertanding sahaja.Malah Rosman dikatakan sudah bersedia dari setiap penjuru untuk membuat kejutan kali ini.Kempen - kempen Rosman dikatakan lebih efesyen walaupun Drs Suleiman dikatakan berpihak kepada Johari Ghani.
Sementara itu, AJK Bahagian Datuk Aziz Jamaluddin ( Calon BN yang tewas di Titiwangsa ) masih tercari - cari dua lagi pencalonan untuk menentang penyandang Naib Ketua Bahagian Affendi Zahari. Apakah Aziz Jamaluddin akan layak ? sukar dipastikan. Namun, Affendi yakin akan menang tanpa bertanding.

22 comments:

Nasionalis said...

Blog tuan telah dimasukan dalam suara akar umbi dalam blog penggabung saya. Harap boleh kita bertukar2 pautan - reciprocal.

Anonymous said...

Mana boleh.Bapa dan anak asyik nak control Titiwangsa? Kena beri orang lainlah jugak.

Anonymous said...

jika anak dan bapak menjadi ketua..... adakah ini tergolong didalam kronism..... mengapa bapak menjadikan sianak juga sebagai ketua. si bapak kita memang yakin diatas kepimpinan beliau menerajui umno bahagian. bagai mana pula dengan kredibiliti si anak. adakah si anak betul-betul layak atau ada "back up" yang kuat dari si bapak.

jika si anak benar-benar seorang pemimpin yang berkaliber dan terbukti sebagai pemimpin sejati, adalah layak beliau sebagai ketua. tapi jika sebaliknya...........

kita nilailah sendiri.............

Anonymous said...

Untuk 22 tahun Datuk Seri Dr. Suleiman dah berbakti pada Titiwangsa dari setinggan di kg. padan hinggalah kepada pengaturan pelan bagi pembangunan kg. baru, semua untuk kemakmuran orang melayu.. ternyata khidmat dan bakti beliau tak boleh disanggah.. bahkan sekiranya Datuk Suleiman tidak menolak untuk menjadi calon Parlimen Titiwangsa pada Pilihanraya yang lepas sudah tentu BN menang walaupun dalam Tsunami politik... Beliau juga sudah memaklumkan hasratnya untuk bersara pada penggal ini tetapi di atas permintaan Timbalan, Naib dan seluruh Jawatankuasa Bahagian mengharap beliau boleh meneruskan khidmat lebih-lebih lagi dalam kepakaran dan skil bagi menghadapi PRU 13 agar Titiwangsa bebas dari cengkaman pembangkang.. Pengumuman ini dibuat pada Majlis Taklimat Kepada Cawangan-Cawangan..

Perlulah diingat bahawa kuasa memilih adalah kuasa perwakilan dan cawangan-cawangan. Bagi Cawangan yang mencalonkan kepimpinan Pemuda kepada Sdra Idham adalah datangnya dari kesedaran mereka berkenaan hala tuju kepimpinan di Titiwangsa.. justeru itu Idham mendapat pencalonan melebihi 80% bagi meneruskan pelan-pelan yang telah dirangka sebelum ini. Tiada politik warisan dan turun temurun. Mungkin darah Kepimpinan yang mengalir dalam menabur bakti dan khidmat seperti yang di waris oleh Sdra. Ahmad Zuhri daripada ayahndanya Allahyarham Dato' Idris Ibrahim yang pernah memegang tampuk Ketua Bahagian yang hebat pada satu ketika dulu.

Saya percaya dorongan untuk Azizul bertanding adalah dari luar iaitu dari Khairi Jamaluddin yang mengetahui beliau mungkin tidak berpeluang untuk mendapat pencalonan dari Idham yang mana merupakan teman baik kepada Mukhriz. Hubungan Idham dan Mukhriz telah lama terjalin sebelum ura-ura Mukriz berhasrat bertanding Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Justeru itu Azizul telah dibonekakan oleh khairi bagi mencapai matlamat ini... lebih-lebih lagi mengula-gulakan isu Pinjaman Tekun melalui kontak khairi.

