Friday, November 6, 2009

TREND BARU GUNA " MEMO " SINGKIR PEMIMPIN POLITIK DI WILAYAH PERSEKUTUAN ? "

NOTA : ( Disebabkan isu memo ini masih hangat diperkatakan dan didebatkan , Wilayahkini memberi ruang dan masa yang secekupnya untuk para pembaca memberikan komen dan pandangan sebelum kita melangkah ke isu yang seterusnya - 18hb Nov 2009 )
CAKAP - CAKAP POLITIK @ WILAYAHKINI -- MEMO TERBONGKAR
DI KEMASKINIKAN Pada 12hb Nov 2009..
Akhirnya memo yang diwarkan - warkan terbongkar. Sila klik DISINI untuk baca semua kandungan memo secara menyeluruh- iaitu sebanyak enam muka surat untuk mengetahui apa yang ada di dalamnya.
BERITA SEBELUM INI......
Nampaknya memang tidak dinafikan lagi perkembangan politik Wilayah Persekutuan semakin panas sejak berita mengenai lontaran "sms misteri" mula tersebar.Malah malam tadi ,Wilayahkini terdengar cakap - cakap politik mengenai satu perkembangan terkini iaitu pasal trend "memo" untuk menjatuhkan segelintir pemimpin politik di Wilayah Persekutuan. Apakah ianya dikaitkan dengan teori "konspirasi" ataupun "budaya politik baru" kita kena tanya ahli - ahli UMNO sendiri. Sila klik DISINI , untuk baca berita "MEMO ".
Trend seperti cukup berbisa sekiranya berleluasa. Tetapi sejauh mana kebenaranya ? Itulah pasal UMNO pusat kena bertindak dan menyiasatnya supaya kita dapat tahu betul atau tidak.
Kita perlu memperkukuhkan UMNO Wilayah Persekutuan bagi PRU yang ke 13. Untuk itu, kita perlukan satu pasukan yang mantap - yang merangkumi pemimpin pilihan parti dan rakyat. Berita seperti ini perlu diperbetulkan supaya rakyat tidak mendapat mesej yang salah.
Kita tunggu dan lihat apakah tindakan seterusnya ?
DI KEMASKINIKAN pada 11hb Nov 2009
Emel pilihan dari seorang pembaca ....
" Saya sebagai salah seorang ahli Persatuan Bekas Tentera buat pertama kali melayari Wilayahkini selepas dimaklumkan oleh kawan - kawan baru ni. Saya amat terkilan selepas membaca laporan mengenai " memo". Saya amat dukacita kerana seorang pemimpin kerajaan yang pernah berkhidmat di tentera dari peringkat bawah hingga ke atas di cantas macam tu. Malah beliau juga merupakan pemimpin yang naik dalam arena politik melalui peringkat cawangan , bahagian dan negeri. Bukan itu saja, beliau juga Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat selama tiga penggal dan paling penting telah mendapat sokongan ahli - ahli UMNO pada pemilihan UMNO yang lepas untuk kerusi MT. Beliau juga merupakan bekas juruterbang jet pejuang TUDM yang pertama yang pernah dilantik sebagai Menteri. Tapi apabila saya dengar cerita - cerita cam ni saya rasa cukup terkilan. Kenapalah sampai jadi macam ni ?" - Mohamad Ali , Kuala Lumpur
Sekiranya anda ingin hantar emel , sila emel kepada wilayahkini@gmail.com

92 comments:

Anonymous said...

Aduhhhh panas betul WP ni.

kl says said...

Keanapa Datuk Seri Najib tak mahu bertindak kalau betul.Kita kena siasat benda seperti ini kerana kita tak mahu budaya negatif cam ni hanncurkan UMNO.

Anonymous said...

Kenapa baru nak dedahkan ?

Razlan said...

Salam Pembaca WK.

Oleh disebabkan BudakKuala Lumpur tidak memberi kita komen didalam blog beliau, jadilah Wilayah Kini seperti Surat Berantai...

Saya melihat penulisan ini lebih kepada provok YAB Presiden untuk megambil tindakan.

Seumpama YAB PM hanya menggunakan Memo ini untuk membuat keputusan, dan saya percaya sekiranya mentadbir sesebuah negara, kalau setakat dengar satu dua orang cakap, tanpa ada siasatan lepas tu keputusan dibuat, akibat hancurlah Negara.

Zaman itu sudah lepas, hari ini YAB Najib mempunyai semua lapisan pemberi maklumat dan beliau menggunakan semua ini dan analisa semua ini untuk kebaikkan Negara.

Jangan la KOI nak pandai2 mengugut YAB Presiden kami dan cakap beliau hanya mendengar kata-kata dari satu dua orang.

Kadang-kadang saya pun muskil jugak, apakah sebenarnya niat dan hasrat penulisan ini..

Nak tukar semua Barisan Perhubungan sekarang ke.. gantikan dengan siapa? WP ni bukannya banyak Bahagian macam sabah tu...

Ini jelah Pemimpin yang tinggal.

Jadi.. Keputusan YAB PM merupakan keputusan terbaik bagi beliau sebagai PM, tak boleh ke yang lain tu ikut je dulu.. dah tinggal 3 perlimen je pun, tak nampak lagi kee?

Maaf KOI, kalau koi orang UMNO.. koi kene ingat ..

Kita selalu bergaduh kat tepi jalan(semua orang nampak),
orang lain gaduh kat dalam bilik, malu dek orang ...

Kearah Penyatuan yang SEBENAR..

Anonymous said...

nAMPAK SANGAT ORANG YANG MENGGELARKAN DIRINYA KOI DALAM PENULISANNYA SEORANG YANG TIDAK SIUMAN, OLEH ITU PEDULIKAN ORANG YANG TIDAK SIUMAN INI. MARI KITA TUMPUKAN KEPADA PERJUANGAN UMNO DAN ORANG MELAYU, ITU LEBIH UTAMA DARI MELAYAN YANG TIDAK SIUMAN.

Anonymous said...

Kalau PM tidak buat kajian baik buruk ,hantar berjuta Memo pun tak berkesan dan jangan pertikai kuasa PM .itu perkara biasa lobi melobi macam calon calon pilihanraya.keputusan dah buat semua pemimpin buat kerjalah

UMNO Cawangan Gombak Selatan said...

Salam Perjuangan,

Kami dari pihak UMNO Cawangan Gombak Selatan menyatakan pendirian mengutuk sebarang usaha untuk memecahbelahkan parti.

Kami juga menerima dan menyokong kepimpinan UMNO Wilayah Persekutuan.

Sikap dan tuduhan yang dilemparkan Koi dalam blog budak kuala lumpur menampakkan sikap beliau yang suka memecahbelahkan UMNO Wilayah.

Sikap ini tidak sewajarnya berlaku di dalam UMNO. Kita sebagai blogger UMNO sewajarnya menjawab segala dakyah yang dilemparkan pihak pembangkang. Bukannya menghina pemimpin UMNO sesama sendiri.

Pemilihan UMNO tlhpun berlalu. Sudah2lah... Janganlah Koi gila talak berkempen lagi sehingga lupa bahawa Koi telah memusnahkan parti UMNO itu sendiri.Sikap Koi yang ekstrim menyokong 1 2 pemimpin UMNO sahaja tlh menyebabkan beliau lupa tindakan beliau ini akan merosakkan parti itu sendiri.

Sebagai contoh kami di UMNO Cwgn Gombak Selatan di bawah Bhg. Wangsa Maju. Kami menerima mana2 pemimpin yang menerajui UMNO W.Maju. Zaman Datuk Astaman tlhpun berlalu. Begitu juga dgn Dr. Zainal. Kini UMNO Wangsa Maju dipimpin Dato' Shafei. Kita terima.

Kerana apa yang lebih penting adalah gerak kerja kita untuk memperkasa parti dan memastikan masyarakat KL terbela dan terus menyokong kita.

Kami juga berharap agar pihak Wilayahkini tidak merujuk sebarang artikel dari blog budak kuala lumpur yang sarat dengan fitnah.

Leader's Come, Leader's Go, But our perjuangan must go on. We have to move...

Ikhlas dari,

UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN.

ps : Kami berharap agar pihak Wilayahkini dapat menyiarkan komen kami ini sebagai salah satu artikel blog anda di masa akan datang. Ianya penting untuk ahli UMNO terus bersatu..

Anonymous said...

Kepada UMNO Cawangan Gombak Selatan tahniah kerana komen tersebut dan juga kepada Wilayahkini yang turut menyiarkan komen tersebut.
Persoalanya sejauh mana kebenaran berita Budak KL ? Kalau betul kena ambil tindakan kerana esok lusa kita pulak kena nanti.

Anonymous said...

Salam Seperjuangan bersama UMNO Gombak Selatan

Melihat kepada pendirian UMNO Caw Gombak Selatan yang akan berketua kpd sesiapa shj yg dinobat menjadi ketua bahagian seharusnya disanjung pendirian ini.

Kebetulan saya diPPinang pun mendapat SMS yg mengkisahkan setpol Dato.Shafie Ketua UMNO W.Maju dikatakan memalukan ketua-ketua bahagian yg lebih senior diWp dihadapan Ketua-ketua UMNO Bahagian seluruh Malaysia disaksikan oleh Dato Najib dan Tan Sri Mahyuddin di Janda Baik Pahang. Sepatutnya Dato Shafie itu gunakan menyuarat perhubungan negeri WP bincanglah dari hati ke hati apakah jalan keluarnya.Ataupun Dato Shafie bawalah semua Ketua Bhg WP berjumpa Dato Najib Secara tertutup dimana saja tempat yg sesuai.

Ataupun dg lebih hormat dan peraturan serta beradap dato Shafie mintalah nasihat Pengerusinya Tan Sri Mahyuddin terlebih dahulu utk mencari jalan yg terbaik kalaulah ada persengketaan yg tersangat hebat antara mereka.

UMNO Gombak Selatan perlu ingat,Setiap Ketua Bhagian mereka ada penyokong,sahabat,kawan2 dan sedara mara dimana2 pelusuk,Berkait dari itu mereka2 itu tidak akan berdiam jika IDOLA mereka dimalukan...dengan tu SMS berterbanganlah memprotes tidak puashati IDOLA mereka dimalukan.

Berbalik kpd penulis KOI ada diantara peminat Blogg Wilayahkini melebelkan KOI tidak siuman dan gila talak! kenapa ? mungkin terkena batang hidung IDOLA sendiri..jadi kita pun juga menjadi tidak siuman.!

Itulah pengajaran yg kita boleh belajar,Jika kita tidak mahu org memperlekehkan IDOLA kita janganlah memalukan IDOLA orang lain.

Saya mencadangkan UMNO Cawangan Gombak Selatan buat majlis Siraturrahim bawa Dato Shafie turun dan jemputlah sama semua ketua bahagian wp hadir,Hasrat Cawangan UMNO Gombak Selatan utk menyatukan UMNO WP akan dilihat bercakap serupalah bikin.

Anonymous said...

kalaulah dah tahu tinggal lagi 3 bahagian,janganlah ujudkan kumpulan ketua bahagian yg baru nak menjatuhkan ketua yg lama.

Budak KL konon tapi a/l a/p said...

Boleh baca langkah.. BudakKL ni memang digunakan untuk memburukkan orang tertentu. Takkan PM dengan pengalaman luas dalam politik boleh buat keputusan ikut orang tertentu. Tapi budak KL ni kutuk dan character assasination. Budak Kl ingat kita bodoh ke?. Ingat pesanan Rasullullah s.a.w.. Cuba perhati dan teliti segala komen Budak Kl sebelum ni. INGAT ada ubi ada batas, ada hari ada balas. Balasan Allah Taala yang paling ditakuti.

