Tuesday, September 7, 2010

93 LOT UNTUK SIAPA TANYA NURUL ???
Kuala Lumpur 8 Sept --Dalam perkembangan terkini berhubung isu sensasi Bazar Ramadan, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izah Anwar Ibrahim pula membuat satu lagi pendedahan dimana beliau mahukan jawapan berhubung tuduhan kononya 93 lot telah diperuntukan kepada satu kumpulan atas nama "VIP" yang dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan sebuah parti politik yang terkemuka. Beliau mahukan jawapan segera daripada DBKL berhubung tuduhan tersebut dan turut meminta DBKL memberikan senarai penuh lot Bazar Ramadan tahun ini. Untuk baca kenyataan penuh Nurul Izah, sila klik - 'VIP' Ramadan stalls: Nurul wants answers.

Sunday, September 5, 2010

BAZAR RAMADHAN MASJID INDIA : SALAH SIAPA ?

Kuala Lumpur 4hb Sept --Isu bazar di Jalan Masjid India semakin kecoh dan panas kerana ramai pihak yang tak puas hati dengan tindakan melulu DBKL dalam soal peruntukkan tapak perniagaan kepada penjaja melayu. Dalam episod yang terkini Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar tanya kemana suara Perkasa dalam isu tersebut ? Beliau turut membidas sikap Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik dalam menangani isu tersebut. Sila klik komen Mahfuz Omar yang bertajuk "Bazar Ramadhan : Ke mana Perkasa, media UMNO apabila DBKL tindas peniaga Melayu".
Sementara itu, DBKL mempertahankan tiada sebarang "hanky panky" dalam isu peruntukan lot bazar Ramadhan di Jalan Masjid India tetapi Persatuan Penjaja Kecil Bumiputera Wilayah Persekutuan yang diketuai oleh Bahrim A. Razak berkata peruntukan lot tersebut sepatutnya diagihkan kepada penjaja kecil yang betul-betul memerlukan sokongan dan bantuan untuk mencari rezeki selaras dengan gagasan 1 Malaysia dimana Rakyat Didahulukan. Sila klik DISINI , untuk baca Komen Bahrim dan juga DBKL.

Thursday, September 2, 2010

APA KATA ZAID IBRAHIM PASAL POLITIK KL DAN RAJA NONG CHIK ?

KUALA LUMPUR 3 Sept --Ketua PKR Wilayah Persekutuan yang baru Datuk Zaid Ibrahim kini dilihat semakin lantang dan berani memperjuangkan isu masyarakat bandar Kuala Lumpur. Bekas Menteri kabinet itu mahu mengadakan perjumpaan dan juga dialog bersama Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik namun belum ada sebarang reaksi dari Raja Nong Chik katanya. Apakah pandangan Zaid Ibrahim mengenai masa depan Kuala Lumpur ? Sila klik -The future of KL according to Zaid , untuk mengetahui pandanganya.
Zaid turut mengulas mengenai peranan Raja Nong Chik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan dan Datuk Bandar Kuala Lumpur. Untuk rekod, Pakatan Rakyat kini menguasai politik KL dengan menguasai 10 kawasan parlimen manakala BN hanya di Setiawangsa - Zulhasnan Rafique.

Friday, August 13, 2010

MCA NAKKAN SEMULA JAWATAN BN WANGSA MAJU !

KUALA LUMPUR 13 Ogos -- MCA Wilayah Persekutuan mahukan jawatan Pengerusi BN Wangsa Maju. Difahamkan MCA WP yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Tan Chai Ho sudahpun menghantar memorandum kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Pengerusi BN dan UMNO Wilayah Persekutuan. Jawatan Pengerusi BN Wangsa Maju yang disandang oleh bekas Ahli Parlimen Wangsa Maju Datuk Yew Teong Look kini telah diserahkan kepada Ketua UMNO Wangsa Maju Datuk Shafie Abdullah yang juga Setiausaha Politik Kepada Perdana Menteri. Shafie yang juga Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan dikatakan sudah mengidamkan menjadi" calon" di Wangsa Maju pada PRU yang ke 13 nanti manakala Yew Teong Look yang tewas tipis kepada Wee Choo Keong pada PRU yang lepas dikatakan masih menjadi calon"poular" di Wangsa Maju ketika ini.
Sementara itu, Wilayahkini dengar desas desus MCA WP dikatakan telah membawa isu ini sampai ke mesyuarat BNWP yang dipengerusikan oleh Tan Sri Muhyddin Yassin semalam. Malah kami turut difahamkan mesyuarat semalam panas kerana isu tersebut. Yang pasti, MCA dan UMNO kini dilihat umpama bermain tarik tali untuk menjadi calon di Wangsa Maju. Persoalanya - siapa boleh menang ?
PERHATIAN ........
Wilayahkini sedang mengemaskinikan blognya semula. Nantikan wajah barunya dalam tempoh masa yang terdekat ini....

Saturday, June 19, 2010

KE MANA ARAH NORZA SELEPAS INI ?

