Monday, May 31, 2010

SUDAH SAH LEMAN LETAK JAWATAN ; " BYE BYE " LEMAN !

Selepas dikemaskinikan , 31hb Mei
SUDAH SAH - Datuk Seri Suleiman Mohamad atau lebih dikenali sebagai " Pak Leman" akhirnya meletakkan jawatanya sebagai Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa berkuatkuasa 1hb Jun ini. Beliau yang memegang jawatan tersebut selama 23 - menang tanpa bertanding sepanjang tempoh tersebut.
Majlis Tertinggi UMNO yang bersidang minggu lepas dikatakan telah menerima hasrat perletakan jawatanya. Timbalan Ketua UMNO Titiwangsa, Datuk Johari Ghani (gambar) akan bertindak sebagai Pemangku Ketua Bahagian , berkuatkuasa 1hb Jun ini.
Malah Johari Ghani sendiri telah menyatakan perkara tersebut kepada Mstar hari ini.
" Tiga minggu lalu Datuk Suleiman ada beritahu saya yang beliau nak lepaskan jawatan, beliau kata nak bagi laluan kepada generasi baru.
Ya, memang benar Datuk Suleiman sudah melepaskan jawatanya, jadi bermula esok saya akan memangku jawatanya sebagai Ketua Bahagian ", katanya kepada Mstar hari ini.
BERITA SEBELUM INI - PAK LEMAN LETAK JAWATAN ?
KUALA LUMPUR 26 Mei ,
Berita mengenai perletakan jawatan Ketua UMNO Titiawangsa Datuk Seri Drs. Suleiman Mohamad semakin hangat beterbangan di Kuala Lumpur ketika ini. Ada yang kata itu cuma khabar angin saja. Manakala anaknya Mohd Idham Yasser yang Ketua Pemuda UMNO Titiwangsa menafikan sama sekali berita tersebut. Sementara itu, Mstar telah mendedahkan laporan tersebut hari ini. Sila klik -mStar Online : Ketua Umno Titiwangsa Letak Jawatan?
Suleiman yang juga bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO dan BN Wilayah Persekutuan merupakan salah seorang pemimpin politik UMNO yang disegani di Kuala Lumpur. Malah beliau dilabel sebagai " Ironman UMNO Titiwangsa". Beliau juga merupakan bekas Timbalan Menteri dan Ahli Parlimen Titiwangsa selama empat penggal sebelum digugurkan pada tahun 2004.
Apapun , kita tunggu apa reaksi Pak Leman lepas ini .

22 comments:

Anonymous said...

letaklah jawatan...x rugi apa pun orang Melayu di titiwangsa. kalau setakat mengurus parti macam urus 'syarikat anak beranak dan gangster'; masanya memang kena dan tepat.

anak pun macam ayah...sikit2 nak letup kepala orang. perangai dan pemikiran sendiri tak maju...

terima kasih banyaklah tok leman...kerana mewarnai bahagian kami ni dengan amalan rasuah, kronisme, gangsterisme, penting diri dan sebagainya...buat amal banyak2 ya....takut tak diterima dek tanah.,..

wallahu'alam....

Anonymous said...

yelah leman pun dah tua elk sangatlah beliau bersara.... bagi pulok kat orang lain

Anonymous said...

Hebatnya berkata-kata. Semoga anda juga di terima tanah..amiiin.

The Revolution said...

Salam 'Anonymous' yang atas skali tu...
Nak bagi komen pun takut nak letak nama sendiri or komen as blogger....
Ni la die orang pengecut nama nya...
Kalau kau orang melayu, buat malu bangsa sendiri je...

Ko ingat komen yang kau bagi tu boleh membuatkan kau diterima tanah ke???
Sedarlah diri tu...

Ni la dia orang yang cakap x serupa bikin...
Ada kala nak mengajar orang tapi diri sendiri tak jaga...
Maybe kat umah kurang cermin kot..'
wuahahahahahah!!!!!!!!!!

SEDARLAH DIRI TU!!!!!!!!!!!!

Kepada Dato' Seri,
Harap2 berita perletakkan jawatan ini cuma Khabar angin sahaja..