Anonymous said...

Persoalanya apakah Budak Kuala Lumpur tabur fitnah ataupun memang betul tuduhan tersebut ?
Saya juga sokongan apa yang ditulis dalam emel dari seorang pesara tentera.
Kita tidak mahu isu ini dijadikan bahan politik oleh pihak pembangkang nanti.
Kalau UMNO nak bersatu kenalah semua bersatu tapi jangan buat kerja macam sampai nak tikam dari belakang. Hari ini Zulhasnan dan jangan esok Raja Nong Chik pulak kena.

Anonymous said...

Saya harap Wilayahkini akan siarkan lebih banyak emel pilihan selain ruangan komen.

Anonymous said...

Kami Pesara Tentera dari Puchong menyokong saranan di emel tersebut. Semboyan telah berbunyi...

Anonymous said...

Menarik kandungan emel kerana bekas tentera pun dah mula bersuara. Saya harap pucuk pimpinan tertinggi parti ambil tindakan mengenai plot politik tersebut.
Janganlah kita jadi bangsa yang tak bermaruah.

Anonymous said...

Berat! Berat kenapa Setpol Dato Shafie buat kerja tak senonoh, sepatutnya kerja beliau menjadi penghubung utk jaga nama baik Perdana Menteri.

Perdana Menteri berusaha kuat pulihkan UMNO,Dato Shafie buat kerja bagi org meluat dg UMNO.Inilah yg dikata sokong membawa rebah.

Anonymous said...

Pandangan org tentera disokong,Pandangan mereka itu jangan dipandang enteng, kita tidak mahu masa nak mengundi tergila-gila cari mereka,bila mereka beri pandangan kenalah ambil perhatian.

Memo kejatuhan Dato Zulhasnan jelas satu konspirasi yg cukup kotor.Masakan org bekas tentera juga menumpang jijiknya.

Anonymous said...

Mengapa nak di soal hak DSNR untuk mengugurkan ketua umno wilayah atau jawatan menteri.Ini adalah hak mutlak PM., Ada memo ke tak de memo kalau beliau rasa peyandang tu tak layak maka beliau mesti membuat sesuatu untk membetulkan nya.Beliau akan bertanggungjawab adakah tindakan nya betul atau sebaliknya.

Anonymous said...

Memorandum yag dimaksudkan dah dikeluarkan oleh budak kuala lumpur...baca memo tu...

Anonymous said...

Bagi saya, apa yang diketengahkan oleh KOI hanyalah cerita rekaan sains fiksyen hasil dari imaginasinya sendiri. Ianya ibarat filem yang digarap sendiri oleh Pengarah yang tidak bertamadun dan mempunyai masalah mental.

Saya sebagai orang yang tiada berkepentingan dalam isu ini, menganggap beliau adalah duri dalam daging/gunting dalam lipatan dsbnya didalam parti UMNO. Hanya disebabkan pemimpin bahagian yang disokongnya tidak ada jawatan, maka tidak keruan dia dibuatnya.

Orang-orang tidak siuman seperti KOI inilah yang UMNO perlu korbankan bagi memperkuatkan dan meneruskan agenda perjuangan parti.

Pemuda Kuala Kangsar

Anonymous said...

Aku kenal sangat KOI nie, dia jual kuih cakoi kat area Setiawangsa. Jangan ambik kisah sangat tulisan dan artikel mengarut dia. Dia jenis belasah je.

Anonymous said...

Aku kenal sangat KOI nie, dia jual kuih cakoi kat area Setiawangsa. Jangan ambik kisah sangat tulisan dan artikel mengarut dia. Dia jenis belasah je.

Anonymous said...

Realitinya, DS Najib membuat rombakan struktur Perhubungan UMNO Wilayah atas rasional prestasi yang merudum di PRU ke 12. Manakan tidak, hanya 3 kerusi Parlimen sahaja yg dimenangi BN/UMNO. Yang lain kaput dan orang perlu dipertanggungjawabkan siapa lagi kalau bukan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Perhubungan Wilayah.

Ini adalah perkara biasa yg dipraktikkan, jika sekiranya KOI berada ditempat DSN, dia tentu buat perkara yg sama dan secara tidak langsung tidak dapat memenuhi kehendak sekelian rakyat, mesti ada yg frust menonggeng sebab KB
sendiri sudah tidak memegang portfolio Menteri.

Jadi apa masalahnya? Memo-memo ini hanyalah penyedap cerita ibarat Majalah Mangga dan majalah2 hiburan yg lain. Sesiapa saje boleh reka.

Pengajarannya, lihat dulu keburukan diri sendiri sebelum nak sensasikan keburukan orang lain.

Pak Ngah Kundang

Anonymous said...

sapa KOI nie? X lebih hanya budak suruhan org Politik. Tulisan xde untuk menyatukan tetapi hanya untuk memecahbelahkan sahaja. Dia nie agen Anwar di dalam UMNO, untuk memecahbelahkan UMNO WP. Tulisan satu pun x mendatangkan faedah. Statement BOHONG belaka.. Yg percaya mmg kena PERBODOHKAN LAH DGN ORG TUA NIE... BERTAUBAT NASUHA LAH.. SEMENTARA PINTU TAUBAT MASIH TERBUKA BUAT KO "KOI".. KIM SALAM KAT BOS KAU YER "KOI SI PEMBOHONG@PENGKHIANAT", BELAJAR2LAH TERIMA HAKIKAT...

'AKU BUKAN KOI'

Anonymous said...

Saya dah membaca memorandum ini bersangkutan dengan komen yang dikeluarkan oleh Wilayahkini dan budakkualalumpur2 mengenai konspirasi yang diadakwa didalangi Setiausaha Politik PM sendiri untuk menajtuhkan seorang Menteri dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri. Adakah ini bermakna Dato Shafie itu adalah "kingmaker" yang diberi kuasa penuh untuk menentukan masa depan politik di era kepimpinan Dato Seri Najib?

Adakah YAB Perdana Menteri menyedari perkara ini, dan sekaligus menjadi salah seorang daripada mereka yang bersubahat? Perkara ini perlu penjelasan sendiri dari Dato Seri Najib supaya tidak menjadi satu lagi bahan cemuhan rakyat kepada UMNO dan BN serta kerajaan.

Di waktu yang sama, komen budakkuallumpur2 mendakwa bahawa Dato' Shafie kini menjadi orang yang paling berpengaruh di dalam pentadbiran DBKL. Beberapa hari yang lalu, saya serta beberapa orang teman telah menyaksikan sendiri pertemuan (adakah ianya sulit?) di antara Datuk Syed ALi Alhabshee, Setiausaha UMNO WP dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur di Restoran original Kayu Nasi kandar di stesen Petronas belakang Ampang Point. Pertemuan yang juga melibatkan keluarga mereka yang duduk di meja berasingan berlangsung hampir 2 jam. Adakah ini juga bermakna Datuk Syed Ali juga kini menjadi orang kedua paling berpengaruh di DBKL?

Anonymous said...

Epok ada dengar cerita tentang memorandum ini sejak bermulanya sidang PAU yang lalu. Desas desus menyatakan ramai pemimpin dan ahli UMNO kurang bersetuju dengan cara untuk menjatuhkan pemimpin yang dialkukan Dato Shafie, terutamanya orang-orang kuat Dato Seri najib yang risau kebocoran perkara ini akan berlaku dan akan menjejaskan imej Presiden UMNO itu sendiri. jadi kerana itulah Dato Ishak (yang diberitakan memang tak sebulu dengan Dato Shafie) telah menegur perbuatan tersebut di dalam ucapannya. Eloklah kalau begitu, kita tak boleh biarkan orang yang hidupnya dulu di atas ehsan orang lain tiba-tiba bila dapat pangkat nak jatuhkan orang yang menolong dia dulu semasa susah.

yang saya nak persoalkan kini ialah kenapa PM diam sahaja, adakah dia mengakui mengetahui hal ini atau dia akan buka siasatan melibatkan UMNO, SPRM dan PDRM (kalau boleh janganlah libatkan RM) untuk mencari kebenarannya. Ia penting untuk menyelamatkan imej beliau yang tercalar akibat terlanjurnya perbuatan orang-orang dikelilingnya sendiri. takkan PM nak tunggu macam Pak Lah, dah ditunjuk pintu keluar pun masih buat tak tahu.

Epok

Anonymous said...

perbuatan menjatuhkan pemimpin adalah hina disisi islam, malah akan mendapat pembalasan dari Allah SWT. kalau inilah cara untuk pemimpin UMNO hari ini menyingkir saingan mereka, nampak gayanya yang akan laknat nanti bukanlah hanya pemimpin itu, tapi ahli UMNO, UMNO dan orang Melayu sendiri. Waktu Sang Rajuna Tapa belot dan membuka pintu kota Singapura kepada tentera Jawa, perbuatannya menyebabkan jatuhnya satu kerajaan dan penderitaan rakyat. Adakah kita sanggup untuk melihat perkara ini berlaku sekali lagi?

Mahmedia

Anonymous said...

Dicadangkan UMNO Wangsa maju adakan SEMINAR KEJINYA RASUAH DALAM AMALAN KEHIDUPAN HARIAN kepada semua ahli.

cadangan ini dibuat krn terdapat terlalu ramai dari kalangan pemimpin politik bahagian ini yg terlibat dengan aktibiti yg tidak sihat,jika dibiarkan amalan ini berterusan ini akan membantutkan hasrat Perdana Menteri yg ingin menjadikan gagasan satu malaysia dimana nilai-nilai Integriti yg dimasukkan hanya AKAN DIBACA pada kertas dan omongan kosong.

Walaubagaimana pun bahagian-bahagian lain juga dicadang untuk mengadakan Seminar tersebut. Buatlah yg terbaik demi untuk Parti Keramat UMNO bukan atas kepentingan peribadi .

Anonymous said...

koi ada ckp dulu dia kenal sangat dato shafei. kata koi dia sekampong, kome nok tau gok kg aok kat mana? sekoloh mana? sungei mana aok mandi dgn shafei? sbb kome bukan apa nok kepastian je. kalo aok org pahang terei lah ckp pahang cket kome nok gok berodong dgn aok.
tp kalo rodhong mcm koi bahaya! roghong makan rodhong! silap2 kome kenei koi ni. org ckp dia main dgn bini orang. sms tu yg kome dpt info sengaja d cipta dan d hantar dari vietnam. agoknya perempuan simpanan yg hantarkan balik ke malaysia.

kome takut kalo rodhong mcm koi ni. silap2 bini kita pun dia MENCALAT!!!! bahaya!

betobat lah roghong!!!

Anonymous said...

koi ni dulu aseinya org umno sbb tak dpt projek terus jadi pembangkang org kuat Wee Chee Keong. WCK pun doh takut dgn usaha umno wangsa maju membela rakyat. pelbagai program membela rakyat d jalankan. jauh berbeza dgn UMNO yg ikhlas membela rakyat. PKR langsung tak buat apa. selain berpolitik 24 jam. pilihan raya doh abis. buat kerja aje lah.

Anonymous said...

koi ni dulu kaki sebat bini org. kita tau lah. dia ni juga kaki laga ayam. pasal tu dia suka melaga lagakan pemimpin umno. kalau handal sangat ayuh ke gelangang politik yg nyata. bukanya dgn cara melaga lagakan pemimpin umno mcm ni. sy rasa kalau kita tanya Dato Zulhasnan, Dato Kamaruddin ambok pasti mrk tidak bersetuju dgn komen koi ni. sbb mrk lebih sayangkan umno dari diri mereka sendiri!!!

alang said...