KUALA LUMPUR 19 Jun,
Sejak bekas Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Norza Zakaria dibebaskan dari tuduhan memberi suapan untuk diagihkan kepada perwakilan sebagai dorongan supaya mengundinya untuk pemilihan UMNO dua tahun lalu, ramai kaki UMNO sudah mula meramalkan apakah hala tuju Norza selepas ini dalam skop politik UMNO dan Bahagian.
Norza yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju dan bekas Ahli Majlis Tertinggi UNNO dikatakan akan kembali mencuba nasib selepas ini. Malah beliau dikatakan antara calon "favourite" di Wangsa Maju selepas Datuk Shafie Abdullah . "Saya hanya ingin berehat seketika sebelum memikirkan perjalanan seterusnya dalam bidang politik. Sekiranya saya kembali ke kancah politik selepas ini, saya akan lebih berhati - hati agar pisang tidak berbuah dua kali "katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
" Tuduhan sebagai pemimpin UMNO yang disyaki terlibat dalam politk wang nyata telah dibersihkan bukan sahaja oleh Lembaga Disiplin parti tetapi juga mahkamah" katanya lagi.
Ramai yang turut meramalkan Norza yang baru berusia 43 itu akan kembali menjadi salah seorang pemimpin yang menjadi tumpuan di Wilayah Persekutuan selepas ini ketika UMNO WP berada dalam keadaan yang lesu.

Saturday, June 5, 2010

ISU KAMPUNG BARU SEMAKIN PENING .........

KUALA LUMPUR 19 Jun,
Kata orang kerana " Mulut Badan Jadi Binasa" . Begitulah yang dapat kita simpulkan disebabkan mulut Menteri Wilayah Persekutuan Senator Datuk Raja Nong Chik isu Pembangunan Semula Kampung Baru semakin kucar - kacir dan ibarat dah macam jadi macam rojak . Segalanya bermula dari komen Raja Nong Chik berhubung kenyataanya mengenai formula 60 : 40. Sila baca kenyataanya di sini -mStar Online : Kampung Baru Mungkin Dibuka Untuk Bukan Melayu Tingkat Potensi Pembangunan.Selepas dikecam teruk , kononya atas nama " damage control " Raja Nong Chik mengadakan perjumpaan dengan semua NGO ( Perkasa) termasuk anak - anak watan Kampung Baru dimana katanya semua penduduk telah bersetuju untuk pelan pembangunan Kampung Baru tetapi disebalik kenyataanya itu penduduk Kampung Baru tak puas hati dengan pendirian Raja Nong Chik , Mereka kata " dengarlah suara kami ". Ada yang tanya apa sudah jadi dengan Volume 4 Pelan Pembangunan Kampung Baru dalam Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2020 yang dicadangkan pada tahun 2008 sebelum ini (seperti dalam gambar)? Apa pula janji - janji sebelum ini ? Apa pula jadi dengan perbincangan yang diadakan banyak kali sebelum ini ? Kenapa UMNO WP macam tak ada pendirian dan nampak lesu aja dalam isu penting seperti ini ?
Sementara itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim pula mahu berjumpa dengan penduduk Kampung Baru untuk mencadangkan satu pelan baru. " Kita akan jelaskan bagaimana hendak tentukan tanah milik Melayu di Kampung Baru tetap di miliki oleh orang Melayu. Dalam masa sama pulangan yang mereka peroleh sesuai dengan harga pasaran", katanya. Macam - macam cerita dah mula keluar masuk ketika ini. Ada kata sokong, ada yang membantah manakala ada pula masih marah dengan pendirian Kementerian Wilayah Persekutuan.

Friday, June 4, 2010

" KG BARU OH KG BARU ; " RAJA NONG CHIK DAH JADI MACAM FLIP FLOP MENTERI WP KOT ? "