Bagi Aziz Jamaluddin pula beliau harus menyedari bahawa Politik yang dimainkannya dengan Pak Lah untuk menjadi calon Ahli Parlimen adalah tidak sama dengan suara akar umbi... Jelas akar umbi menolak kepimpinannya dan yang menyokong adalah para-para kempen manager yang berhasrat untuk mengaut keuntungan hasil dari pertandingan tersebut.

Sdra. Affendi kalau tak salah saya telah pun menang jawatan tanpa bertanding bagi Naib...

Bagi Jawatan Timbalan pula terserahlah pada perwakilan untuk menilai... tetapi pada pandangan saya isu pertandingan ini dicetuskan oleh kempen-kempen manager bukannya bertujuan untuk kepentingan Parti sebaliknya untuk kepentingan peribadi..

Tujuan Rosman untuk bertanding adalah jelas kerana untuk jadi Wakil Rakyat pada saya isu Aziz Jamaluddin adalah satu contoh bahawa takyah jadi Ketua, Timbalan atau Naib untuk jadi wakil rakyat jadi AJK pun dah cukup dan yang paling penting tau macammana nak buat bubur lambuk...

Walaupun perkara di atas adalah pandangan peribadi saya dan melalui info-info yang dilontarkan kepada saya selaku pekerja atau tenaga khidmat suka dan rela, saya mencadangkan mana-mana calon yang hendak bertanding fikirkanlah adakah anda mampu membawa perubahan atau menambah kekecohan. UMNO hari ini dalam keadaan parah... Bersatu Kita Teguh... Bercerai dan Berbalah Kita Roboh dan Musnah

Anonymous said...

sepengetahuan saya cawangan mencalokan anak leman kerana pengaruh yang besar dari leman sendiri. ini yang membuatkan anak leman terpilih. jika tidak calonkan anak leman tak tahu apa akan jadi pada cawangan tersebut

Anonymous said...

Wahai saudara tangkap antu... saudara tulis mengenai pencalonan 80% utk saudara Idham tu mmg btul...tp ikhlas ke kp cawangan tu bg???...atau....saudara buat2 x tau kot....tp smua org d TTwangsa tau!

Sy x rasa saudara ini berasal dari Ttwangsa....ataupun saudara mmg penyokong kuat Tok Leman...(Bukan Idham).....dan pelan yg dirangka sebelum ini???....pelan apa erk???

korang smua d bhg luar x heran ke d ttwangsa ini...cuba korang tnya2 skit...idham pkai jentera pemuda ke....jentera bahagian?

Org mcm saudara ini bolehlah menulis d Titiwangsakini.com...sndri buat,sndri tulis, sndri bakul angkat.....

Azizul dibonekakan ole KJ....itu isu bodoh yg dijajakan oleh pengampu2 tok leman klu korang nak tau....tp sy percaya...pemuda2 TTwangsa tdak mudah utk dperdayakan!!!

Bukan tangkap antu...saudara kene tukar nick saudara...
'TANGKAP MUAT'!!!

Anonymous said...