Apa masalah nya dengan memo tu ? Dizaman ini semua orang kerja dengan memo. Kalau nak buat kertaskerja atau surat resmi bagi setiap isu, tak jadi kerja lah. Yang penting kandungan nya. Adakah ianya memfitnah atau menghina seseorang ? Ianya mengutarakan kelemahan kepimpinan UMNO WP dalam PU 12 hingga kalah semua kerusi parlimen kecuali 3. Itu fitnah ??? Dan sebagai pembaikkan menghadapi PU 13 ianya mencadangkan pembaikkan dan perubahan...salah ??? Saya juga bekas tentera, dan dalam tentera jika seorang Jeneral yang memerintah sesuatu unit kalah dalam peperangan, dek kelemahan dia, adakah beliau dikekalkan atau dinaikkan pangkat ? Ia sudah tentu digantikan oleh seseorang yang dirasakan lebih wajar. Dalam hal ini jangan lah memperlekehkan kebolehan Dato Najib mempertimbang serta membuat sesuatu keputusan. Saya percaya Dato Najib tidak berpandu bulat bulat kepada memo tersebut. Pengalaman beliau yang luas dalam politik dan mentadbir negara telah menjadikan keupayaan beliau menilai sendiri sesuatu situasi tersebut dan tidak mudah dipengaruhi oleh hanya satu memo. Saya percaya beliau TELAH KAJI SECARA KESELURUHAN DAN JANGKA PANJANG. Jadi kepada sahabat senegeri Koi, saya cadangkan jangan kita sempit pemikiran seperti 'katak dibawah tempurung' luaskanlah pemandangan dan pemikiran. Begitu juga kepada sahabat saya Dato Zulhasnan saya doakan jangan patah hati. Sebagai 'fighter pilot' bangun lah berjuang kembali, dan jika benar Dato di aniayai saya percaya Allah SWT akan mengembalikan kemuliaan Dato. Kepada ahli-ahli UMNO keputusan telah dibuat, bersama lah kita menyokong dan menjayakan nya.

Anonymous said...

Kalau dah kaki bantai bini orang & kaki lagi ayam, nampak sangatlah KOI nie jenis perwatakan orang yg macam mane. Kredibiliti org macam ni boleh diragui dan dipertikaikan, maka lupakan sahaja dongengan ini kerana ianya bertujuan tidak lain dan tidak bukan hanya utk lihat orang lain berlaga.

Segala penulisan dan posting di BudakKualalumpur boleh dihapuskan dan dibuang dalam tong sampah. Buat Semak je.

Kalau KOI ahli UMNO, dia patut bertindak keluar parti dan masuk PR sebab dia dah dikategorikan sebagai liabiliti kepada UMNO dan bukannya aset. Orang-orang macam KOI nie elok je dikorbankan. Sebab perangai buruk dia, UMNO nanti yg dipersalahkan.

Daripada laga bini, laga ayam dan laga ikan, itu memang kegemaran KOI. Bawak2 bertaubatlah KOI oiiii. Jagalah dulu keluarga sendiri sebelum nak sibuk pasal memo palsu ni.

LAGA SPIDER, Segambut

Anonymous said...

KOI ni kalau dah tahu hendak menunaikan haji sepatutnya lebih banyakkan beribadat daripada posting artikel yg memburukkan orang lain apatah lagi diragui kesahihannya.

Beliau sepatutnya menerima ketentuan, Qada dan Qadar Allah dan insyaallah ada hikmah disebaliknya. Hikmah kepada kekuatan dan pengukuhan dalam parti keramat UMNO.

Diharapkan apabila KOI balik daripada mengerjakan haji nanti, beliau akan menyesali segala perbuatannya dan pintu hatinya akan terbuka untuk menutup BLOG BUDAKKUALALUMPUR2 yg tidak langsung mendatangkan faedah selain mengaibkan orang lain.

Insyaallah, Hj. Rosli Cheras.

Anonymous said...

Eden sebonanyo pantang kalau ada makhluk yg hondak jadi duri dalam daging ni. Tak habis2 buek cerito mengarut. Otak kito nie sebulehnyo kito pakai utk pikir bendo yg elok bukannyo untok pocah-bolahkan parti.

Bertobatlah KOI OoOOOOOOIIIIIIIIII. Biasonyo kalau dikampong den dah maki jo apo haram jadah punyo cerito ni. Sapo yg buek angkara, hantor jo kek Pulau Jerejak nun.

Tak habieh-habieh.

Anonymous said...

hello koi, bawa la istigfar banyak2. ko pun nak g haji nanti. banyak2 berdoa di kaabah nanti. doa lah utk diri sendiri agar tuhan bukak kan hati ko tu. moga2 tuhan perbetulkan balik pendirian ko tu. jgn asyik nak laga2kan org je. harap2 haji ko tu diterima disisi tuhan. nanti kalo ko balik dari hj, tp perangai tak ubah, suka melaga lagakan org, alamatnya jahanam la lepas ni. selamat menunaikan hj. (pencinta UMNO)

Anonymous said...

elok lah tu koi nak g haji. ko pegi bersihkan diri ko sikit. perangai ko ni tak ubah mcm setan. ko duduk la kat mekah tu lama2 sikit. cuci dosa2 ko yg dah banyak tu. kalo tak balik langsung pun lagi bagus...(pemuda 1 malaysia)

Anonymous said...

Komen tentang hubungkait Dato Shafei dan Dato Syed Ali Alhabshee dengan DBKL wajar diberi perhatian khusus, kerana kedua-duanya memang dikatakan telah lama menaruh hati untuk membolot projek-projek besar di Kuala Lumpur.

Begitu juga konspirasi yang didakwa timbul untuk menjatuhkan Dato Zulhasnan perlu diberi perhatian yang serius. Ini kerana kedua-dua perkara ini melibatkan kumpulan individu pemimpin yang sama, yang cukup lantang mencanang pelbagai perkara demi UMNO.

Sayang sekiranya Perdana Menteri memandang remeh perkara ini. Bagaimana kalau dakwaan ini benar? Adakah ini bermakna perbuatan menulis memo untuk manjatuhkan pemimpin boleh dibuat dan menjadi pegangan bagi UMNO dan kerajaan hari ini; biarpun ianya hanya didalangi sebahagian kecil ahli UMNO. Ini bermakna mana-mana pemimpin UMNO boleh dirembat begitu sahaja. Pada saya pokok takkan bergoyang kalau angin tak bertiup. Takkan si Koi ini sahaja nak timbulkan fitnah, kalau betullah baik kita tanya soalan apakah ia benar kepada semua orang yang didakwa terlibat, biar mereka bersumpah seranah atas Quran, dan kita tunjukkan kepada umum sebagai satu pedoman - Dato Shafei, Dato Ali, Abas Batu, Raja Nong Chik dan ramai lagi. Ambo juga difahamkan ada di kalangan nama yang dikaitkan dah pun mengaku wujudnya konspirasi tetapi bahawasanya mereka tidak terlibat, adakah ini betul, siapakah gerangan pemimpin yang membuat pengakuan itu? kalau semua ini benar, bagaimana dengan reaksi Perdana Menteri - nak buat dingin dan beku, sunyi dan sepi atau atas arahan RM?

Memang keputusan melantik dan memberhentikan khidmat menteri ada di tangan Perdana Menteri. Tetapi ianya wajar dibuat menerusi proses yang terbaik dan tanpa dibelenggu mana-mana masalah yang sering ditimbulkan.

Anonymous said...

Kuasa melantik pengerusi dan timbalan pengerusi perhubungan adalah kuasa Presiden tak kira siapa nak dilantik boleh saja Pemimpin datang dan pergi agenda perjuangan mesti diteruskan yang lepas kena muhsabah diri yang dipilih jalankan amanah yang digalas Insyallah selama dunia akhirat kita semua manusia bukan MALAIKAT.......

Anonymous said...

Dato Zulhasnan tidak dipilih menjadi Menteri itu adalah hak Perdana Menteri.Perdana Menteri telah war-war itu adalah haknya.Dalam Hukum pun telah diajar bahawa manusia ada Qada dan Qadar.Saya yakin Zulhasnan memahami urusan itu.

TETAPI Dato Zulhasnan tidak dipilih angkara terdapat MEMO yg beransur FITNAH spt yg dibuktikan didlm Blog Budak Kuala Lumpur adalah terdapat satu unsur yg cukup tidak sihat.Rakyat menjadi tanda tanya.Rakyat melihat cukup tidak adil.Rakyat telah meletakkan harapan bahawa Dato Najib akan menjadi Terbaik spt ayahandanya Tun Razak.Mengapa menjadi kasar dan tidak cermat utk menjaga hati pemimpin2 yg ada penyokongnya ? apakah Najib tidak kisah semua itu?

Rakyat akan bersetuju jika Menteri Wilayah diganti datangnya dari seorang Ahli Parlimen yg pengalaman,Apa kurangnya Tengku Nan,begitu juga Dato Azim Bt Bintang yg begitu lama dalam MKT? atau pun spt pemimpin BN yg menang besar di Labuan.

Memilih Dato R.Nong Chik yg menggunakan sogokkan wang utk menang Ketua Bhagian menjadi Tanda tanya,Yusri hantar surat bantahan dg bukti Nong Chik sogok wang kpd ketua caw dan perwakilan tidak diadili? Dato Raja Nong Chik Sabotaj Syarizat semasa PRU 12 dianggap perkara biasa. Rakyat tahu semua ini tetapi mereka tidak sebaik manusia bernama KOI utk memberitahu semuanya.

Kepimpinan Dato Najib dilihat mentadbir agak kasar,Dato Najib memberi alasan menolak perlantikkan Zulhasnan krn terdpt MEMO UMNO Wp menolaknya.Apa pula akan terjadi Jika terdapat beberapa org dari mana-mana bhg menulis MEMO menolak Tan Sri Mahyuddin supaya ditukar kpd org lain?Pakatan Yg menulis MEMO pun adalah mereka yg tidak ramai ada penyokong diBhg mereka.Betul berani dicakap disini,melainkan kalau mereka buat mjlis makan-makan percuma itu tidak akan menjadi masalah,atau pun buka meja panjang dimana-mana restoran spt yg diamal Shafie di Wangsa maju.

DiWilayah Persekutuan seburuk-buruk Syed Ali dia tidak akan buat kerja terkeji sehingga menulis MEMO, Syed Ali suka memaki hamun dan mencarut semua org WP tahu,Tetapi Syed Ali kalau org lain buat MEMO dia pasti akan mngambil Bahagian krn Syed Ali sangat benci Zulhasnan krn Zulhasnan lebih rajin dari S.Ali.

Tetapi manusia bernama Dato Shafie Allahyrham Dato Azman Atar sudah lebelkan sebagai budak jahat yg bermasalah dan disebut juga Budak Sundal. Ambil saja contoh diBhg Batu, perkara surat layang, memorundum adalah kerja Shafiee,Dia akan berkawan jika dia boleh makan kawan, bila dia mula senang dia akan gigit.DiBhg Wangsa maju Memorundum dan Undi tidak Percaya diketuai Shafie menjatuhkan Dato Kamal Salleh juga kerja itu diteruskan.Pengalaman Shafie di Batu dan Wangsa Maju org cukup tahu sepak terajangnya.