Oleh : Wartawan Wilayahkini
KUALA LUMPUR 4 Jun ,
Isu Kampung Baru kembali panas. Kali ini komen Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik yang mencadangkan formula 60 : 40 , dimana katanya pemberian 40 % kepada bukan melayu dijamin tidak akan menjejaskan hak pemilikan tanah orang melayu. Komen itulah buatkan " orang naik angin".
Segala - galanya muncul setelah Raja Nong Chik mengadakan perjumpaan dengan lebih 1, 000 pemilik waris tanah di Kampug Baru di PWTC baru - baru ini.
Katanya Walaupun kuota 40 % daripada kawasan 122.9 hektar itu dicadangkan dibuka kepada kaum lain apabila dibangunkan kelak , orang melayu dipastikan tetap menjadi keutamaan.
Dalam tempoh 24 jam kemudian Raja Nong Chik yang Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO WP itu berkata pulak " Pemberian kuota 60 : 40 hartanah di Kampung Baru Belum Muktamad selepas diasak oleh pelbagai pihak. Persoalanya kenapa munculnya konsep 60 : 40 itu dari mulut Raja Nong Chik sebelum ini ? Idea siapa tu ? Itulah pasal orang kata Raja Nong Chik dah jadi macam " Flip - Flop Menteri WP " ketika ini.
APA KOMEN ORANG LAIN TERHADAP FLIP FLOP MENTERI WP ITU ?
" Saya harap cakap - cakap hendak memperuntukan atau membenarkan bukan melayu memiliki 40 % hartanah dalam pelan pembangunan Kampung Baru adalah silap lapor oleh media massa atau lepas cakap politikus bermulut besar". - Kekalkan Kg Baru Milik Eksklusif Melayu, kata Datuk A. Kadir Jasin . Klik DISNI .
40 % amat tingggi kata Perkasa, sila klik disini -Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri , untuk baca laporan selanjutnya.
" Jadi , berdasarkan maklum balas setakat ini, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar perlu sedar sekarang bahawa tidak semudah berjalan di taman. Pentadbiran sebelum ini pun dah mencubanya", Kata Rocky Bru. Klik DISINI .
Raja Nong Chik Pengkhianat Melayu, kata Anak Kuala Lumpur. Klik DISINI .
Kampung Baru Mesti Kekal Milik Melayu, kata Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo Ghazali. Sila klik DISINI - Menteri Halang WP Wakil Rakyat Titiwangsa dari bercakap isu Kg Baru > "Inilah sikap Menteri low class", kata Lo ' Lo. Baca komen tersebut di SINI .
"Kampung Baru hak milik orang melayu jadi sesekali jangan melibatkan kaum lain jika kerajaan mahu bangunkanya. Raja Nong Chik diminta lebih berhati - hati mengeluarkan kenyataan berhubung pelan cadangan Kampung Baru jika melibatkan penglibatan kaum lain. Kita tidak mahu kenyataan itu dikeluarkan jika untuk kepentingan politik", kata Yang Di Pertua Pribumi Perkasa Malaysia ( Perkasa ) Perlis - Utusan Malaysia 1hb Jun 2010.
"Lembaga Pentadbiran Penempatan Pertanian Melayu ( Mas) Kampung Baru menolak cadangan pemberian 40 % kepada bukan melayu. Mas akan merujuk perkara ini kepada Sultan Selangor", kata Setiausaha Kehormat Mas Shamsuri Suradi - Utusan Malaysia 1hb Jun 2010.
Persoalanya : Kenapa pemimpin - pemimpin UMNO dari WP mendiamkan diri dalam isu ini ? Inikah yang dikatakan kononya mahu memperkasakan melayu bandar ?

Wednesday, June 2, 2010

" BUAT APA SAYA JADI HIPOKRIT " - LEMAN

KUALA LUMPUR , 2 Jun
" Selagi saya menjadi Ketua Bahagian, tentunya Timbalan dan Naib Ketua Bahagian Titiwangsa yang berpotensi menjadi calon yang tidak akan dikenali dikalangan pengundi sebaliknya akan hanya dikenali oleh warga UMNO kira - kira 5, 500 orang dan BN saja.
Buat apa saya jadi hipokrit, sedangkan saya sudah 23 tahun menyandang jawatan itu tanpa pernah sekalipun dicabar. Saya tidak kesal, malah bangga membuat keputusan ini kerana ia berasaskan kajian dan visi saya untuk merampas semula Parlimen Titiwangsa pada pilihanraya akan datang" kata Datuk Seri Suleiman Mohamad . Sila klik disini - Berita Harian Online Ketua UMNO Titiwangsa letak jawatan , untuk baca laporan selanjutnya.
APA KATA ORANG LAIN PULAK ?
"Pengunduran Suleiman Mohamad dari jawatan Ketua Bahagian Titiwangsa sesungguhnya memeranjatkan dan dan di luar dugaan. Saya mendapat khabar itu dengan rasa terkejut dan sama sekali tidak menduga beliau mengambil keputusan tersebut sewaktu UMNO khususnya di Wilayah Persekutuan sedang berhadapan dengan pelbagai dugaan", kata Ketua UMNO Cheras Datuk Syed Ali Al Habshee.
Untuk rekod , di blog Syed Ali juga , Pengendali blog tersebut turut menjawab satu tuduhan yang dilemparkan oleh seorang pembaca dalam ruangan komen di Wilayahkini baru - baru berhubung laporan Suleiman Mohamad. Sila klik DISINI, untuk baca laporan sepenuhnya.

Monday, May 31, 2010

SUDAH SAH LEMAN LETAK JAWATAN ; " BYE BYE " LEMAN !

Selepas dikemaskinikan , 31hb Mei
SUDAH SAH - Datuk Seri Suleiman Mohamad atau lebih dikenali sebagai " Pak Leman" akhirnya meletakkan jawatanya sebagai Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa berkuatkuasa 1hb Jun ini. Beliau yang memegang jawatan tersebut selama 23 - menang tanpa bertanding sepanjang tempoh tersebut.
Majlis Tertinggi UMNO yang bersidang minggu lepas dikatakan telah menerima hasrat perletakan jawatanya. Timbalan Ketua UMNO Titiwangsa, Datuk Johari Ghani (gambar) akan bertindak sebagai Pemangku Ketua Bahagian , berkuatkuasa 1hb Jun ini.
Malah Johari Ghani sendiri telah menyatakan perkara tersebut kepada Mstar hari ini.
" Tiga minggu lalu Datuk Suleiman ada beritahu saya yang beliau nak lepaskan jawatan, beliau kata nak bagi laluan kepada generasi baru.
Ya, memang benar Datuk Suleiman sudah melepaskan jawatanya, jadi bermula esok saya akan memangku jawatanya sebagai Ketua Bahagian ", katanya kepada Mstar hari ini.
BERITA SEBELUM INI - PAK LEMAN LETAK JAWATAN ?
KUALA LUMPUR 26 Mei ,
Berita mengenai perletakan jawatan Ketua UMNO Titiawangsa Datuk Seri Drs. Suleiman Mohamad semakin hangat beterbangan di Kuala Lumpur ketika ini. Ada yang kata itu cuma khabar angin saja. Manakala anaknya Mohd Idham Yasser yang Ketua Pemuda UMNO Titiwangsa menafikan sama sekali berita tersebut. Sementara itu, Mstar telah mendedahkan laporan tersebut hari ini. Sila klik -mStar Online : Ketua Umno Titiwangsa Letak Jawatan?
Suleiman yang juga bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO dan BN Wilayah Persekutuan merupakan salah seorang pemimpin politik UMNO yang disegani di Kuala Lumpur. Malah beliau dilabel sebagai " Ironman UMNO Titiwangsa". Beliau juga merupakan bekas Timbalan Menteri dan Ahli Parlimen Titiwangsa selama empat penggal sebelum digugurkan pada tahun 2004.
Apapun , kita tunggu apa reaksi Pak Leman lepas ini .