hoiii...badigollll, yg korang nak sokong sangat azizul apahal...selama ni apa yg dia dah buat...ramai yg tak kenal dia...knaper bila nak bertanding baru nak jumpa pemuda2 cwg..sebelum menawarkan diri utk bertanding kp ..gaya lagak mcm menteri...pemuda2 yg duk lepak kat kedai kopi takda kelas..azizul pandang pemuda2 ini low class..mcm ni ke yg kita nak lantik dia jadi kp..jgn lah terpedaya dgn gaya azizul mcm org koparat bersama kereta mewah..dgn cerita dari pemuda2 cwg....azizul kata org2 yg nak pegang jawatan dlm parti mesti dtg dari org berniaga yg banyak wang..org makan gaji tak layak pegang jawatan..jadi macai boleh la...group azizul dari dulu memang sombong semenjak zuri jadi kp..masa zuri jadi kp..kalau ada program yg class2 mana ada dia panggil pemuda2 cwg...dia panggil group dia saja termasuk lah azizul..bila ada sikit projek pemuda malaysia...group zuri saja yg sapu, azizul di beri projek tu..ada pemuda2 cwg dapat rasa projek2 itu..aku bukan nak belah saper2 dlm pertandingan kp bhg titiwangsa...azizul ni kalau menang kp titiwangsa nanti...kita pemuda2 cawangan akan duk kat takok lama..azizul cari projek lagi besar utk kayakan diri dan kroni2 dia..aku ni sebenarnya kwn baik kp..aku dah nampak rancangan diorang..bukan utk pemuda titiwangsa..tapi utk diri sendiri..kp pun tak selesai masalah diri dia...kp juga manghasut kp cwg tak hormat ketua cawangan...azizul adalah org kepercayaan zuri ini ke yg nak kita pilih jadi calon kp bahagian...pikirlah wahai2 pemuda2 titiwangsa yg kerja makan gaji..kita tak layak memegang jawatan dlm parti..kita hanya layak jadi macai pd pemuda koparat2 itu..yg kuat support azizul tu.. masyuk bro...saper yg masyuk dari azizul mesti tersenyum bila membaca komen aku ni..hancur org melayu bila ada bakal2 pemimpin mcm ni...biar bergaya dari buat kerja..

Anonymous said...

Sdra niece, tanpa rasa segan dan silu saya bangga menyatakan bahawa saya penyokong kuat Dato' Suleiman dan selama 11 tahun saya mengikuti beliau jelas ternampak bahawa dia adalah seorang Nasionalis Negara yang telah berusaha keras demi kepentingan orang Melayu.

Saya juga berpandangan seperti Saudara satu ketika dahulu tapi saya mengambil langkah untuk mendekati dan bersama-sama duduk dibawah naungan pimpinannya...

Saya rasa ketua-ketua pemuda dan pemuda Titiwangsa sudah letih dengan Polemik pertandingan daripada Zaman Sdra Dr. Ghazali, Dato' Elli dan yang terkahir adalah Zuri... dan ternyata ianya tidak memberi sebarang faedah

Tanyalah Azmi Ibrahim berapa banyak Zuri habis ketika menentang Affendi Zahari untuk 2 Kali. Sampai Azmi cakap, nanti bila menang duit nak buat program pun dah tak de.. ternyata perkara yang sama berulang dan lebih-lebih lagi Zuri, Azizul, Suharman asyik melibatkan diri dengan Program di Wilayah sebaliknya bahagian sendiri di anak tirikan... saya tau dan kalau saudara orang Titiwangsa janganlah buat-buat tak tau lak..

Saya sokong kalau pertandingan clean dan Azizul merupakan calon yang berbakat dan prihatin.. tetapi ternyata Azizul adalah pemipin yang tak berkualiti langsung.. dan apakah yang tertanam dalam benaknya untuk menawarkan diri selain dari dorongan KJ yang telah menganugerah kontrak kepada Azizul melalui Zuri.. dan lebih jelas Azizul tiada kekuatan grass root melainkan tenaga kerja atau pekerjanya dan adik beradiknya di D'Armani...

Yang mengherankan saya kenapa sekarang... dan selama ini dia tak pernah sebok pun nak membantu pemuda... kenapa sekarang... justeru itu kalau saudara paham kemukakanlah jawapan agar ianya dapat menguraikan kekusutan di benak ini.

Opss berkenaan dengan Pelan ianya terlalu eksklusif untuk di paparkan di sini... dan percayalah ianya lebih baik dari Pelan Merasuah Pemuda dengan kononya memberi Pinjaman Tekun..

Tak yah susah-susah pegi je ambik borang Tekun lepas tu jumpa Abang Atan untuk dapatkan surat sokongan Dato' Leman.. Ramai member-member yang dah dapat pinjaman tekun cuma problem nak bayar balik je termasuklah saya.. dek kerana tu lah saya menjalankan profesyen sebagai Tangkap Antu aka Ghostbuster dan mengikut ramalan ahli nujum saya boleh baca siapa saudara.. hmm.

Anonymous said...

