Friday, September 12, 2008

TERKINI - NAJIB : BIAR PERWAKILAN DI PERINGKAT BAHAGIAN PUTUSKAN ; MUHYIDDIN : SAYA TAK ADA NIAT SINGGUNG PERSAAN PM - SAYA SEDIA TERIMA PADAH !

KUALA LUMPUR -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata "PERALIHAN KUASA 2010" perlu ditentukan oleh perwakilan UMNO di mesyuarat peringkat bahagian yang akan mula bersidang selepas sambutan Hari Raya pada bulan Oktober nanti.
Sementara itu Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin pula berkata , beliau tidak gentar menerima padah kerana menyuarakan apa yang ramai ahli UMNO dan parti komponen Barisan Nasional mahukan." Saya tidak berniat untuk menyinggung Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tetapi seseorang itu mesti berani menyuarakan yang benar", katanya.
PAL LAH SEMAKIN TERTEKAN ? atau DI TEKAN ?
Komen Dato Seri Najib mengenai Peralihan Kuasa telah mengundang pelbagai reaksi dikalangan ahli UMNO ketika ini setelah kedua - dua pemimpin termasuk Majlis Tertinggi mempersetujui Pelan 2010 tersebut sebelum ini.Najib juga telah memberikan ikrar untuk menyokong penuh pelan 2010 dikhalayak semua perwakilan pada satu sidang perwakilan UMNO khas pada 10hb Julai yang lepas.
Ucapan Najib pada hari tersebut sudah pastinya mengambarkan " mesej" sebenar Najib. Tetapi kenapa hari ini ungkapan tersebut ditukar dan dilontarkan ungkapan yang berlainan?
Namun apa yang berlaku hari ini bagaikan satu lagi " U turn " dalam politik UMNO.Pemerhati politik berpendapat , walaupun Pak Lah nampak tertekan ataupun ditekan dengan situasi tersebut, namun sekiranya kita melihat percaturan politik Pak Lah yang sentiasa menekankan " konsep keadilan untuk semua" , beliau dijangka akan meneruskan agenda " reformasi " politiknya.
Bagi Pak Lah, ini semua merupakan amaran awal yang diterima bagi mengharungi liku - liku karier politiknya selepas PRU yang ke 12. Kita jangan cepat lupa mengenai erti kata sebenar mengenai istilah " TANGGUNGJAWAB" .
(Gambar Pak Lah ikhsan dari Malaysian Insider )

3 comments:

Anonymous said...

Kita harus sedar keadaan sekeliling yang menyebabkan mengapa kedua-dua pemimpin itu bertindak demikian. Keparahan perlu diubat.

Sintom penyakit untuk menjadi kronik jelas akhir-akhir ini. Konsep menyerah kepada akar umbi untuk menentukan nasib jatuh bangun oemimpin itu menunjukkan keterbukaan UMNO dalam menangani kemelut sekarang.

Kita tengoklah mesyuarat Bahagian nanti atau Pak lah akan berundur sebelum bermula mesyuarat Bahagian.
Semoga beliau mendapat petunjuk apa yang terbaik untuk semua.

Anonymous said...

WARISAN


Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cintakan lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita Cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan Maha Perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah dinusantara

Anonymous said...

KALAU NAK IKUTKAN PERJALANAN HIDUP MANUSIA BOLEH PADAM BILA2 MASA..2010 TU LAMA TAU MACAM2 BOLEH BERLAKU, UNDUR AJE LAHHH...