Tuesday, May 18, 2010

APA NAK JADI DI WANGSA MAJU NI .....???

" Pada PRU 2008 saya telah dijemput oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membantu PKR dan bertanding diatas tiket PKR. Ketika itu saya memang dah bersedia untuk bertanding atas tiket parti MDP. Tetapi atas dasar perpaduan dikalangan parti pembangkang saya bertanding atas tiket PKR dan ketika itu saya bukanya ahli PKR. Selepas dipujuk oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim saya masuk PKR pada April/ Mei 2009", kata Ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong yang kini sudah keluar dari PKR dan menjadi Ahli Parlimen Bebas.
Keputusan Wee Choo Keong memang sesuatu yang tidak mengejutkan, tetapi bagi pengundi di Wangsa Maju keputusanya dikatakan cukup mengecewakan sama sekali.
Pada PRU 2008 , Wee Choo Keong menewaskan penyandang Ahli Parlimen Wangsa Maju Datuk Yew Teong Look yang juga Setiausaha Parlimen Kementerian WP ketika itu dengan majoriti tipis, 150 undi. Yew mendapat 19, 487 undi manakala Wee Choo Keong mendapat 19, 637 undi.
Parlimen Wangsa Maju diberikan kepada MCA daripada UMNO pada 2004 selepas persempadanan semula kawasan parlimen dimana UMNO diberikan kawasan Parlimen Setiawangsa. Datuk Seri Zulhasnan Rafique pernah mencipta sejarah dimana menewaskan "Giant Killer" dari PKR Marina Yusuff di Parlimen Wangsa Maju pada PRU 1999 yang dikatakan cukup mencabar. Zulhasnan menjadi Ahli Parlimen Wangsa Maju yang terakhir dari UMNO sebelum berpindah ke Setiawangsa. Sebelum Zulhasnan , Kamal Salleh menjadi Ahli Parlimem untuk satu penggal.
PILIHANRAYA KECIL DI WANGSA MAJU?
Ramai yang menuntut Wee Choo Keong berundur terus kerana dikatakan telah mengecewakan harapan rakyat. Malah PKR dan PAS Bahagian Wangsa Maju yang menjadi benteng kekuatan Wee Choo Keong selama ini dilihat lantang membidas perbuatanya yang keluar parti.Mereka mendesak Wee Choo Keong letak jawatan segera.
" Saya tidak akan letak jawatan dan saya tidak akan tunduk kepada tekanan berat sebelah dari Pakatan Rakyat", kata Wee Choo Keong.
Wilayahkini pula dengar warga Wangsa Maju sudah mula menyampah dengan perangainya. Apa kata anda ?

Monday, May 17, 2010

PERHATIAN : VERSI BARU WILAYAHKINI AKAN DI LANCARKAN PADA 12hb Jun 2010 dengan imej yang berlainan - Pengendali blog Wilayahkini

Tuesday, April 6, 2010

PENGERUSI BN : SHAFIE DI WANGSA MAJU DAN JAYANTHI DI SEGAMBUT !

KUALA LUMPUR April 5,
Ketua UMNO Wangsa Maju , Datuk Shafie Abdullah (gambar)yang juga merupakan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri telah dilantik sebagai Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Wangsa Maju. Jawatan tersebut sebelum ini disandang oleh bekas Ahli Parlimen Wangsa Maju Datuk Yew Teong Look yang juga merupakan Mantan Setiausaha Parlimen Kementerian Wilayah Persekutuan. Pada PRU yang ke 12, Yew Teong Look tewas kepada Wee Choo Keong dari PKR. Perlantikan Shafie dikatakan telah memberi satu tamparan yang kuat kepada Yew Teong Look di Wangsa Kerana beliau memang mengidamkan kawasan tersebut untuk penggal yang ketiga.Dengan perlantikan tersebut sudah ada ura - ura kerusi Wangsa Maju akan dikembalikan semula kepada UMNO ?
JAYANTHI DI SEGAMBUT
Manakala di Segambut pula, Jayanthi Devi Balaguru(gambar) dilantik sebagai Pengerusi Barisan Nasional Segambut. Perlantikanya mengejutkan pelbagai pihak di Kuala Lumpur kerana julung kalinya seorang wanita dilantik ke jawatan tersebut. Jayanthi juga merupakan Setiauasaha Wanita Parti Gerakan Malaysia.
Jayanthi yang juga Pengerusi Wanita Gerakan Wilayah Persekutuan dikatakan bakal diturunkan sebagai calon BN di Segambut pada PRU yang ke 13 nanti ?
ZULHASNAN KEKAL DI SETIAWANGSA
SEMENTARA itu, Ahli Parlimen Setiawangsa Datuk Seri Zulhasnan Rafique telah dilantik semula sebagai Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Setiawangsa.