Pelan merasuah pemuda? Setiap malam yg makan kat Gurney tu apa.....bukan rasuah ke???...tuan tangkap antu aka ghostbuster....komen awk x adil lah...Dato' Aziz pun leh ckp dia ada pelan eksklusif.

Tolong buktikan kat smua pemuda TTwangsa yg Azizul ditaja oleh KJ.....leh x?
(Sy merayu sgt nih!!!)

Satu lagi...sdra mendakwa Azizul pemimpin tdak berkualiti...ok...fine...tp pemimpin pujaan awk tu berkualiti ke???
Klau pemimpin pujaan sdra tu btul2 berkualiti...blehla klu sdra nak condemn org tu cmtu...org tu cmni...

Sy ni xlah fanatik sgt kat Azizul ni...tp sy tgok kualiti kdua2 calon ni sama je...

Sdra tau ke sblm ni dia ada bantu pemuda ke tdak...tu pun jd persoalan gak pd sy...

Klu stakat nyanyi sana sini....sy pun leh cakap...sy bertanding exco tau!...lu tau sapa taja gua???...BARRACK OBAMA!!!

TLG SEDIAKAN FAKTA YG MENGATAKAN AZIZUL DITAJA OLEH KJ!!!
(merayu lg nih!!!)

Ramai yg nak tau nih!!!

Sdra penyokong kuat Tok Leman?
...SAMA SPRTI SAYA...Tok Leman sy ibaratkan bak keris yg sentiasa mempertahankan hak2 org melayu!!!
(tat guy is my idol actually)
...saya ckup kagum dgn perjuangan beliau!!!...tp yg nak brtnding bkan Tok Leman...tu masaalahnya...

lagi satu...zaman skrg org x pkei ahli nujum la...

p/s - tolong kurangkan skit komen2 yg berat sebelah dan yg tiada fakta.

Anonymous said...

Menurut ramalan ahli nujum marang prapu sepunden marang skaper..

Jawaplah teka-teki saya dulu..kenapa nak bertanding.. Kenapa sekarang.. mana logiknya...

Tetapi kalau mengikut cakap-cakap.....

1. Sebelum mesyuarat cawangan saya ada bertemu dengan Orang yang berjawatan besar dalam Bahagian Pandan.. jiran sebelah.. dia maklum bahawa ada orang di Titiwangsa yang rupa bentuk macam Zuri dan Azizul dalam pertemuan lanjutan dari itu dia mendapat peruntukkan RM 200 K bersama arahan-arahan tertentu.. (Tempat, Nama dan Jawatan di rahsiakan)

2. Lagi satu kalau nak maklumat detail carilah yang sedang kecewa dan ditinggalkan ialah Norza Zakaria.. dia ada senarai lengkap projek-projek yang dah diberi kepada KP-KP..

3. Satu lagi tawaran berkenaan gula-gula kempen azizul melalui pinjaman Tekun..

ada banyak lagi detail tapi dah lupa.. dan ada seorang kat bahagian ni tahu lengkap seluruhnya..

Berkenaan Idham pula, bagilah dia laluan walaupun dia masih muda setidak-tidaknya fokus boleh diberikan dalam memertabatkan UMNO.

Buktinya wanita boleh bagi laluan.. Puteri boleh bagi laluan.. kenapa tidak Pemuda..

Semudah itu... budak kecik pun boleh faham dan itu adalah fakta.. buat nak putar belit..

Alah... orang bukak kat gurney pun nak kecoh baru satu.. sebab ada orang tu dah bukat Pot kat Maju Kari House, Nurin, Belakang MAsjid Keramat, Kg. Baru Corner, Maluri dan Twin Tower.. nanti perwakilan cakap apasal calon yang satu lagi senyap je..

p/s: ini blog komen adalah hak individu apa lah nak berat sebelah.. kerana ianya mengikut prespektif individu tersebut... berkenaan fakta.. kalau jelas reportlah terus kat BPR ke POLIS tak yah lapor kat blog..

