Friday, October 31, 2008

DUA WAKIL DARI WILAYAH PERSEKUTUAN REBUT JAWATAN TERTINGGI PUTERI ; ISMALINA ATAU NOLEE ? SIAPA YANG JADI PILIHAN ?

ANALISIS @ Wilayahkini
KUALA LUMPUR -- Naib Ketua Puteri UMNO Wilayah Persekutuan Datin Ismalina Ismail bertanding Ketua Puteri Malaysia manakala Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia Nolee Ashilin yang juga merupakan ADUN Tualang Sekah pula akan bertanding Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia. Yang anehnya kedua - dua dari Wilayah Persekutuan.Apakah ini akan menjejaskan peluang mereka kerana - dari negeri yang sama ?
Nolee Ashilin Radzi , 33 tahun juga akan bertanding jawatan Ketua Puteri Lembah Pantai dalam pertembungan satu lawan satu bersama Nor Asyikin Jaafar yang juga merupakan AJK Puteri Lembah Pantai. Persidangan Puteri UMNO Lembah Pantai dijadualkan berlangsung pada 8hb November di PWTC Kuala Lumpur. Ismalina telah mendapat sejumlah 30 pencalonan untuk Ketua Puteri Nasional manakala Nolee pula telah meraih 57 pencalonan bagi jawatan Naib Ketua Puteri Malaysia - dimana pencalonan tertinggi berbanding empat calon yang lain yang turut menawarkan diri bagi jawatan Naib Ketua Puteri.Nolee dilihat sebagai calon yang "popular" bagi jawatan Naib Ketua Puteri Malaysia berbanding empat calon yang iaitu --Shahanim,Dr.Wan Norashikin, Senator Nordiana Shafie dan Haslinda Moh Zerain.
Walaupun Nolee dilihat sebagai seorang pemimpin puteri "luar dari KL" kerana kawasan ADUN yang diwakilinya di Perak, namun keahlianya di Puteri Lembah Pantai - memperlihatkan dirinya sebagai wakil dari Wilayah Persekutuan. Lebih - lebih lagi Nolee juga telah menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Puteri Lembah Pantai. Wilayahkini juga difahamkan ramai perwakilan puteri di Lembah Pantai kurang senang dengan keputusan Nolee untuk bertanding Ketua Puteri Lembah Pantai kerana beliau dilihat sebagai " orang luar ".
Sementara itu satu sumber memberitahu Wilayahkini , Nolee dijangka menang sebagai Ketua Puteri Lembah Pantai dan mempunyai peluang yang cerah bagi memenangi jawatan Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia yang baru . Penampilan Nolee dijangka akan menjejaskan peluang Ismalina kerana beliau juga dari Wilayah Persekutuan - dan perwakilan dijangka akan hanya pilih satu wakil dari Wilayah Persekutuan untuk memegang jawatan tertinggi Puteri Malaysia.
Apakah Ismalina yang kini dilihat sebagai calon "underdog" bakal membuat kejutan walaupun dua wakil dari Wilayah Persekutuan akan turun ke gelanggang?
Wilayahkini juga difahamkan Ismalina mendapat "backing yang kuat tetapi secara senyap" dari Ketua Puteri UMNO Malaysia Datuk Nooraini ?

Thursday, October 30, 2008

MESYUARAT MT ESOK ; PEMILIHAN KEKAL MAC ATAUPUN NAK TUKAR LAGI ?

KUALA LUMPUR -- Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang dijadualkan berlangsung esok pada jam 3 petang dijangka sekali lagi menjadi tumpuan walaupun Perdana Menteri dan Presiden UMNO Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan pelan peralihan akan KEKAL pada Mac 2009 manakala pemilihan untuk jawatan tertinggi parti juga akan dikekalkan pada bulan mac tahun depan sepertimana yang telah diputuskan oleh Majlis Tertinggi pada mesyuarat yang lepas.
Walaupun ada suara - suara yang nakal yang mahukan pemilihan untuk jawatan tertinggi parti dikembalikan semula pada bulan december tahun ini ,atas alasan tempoh empat bulan untuk berkempen terlalu lama dan boleh menyebabkan gejala politik wang berleluasa dalam parti.
Namun pemerhati politik berpendapat Majlis Tertinggi perlu mempertahankan kredibilitinya kali ini kerana sekiranya Majlis Tertinggi kerap menukar keputusanya maka persepsi orang terhadap Majlis Tertinggi mungkin berbeza dan mula akan ada unsur - unsur tidak percaya terhadap keupayaan Majlis Tertinggi - yang menjadi tunjang utama politik negara.
Mesyuarat esok juga dijangka akan membincangkan isu - isu semasa negara termasuk keadaan politik semasa dan perjalanan mesyuarat bahagian yang kini sedang rancak berlangsung di seluruh Malaysia.
Wilayahkini juga tertarik dengan kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Seri Tajol Rosli yang berkata , tempoh kempen yang panjang boleh mengurangkan kes politik wang di UMNO. Bagaimana ?
( Terimakasih : Gambar The Malaysian Insider )