Thursday, April 1, 2010

CERITA PASAL ZULHASNAN DAN RAJA NONG CHIK......

KUALA LUMPUR 1 April,
Selepas berita mengenai faktor Datuk Seri Zulhasnan Rafique dan Datuk Raja Nong Chik dikaitkan dengan kebangkitan semula UMNO dan BN Wilayah Persekutuan terpampang di dada akhbar, Wilayahkini dengar ada pemimpin UMNO di Kuala Lumpur jadi macam makan tak kenyang, tidur tak lena malah ada dah mula mimpi macam - macam. Aduhhh.....Sila klik DISINI, untuk baca berita tersebut . Ada pula yang dah mula jemput Raja Nong Chik ke Bahagian masing - masing cepat - cepat setelah Raja Nong Chik muncul bersama sama Zulhasnan Rafique. Malah ada yang dulu kutuk Raja Nong Chik sebagai Menteri Lembah Pantai sekarang dan mula nak " jaga hati" Raja Nong Chik pulak dah.Politik ohhh Politik.Penyokong Raja Nong Chik pula dikatakan gembira dengan kemunculan Zulhasnan bersama bos mereka kerana dapat kuatkan lagi masa depan politik Raja Nong Chik di Kuala Lumpur khususnya menjelang PRU yang ke 13 nanti. Ramai pula yang berteka - teki mengenai kemunculan mereka bersama.

DATUK BANDAR KUALA LUMPUR JADI SASARAN LAGI......

KUALA LUMPUR 1 April,
Cerita pasal Datuk Bandar Kuala Lumpur muncul lagi.Kali ini mengenai nilai intergritinya. Masih ada rungutan, makin terbuka penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang berterusan dan Datuk Bandar Kuala Lumpur dilihat tidak mampu untuk memartabatkan kembali serta merapatkan semula hubungan antara Datuk Bandar dan pengawai - pegawai DBKL.
Sila klik, DISINI untuk baca tulisan dari blog Sanggah Tok Janggut.
Persoalanya , macam mana prestasi Datuk Ahmad Fuad selama ini sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur ? Perlu ditukar atau dikekalkan ? FORUM WILAYAHKINI : Apa Pandangan Anda mengenai komen tersebut? hantar komen ataupun emel kepada wilayahkini@gmail.com

Tuesday, March 9, 2010

KEMUNCULAN RAJA NONG CHIK BERSAMA ZULHASNAN RAFIQUE ..........

CAKAP - CAKAP POLITIK @ WILAYAHKINI......
Kehadiran Menteri Wilayah Persekutuan Senator Datuk Raja Nong Chik untuk merasmikan Program Retreat UMNO Bahagian Setiawangsa yang di ketuai Mantan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique yang bertemakan "Program Pemantapan Politik" (3P) di Janda Baik baru - baru ini mencuri tumpuan ahli - ahli UMNO di Wilayah Persekutuan malah telah menjadi cakap - cakap politik yang cukup panas di Kuala Lumpur ketika ini.
Zulhasnan yang juga merupakan Ahli Parlimen Setiawangsa dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia dan Raja Nong Chik yang juga merupakan Timbalan Pengerusi UMNO Wilayah Persekutuan kelihatan "mesra" sepanjang majlis tersebut. Ramai yang terkejut melihat senario tersebut.
Raja Nong Chik pula dalam ucapanya menyifatkan telah mengenali Zulhasnan Rafique sejak bangku sekolah lagi dan selalu ke rumahnya di Petaling Jaya dulu dan menganggapnya sebagai adiknya.
Beliau turut memuji dan kagum dengan semangat yang di miliki oleh Zulhasnan walaupun tidak bergelar sebagai Menteri lagi tetapi masih berkerja keras untuk memperkasakan jentera UMNO dan BN di peringkat bahagian dan parlimen.
Katanya, beliau juga mahu menimba pengalaman dari Zulhasnan dalam aspek penyusunan jentera untuk menghadapi PRU yang ke 13 nanti.
Sementara itu, Zulhasnan pula berkata UMNO Bahagian Setiawangsa akan memberikan sokongan tak berbelah bahagi kepada kepimpinan Raja Nong Chik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan. Episod terbaru ini di katakan telah menjadi satu "turning point" di UMNO WP ketika ini.
Di antara penceramah lain yang hadir ialah Setiausaha Kerja UMNO Datuk Rauf dan Pengerusi Jasa Datuk Fuad Hassan.