Anonymous said...

assalamualaikum semua.......

gua masih baru dalam umno nie. tapi tahu selok belok perjuangan orang sekarang yang berteraskan wang untuk menjadi pemimpin.

untuk pengetahuan lu orang semua gua sudah jumpa itu azizul dan idham dan pernah berbual dengan diaorang. sebelum mestuarat cawangan dulu pemuda cawangan kami ada berjumpa dengan itu dua orang calon. kami bertanyakah apa yang dia akan buat jika kami calonkan salah sorang dari mereka kira macam temuduga juga... azizul telah memberikan jawapan yang konkrit dan ihdam seolah-olah tidak mengendahkan dengan alasan "tengok lah nanti" . saya sebelum ini tidak pernah mengenal kedua-dua individu ini kerana masih baru dalam umno. jadi adakah salah kerana telah memilih azizul sebagai kp. kami pemuda juga menolak jika terdapat unsur rasuah. walaupun ada mengatakan cawangan pemuda ada mendapat imbuhan untuk mencalonkan orang tertentu. tapi benar bukan......

berkaitan dengan idham adakah beliau benar-benar layak sebagai seorang pemimpin atau berselindung di sebalik wajah ayahandanya yang memang cukup dikenali di titiwangsa. kenapa sebelum ini beliau tidak menonjol walaupun telah memegang jawatan naib ketua pemuda. kemana idham pergi sebelum ini. apa program yang telah beliau anjurkan .....

pikirlah sendiri demi kebaikan

pemuda harapan bangsa

Anonymous said...

ini semua komen dapat idea dari mane? kalau dari sudut idea dan pandangan sendiri mengenai sesuatu perkara oklah boleh diterima tapi kalau melibatkan peribadi individu, sistem dan tatacara...fakta dan bukti perlu ditunjukkan...kalau tidak, ianya akan menjadi satu fitnah! Maka berhati-hatilah dan fikirlah masak2 sebelum memberi komen.

Anonymous said...

Tangkap antu....x hbs2 ngan komen tangkap muat dia.....
...psl rasuah tu...sdra yg timbulkan isu, bukan sy (refer pd komen barisan ayat terakhir sdra)....
...sy komen isu sdra...bukan sdra komen isu sy....x kan x tau nak bezakan kot...aduss!!!
klu x leh faham gak jgn la mnulis kat sini...wat org confuse je.

Anonymous said...

hmm masih hangat jugak lagi topik ni.. ingatkan dah habis..

rupanya terjah dari tok nujum ni orang takut jugak ye..

Memandangkan Tok Leman dah pun menang tanpa bertanding kan elok diikuti dengan Pemuda..

Ini lagi power semalam zuri ada cakap ada ketua-ketua pemuda yang dicalonkan dan ada perwakilan adalah dikalangan mereka yang bukan ahli... apa citernie...

nak main kotor ye dah agak tak boleh nak makan idham hai nak sabotaj perwakilan pulak... takkan tongang terbalikkan no ic kot..

Agak-agaknya zaman pemerintahan siapakah yang melahirkan KP-KP Cawangan yang dungu dan tak berperasaan ni.. lepas kata jangan Taksub kat pemimpin (kat Tok Leman lah tu) tapi kita mesti sokong pelan peralihan kuasa dan terus bagi mandat kepada Pak Lah jadi perdana menteri (dalam ertikata lain taksublah dengan pak lah).. woi zuri apa agenda ni..

Untuk Pemuda Harapan Bangsa saya amat sedih kerana anda baru sahaja di tarik ke arena pemuda dan baru belajar nak kenal orang.. Bagi saya jawapan Idham adalah yang tepat kerana "tengok lah nanti" itu melambangkan komitmen dia selain dari tidak mahu menjanjikan perkara yang tak mampu di tunai melainkan berkhidmat dan nampaknya anda sudah termakan dengan gula-gula azizul... memang manis sebab KJ yang buat...