Saya menyokong KOI, kerana manusia spt KOI yg dituduh tersangat jijik adalah manusia yg sanggup menerima risiko demi kebenaran.Jika tidak ada KOI rakyat tidak akan tahu sepertilah Rakyat ditipu oleh mereka yg berkuasa dulu-dulu.Dulu-dulu ada pemimpin kerjakan anak dara orang sampai keluar anak pun myrakat tidak tahu, kalau KOI sudah cerdik dan lahir ketika itu, semua akan tahu siapakah bapanya spt yg ketahui spt hal MEMO kospirasi yg hangat diperkatakan sekarang.

Bukti demi bukti KOI telah diketengahkan.sebab itu saya katakan KOI adalah penyumbang besar kearah menyokong Dato Sri Najib meralisasikan 1 Malaysia.kepada KOI biar orang kata kita jahat yg penting kita menjadi Penghalang org yang tidakberhati perut dan berkelakuan Jahat.Wilayah Persekutuan akan kembali bersih dan kuat selagi KOI mahu bersama.

dari Taman Melati..Wangsa Maju

Anonymous said...

Saya setuju, mungkin Prdana Menteri kita tidak terlibat. Memang hak PM untuk tentukan sesiapa pun, naik atau turun.Itu jelas hak PM.
Tapi yang saya nampaklah, sya ni bukan mahir sangat, budaya memo ini seperti ini tidak boleh dibiarkan, hari ini Zulhasnan kena, esok lusa mungkin RaJa Nong Chik dan tidak mustahil akan ada pua pihak yang tak puas hati, buat juga memo pd Perdana Mnteri kita.
Sya mudah saja, saya tidak peduli siapa Ki ini tapi saya peduli dgn apa yang dia tulis...Koi ni mungkin hantu, mungkin jembalang atau mungkin sesiapa saja...pada saya itu no hal.
Saya yakin Zulhasnan faham bahawa hak PM jelas tapi yang kita tidak aham kenapa Shafie begitu sekali...MP Wanfsa Maju dedahka dalam Parlimen, saya baca kat blog dia...maknanya ada yang tak kena dgn dia...ni yang kita kena siasat...UMNOtu lebih penting daripada Koi tu...
Nak jugak tahu, kalau nak tukar mesti tukar dari yang buruk kepada yang baik. Yang tak cemerlang kepada yang cemerlang. Tapi saya tengok tak dak apa2 perubahan pun organisasi UMNO ni di WP..duk takuk tu jugak ehh..
Masalah yang nampak adalah berpuna dari Shafie tu..Kita kesian la kat Najib, sibuk nak peulihkan imeh parti tapi orang2 dia pula sibuk salahgunakan kuasa dan kedudukan..
Saya cukup tidak bersetuju dengan cara membudayakan memo seperti ini untuk membunuh masa depan poltik pemimpin Melayu kita..Melayu dah tak ramai...UMNO WP ni pun bukannya kuat sangat...
Jalan erbaik adalah muhasabah diri..tak baik tuduh orang itu orang ini...org itu peralatkan orang ini, orang itu..yang penting jangan pula ada yang jadi Pak Sanggup utk mempertahankan kesilapan orang lain...
Cuba bincang secara rasional, bincang kerena kepentingan parti dan bukannya individu..sebab saya kata, bangkai gajah tak boleh tutup...tembelang Sahfie dah pecah lama pun...

Anonymous said...

KOI adalah seorang yang BACUL, PENGECUT, PENAKUT kerana tidak membenarkan komen dibuat diblognya. Secara tak langsung dia boleh tulis apa sahaja yg dia suka tapi orang lain tak boleh komen.

Mengapa?

Sebab dia sendiri tahu yang penulisannya adalah karut, tidak benar dan satu pembohongan yang amat nyata. Ianya hanyalah rekaan dan garapan syok diri sendiri dengan harapan ada orang yg mempercayainya. Berani kerana BENAR, takut kerana SALAH.

Fikir2kanlah.

Justeru itu, saya menyeru agar jangan terpengaruh dengan cerita dongeng ini.

Anti Pengecut

Anonymous said...

si budak KOI yg buat sendiri memorandum tuh... dia bukan ada keja nak buat pun... hanya cr idea mcm mana nak fitnah org jerk... ckp dialek Pahang pun xreti mengaku anak pahang... PEMBOHONG BETUL...

AKU BUDAK MINANG

Anonymous said...

si budak KOI yg buat sendiri memorandum tuh... dia bukan ada keja nak buat pun... hanya cr idea mcm mana nak fitnah org jerk... ckp dialek Pahang pun xreti mengaku anak pahang... PEMBOHONG BETUL...

AKU BUDAK MINANG

Anonymous said...

KOI ni buat cerita berdasarkan "hear say" je. Tidak ada bukti yang kukuh pun. Bagi nak sedap dan lebih sensasi maka diarahkan balacinya supaya merangka satu memorandum seolah-olah memo tersebut dihantar oleh KB2 yg anti Zulhasnan. Nak reka memo macam tu pun makan masa lama tu sebab itulah memo tu dikeluarkan selepas PM mengumumkan struktur perhubungan UMNO Negeri.

Tujuan memo ini dikeluarkan selepas pengumuman PM sebab malulah apa lagi, maka diciptanya satu memo sebagai alasan kenapa Zulhasnan tidak dipilih. Itu aje cerita yg sebenarnya.

Realitinya, keputusan PM dibuat berdasarkan kepada prestasi umno yg kalah teruk di PRU-12. Jadi "reorganization" perlu dilakukan sama seperti organisasi lain. Tanggungjawab dan akauntabiliti tentulah kepada Pengerusi & Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri. Rombakan itu pula tidak lain bertujuan untuk menguatkan, memperkukuhkan dan menampilkan muka-muka baru yang lebih aggresif dan efisien.

Simple je, dan sudah tentu PM adalah pemimpin no 1 negara dan bijaksana. Dia tidak akan terpengaruh dengan memo2 kosong mcm ni. Surat layang pun beribu-ribu pucuk surat yg diterima setiap hari, mana nak layan bro.

Oleh itu, kepada pihak2 yang terkilan dengan situasi ini, tolonglah pandang ke depan, jangan asyik dok pandang belakang je, bahaya.

Bandar Tasik Permaisuri Cheras

Anonymous said...

KOI bawak2 le bertaubat sebelum berangkat ke Tanah Suci nanti, takut2 hati tak tenang semasa mengerjakan ibadat haji nanti. Kalau KOI nak minta maaf dan tarik balik posting dan artikel KOI, berbuatlah demikian secepat yang mungkin.

Wslm.

Anonymous said...

sdr pembaca,
jgn lah terpengaruh dgn cerita2 budak koi yg tak siuman ni. Kita masih byk lagi kerja nak buat utk pru akan datang. Pemimpin datang dan pergi. Kita beri sokongan yg tak berbelah bagi kpd pemimpin yg ada sekarang-syed ali,shafei,raja nong chik. Enough is enough, past is past. Selamat Maju Jaya. (penyokong setia UMNO)

Anonymous said...

Yang peliknya kenapalah memo ni baru nak sekarang dikeluarkan oleh si KOI. Kalau perkara ini benar kenapa tak dikeluarkan sebelum pengumuman DSNR keatas perlantikan struktur perhubungan umno negeri wp? Sebabnya memo ini memang tak wujud, ianya hanya diada-adakan selepas sipolan dan sipolan tidak terpilih.

Jadi digunakannya memo ini sebagai alasan konspirasi sipolan tidak terpilih. Bukannya susah pun nak buat memo tu, lagipun kesahihan boleh diragui kerana tiada tarikh dan tandatangan pengarang.

Shahrin Cheras

Anonymous said...

kalau memo ini konspirasi si polan dgn si polan, koi ni berkonspirasi dgn sapa pulak?????

dengak nak pi melancong ke mekah? bon voyage.... kalau koi jadi duta, hancuk ng dibuatnya!!!!

mack said...

Meg sepatutnya UMNO seluruh negara hancur kerana parti itu sendiri memporak perandakan masyarakat khususnya orang melayu. pergi jahanamlah dengan UMNO

waribangsarbaru said...

Di Lembah Pantai kita ada agenda politik yang lebih fokus dan utama. Memenangi/mendapat semula LP daripada Keadilan pada PRU13. Misi ini jelas babe.

Kalau ikut cerita Koi, mabuk free dibuatnya. Start dari hari pertama Dato RNC jadi menteri sehingga hari ini entah dah berton-ton cerita yang tak elok yang sudah disemburnya.

Rasanya bila dengar nama Raja pun dah elergik. Orang kata, bila hari itu kalau ada sesiapa yang sebut nama Dato Raja depan dia maka sepanjang hari itu sudah tentu hilang selera babe.

Bukan itu saja, kalau nama-nama orang Najib disebut-sebut, terus phobia babe. Politik sekarang cukup nightmare bagi Koi. Depan belakang atas bawah semua orang Najib. Sesak nafas dan hendak pengsan dibuatnya. Jangan koma sikit hari nanti sudah.

Terimalah hakikat, ini era Najib. Jangan terlalu nostalgia. Kawan-kawan politik Koi dah past tense, cerita yang dilontar semuanya cerita orang kecewa dan skrip yang sedih, look forward babe.

Jangan pandang belakang dengan segala kesedihan dan pandang depan dengan penuh keraguan, itu cara hidup yang tidak sihat.

Kalau tak layan Koi nanti melalut sangat. Capua politik tak lah semudah yang dicaturkan. Mulai lah dengan belajar untuk menyayangi dan saling menghormati di antara satu sama lain babe.

UMNO Cawangan Gombak Selatan said...

Salam Perjuangan,

Kami UMNO Cawangan Gombak Selatan sekali lagi tampil bagi memberi komen mengenai Tuduhan KOI melalui blog budak kuala lumpur.

Persoalan yang timbul di minda kami, apa sebenarnya tujuan KOI membuka blog sebegini? Apakah beliau mempunyai agenda tersendiri? Adakah beliau tlh diupah oleh mana2 individu untuk menjatuhkan pemimpin2 tertentu di dalam UMNO? Atau diupah utk memecahbelahkan UMNO Wilayah? Wallahu A'lam.

Kami tidak menuduh sebarangan seperti KOI jika tidak mempunyai bukti dan fakta yang kukuh. Pemimpin IDOLA? Jika benarpun anda begitu teruja dgn sebilangan Pimimpin UMNO, kenapa sampai perlu menghina pemimpin lain yg juga merupakan Pemimpin UMNO? Bukankah itu memburukkan UMNO sendiri.

Kami di UMNO Cawangan Gombak Selatan tidak pernah menghina, mencaci atau menuduh sebarangan kepada mana2 Ketua UMNO Bhg. Wangsa Maju yang bersama kami, baik dari pihak Datuk Astaman, Datuk Dr. Zainal mahupun Dato' Shafei. Bagi kami, masing2 ada tanggungjawab masing2.

Kini Dato' Shafei menerajui UMNO W.Maju. Kami tidak mempunyai sebarang masalah bersama beliau. Malah, beliau sering turun padang, di semua cawangan di Wangsa Maju, tidak kira yg sokong beliau mahupun tidak, memberi bantuan dan kebajikan kepada masyarakat yg memerlukan.

KOI menggunakan blog untuk menghina pemimpin2 UMNO yang beliau tidak suka. Adakah tindakan tersebut rasional? Pemilihan sudah tamat. Tapi punya berkempen seolah2 tiap2 tahun ada Pemilihan UMNO. Terdesak sgt sampai tuduh bukan2.