Friday, March 5, 2010

PERLANTIKAN YAHYA GHANI SEBAGAI PENGERUSI BN BATU ; GERAKAN PULA " MENGAMUK ? "

KUALA LUMPUR 5 Mac,
Nama Ketua UMNO Batu Datuk Yahya Mat Ghani sekali lagi menonjol . Kali ini pasal perlantikanya sebagai Pengerusi BN Parlimen Batu yang menyebabkan Gerakan Batu "nak angin dan mengamuk". Jawatan Pengerusi BN Parlimen Batu yang kian lama di sandang oleh Gerakan kini terlepas tangan ke tangan UMNO.
" Mereka kurang aktif. Tumpuan asas kita nak menang pilihanraya kecil atau umum. Yang di lihat sekarang UMNO yang banyak buat kerja. Kita anjur lebih 200 program, dengan memberi bantuan dan khidmat kepada rakyat. Kita turun berjumpa rakyat. Jadi pemimpin kita lihat kita bekerja...bukan saya yang minta jawatan tersebut", kata Yahya Mat Ghani atau di kenali sebagai "Abas Batu".
Pada masa yang sama, ahli - ahli Gerakan pula sudah mula risau apakah kerusi Batu yang di milikinya akan bertukar tangan selepas 22 tahun ? Mereka menyifatkanya sebagai satu tamparan yang cukup kuat. Sila klik, DISINI untuk baca laporan Malaysiakini.
Persoalanya apakah, Gerakan akan terkubur di Wilayah Persekutuan selepas ini ?
Sudah ada ura - ura akan berlaku pilihanraya kecil di Batu kerana kes mahkamah melibatkan Ahli Parlimen PKR Tian Chua. Ada yang kata, pilihanraya kecil hampir pasti akan berlaku. Sekiranya berlaku, siapakah calonya ? UMNO atau Gerakan ?
Kini jawatan Pengerusi BN Parlimen Batu di sandang oleh bekas Ahli Parlimen Batu Datuk Ng Lip Yong. Di fahamkan Gerakan mahu menamakan Pengerusi Gerakan Batu Lim Si Pin yang sebagai calon dan juga Pengerusi BN Batu.
" Pada saya, kalau UMNO jadi calon, agak berat nak menang sebab pengundi cina adalah penentu. Gerakan sendiri pun boleh letak calon. UMNO akan memberi sokongan", kata Yahya Ghani. Sila klik, DISINI untuk baca komen Yahya di Malaysiakini.
Apapun, nama Yahya kini semakin bersinar di kancah politik Kuala Lumpur dalam waktu singkat. Setelah bergelar Ketua Bahagian, di lantik pula sebagai Ahli Lembaga Penasihat DBKL dan baru - baru ini di anugerahkan gelaran " Datuk" bersempena hari Wilayah Persekutuan.

Thursday, March 4, 2010

APABILA SYED MEHDHAR BERCAKAP PASAL KEIKHLASAN.......

" Jawatan menteri bukanlah satu kemestian yang perlu di agihkan kepada Ketua Pemuda tetapi terpulang kepada kebijaksanaan Presiden Parti, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membuat penilaian"
" Oleh sebab itu, soalan biasa yang kita dengar apakah kita menyertai UMNO (Pemuda) kerana mahu kedudukan atau jawatan penting dalam kerajaan? " - Berikut adalah komen Naib Ketua Pemuda UMNO Wilayah Perseketuan Syed Mehdhar Syed Abdullah yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Cheras. Sila klik, DISINI untuk baca komenya. Beliau berkata Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia harus membuktikan keikhlasan perjuanganya untuk kepentingan rakyat dan bukanya ghairah menagih jawatan dalam kabinet.

WEE CHOO KEONG PUN NAK KELUAR ?

KUALA LUMPUR, 4 Mac
Ada ura - ura yang mengatakan Ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong juga akan keluar dari Pakatan Rakyat ? Berita ini semakin luas terbesar setelah tiga wakil rakyat dari PKR keluar dari Pakatan Rakyat dan menjadi Anggota Bebas. Macam - macam berita yang di sebarkan mengenai masa depan Wee di PKR ketika ini.Pada PRU yang ke 12, Wee Choo Keong yang juga merupakan pengasas Parti Malaysian Democratic Parti ( MDP) bertanding atas tiket PKR - menewaskan calon BN Datuk Yew Teong Look dengan majoriti yang nipis.
Apakah komen Wee Choo Keong ? sila klik DISINI. Sementara itu, Wilayahkini dengar Wee Choo Keong juga agak " Fed up" dengan perkembangan yang melanda Pakatan Rakyat ketika ini.

Monday, February 22, 2010

PENGUNDI TAK NAK CALON LUAR KAWASAN ?

" Pertama sekali, kita kena belajar daripada kesilapan - kesilapan yang telah kita lakukan. Pemilihan calon pada PRU 2008 adalah tidak baik. Para pengundi tidak boleh menerima calon - calon yang bukan berasal dari kawasan mereka sendiri", kata pemimpin vateran UMNO Datuk Shahrir Samad dalam satu temu bual khas di Malaysiakini. Sila klik, DISINI untuk baca wawancara penuh beliau. Sementara itu, di Wilayah Persekutuan Wilayahkini dengar sudah ada ura - ura ramai sangat dah bermimpi nak jadi YB pada PRU yang ke 1 3 nanti. Belum lagi cerita pasal menang ataupun kalah, tapi mereka dah pasang macam - macam strategi untuk jadi calon. Ada yang sanggup lompat sana sini untuk jadi calon. Sementara itu, UMNO WP di katakan mahu kawasan Wangsa Maju dan Bandar Tun Razak yang kini di miliki oleh MCA. Berita lanjut akan menyusul.......