Bagi sdra mosuman kalaulah mosuman itu membawa maksud muhamad suharman maka benarlah komen saya dan ianya bukanlah satu fitnah.. hisab diri tu sikit bro.. kalau lu gentlement publishlah nama betul.. lu buat gua buat

lama aku tengok perangai korang yang menghancurkan Pemuda Titiwangsa ni... aku jijiklah dan sekarang korang nak hancurkan lagi....

niece.. apa kata aku tangkap muat.. ke kau takut dengan kebenaran komen aku... sudahlah... maleh nak layan budak-budak hingus ni.. dengar cakap orang berpengalaman..

p.s. 1. siapa yang lebih layak menulis kalau asyik pakai shortform kau ingat ni apa sms.. ini blog la.. Tun Mahathir tulis siap pakai nombor lagi... yang dah bagi tu fakta la.. kalau nak bukti tu kau kenalah jadi polis dulu...

p.s 2. Zuri n the gang rajinlak melawat pemuda-pemuda masa musim bertanding ni.. alangkah bagusnya kalau dia buat semenjak dulu.. apasal tak buat tak masyuk ker.. atau nak pastikan kudanya iaitu azizul menang.. kang confirm lari projek... kawan-kawan jangan lupa siapa yang bawak KJ tahun lepas rasmi mesyuarat pemuda.. nasib baik tok leman ada kalau tak aku dah baling kerusi kat atas stage dah

Anonymous said...

Assalamualaikum

Nampaknya orang titiwangsa sudah pandai bermain politik menggunakan laman web walaupun kita agak terlambat banyak berbanding dengan parti pembangkang. Masih ada tangan-tangan ghaib yang masih menghantar surat layang mengenai pelbagai cerita yang pada dasarnya bukan menyatukan UMNO TITIWANGSA.

Semua orang sudah maklum bahawa Titiwangsa merupakan Akademi melahirkan Barisan Kepimpinan Pemuda sejak dahulu lagi. Kita akur mengenai tersebut.

Yang paling penting ...Barisan Kepimpinan Pemuda Titiwangsa Wajib melengkapkan tanggungjawab menjadi sayap yang paling kuat menyokong Bahagian Titiwangsa.

Kini kita tiba satu lagi saat penting menentukan keutuhan Pemuda Titiwangsa. Semua mata tumpu kepada Pemuda Titiwangsa ...modes operandi Kempen Manager yang tiba-tiba muncul di permukaan air ...hanya sekadar terbau makanan yang enak yang bakal dijadikan habuan.

Sekadar bertemu dan berkenalan dengan barisan kepimpinan Pemuda Cawangan tiada masalah asalkan jangan ditokok tambah permintaan mahupun penawaran. Kerana rata-rata semua orang sudah tahu ...siapa yang buat kerja kerana tanggungjawab ...siapa buat kerja kerana ketua.

PRU 12 JELAS DAN NYATA ...SEBAGAI GARIS PENGUKUR UNTUK MEMILIH BARISAN KEPIMPINAN PEMUDA TITIWANGSA. SEMUA LETIH DAN SEDIH MENGENANGKAN PRU 12 DENGAN PELBAGAI KERENAH TERMASUK PARTI KOMPONEN.

Seperkara lagi ....Berilah ruang untuk Pemuda Titiwangsa yang tentukan siapa yang harus diundi. Yang dah masuk ALUMNI PEMUDA TITIWANGSA, kami ucapkan terima kasih dan biarkan kami di dalam Pemuda Titiwangsa tentukan hala tuju kami. Senarai pencalunan daripada Cawangan ....merupakan amanah daripada akar umbi. Faham-faham ajalah ... jangan diserabutkan lagi Pemuda Titiwangsa.

PRU 13 MENANTI KITA UNTUK KEMBALIKAN P119 KEPADA BN.
HENTIKAN FITNAH DAN RASUAH ...KITA BEKERJA DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.


Wassalam.

Anonymous said...

Kebenaran syok sendiri adalah....kenapa 2 hari lepas aku dapat panggilan dari Tok Seri aaarr...?...Siapa yang tawarkan diri ni...huhuhu...puan tangkap antu sila jelaskan...

Siapa yang hancurkan pemuda Titiwangsa ni sebenarnya?