Rakyat dan penduduk Titiwangsa masih memerlukan Dato' Seri...
Lihatlah apa dah jadi sekarang...
Semakin teruk...
Sejak Dato' Seri tidak lagi jadi wakil rakyat, Titiwangsa makin menuju ke arah kemerosotan...
Apatah lagi bila PAS yang menjadi wakil rakyat... lagi teruk...
PAS tu dah la cakap je lebih, lepas tu habuk pun tarak...
Modal PAS jadi wakil rakyat air liur je, peluh usaha tak de langsung...
Dato' Seri kena kekal lagi di dalam titiwangsa sehingga titiwangsa kembali ke tangan BN...

Tapi kalau betullah perkara ini,
saya harap Dato' Seri tidak lupakan perjuangan Dato' Seri di titiwangsa...
Walaubagaimana pun, Dato' Seri kena terus perjuangkan suara kami di titiwangsa...

salam.....

Anonymous said...

jawatan adalah satu amanah...melepas jawatan tiada makna klu tidak selesai tanggunjwb...bkn sbb dah tua..selama 23thn memimpin di titiwangsa jasa beliau tidak dapt dinafikan...perletakan jawatn patut di beri perghormatan bkn di caci...jgn tgk luaran tgk jasa yg dibuat semasa berjawatan.......beri penghormatan....mugkin satu hari nnti kita jd pemimpin pulak kn....

Anonymous said...

sungguh BIADAP cara sdra.Anonymous pertama menulis....

Anonymous said...

baik lah pi bersara sblum org ramai lagi benci dan menyampahhh!!!tok leman pun sah2 dah kaya bukan?

Anonymous said...

salam,jgn lah kita kasar sangat bahasa tu. tok leman pun dah sedar apa yg telah di lakukan, sbb tu dia meletakkan jawatan.konco2 dia jer yg masih tak sedar2.konco2 ni lah yg membuat pretasi tok leman lagi hancur dan meporak perandakan perpaduan umno titiwangsa,yg lepas tu biar lah lepas jgn di kenang2 lagi.kepada kempen2 manager bersara la dari membuat org2 umno bertambah menyampah dgn fitnah2 yg di lakukan tu,berdosa teramat besar tu,sedarlah.dgn akhir kata ,terima kasih tok leman jasa mu di kenang.

Anonymous said...

Pak Leman.

Selamat bersara dari ketua bahagian,harapan kami semua, jangan bersara dari memberi pandangan serta buah fikiran,kami percaya setelah melalui liku-liku hidup dalam perjuangan politik yang panjang serta berbagai sepak terajang yang menjadi mainan sebelum ini mungkin akan banyak meninggalkan legasi.

Ya nampaknya ada yang sangat gembira, tidak kurang ada yang cukup bersedih,itu semua hanya mainan,Politik itu pun kan kah juga mainan?, cuma ada yang betul-betul main dan banyak dari pemainnya yang hanya suka main-main.

Pak Leman telah banyak menabur bakti di seluruh daerah kelahirannya,bermula dari kampung baru meliputi Chow Kit,Keramat dan sekitarnya juga kampung pandan dan sekitarnya telah banyak mendapat habuan sumbangan dari Jasa Pak Leman.

Mungkin dari mereka yang hanya meletakkan semuanya tidak baik apa yang dilakukan oleh Pak Leman diharap jangan membuta mata dan jangan memekak hakikat.

Bermula dengan Kg baru, awal tahun 80an tiap2 minggu kita menderita dengan banjir selepas Pak Leman menjadi Ketua bahagian dan Ahli Parlimen masalah banjir dapat diberi perhatian, atas kuasanya yang juga timbalan menteri? kini banjir dapat dihindarkan.

sungguh banyak jasa Pak Leman di kg baru, Dewan orang ramai kg periuk bertambah cantik,sekolah agama semakin hebat binaannya, Masjid Kg Baru semakin indah dan baik pembesarannya.

DiDatuk Keramat bermacam pembanguna telah dibuat, banyak sekolah agama telah didirikan,banyak perkampungan Melayu Daif seperti kampung Bumiputra yang satu ketika berbekal lampu enjin diesel telah bertukar wajah mendapat lampu letrik TNB, dan akhir sekali orang Melayu di situ telah mendapat penempatan di Jelatek yang lebih sempurna.