Thursday, February 11, 2010

RAUF NAFI BUAT KENYATAAN PERKAUMAN DI LONDON !

KUALA LUMPUR 11 Feb 2010,
Setiausaha Kerja UMNO Datuk Abdul Rauf Yusoh yang juga merupakan Naib Ketua UMNO Bukit Bintang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini menafikan membuat kenyataan berbentuk perkauman di London baru - baru ini. Sila baca kenyataan Rauf di Malaysian Insider , DISINI

TEORI JUTAWAN BARU RAJA NONG CHIK DI KAMPUNG BARU.......

CAKAP - CAKAP @ WILAYAHKINI
Aduhh.....belum sampai 24 jam Perdana Menteri melakukan lawatan mesra rakyat meninjau perkembangan di Kampung Baru sabtu lepas , Menteri Wilayah Persekutuan sudah bercakap pasal RM (Ringgit Malaysia).
" Setiap pemilik tanah boleh menjadi jutawan. Potensi itu tinggi . Tapi terpulang kepada mereka. Kalau ada juga pihak yang menghasut, itu tak betul , ini tak betul, jadi seperti pengalaman saya di Kampung Kerinchi, akhirnya projek tergantung".
Katanya pemilik tanah di Kampung Baru bakal menjadi jutawan dengan menerima bayaran sehingga 4 juta seorang jika mereka bersetuju dengan konsep pembangunan semula kawasan itu- ia berikutan nilai tanah di kawasan itu kini melebihi RM 20 billion untuk 80 hektar, katanya.
Sementara itu , Perdana Menteri pada Sabtu lepas mengumumkan cadangan konsep pembangunan semula Kampung Baru di sini yang antara lain akan memastikan penduduk serta pemilik tanah itu tidak perlu berpindah ke tempat lain.
Satu lagi kertas cadangan kabinet mengenai Pelan Pembangunan Kampung Baru akan di hantar kepada Kabinet dalam tempoh masa terdekat ini. Kali ini giliran Menteri Wilayah Persekutuan sekarang pulak - Raja Nong Chik.
Banyak pelan sudah di rancang dan di buat sebelum ini termasuk perlaksanaan Perbadanan Kampung Baru, Perancangan Kampung Baru dalam Rancangan Malaysia ke 9 yang melibatkan kemudahan rakyat dan yang paling penting ialah Deraf Pembangunan Kampung Baru yang di buat khas dalam Pelan Tempatan KL 2020.
Apa pulak selepas ini ? Belum lagi di bangunkan tapi sudah ada ungkapan jutawan baru. Apakah kesudahan episod Kampung Baru ini ? Kita sama - sama nantikan !
Apa pula komen Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lo ' Lo Ghazali ?
" Kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik bahawa setiap pemilik tanah boleh jadi jutawan pula menimbulkan kekeliruan dan khuatiran penduduk kerana apa yang difahami mereka kenyataan tersebut ialah tanah Kampung Baru akan di serahkan kepada kerajaan dan pampasan akan di bayar kepada pemilik sehingga RM 4 juta seorang". Sila klik DISINI, untuk baca kenyataan penuh.

Thursday, February 4, 2010

APABILA KETUA PUTERI WP BERCAKAP MENGENAI NASIB ORANG MELAYU PULAU PINANG ......

KUALA LUMPUR 4 Feb 2010,
Para pemimpin utama negara ini terutama yang terdiri dari bangsa melayu hendaklah menumpukan perhatian serta merta kepada kerajaan negeri Pulau Pinang kata Ketua Puteri UMNO Wilayah Persekutuan Sarina Sharif. Beliau yang juga merupakan Ketua Puteri UMNO Cheras turut mengulas nasib melayu Pulau Pinang. Sila kilik blognya , DISINI, untuk baca berita selanjutnya. Sementara itu, Tahnniah kepada Puteri Cheras kerana kini sudah mempunyai laman blognya tersendiri. Turut di paparkan dalam laman blog tersebut mengenai liputan program " Malam Slim Fit Challenge" .

HARI WILAYAH PERSEKUTUAN TAHUN INI LESU ?