Puan Tangkap antu mungkin berpengalaman...
tak macam budak hingus...
...lekeh2pun budak hingus ada umur lagi tau...umur dah tidak layak duduk dalam pemuda...sedar sedarlah diri tu sebelum sedarkan orang lain...huhuhuh

Anonymous said...

Saudara tangkap antu aka ghostbuster :

saya rasa saudara ada masalah :

1. x faham maksud fitnah atau
2. x peduli dosa dan pahala

kalau no 1, saya terangkan kembali - kalau nak menuduh seseorang individu atas sesuatu perkara yang fakta terutama memburukkan personaliti dan kredibiliti, sila kemukakan bukti, kalau tidak ianya menjadi fitnah ( dosa fitnah melebihi dari membunuh ).

kalau no 2, saya x dapat bantu, besok diakhirat jawaplah sendiri.

T'sih.

Anonymous said...

apa pun sepanjang pengalaman berpolitik diwp titiwangsa juga best sebab tok leman

Anonymous said...

mosuman nak cita pasal dosa dan pahala meh To Dukun berceramah...

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Akan lahir selepas aku beberapa pemimpin yang mementingkan diri sendiri dan yang melakukan perkara-perkara yang tidak disukai oleh kamu. Para Sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah apakah yang engkau hendak perintah dikalangan kami ini sekiranya terdapat perkara seperti itu? “Baginda s.a.w. menjawab, “ hendaklah kamu menunaikan tanggungjawab kamu dan memohon kepada Allah segala hak-hak yang kamu perlukan.”

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Sesiapa yang diserahkan oleh Allah akan sesuatu urusan dari beberapa urusan pemerintahan kau muslimin, lalu ia tidak mempedulikan tentang keperluan mereka, kesusahan dan penderitaan mereka nescaya Allah tidak akan mempedulikan tentang keperluan, kesusahan dan penderitaannya di hari kiamat nanti.”

Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi

Baca hadith kat atas kalau nak tau dosa dengan pahala

Anonymous said...

tangkap antu :
saya dah baca hadis itu dan saya faham...tapi apa kena mengena mengenai fitnah yang saudara lemparkan kepada azizul? dosa fitnah tetap dosa!

saya tak mau berceramah, kalau saudara lebih arif dari saya silakanlah...saya mengundur diri.

Tapi saya ingatkan sekali lagi, berhati-hati dengan menuduh orang dengan hanya berdasarkan prasangka...akan menjadi fitnah. maka jgn sesuka hati memfitnah org hanya atas dasar ketaksuban kepada seseorang. Dosa kena tanggung sendiri tau, bukan org lain tlg tanggung.

Anonymous said...

tangkap antu aka seekers.

saya hanya memberikan pandangan da pangalaman saya sahaja, kerana sudah bertemu dengan kedua-dua tokoh calon kp ini. dan bukan niat saya untuk mencemarkan sesiapa. tapi itu adalah realitinya. jika tiada jawapan yang konkrit (idham) atau bual kosong oleh azizul itu terpulang pada mereka. saya sudah laksanakan tugas di peringkat cawangan. hanya perwakilan sahaja yang boleh membuat keputusan nanti siapa yang diangkat sebagai ketua pemuda. kita harus berfikir secara realiti.


ada pepatah mengatakan
kalau takut kalah..... jangan bertanding

pemuda harapan bangsa

Anonymous said...

Tangkap antu

kalau awak nak suruh orang tunjukkan identiti sebenar. awak yang sepatutunya mulakan dahulu dan bukan menyuruh oleh lain terlebih dahulu. jika anda benar tonjolkan diri anda.

tangkap antu jangan cakap tak serupa bikin. sepatutnya tangkap antu terlebih dahulu publish nama sebenar. bukan berselingung si sealik nama tangkap antu. lepas tu nak suruh orang, tapi diri sendiri tak buat. apa lu cerita ni bro... lu pikirlah sendiri.

lu berani lu tonjolkan diri sendiri. gua cabar lu bro. jangan asyik cakap koosng aje