Friday, November 27, 2009

SALAM AIDILADHA 1430H !

Salam Aidiladha 1430h kepada semua pembaca Wilayahkini dan juga rakan - rakan. Semoga Ibadah Qurban & Aqiqah berjalan lancar, diterima dan dirahmati Allah SWT. Antara hikmah Korban ialah menanamkan perasaan kasih sayang antara si kaya dan si miskin.
Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyahut perintah Allah Ta' ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s.
Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat - nikmatnya yang melimpah - ruah.
Iklhas dari,
Wilayahkini

Friday, November 6, 2009

TREND BARU GUNA " MEMO " SINGKIR PEMIMPIN POLITIK DI WILAYAH PERSEKUTUAN ? "

NOTA : ( Disebabkan isu memo ini masih hangat diperkatakan dan didebatkan , Wilayahkini memberi ruang dan masa yang secekupnya untuk para pembaca memberikan komen dan pandangan sebelum kita melangkah ke isu yang seterusnya - 18hb Nov 2009 )
CAKAP - CAKAP POLITIK @ WILAYAHKINI -- MEMO TERBONGKAR
DI KEMASKINIKAN Pada 12hb Nov 2009..
Akhirnya memo yang diwarkan - warkan terbongkar. Sila klik DISINI untuk baca semua kandungan memo secara menyeluruh- iaitu sebanyak enam muka surat untuk mengetahui apa yang ada di dalamnya.
BERITA SEBELUM INI......
Nampaknya memang tidak dinafikan lagi perkembangan politik Wilayah Persekutuan semakin panas sejak berita mengenai lontaran "sms misteri" mula tersebar.Malah malam tadi ,Wilayahkini terdengar cakap - cakap politik mengenai satu perkembangan terkini iaitu pasal trend "memo" untuk menjatuhkan segelintir pemimpin politik di Wilayah Persekutuan. Apakah ianya dikaitkan dengan teori "konspirasi" ataupun "budaya politik baru" kita kena tanya ahli - ahli UMNO sendiri. Sila klik DISINI , untuk baca berita "MEMO ".
Trend seperti cukup berbisa sekiranya berleluasa. Tetapi sejauh mana kebenaranya ? Itulah pasal UMNO pusat kena bertindak dan menyiasatnya supaya kita dapat tahu betul atau tidak.
Kita perlu memperkukuhkan UMNO Wilayah Persekutuan bagi PRU yang ke 13. Untuk itu, kita perlukan satu pasukan yang mantap - yang merangkumi pemimpin pilihan parti dan rakyat. Berita seperti ini perlu diperbetulkan supaya rakyat tidak mendapat mesej yang salah.
Kita tunggu dan lihat apakah tindakan seterusnya ?
DI KEMASKINIKAN pada 11hb Nov 2009
Emel pilihan dari seorang pembaca ....
" Saya sebagai salah seorang ahli Persatuan Bekas Tentera buat pertama kali melayari Wilayahkini selepas dimaklumkan oleh kawan - kawan baru ni. Saya amat terkilan selepas membaca laporan mengenai " memo". Saya amat dukacita kerana seorang pemimpin kerajaan yang pernah berkhidmat di tentera dari peringkat bawah hingga ke atas di cantas macam tu. Malah beliau juga merupakan pemimpin yang naik dalam arena politik melalui peringkat cawangan , bahagian dan negeri. Bukan itu saja, beliau juga Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat selama tiga penggal dan paling penting telah mendapat sokongan ahli - ahli UMNO pada pemilihan UMNO yang lepas untuk kerusi MT. Beliau juga merupakan bekas juruterbang jet pejuang TUDM yang pertama yang pernah dilantik sebagai Menteri. Tapi apabila saya dengar cerita - cerita cam ni saya rasa cukup terkilan. Kenapalah sampai jadi macam ni ?" - Mohamad Ali , Kuala Lumpur
Sekiranya anda ingin hantar emel , sila emel kepada wilayahkini@gmail.com

Thursday, November 5, 2009

POLITIK WANG ; BEKAS SU UMNO WANGSA MAJU DI DAKWA !

KUALA LUMPUR 5 Nov,
Bekas Setiausaha UMNO Bahagian Wangsa Maju Ramli Abdul Manan dituduh di Mahkamah Sesyen disini hari ini terhadap pertuduhan memberi rasuah RM 1,000 kepada Ketua Cawangan Taman Melati sebagai dorongan supaya beliau dicalonkan untuk layak bertanding jawatan ahli jawatankuasa bahagian itu tahun lalu.
Ramli Abdul Manan , 50 , mengaku tidak bersalah atas dakwaan memberikan wang suapan kepada Amir Saad, 50, di Dewan Aktiviti Masyarakat Taman Melati Kawasan 8, Setapak pada 8 Nov, 2008.
Beliau didakwa mengikut seksyen 10(b)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum menurut Seksyen 16 akta sama.
Jika disabitkan, Ramli boleh dipenjara sekurang - kurangnya 14 hari dan tidak melebihi 20 tahun penjara dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan berkenaan. Timbalan Pendakwa Raya meminta mahkamah menetapkan jaminan RM 5,000 dengan seorang penjamin.
Ramli yang tidak diwakili penguam merayu agar jaminan dikurangkan kepada RM2,000 memandangkan beliau tidak berkerja.
Hakim mentapkan jaminan sebanyak RM 2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 Disember untuk sebutan semula kes - Bernama.