Kami di blog www.umnogombakselatan.blogspot.com, tidak pernah mencemarkan parti kami kerana tujuan kami adalah untuk menentang Pembangkang. Itu yang seharusnya kita lakukan. Kita lihat sahaja blog PAS misalnya, ada mereka menyerang sesama mereka?

Memang, mana2 organisasi sentiasa menghadapi masalah. Tapi adakah dgn cara KOI ini masalah akan selesai? Adakah ia akan meyakinkan pengundi bahawa UMNO parti yg kuat.

Fokus KOI, Fokus! Rakyat tidak mahu dgr semua ni. Mereka sudah muak, bosan dgn sepak terajang politik seperti KOI ni. Mereka mahu kita selesaikan masalah mereka. Kalau kita dok asyik berkempen,bgaduh hal 'rumah tangga kita', masalah rakyat, bila kita nak fikir? Bila?

Sudah2 lah tu... Kalau nak menghina, nak mencaci, memaki pemimpin UMNO, lebih baik KOI bersama pembangkang. Tak payah nak pikir pnjang. Da tuduh macam2 da. Tuduh jela. Bukti 'nyawa2 ikan'. Tulis saja, asalkan orang pecaya. Tak takut dosa ke KOI?

Kami ingin menegaskan bahawa, kami sentiasa menyokong kepimpinan UMNO Wangsa Maju dan Wilayah, tidak kira yang terdahulu sehingga kini. Kami juga sentiasa bersama Ketua UMNO Bhg. Wangsa Maju, Dato' Shafei Abdullah, untuk memastikan Wangsa Maju kembali kepada BN.

Bersatulah Wahai Ahli UMNO... Kerana masa kita semakin suntuk..


UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN,
BAHAGIAN WANGSA MAJU.

UMNO Cawangan Gombak Selatan said...

Salam Perjuangan,

Kami UMNO Cawangan Gombak Selatan sekali lagi tampil bagi memberi komen mengenai Tuduhan KOI melalui blog budak kuala lumpur.

Persoalan yang timbul di minda kami, apa sebenarnya tujuan KOI membuka blog sebegini? Apakah beliau mempunyai agenda tersendiri? Adakah beliau tlh diupah oleh mana2 individu untuk menjatuhkan pemimpin2 tertentu di dalam UMNO? Atau diupah utk memecahbelahkan UMNO Wilayah? Wallahu A'lam.

Kami tidak menuduh sebarangan seperti KOI jika tidak mempunyai bukti dan fakta yang kukuh. Pemimpin IDOLA? Jika benarpun anda begitu teruja dgn sebilangan Pimimpin UMNO, kenapa sampai perlu menghina pemimpin lain yg juga merupakan Pemimpin UMNO? Bukankah itu memburukkan UMNO sendiri.

Kami di UMNO Cawangan Gombak Selatan tidak pernah menghina, mencaci atau menuduh sebarangan kepada mana2 Ketua UMNO Bhg. Wangsa Maju yang bersama kami, baik dari pihak Datuk Astaman, Datuk Dr. Zainal mahupun Dato' Shafei. Bagi kami, masing2 ada tanggungjawab masing2.

Kini Dato' Shafei menerajui UMNO W.Maju. Kami tidak mempunyai sebarang masalah bersama beliau. Malah, beliau sering turun padang, di semua cawangan di Wangsa Maju, tidak kira yg sokong beliau mahupun tidak, memberi bantuan dan kebajikan kepada masyarakat yg memerlukan.

KOI menggunakan blog untuk menghina pemimpin2 UMNO yang beliau tidak suka. Adakah tindakan tersebut rasional? Pemilihan sudah tamat. Tapi punya berkempen seolah2 tiap2 tahun ada Pemilihan UMNO. Terdesak sgt sampai tuduh bukan2.

Kami di blog www.umnogombakselatan.blogspot.com, tidak pernah mencemarkan parti kami kerana tujuan kami adalah untuk menentang Pembangkang. Itu yang seharusnya kita lakukan. Kita lihat sahaja blog PAS misalnya, ada mereka menyerang sesama mereka?

Memang, mana2 organisasi sentiasa menghadapi masalah. Tapi adakah dgn cara KOI ini masalah akan selesai? Adakah ia akan meyakinkan pengundi bahawa UMNO parti yg kuat.

Fokus KOI, Fokus! Rakyat tidak mahu dgr semua ni. Mereka sudah muak, bosan dgn sepak terajang politik seperti KOI ni. Mereka mahu kita selesaikan masalah mereka. Kalau kita dok asyik berkempen,bgaduh hal 'rumah tangga kita', masalah rakyat, bila kita nak fikir? Bila?

Sudah2 lah tu... Kalau nak menghina, nak mencaci, memaki pemimpin UMNO, lebih baik KOI bersama pembangkang. Tak payah nak pikir pnjang. Da tuduh macam2 da. Tuduh jela. Bukti 'nyawa2 ikan'. Tulis saja, asalkan orang pecaya. Tak takut dosa ke KOI?

Kami ingin menegaskan bahawa, kami sentiasa menyokong kepimpinan UMNO Wangsa Maju dan Wilayah, tidak kira yang terdahulu sehingga kini. Kami juga sentiasa bersama Ketua UMNO Bhg. Wangsa Maju, Dato' Shafei Abdullah, untuk memastikan Wangsa Maju kembali kepada BN.

Bersatulah Wahai Ahli UMNO... Kerana masa kita semakin suntuk..


UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN,
BAHAGIAN WANGSA MAJU.

Anonymous said...

Daripada tajuk artikel ni "Cakap-cakap Politik" pun dah boleh ditafsirkan ianya hanyalah merupakan omong-omong kosong sama seperti kita berborak di kedai kopi.

Tapi disebabkan kini zaman moden, dan di Bahagian Setiawangsa pun banyak kopitiam maka disitulah mulanya bagaimana cerita ini direka.

Hanya berpandukan dengar org cakap atau "hear say". Pengisiannya hampas sekali tanpa bukti kukuh.

Kaki kopitiam, Uk Perdana

Anonymous said...

KOI enkau diibarat seorang Polis,

Seorg polis mengejar Peragut.bila dapat peragut si polis terpaksa bergelut berhempas pulas hingga baju terkoyak,muka berlebam-lebam tangan terseliuh,bukan senang nak kilas tangan peragut nak pasang gari.

Yang benar-benar merasa perit disini hanya dua orang sahaja,Mangsa Peragut dan Polis ,yang beratus orang lain nya hanya jadi penonton.

Banyaklah dari penonton itu yang kata polis tu ganas,tidak ikut etika,zalim dan bermacam-macam lebel berdasar suka mereka.

Yang penting disini kepada KOI teruskan kerana kau ibarat seorang Pejuang keamanan sepertilah seorang POLIS. Biarlah dikata Jahat yg penting akhirnya akan Aman dan Sejahtera.

Sampai di Mekah depan Kaabah nanti Doakan semua peminat Wilayahkini diberi kebaikan semuanya.

dari Taman Melati..Wangsa Maju

Anonymous said...

KENAPA SEMAKIN HAPRAK DATO SHAFIEE ABDULLAH YG TERUS MEMALUKAN UMNO

dARI hANDSET pARLIMEN

MR “POLITICAL TOLL”

Saya telah dapat banyak “rumours” terhadap Datuk Shafie ini. Dia amat berkuasa kerana kedudukannya sebagai setiausaha PM selaku Menteri Kewangan. “This “Mr Political Toll” has been dropping PM name every corner of Malaysia.”, dengan izin.

Dia telah dapat satu gelaran yang hebat dan sesuai iaitu “MR POLITICAL TOLL”. Saya tak faham apa maksud “MR POLITICAL TOLL”. Toll jalan, saya faham! POLITICAL TOLL, saya tak faham. Samada maksud “Toll” ini adalah kutipan Toll untuk perjalanan ke pejabat PM atau Menteri Kewangan? Kemungkinan YAB PM lebih faham atau teliti mengenai apa maksub gelaran “MR POLITICAL TOLL” yang telah dianugerahkan kepada Setiuasahanya, Datuk Shafie!.

Saya ingin memberi amaran kepada Datuk Shafie jangan bermain politik di DBKL – hand off DBKL let the officers do their work without interference. Keep your “Political Toll” to Kementerian Kewangan dan Pejabat Perdana Menteri. DBKL adalah untuk menjaga kepentingan wargakota di Wilayah Persekutuan dan bukan kepentigan politik “Mr Political Toll”, Datuk Shafie Abdullah.

Saya ingin memberi satu contoh yang amat jelas terhadap percampuran tangan dengan pentadbiran harian DBKL oleh Si Political Toll ini (Datuk Sahfie Abdullah). Pengawai tinngi telah berjanji untuk mengambil tindakan terhadap struktur haram yang dibina oleh Restoran Rashatini di Seksyen 2, Wangsa Maju.

Anonymous said...

dULU KITA TAK AKAN BERCAKAP JIKA SESUATU PERKARA DILAKUKAN OLEH ORG UMNO,KONONNYA NAK JAGA NAMA PARTI,JANGAN ORG PEMBANGKANG TAHU, ATAU SESIAPA SAJA SETERU AKAN TAHU INI AKAN MELEMAHKAN PARTI.

sEKARANG ORG UMNO TIDAK ADA ADAP ITU LAGI,BANGKAI TIDAK AKAN DITUTUP KERANA BAUNYA AKAN MENYEMARAK JUGA.

ADA ORG UMNO SANGAT MARAH KRN MEREKA JUGA DAPAT TAHU ORG UMNO JUGALAH YG MEMBOCOR RAHSIA.

UNTUK MENGELAK ORG UMNO SESAMA UMNO JANGAN BERMASAM MUKA nasihatnya ialah buatlah baik berpada-pada.Jahat jangan berkali-kali.

Kepada Dato Shafie bertaubatlah pergilah menunaikan Haji.

Anonymous said...

30 tapak Bazar malam di Danau Kota UMNO Gombak Selatan dapat berapa? tahniah kepada ketua-ketua cawangan, RM 1,000 sebulan siapa nak kasi.

UMNO Cawangan Gombak Selatan said...

Salam Perjuangan,

Subhanallah.. Janganlah pula menuduh kami dengan perkara2 yang sebenarnya tidak wujud sama sekali.

Budaya fitnah memfitnah semakin berleluasa. Ditambah pula fitnah ini datang dari kalangan sesama kita ahli UMNO.

Kami ingin tegaskan disini tidak timbul soal komisyen atau apa2 kepentingan yang kami perolehi hanya kerana membela mana2 pihak. Apatah lagi komisyen Bazar Malam Danau Kota.. Kami hanya antara pengunjung yang dtg membeli barang di tempat tersebut. Tidak lebih dari itu.

Inilah akibat bila kita terlalu FANATIK meminati sebilangan pemimpin. Sehinggakan ditempelak Pemimpin lain yang tidak disukai. Difitnah dgn pelbagai cara. Hanya utk melihat UMNO hancur. Itukah yang kita mahu?

Hentikanlah segala tuduh menuduh semua ni... Niat kami ikhlas utk melihat kekuatan UMNO kental, dan hanya perpaduan di kalangan kita sebagai kunci kejayaan. Itu sahaja.

Kami bukan FANATIK memuja mana2 pemimpin. Kami menghormati kepimpinan UMNO yang ada sekarang. Jika bukan kita yang perlu menghormati mereka, siapa lagi? Pembangkang? Mereka mmg kita tahu sentiasa menempelak kita.

Gunalah saluran yang betul dalam menyuarakan pendapat. Bukan sekadar menuduh bukan2 tanpa sebarang bukti yang kukuh.