Di Kampung Pandan sesuatu yang lebih hebat,Desa Pahlawan asal sebuah perkampungan setinggan tersusun ,yang akhirnya dengan kekuatan Pak Lemanlah mereka telah dikurnia pemilikan bertaraf Tol sementara.
Diruang yang sangat terbatas tak mungkin dapat dicatitkan berbagai sumbangan hebat yang telah dibuat,Apa pun Pak Leman yang dikatakan Gengstar,kaki arak.Pengganas politik itulah kepimpinan yang perlu ada diTitiwangsa jika tidak Hantu Raya seperti SYED ALI akan terus menghisap darah dan memakan telor diTitiwangsa.

Anonymous said...

Pak Leman orang berperinsip...beliau benar2 tak puashati kenapa 40 peratus harus bertukar status kepada bukan bumiputra? Kampung Baru Tanah Melayu tanah kelahirannya...PAK LEMAN MEMBANTAH KEPUTUSAN DATO RAJA NONG CHIK YG HANYA BERMAIN POLITIK.

Anonymous said...

alo...Revolution yang bengap...

ko tu pakai nama sendiri ker? sudahlah...entah2 boy bagi duit suruh defend ayah dia...

boy nak taip sendiri bengap...itu pun kena upah. tu yg jadi pegawai rendah syarikat perumahan...terus lingkup SPNB?

sayonara pak leman....nanti kita lepak masjid sama2 ya...

The Revolution said...

Salam..

Kepada 'Anonymous' yg kate revolution bengap..

Nmpk gaya ko mcm orang dalam UMNO juga...
Maybe ko juga konco 'GENG MAMAK' dalam UMNO TITIWANGSA...
Aku bukan Ahli UMNO tapi banyak cerita dalam UMNO TITIWANGSA yang aku tau...
Kenapa GENG MAMAK???
X puas hati ngan 'BOY' ke??
wuahahaha...
X kisah la boy mana yang ko maksudkan tapi im know that u r one of the geng mamak UMNO TITIWANGSA...

btw,
please la jgn jd pencacai org len...
nk kate org ni bagi duit, org tu bagi duit...
Macam la aku x tau ko dapat duit dari geng mamak untuk hentam Pak Leman sekeluarga...
Wuahahahaha!!!

one more thing,
selamat la buat amal byk2 kat masjid dr terima duit rasuah Geng Mamak Titiwangsa dan buat tambah dosa bagi komen kat sini...
Semoga amal diterima ALLAH....

Salam...

airman_1 said...

anon prtama 26/5/10 tu dia...pendakwa raya hebat tapi jgn dok jadi peguam bela dan hakim sekali gos sudah la...ye..kah..kah...kah

Anonymous said...

Salam,

Amat terkejut apabila khabar angin mengatakan Datuk Sulaiman akan melepaskan jawatanya.

Kalau pun ia benar, saya ingin merakamkan jutaan terim akasih kepada datuk, di atas pengorbanan datuk selama ini kepada UMNO dan rakyat.

Mungkin ini keputusan yang terbaik dari datuk untuk melepaskan jawatan. Sebagai anak muda yang melihat perjalanan politik datuk, saya amat menghargainya...

Dan saya mendoakan agar segala pengorbanan datuk akan di balas dengan penuh keberkatan dari Allah SWT. Saya juga mendoakan datuk sentiasa dalam keadaan sihat dan teruskan perjuangan ini walaupun datuk telah melepaskan jawatan.

Terima kasih Datuk, Jasamu tetap saya kenang...

Fairul Iskandar Hj Faizil De Souza
UMNO Batu

Anonymous said...

Salam..

Maafkan saya berkata.. kurang setuju dengan komen PERTAMA diatas....

seperti kata pepatah manusia yang bernama atas Nama MELAYU..

BIAR KITA KURANG MAKAN
TETAPI JANGAN KURANG AJAR...

jadi baik ANDA fikirkan..
bukan senang nak minta maaf pada orang yang tak pernah mengata ANDA....:)

Anonymous said...

setuju dengan kenyataan di atas.... DARI pada ko berkata membuat dosa.. sebelum ko ajak orang g masjid pun... ko dah buat dosa....INSAFLA.. EMOSI sebegini elok g PALESTIN jer.. buat jihat dari antar mesej mengata sahaja...