CAKAP - CAKAP @ WILAYAHKINI
Wilayahkini dengar macam - macam mengenai sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2010 yang dilancarkan di Dataran Merdeka minggu lepas. Ini merupakan sambutan Hari Wilayah Persekutuan yang pertama untuk Senator Datuk Raja Nintg Chik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan. Festival Hari Wilayah Persekutuan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di mana turut di hadiri oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Mantan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique.
Wilayahkini terima sms yang mengatakan padang Dataran Merdeka kosong semasa Perdana Menteri melancarkan festival Hari Wilayah Persekutuan. Betul ker ? Di fahamkan tak ramai juga wakil - wakil daripada parti - parti komponen BN dan persatuan penduduk yang hadir. Kenapa jadi macam ni ? Ada jugak yang kata, sambutan kali ini nampak lesu.Nasib baik ada persembahan bunga api, kalau tak lagilah boring.Publisiti pun tarak.
Satu lagi hal pulak "orang - orang penting UMNO" di Wilayah Persekutuan dikatakan merungut kerana tak di jemput ke Istana Negara untuk majlis pengurniaan dan darjah kebesaran sempena Hari Wilayah Persekutuan kali ini.
YAHYA GHANI DAN MUSTAPHA KAMAL JADI TUMPUAN !
Apapun sambutan kali ini amat bermakna kepada dua Ketua Bahagian UMNO di Wilayah Persekutuan yang kini di lihatsemakin "menonjol" dan meningkat naik walaupun dalam tempoh masa terdekat menjadi Ketua Bahagian. Siapa lagi? mestilah -Ketua UMNO Batu Datuk Yahya Ghani ( Abas Batu ) dan Ketua UMNO Seputeh Datuk Mustapha Kamal. Kedua mereka juga merupakan Ahli Lembaga Penasihat DBKL yang baru di lantik pada tahun lalu. Kedua - dua mereka dikurniakan pingat " Panglima Mahkota Wilayah" (PMW) yang membawa gelaran DATO. Tahnniah !

Tuesday, January 12, 2010

ISU PUSAT HIBURAN DI JALAN P.RAMLEE - DBKL CAKAP TAK SERUPA BIKIN .......

KUALA LUMPUR 12 Jan ,
" Dalam masa satu jam pertemuan bersama Datuk Bandar dan Menteri Wilayah Persekutuan masalah pusat hiburan itu (Jalan P.Ramlee) boleh diselesaikan sedangkan banyak lagi masalah rakyat di Wilayah Persekutuan tergantung bertahun - tahun tidak dapat diselesaikan ", kata Ketua Pemuda UMNO Kepong Norizan Ali.
Norizan berkata demikian kepada Akhbar Sinar Harian bahawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dilihat terlalu mementingkan pusat hiburan daripada menyelesaikan masalah rakyat. Tindakan terburu - buru DBKL membenarkan lima pusat hiburan di Jalan P.Ramlee memperbaharui lesen dan beroperasi semula adalah tindakan yang tidak boleh di terima oleh rakyat. Sila klik di sini Clubs can renew licences if they keep to permitted sound level untuk baca komen Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Ning Chik.
Pergerakan Pemuda UMNO Kepong tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat kerana ianya membuktikan kerajaan dan pihak berkuasa tempatan ( PBT ) terlalu mementingkan keuntungan dari memikirkan masalah sosial melibatkan belia.
Sementara itu seorang pembaca yang bernama Mahmud Nor dalam emelnya kepada Wilayahkini berkata " sebelum ini Datuk Bandar Kuala Lumpur bukan main berikan amaran mengenai tahap kebisingan di kelima - lima pusat hiburan tetapi tak sampai dua hari jer DBKL dah tolak ansur dan bersetuju untuk membenarkan mereka beroperasi kembali. Kalau macam ini , Datuk Bandar tak payahlah cakap besar. Kalau nak masuk politik , letak jawatan dan masuk politiklah. Kalau nak buat , buatlah betul - betul. Tak payah ambil tindakan dari awal - awal kerana mereka pun dah lama beroperasi kat sana.Jangan pulak nak tunjuk kuasa dan berlagak macam hero dalam TV . Jangan jadi cakap tak serupa bikin lah.."

Wednesday, January 6, 2010

APA CABARAN PU3 UMNO WP UNTUK TAHUN INI ?

KUALA LUMPUR Jan 6 2010 ,
Pergerakan Puteri UMNO Wilayah Persekutuan memulakan tahun baru 2010 dengan mengadakan program bantuan persekolahan kepada pelajar istimewa dan susah sekitar Wilayah Persekutuan baru - baru ini.
Sila klik -Utusan Malaysia Online - Kota , untuk baca berita selanjutnya. Walaupun ada yang tuduhan yang mengatakan " Pu3 WP kurang menyengat" sepanjang tahun 2009, kita berharap akan ada lebih banyak program untuk memperkasakan lagi Puteri UMNO di Wilayah Persekutuan untuk tahun ini nanti.
ANDA ADA CADANGAN NAK DI KONGSIKAN ? sila emel kepada wilayahkini@gmail.com !
Sementara itu, Wakil dari Pu3 Lembah Pantai Hasryza Jabar(gambar) memaklumkan kepada Wilayahkini "Semua Puteri dijemput hadir ke program UMNO Juara Rakyat yang akan diadakan pada 9hb Januari (Sabtu) di Hulu Selangor pada jam 8.30 pagi. Bas disediakan di Stesen LRT Bangsar bermula jam 8 pagi. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Kak Uda @ 012-4202066"

Friday, January 1, 2010

SALAM TAHUN BARU 2010

SALAM TAHUN BARU 2010 kepada semua pembaca setia Wilayahkini.
Kita berharap 2010 akan memberi satu harapan baru kepada kita semua dalam semua bidang yang kita ceburi. Seperti dijanjikan , Wilayahkini akan tampil dengan imej baru pada tahun ini dalam sedikit masa lagi bagi memberi liputan yang lebih menarik dan terbaik . Apakah harapan anda pada tahun ini ?