Kami tidak pernah menuduh mana2 pemimpin UMNO Wilayah. Baik yang terdahulu mahupun pimpinan sekarang. Blh rujuk blog kami. Bagi kami, jika itu yang terbaik, tidak ada salahnya memberi ruang kpd pemimpin baru.

Malah Raja Nong Chik dan Dato' Shafei yang kami kenali tidak seperti yg digambarkan KOI. Begitu juga dengan pimpinan terdahulu. Masing2 ada kelebihan.

Tapi tak mengapalah... Allah Maha Mengetahui. Kami sentiasa berdoa agar kita sekeluarga di dalam UMNO akan utuh dan bersatu padu.

Ingat, msyrkt melihat semua ini. Mereka bertindak sebagai 'juri' kita, untuk memilih yang terbaik, samada BN atau Pakatan Pembangkang. Jika kita berterusan begini, jangan mimpi kita akan mencapai kejayaan di PRU 13.

Bersatulah, fokus kepada masalah rakyat. Kerana itu matlamat kita.
Kita dok sibuk tuduh menuduh, menggunakan cara kotor utk menjatuhkan pemimpin UMNO yang kita benci,berkempen sakan tak kesudah, Rakyat? Apa cerita? Bila kita nak bincang masalah rakyat. Bila nak selesaikan masalah rakyat?

Jika benar tidak suka pada kepimpinan UMNO sekarang, pilihlah pemimpin yang kamu IDOLA sgt tu, di pemilihan UMNO akan datang. Mudah.. Tidak perlu sampai memberi tuduhan2 liar sebegini.

Jumpa lah pemimpin yang kamu tak suka sgt tu. Jangan jadi BACUL... Kami sendiri jika ada sebarang masalah berkenaan dgn hal ehwal dalaman parti, kami berbincang secara profesional.

Bincang, cari jalan penyelesaian. Kalau tak blh juga, bawa ke muka pengadilan. Itu saluran yang betul. Tak perlu sampai nak cipta 1 blog khas, utk cerita masalah kami dgn penuh emosi. Buat apa, nak malukan parti sendiri? Pembangkang, tepuk tangan. Suka...

Dgn Dato Shafei misalnya, jika ada masalah, beliau mberi ruang pada kami dan mana2 pihak utk berjumpa dgnnya, dgr masalah. Kita sama2 cuba selesaikan. Dan Dato' Shafei bagi maklum balas yg positif. Tak ada masalah.

Begitu juga dgn pimpinan Wangsa Maju sebelum ini.. Pemimpin jalankan tugas yg sama. Cuma cara dan pendekatan berbeza. Itu saja.

Kami tidak marah pada sesiapa, cuma kami kecewa dgn strategi sebegini dalam berpolitik. Tak guna saluran yang betul. Guna blog utk hina pemimpin UMNO yg kamu benci, walhal kamu tu ahli UMNO gak. Lebih baik sertai Pembangkang.

Kami, akan sentiasa menghormati pemimpin kami, yakni pemimpin UMNO. kerana agenda kita tetap sama, memegang prinsip parti kita, UMNO...



UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN.
BAHAGIAN WANGSA MAJU

Anonymous said...

Ada orang lain dengki kerna UMNO Wangsa Maju x sunyi drpd menjalankan Program untuk RAKYAT. Sebab itu menyerang Tok Pie... Ada orang diupah untuk buat cerita nista lagi dusta tentang beliau...

Kalau nak sentuh pasal Seksyen 2, tinggallah di Seksyen 2 dahulu baru akan tahu cerita sebenar... Kalau nak robohkan Restoran Ras Hartini yang menjadi pilihan pelajar2 UNITAR kerana harganya yang MURAH... ada baiknya ambil tindakan pada peniaga yg menjual "PORK SATAY" di kawasan letak kereta berhampiran dgn Carrefour Express... gerai2 juga diletak di atas lot2 letak kereta, kerusi meja di letak di kawsan pejalan kaki, arak dijual sgt2 terbuka... bg pengguna kenderaan amat sukar utk melepasi jln ini...

Kalau Org Melayu berjaya semua ORG DENGKI, kalau bangsa lain buat salah KENAPA PULA BOLEH PEJAM MATA?


Anak Jati Wangsa Maju

Anonymous said...

Saya cukup simpati dg apa yg sdg berlaku kpd pemimpin UMNO di Wilayah Persekutuan.

Bawalah berdamai carilah jalan terbaik,Untuk lari dari orang tidak mengata tentu sukar,kerana selagi bernama manusia akan berlaku keceluparan samada yg sengaja atau tidak sengaja.

Berbalik kepada tujuan yg murni marilah semua sahabat seperjuangan bersatulah,cukuplah daripada kalian usah lagi mengungkit,mencerca,menegakkan kebenaran berasaskan kemahuan kita atau merendahkan orang lain berdasarkan perasaan kita.

Elakkanlah kita dari sokong membawa rebah,harap pagar pagar makan padi, harapkan bapak haruan,bapa haruan memakan anaknya,jangan mencontohi bapa kencing berdiri anak kencing berlari, bapa borek anak rintik dan berbagai simpulan yg mengajar kita menjadi lebih dewasa.

Bersatulah,jadilah Insan yang Mulia jangan menjadi Insan yang Hina.Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itulah yg mengubahnya sendiri.

Salam kasih dan persaudaraan.

Terima kasih.
PEMERHATI SETIA KL

alang said...

Pelik sungguh !!!
Kesemua negeri yang kalah PRU 12 ditukar Pengerusi Perhubungan nya termasuk P.Pinang yang mana mantan Presiden masih Ketua Bahagian disana. Negeri lain tak kecoh pun. Kenapa WP ya ? Kerana warga WP lebih terpelajar, lebih hebat, lebih pandai berpolitik ? Atau kerana Dato Zulhasnan Menteri Penuh ?? Sewaktu Tengku Adnan diturunkan dari Pengerusi Perhubungan, di gantikan dengan Dato Zulhasnan, ada heboh ? Ada konspirasi ? Semua ahli-ahli terima keputusan pucuk pimpinan dan buat keje dengan baik...hingga lah kita kalah teruk di PRU 12. Salah ke kalau kita nak ubah demi kebaikkan ? Saudara ahli-ahli UMNO tumpukan lah kepada perkara yang lebih memerlukan dan memberi faedah kepada bangsa kita. Kerajaan pulihkan ekonomi, bangsa lain yang enjoy, kita asyik tuduh menuduh, memporak perandakan bangsa dan pemimpin kita sendiri. Siapa yang untung ?

Anonymous said...

Sepandai-pandai MEMO disimpan akhirnya tercicir juga.

Dalam kehidupan ini itulah realitynya kerja yang keji akan terbongkar jua.

Ikhsan Timb Ketua Bhg L.Pantai yg cukup baik orangnya telah dipergunakan, Inilah politik siapa yg tidak cekap akan diCATUR.

Anonymous said...

anony jgn tersilap ibaratkan koi, ini polis makan rasuah bro. akhlak kurang dan perlu dibasmi.

cadangan; tubuh pasukan maya mencegah jenayah utk menangkap blogger yang merosak dan memesong minda rakyat......

Anonymous said...

Saya membaca kesemua komen yang diutarakan dan apa yang boleh saya katakan adalah ada kebenaran di dalam kesemuanya. orang macam KOI ini mungkin membawa padah kepada UMNO kerana ida begitu berani memubka pekung di dada, mengeluarkan pelbagai tuduhan dan dijamukan kepada rakyat malaysia dan dunia. last-last semua orang ketawakan kita orang melayu, UMNO dan pemimpin.
Tapi saya juga nak tegur golongan yang menghambau KOI seolah-olah apa yang katakan langsung tak betul, tapi bila keluar cerita yang takde kena mengena dengan puak yang kita sokonga semuanya kita percaya, malah kita hebahkan lagi dan kita kata orang yang menulisnya hero.
Kita patut lihat dahulu apa yang diutarakan. Tuduhan KOI ini bukan tuduhan dari seorang diri dia sahaja. MP Wangsa Maju telah membuat tuduhan yang lebih teruk tentang Dato Shafei di dalam ucapan parlimennya. Ini dilaporkan bukan sahaja dalam blog beliau tapi dalam Hansard Parlimen yang dah jadi buku sah dan boleh dilpor serta diguna sebagai sumber bukti dan rujukan.
Apakah tuduhan Wee Chee Keong ini pun penipuan jugak? Berani betul di a buat pembohongan dalam Parlimen, kenapa waktu tu Raja Nong Chik diam aje? kena[pa tak dinafikan, atau didakwa Wee ini. Memang ucapan beliau itu dilindungi parlimen, tapi bila hansard dicetak dn boleh dibaca dalam internet, boleh dicetak keluar, ia dah jadi bahan umum dan bukan lagi dilindungi parliamentary privilige.
Jadi kalau nak tengok siapa yang betul, Koi dan Wee yang bacul tu atau Shafei ni, kenapa tak didakwa je Wee tu? Shafei macam teragak-agak, takkan takut akan ada kebenaran dalam ucapan Wee tu? raja Nong Cik diam aje tu maksud dia memang suka, sekurang-kurangnya sekarang dah kurang seorang lagi calon yang boleh mencabar tempat beliau sebagai menteri, tinggal Syed Ali dan Abas batu ajelah.
kalau tiada tindakan diambil, saya percaya ada yang tak kena. Dan sebagai presiden umno yang sayangkan parti dan bangsa, dato najib tau-taulah apa nak buat rasanya.

Parlimen Malaysia

Anonymous said...

Ikhsan Timb Ketua Bhg L.Pantai yg cukup baik, memang cukup baik, cukup baik banyak makna tu!!!!!!

Bro, gua ingat Memo ni sengaja direka-reka supaya semua boleh diberi tahu sapa dia bakal taiko Wilayah.

Koi ni hanya patung wayang kulit yg digerakan oleh Tok Dalang. Soalan bonus, bro, sapakah yang mengkaryakan skrip Tok Dalang ini??????

MAT SIRAT said...

Salam,

Sudah menjadi adat dan kelumrahan alam setiap insan tidak akan mudah berasa puashati dalam apa jua aspek kehidupan sekalipun.

Dunia politik turut tidak dikecualikan.

Musim pemilihan telahpun berlalu hampir setahun berlalu. Yang menang, tak menang semua dan yang kalah, tak kalah semua. Yang nyata dan yang pasti, yang terus bertakhtakan kemenangan adalah UMNO. Sebagai pendokong dan pejuang UMNO, kita perlu sebatikan jiwa ini dalam rungkaian perkataan demi perkataan yang terhimpun dalam apa jua bentuk pelafasan mahupun penghayatan bahawa perjuang Alif - Ba - Ta adalah yang terunggul (Alif untuk Agama, Ba untuk Bangsa dan Ta untuk Tanahair).

Saya pernah terdengar satu ceramah kalau kita tidak larat mencegah dengan perbuatan, cegahlah dengan ayat mahupun hati. Namun aspek ini telah disalahtafsir dan salahgunakan.

Jika kita amati tahap kesabaran tinggi, kita tidak akan mendedahkan aspek tindakan dengan sewenang-wenangnya kerana mekanisma 'ayat' dan 'naluri' masih belum digunakan, jika kita tidak suka dengan sebarang individu.

Dek kerana kurang mampu untuk mengatasi kemarahan ini, apakah ianya suatu lesen untuk kita bertindak.

Dunia dahulu lebih 'gentlemen' namun dunia sekarang lebih menitiberatkan matlamat menghalalkan cara.