Anonymous said...

Datuk merasa bertanggung jawab kerana dia gagal menyelesaikan Kg Baru secara terbaik untuk rakyat Kg Baru selama beberapa penggal dia jadi KB. Semoga inspirasi Datuk dalam perjuangan dapat diwarisi oleh pengganti Datuk ke arah yang lebih baik.

Anonymous said...

Salam warga Titiwangsa,apa dah jadi dgn titiwangsa ni kutuk mengutuk dlm ruang komen ni,org ni kata tok leman tak betul org sana kata syed ali tak betul,habis sapa yg betuiii,hentikan lan fitnah ni.saya nak beritahu pd pembaca2 di sini bahawa ramai gak org2 kuat tok leman dtg jumpa syed ali mengadu nasib sedangkan syed ali tahu org2 ni yg selalu membuat fitnah tentang diri syed ali, dia bantu org2 ni juga.tak pulak jd penghisap darah, cuma tok leman jer yg tak tahu org2 dia main kayu tiga.saya ingat sikap2 dengki,busuk hati dan fitnah sudah di mansuhkan di titiwangsa.sebab apa saya boleh tahu ni semua kerana saya bekas ahli umno titiwangsa.Tok leman letak jawatan takda saper yg suruh,dia yg letak sendiri,konco2 tok leman bercerita konon nya punca ahli2 tak beri kerjasama dan tekanan.selama 23 tahun tok leman jd ketua bhg, lagi kuat tekanan ,takda plak nak letak jawatan. senang nyer mcm ni bila tak tahu fakta2 jgn bercakap atau bercerita pd yg lain, lebih baik diam drpd timbul fitnah.salam pd tok leman.

Anonymous said...

Mesyuarat kelompok di Baitulmal sebulat suara membuat usul agar Tok Leman Tarik Perletakkan Jawatan,aku yg ternaya kerana pegawai2 Tok Leman mengajak aku buat mesyuarat kelompok, mana cawangan yg buat mesyuarat kelompok mesti buat usul tarik balik perletakkan jawatan sebagai ketua bahagian.kalau tahu mcm ni aku takkan bersama mereka2 ni.Org2 tok leman ni menyokong membawa rebah.Cukup la nak try Tok Leman,berdiri la atas kaki sendiri,berpuluh tahun Tok leman menanggung segala2 nyer,bukan ada untung pd Tok Leman,asyik keluar lagi duit ada laaa.Semoga Tok Leman dpt membaca komen saya ni,KALAU TOK LEMAN MASIH BIARKAN ORG2 TOK LEMAN DUDUK MENUNGGU BANTUAN SAMPAI BILA PUN ORG2 TOK LEMAN TAKKAN MAJU.REHAT LA TOK LEMAN SEMOGA MASA DAN WANG RINGGIT SELAMA INI DAPAT DI RASAI OLEH ANAK2 DAN CUCU SEPENUH NYA.JGN LA LAGI MELAYAN ORG2 TOK LEMAN YG TAHU NAK TRY DUIT JER,DGN ORG2 LAIN PUN MEREKA TRY, PEGAWAI2 TOK LEMAN YG MASIH MENGAMALKAN BUDAYA TAK SIHAT IAITU TRY.

Anonymous said...

semua orang dah tahu duduklah berehat Tok Leman. Kerana merekalah badan binasa akhirnya. walaupun memakan masa, inilah hasil.

Anonymous said...

BANYAK-BANYAK BUAL AMAL DARI BUAT KOMEN YANG KURANG ......BELAJAR MENGHORMATI SEKIRANYA KAMU MAHU DIHORMATI... BANYAK2 BERISTIFAR.....

Anonymous said...

Pak Leman letak jawatan sebelum menyuarat Agong cukup bagus, Bagi yang jadi memangku perlulah berbelanja beli beg-beg dan bayar sewa tempat,serta makan minum ahli perwakilan.

Dalam mesyuarat Agong nanti apa yang akan terjadi? semua perwakilan akan berdiri meminta Pak Leman tarik balik hasratnya itu,Pak Leman akan jadi ketua kembali...disitu akan sah jika perwakilan sebulat suara.Selamat bermimpi Dato Johari.