Sekarang, demi keuntungan politik, belasah sahaja orang yang perlu dicantas terus dari lanskap politik.

Barangkali, ada yang mudah lupa dan alpa kepada fokus juang serta mudah terpengaruh dengan taktik kotor segelintir pihak yang tidak senang dengan kebangkitan UMNO / BN.

Pada pandangan saya, Dato' Pie 'naik' tepat pada masanya. Ramai yang maklum dengan status Wangsa Maju sebagai institusi politik sejak berpenggal lamanya sejak 1994 lagi. Ringkasannya, UMNO Wangsa Maju mula bertemu jodoh perpaduannya dengan pemilihan tempohari yang ditaja oleh Dato' Pie.

Lantaran itu, pelbagai usaha telah dilakukan untuk merampas kembali kerusi MP Wangsa Maju ke tangan mutlak BN. Pendekatan diri dengan rakyat menerusi NGO dan kepartian termasuklah UMNO yang berjaya disatukan jelas mengundang resah dan gelisah kepada pencinta 'porak peranda' UMNO.

Dato' Pie dilihat sebagai penghalang kepada kesejahteraan dan perpaduan UMNO Wangsa Maju yang hakiki sebab itulah pelbagai fitnah ditaburkan laksana benih padi 3 kali setahun.

MP Wangsa Maju - PKR pun khabarnya sudah panas hati dengan Dato' Pie dan mula mengalihkan pandangan umum mendeklamasi ketidakcemerlangan beliau sendiri sebagai MP Wangsa Maju (persoalan pokok) ke soal Dato' Pie itu dan ini yang berbagai-bagai. Saban program yang saya iikuti, nama Dato' Pie tidak pernah lekang dari bibirnya. Mungkin ada kebenarannya - Tak kenal maka tak cinta, tak guyang maka tak fitnah.

Kalaulah dahulu, jika saya selalu sebutkan nama individu tertentu bermakna saya memang berhati-hati dan risau dengan kehadiran individu tersebut. Dalam bahasa kasar, ancaman besarlah tu.

Saya ingin mengingatkan diri sendiri agar jangan mudah terpengaruh dengan fitnah kerana ianya, ternyata sudah teranglagi bersuluh, bukan jambatan ke arah kebaikan. Jangan dibiarkan fokus agenda penerusan pembinaan negara disalahguna oleh golongan yang tidak bertanggungjawab (imbangan baik sememangnya selalu hadir dalam hati ini namun selalunya diimbangi dengan sifat nakal). Dominasi fitnah ke atas suasana harmoni pembangunan ummah dan ketahanan negara bangsa menerusi acuan perjuangan UMNO / BN harus difikirkan agar ianya tidak menggugat Fokus Juang kita.

BENAR, KALAU TIADA ANGIN MASAKAN POHON BERGOYANG, KALAU TIADA YANG IRI HATI, MASAKAN AGENDA FITNAH TERUS BERPANJANGAN...

Anonymous said...

Para pebaca Wilayahkini,
saya juga orang baru masuk dalam ruangan komen dan membaca Wilayahkini selepas diberitahu oleh rakan - rakan baru2 ini.
Sebagai seorang Pengamal Undang - Undang saya ingin memberikan pandangan saya sikit....

1. Isu memo ini amat penting kerana ianya melibatkan dua orang yang bergelar YB. Seorang pemimpin pilihan rakyat yang mewakili UMNO dalam kerajaan. Seorang lagi pula bergelar YB atas status Senator yang juga mewakili UMNO. Kenapa kita perlu ambil pendekatan " Memo" untuk menyingkirkan mereka ? Kuasa di tangan Perdana Menteri - sepatutnya kita perlu menyerahkan kepada Perdana Menteri untuk membuat sebarang keputusan untuk melantik sesiapa sahaja yang beliau fikirkan layak. Dan kenapa ada pihak yang berdegil untuk merangka Memo untuk menjatuhkan mereka berdua ? Kenapa mereka terlalu desperado? Dan ada juga Ketua Bahagian yang sanggup menantangani Memo tersebut . Inikah dikatakan semangat UMNO ?

2.Penglibatan seorang Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri dalam isu Memo ini perlu dipandang serius. Sebagai seorang Setiausaha Politik - beliau sepatutnya bertindak lebih adil dalam situasi seperti ini TETAPI agak malang sekali kerana beliau sendiri menjadi orang penting dalam isu Memo ini . Adakah kita mahu menghalalkan perkara seperti berlaku dalam UMNO ? Sebagai orang penting kepada Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal politik - beliau sepatutnya memantau perkara seperti ini bukanya menjadi dalang dalam isu seperti ini kerana kita nampak PM berkerja keras untuk memperkukuhkan UMNO tetapi Setiausaha Politiknya pula bermain "memo" untuk menyingkirkan pemimpin UMNO.

3.Apakah tindakan UMNO pusat dalam isu ini ? Isu ini merupakan satu perkara serius dan saya juga telah membaca kandungan memo tersebut. Sekiranya UMNO boleh menghukum ahli - ahli UMNO yang berpaling tadah kepada parti sudah tentu pemimpin - pemimpin disebalik memo perlu diheret ke muka pengadilan.

4. Sekali lagi saya ingin tegaskan, jangan kita guna cara seperti ini kerana kuasa perlantikan ditangan Perdana Menteri. Biarkan aja beliau untuk membuat keputusan mengenai perlantikan.

5. Saya harap semua pihak dapat ambil perhatian mengenai pandangan tersebut dan saya juga berharap akan ada tindakan segera dari pihak atasan.

Salam,

Shariffudin
Peguam
Hartamas Kuala Lumpur

Anonymous said...

Para pebaca Wilayahkini,
saya juga orang baru masuk dalam ruangan komen dan membaca Wilayahkini selepas diberitahu oleh rakan - rakan baru2 ini.
Sebagai seorang Pengamal Undang - Undang saya ingin memberikan pandangan saya sikit....

1. Isu memo ini amat penting kerana ianya melibatkan dua orang yang bergelar YB. Seorang pemimpin pilihan rakyat yang mewakili UMNO dalam kerajaan. Seorang lagi pula bergelar YB atas status Senator yang juga mewakili UMNO. Kenapa kita perlu ambil pendekatan " Memo" untuk menyingkirkan mereka ? Kuasa di tangan Perdana Menteri - sepatutnya kita perlu menyerahkan kepada Perdana Menteri untuk membuat sebarang keputusan untuk melantik sesiapa sahaja yang beliau fikirkan layak. Dan kenapa ada pihak yang berdegil untuk merangka Memo untuk menjatuhkan mereka berdua ? Kenapa mereka terlalu desperado? Dan ada juga Ketua Bahagian yang sanggup menantangani Memo tersebut . Inikah dikatakan semangat UMNO ?

2.Penglibatan seorang Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri dalam isu Memo ini perlu dipandang serius. Sebagai seorang Setiausaha Politik - beliau sepatutnya bertindak lebih adil dalam situasi seperti ini TETAPI agak malang sekali kerana beliau sendiri menjadi orang penting dalam isu Memo ini . Adakah kita mahu menghalalkan perkara seperti berlaku dalam UMNO ? Sebagai orang penting kepada Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal politik - beliau sepatutnya memantau perkara seperti ini bukanya menjadi dalang dalam isu seperti ini kerana kita nampak PM berkerja keras untuk memperkukuhkan UMNO tetapi Setiausaha Politiknya pula bermain "memo" untuk menyingkirkan pemimpin UMNO.

3.Apakah tindakan UMNO pusat dalam isu ini ? Isu ini merupakan satu perkara serius dan saya juga telah membaca kandungan memo tersebut. Sekiranya UMNO boleh menghukum ahli - ahli UMNO yang berpaling tadah kepada parti sudah tentu pemimpin - pemimpin disebalik memo perlu diheret ke muka pengadilan.

4. Sekali lagi saya ingin tegaskan, jangan kita guna cara seperti ini kerana kuasa perlantikan ditangan Perdana Menteri. Biarkan aja beliau untuk membuat keputusan mengenai perlantikan.

5. Saya harap semua pihak dapat ambil perhatian mengenai pandangan tersebut dan saya juga berharap akan ada tindakan segera dari pihak atasan.

Salam,

Shariffudin
Peguam
Hartamas Kuala Lumpur

Anonymous said...

Cadangan Sharifuddin amat tepat sekali. Ini bukan fitnah tapi konspirasi nuntuk jatuhkan pemimpin UMNO.

Anonymous said...

Zaman siapa pun kalau ada MEMO akan timbul pelbagai masalah.

tulisan Sharifuddin disokong, sampai satu peringkat jika tidak ada orang yang nak pergi report saya akan pergi report.

Anonymous said...

Mengapakah ada orang dikalangan profesional masih boleh mempercayai memo palsu tulisan dan rekaan penulis upahan yg kerjanya tidak ada, melainkan memecahbelah dan menghuru-harakan UMNO WP?

Taib, Villawangsamas

Anonymous said...

Hanya disebabkan pemimpin KOI tidak lagi diberi kepercayaan oleh DSNR utk memegang sebarang jawatan atau portfolio kerajaan, maka KOI yg dipercayai ahli UMNO sanggup bersekongkol dan mempercayai tuduhan MP WM, WCK dari Parti Kelentung Rakyat asalkan ianya menjatuhkan Dato Shafei.

Dimanakah prinsip perjuangan KOI, siapa sifunya dalam politik kerana sanggup memecahkan-belahkan parti hanya kerana Zul tiada jawatan?

Keluar sajalah KOI dari parti UMNO kerana telah menjadi duri dalam daging, gunting dalam lipatan dan liabiliti kepada UMNO. Org2 seperti KOI inilah yg harus dikorbankan oleh UMNO kerana lebih mementingkan kepentingan individu daripada kepentingan parti.

Mengapa perlu mengambilkira hansard WCK yg terang2 untuk menjatuhkan Dato Shafei. Kami kenal siapa WCK ini sebenarnya, tidak pernah turun padang utk meninjau masalah rakyat di WM. Apatah lagi menganjurkan aktiviti aktiviti yg memberi faedah kepada warga WM. Janji2 sebelum PRU12 tidak pernah ditunaikan, semuanya tin kosong sama seperti sifunya Bro. Anwar Bin Ibrahim.

Kerjanya WCK ini hanyalah duduk dipejabatnya diDanau Kota. Oleh kerana dia terlalu terdesak akan kekuatan dan aktiviti yg diaturkan oleh penyokong2 Dato' Shafei, maka diaturnya strategi utk menjatuhkan Dato Shafei. WCK boleh digelar sebagai DESPERADO ALAF BARU.

Anti Fitnah, WM

PEMERHATI MT said...

Sahabat - sahabat dan para pembaca Wilayahkini yang setia,
saya tertarik dengan pandangan Sdr Sharifuddin dari sudut seorang Penguam.
Kenapa kita naka komen yang tak bukan - bukan dan isunya adalah memo. Dan memang sudah disahkan memo memang wujud.
Kenapa mereka begitu gilakan jawatan sampai nak singkir orang kita dgn mengunakkan kaedah memo?
Kenapa mereka tak boleh tunggu sampai PM Najib buat keputusan?
Dan yang paling mendukacitakan penglibatan Setiuasaha Politik PM sendiri dalam isu ini. Najib perlu ambil tindakan segera terhadap Setpolnya. Kalau dia berminat sangat jadi Menteri , lantik sahaja dia sbg Senator dan Menteri. Kenapa nak gunakkan jawatan Setpol untuk kepentingan diri sendiri.
Saya harap Wilayahkini akan buat sesuatu.
Salam.

Anonymous said...

Isunya bukan Datuk Seri Zulhasnan Rafique ataupun Senator Datuk Kamaruddin Ambok. Itu kuasa PM untuk tentukan kedudukan mereka. Tapi kenapa nak gunakkan memo ? Inilah faktor utama UMNO WP pecah.

Anonymous said...

Memangle memo itu wujud seperti yg dipaparkan pada wilayahkini tetapi persoalannya memo ini dibuat dan direka oleh KOI dan penulis upahannya bagi menjadi alasan mengapa Zul tidak dipilih.

Reorganisasi merupakan perkara biasa dlm meningkatkan prestasi sama ada diperingkat organisasi mahupun parti politik. Begitu juga dgn perhubungan UMNO negeri, tidak hanya di WP, negeri2 yg kalah teruk di PRU12 juga telah distruktur semula oleh DSNR bagi post mortem terhadap hilang keyakinan pengundi kpd UMNO/BN.

Terimalah hakikat dan kenyataan tst, jangan menolak takdir yg ditentukan oleh Allah.

Kalau anda Peguam, saya Jurutera.

Anonymous said...

Memang gua perasan di WM ni, WCK mahupun parti PKR tak pernah turun padang. Dulu cakap nak cat flatlah, nak bina tong sampah baru la, akhirnya sume hampas. Nyesal tak sudah gua undi PKR, manis mulut je.

Pakat2 keluar PKR, Seksyen 1 WM.

Anonymous said...

Yang peliknya, kenapa Dato' Shafei yg dituduh sedangkan yg menandatanganinya orang lain. Dimana rasional dan justifikasi yg menghubungkait memo dgn Dato' Shafei?

Adakah kerana Dato' Shafei Setpol kepada Menteri Kewangan maka beliau dituduh? Jangan serkap jarang dan suka mengandaikan keadaan, kita tidak berada dikedudukan yg sesuai untuk kritik dan tuduh perkara yg kita sendiri tak tahu.

Bertaubatlah, penuduh penuduh sekalian.

Dr. Karim, Seri Maya

Anonymous said...

Betul ke KOI dah gi Mekah @ itupun hanya BOHONGAN dia sahaja... Kalau betul harap dia BERTAUBAT NASUHALAH di sana... kalau BOHONG, x tahu nak kata apalah...sendiri nilai lah...

"AKU BUKAN PEGUAM"

Anonymous said...

Dr Karim.

Apa erti simpulan Lempar batu sembunyi tangan.

Memo itu cukup dikategori sulit tapi masih boleh dicicirkan..nak bagi tahu kpd Dr Karim kawan diaorg kawan kita juga.Dlm perjumpaan sulit itu ramai yg hadir,TTangan dua shj,yg tidak Ttangan beri tahu siapa yg jadi pengerusi MEMO ialah Dato Shafie Abdullah Setiausaha Politik PM.

Anonymous said...

askum.. kenapa semua org nak pening kepala & bertelagah dgn isu ini..! kamu semua nak tahu tak siapa yg sebenarnya master mind d belakang isu ini.." Orang yg sebenar champion isu ini adalah DSTATM.. beliau pada dulu lagi memang suka melaga-laga (baling batu sorok tangan) dan memporak perandakan kepimpinan UMNO WP serta UMNO Msia demi kepentingan diri sendiri untuk mengekalkan jawatan yg beliau sandang hari ini.. dia punya macai DWSAAH & DSA yg lainnya pengikut pencacai-cacai Ketua2 Bhg yg baru dipilih.. Budak mentah la katakan ikut saja apa yg disuruh.. serupa juga la macam jadi budak suruhan, hari ini Ketua2 Bhg yg baru ini mula berlagak n tidak menghormati org2 veteran,Menteri WP, Datuk Bandar, KP DBKL, KSU KWP, Pengarah ICU..Apa punya kepimpinan UMNO WP hari..! dah takde kelas langsung, jika begini lah kepimpinan WP di kota metropolitan maka awal kehancuran UMNO telah terserlah ke arah itu.. UMNO WP sesama sendiri bertelagah untuk mendapatkan Pengerusi BPUWP akhirnya semua melopong.. dapat kpd Tan Sri M org luar.. kakakakakaka padan muka UMNO WP!!!!!!!

Anonymous said...

Kepada Anon yg cuba nak kritik Dr Karim,

Apa yg cuba anda ketengahkan adalah masih perkara yg sama yakni "Dengar Cakap Orang" atau "Hear Say". Bangsa kita ni memang champion kalau bab nak mengada-adakan dan menokok tambah cerita. Ceritanya A disampaikannya A + B, kemudiannya disampaikan kpd org lain dah jadi cerita C, cerita A ini tadi dah hilang dan keluar pulak cerita C yg secara kebetulannya didengari oleh pihak2 yg tidak bertanggungjawab dan mulutnya mengalahkan mulut mak nenek.

Ingat kita perlu pandang ke depan utk maju, bersatu dan berjaya dlm hidup mahupun dlm bidang politik. Kalau asyik hendak bertelagah berkenaan memo yg tidak sahih kewujudannya utk apa?

Kepada cerdik pandai, renung2kanlah dan kepada yg tak berapa cerdik dan pandai, apa kata Nabil ........................ Lu Pklah Sendiri.

Dr Karim.

Anonymous said...

lama memerhatikan komen2 yg dikirimkan kat sini.Saya tidak nampak ada komen2 yang mahu mencari keberana di sebalik isu yang ditimbulkan. Ada komen2 yang nampaknya cuba mengalih isu sebenar.Menyerang keperibadian penulis tidak tepat tapi kita harus mencari apa yang benar dan apa yg bohong.Penulis tidak berapa penting tetapi pendedahan itu yg harus difikirkan...sesuai atau tidak.
Janagn kita pekakkan telinga..kalau isu itu benar maka benarlah..tak payah nak bertekak sesama sedniri dan mencari alasan lain untuk mengalih perhatian.Taktik ni dah lapuk beb...

Halim- Bumi Hijau

Anonymous said...

Shafie dari dulu begitu,kena batang hidung sendiri tak betul,kena batang hidung orang mereka kenduri sakan.

Orang yang tak berkenaan pun dijadikan agen untuk mengalihkan kebenaran..sedangkan kebenaran sudah terserlah tiada siapa pun boleh menafikan lagi..

Saya tetap berpendirian Shafie Abdullah adalah Pengerusi MEMO.

Anonymous said...

Buku 100 Hari Dato Sri Najib banyak kelainanya..

Tahniah 1 Malaysia

Mustafa UMNO Cheras said...

Kpd penyumbang2 komen di blog ini,

Ana sokong 100% kenyataan KOI.. tektik kotor yg dimainkan oleh sesetengah ketua bhg di WP ni bukan cerita baru.. di Cheras contoh itu sudah lama kami 'TONTONI'... wayang gambar sebegitu di UMNO bahagian Cheras sudah acap kali dihasilkan... oleh Pengarah yang sama..

Macam-macam cara juak-juak itu buat untuk menjatuhkan seseorang.. jadi jangan hairanlah tektik sebegitu diphotostat digunapakai oleh orang yang sama untuk menjatuhkan Zulhasnan dulu...

Kepada pemimpin-pemimpin tersebut ingatlah bahawasanya Allah maha mengetahui perbuatan Tuan-tuan sekelian.. jangan nanti dijatuhkan bala kepada isteri anak serta keluarga sudahlah ya.. Jangan sampai tiket yang sepatutnya diguna tuk ke Syurga tertukar ke Neraka nauzubillah insaflah!

DSNR kena peka akan hal sebegini... mungkin dipandang ringan oleh sesetengah pihak tapi sebenarnya puak-puak sebeginilah yang menjatuhkan UMNO dimata ahli-ahli sendiri. RENUNG-RENUNGKAN LAH WAHAI PEMIMPIN...

Anonymous said...

Kalau KOI & the team percaya sangat hanya dgn 1 memo boleh mempengaruhi keputusan DSNTR, kenapa tidak dihantar je 50 lagi memo utk mohon mengembalikan jawatan org-org tertentu. Kan mudah, daripada dok buat kerja fitnah memfitnah ni.

Jangan lupa utk mohon jawatan Menteri Pecah Belah bagi pihak si KOI. Semoga beroleh kejayaan, sedangkan 1 memo boleh berjaya inikan pulak kalau 50 memo!!!!!!!

Kalau 500 memo lagi bagus. Confirm dapat.

Ir Jusoh, Jurutera Profesional.

Anonymous said...

hai sume... nape korang sibuk2 nak gaduh yg org tu btl org ni salah??? apa yg aku rasa sape2 pun yg dilantik dan dibuang kena la terima dgn hati yg terbuka. yg lagi pelik masa dilantik dulu tak pun buat bising marah2 kenapa dia dipilih jd menteri ke pengarusi perhubungan ke tp bila tak dipilih ada je yg jadi hero nak tolong kempen. tp apa yg aku rasa zulhasnan tu pun bkn la bagus sgt pun. sape2 yg duduk dlm UMNO bhgn setiawangsa tau la sape zulhasnan.

Anonymous said...

Yang Gila ialah Shafiee,kenapa suruh orang lain gila.nampaknya orang -orang Shafie sudah mula beri idea gila..
kalau satu memo satu memo sajelah..
dengan komen-komen gila itu menambah yakin Piee terlibat.

Anonymous said...

Dato Zulhasnan,

Apa pun org perkata,Dato tetap dihati kami kerana jasa yang baik tetap dikenang,Kami cukup terasa kehilangan seperti di Wangsa Maju belum ada pengganti seperti pengorbanan yang diberi.

Walaupun ada dari kalangan orang UMNO yang cuba memadam sumbangan murni dato, Melihat berdirinya Masjid Salahuddin Taman Melati dan banyak dewan-dewan orang ramai tegak berdiri,rasa sungguh kehilangan,Majlis ,kenduri kendara tidak pernah dato hampakan harapan kami,Dato tetap hadir dalam keadaan apa pun, itulah yang masih terasa kehilangan ini.

Kalian jangan lupa sejarah,sesiapa yang cuba memadam sejarah adalah pengkhianat kata SH.Alattas

Anonymous said...

Begitu juga kepada Dato' Pie, saviour kepada orang-orang Melayu terutamanya penduduk2 Kg. Melayu. Dato' Pie lah orang yg lantang dan kuat mempertahankan Kg. Rizab Melayu.

Dato' merupakan pemimpin sejati yg kualitinya tidak ada pada pemimpin2 yg lepas mahupun MP sekarang.

Yg peliknya, mengapa ada mereka2 dikalangan melayu yg hendak menjatuhkan Dato' Pie yg berjuang demi menjaga kepentingan bangsa sendiri. Mengapa mereka perlu menggunapakai retorik yg dicipta MP WM dr berbangsa Cina dlm kempen mereka utk menjatuhkan Dato'. Mereka2 ini memang buta kerana hanya disebabkan pemimpin merka tiada jawatan sanggup menghalang usaha murni Dato' mempertahankan hak dan Kg. Warisan Melayu.

Masyaallah. Teruskan agenda Dato' dlm membangunkan WM khususnya utk kebaikan rakyat yg majoritinya adalah berbangsa Melayu. Kami akan tetap menyokong usaha dan inisiatif murni Dato' kearah mempertahankan kepentingan Melayu di WM.

Dr Zainol

Anonymous said...

Tak berani nak buat memo, jgn cakap banyak sepatutnya lu duduk diam dan pikirle sendiri.