UMNO BATU BERSIDANG SABTU INI DI PWTC ; " BATTLE OF BATU " SAINGAN ANTARA YUSUFF HAMID DAN YAHYA MAT GHANI SEMAKIN SENGIT DAN MENCABAR !

ANALISIS Wilayahkini
Batu -- Menjelang persidangan UMNO Bahagian Batu pada 1hb November ini PWTC ini, sudah ada macam - macam cerita yang keluar.Ada yang sudah meramalkan bahagian Batu bakal menyaksikan kejutan ketiga di Wilayah Persekutuan selepas Bandar Tun Razak dan Seputeh.
Petembungan antara penyandang Datuk Yusuf Hamid dan Yahya Mat Ghani disifatkan sebagai "Battle of Batu " dimana - persaingan bukan sahaja dikatakan begitu sengit tetapi dikatakan begitu mencabar. Inilah situasi terkini mejelang dua hari lagi untuk hari mengundi - memilih kepimpinan baru di bahagian Batu.Ada pula cerita yang keluar yang mengatakan " aliran tunai semakin kuat", menjelang dua hari untuk mengundi.
Sementara itu ," Kekuatan di UMNO Bahagian Batu yang terlihat kali ini lebih menyebelahi kepada kepimpinan Yahya Mat Ghani ( Abas ) serta gandinganya, kekanda Ramlan Salleh untuk merangkul kemenangan sebagai Ketua dan juga Timbalan Ketua Bahagian Batu ".
" Hari ini saya berani berkata sebegini kerana saya sudah berjuang bersama - sama kekanda selama dua penggal dan telah menghadapi dua musim pilihanraya", kata Fakhrul Fadzil (gambar ) yang merupakan Ketua Pemuda Cawangan Taman IKS Bahagian Batu. Sila Klik DI S I N I
" Jangan terlepas pandang mengenai kekuatan Datuk Yusuf Hamid di Batu", kata seorang pemimpin dari Batu kepada Wilayahkini.
Politik Batu kini semakin panas , tetapi diharapkan para perwakilan dapat memilih kepimpinan yang terbaik dan mengembalikan semula zaman kegemilangan UMNO Batu seperti dulu di Wilayah Persekutuan.
Sementara itu, Wilayahkini juga difahamkan Batu akan mencalonkan Muhamad Taib bagi pencalonan Timbalan Presiden ? Ataupun Ali Rustam sekali lagi mendapat pilihan di Wilayah Persekutuan?

Wednesday, October 29, 2008

RUMAH TERBUKA NAIB KETUA BAHAGIAN WANGSA MAJU DATUK SHAFIE MERIAH !

KUALA LUMPUR -- Majlis rumah terbuka Aidilifitri Naib Ketua Bahagian , UMNO Wangsa Maju Datuk Mohd Shafie Abdullah yang juga merupakan Setiausaha politik kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak begitu meriah sekali dengan kehadiran beberapa tetamu utama. Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak , Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique, Menteri Luar Datuk Datuk Seri Rais Yatim, Menteri Pembangunan Luar Bandar Tan Sri Muhamad Taib, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam , Pemangku Ketua UMNO Wangsa Maju Datuk Zainal Nazeri Zainuddin serta beberapa Ketua - Ketua bahagian yang lain.

JALAN ALOR KEKAL NAMA YANG SAMA ; DBKL UMUM SECARA RASMI HARI INI !

KUALA LUMPUR -- Datuk Bandar Kuala Lumpur hari ini mengumumkan DBKL akan mengekalkan nama Jalan Alor diatas bantahan keras daripada pelbagai pihak kerana Jalan Alor merupakan satu nama yang begitu popular di prasada antrabangsa.DBKL menerima tamparan hebat baru - baru apabila menukar nama Jalan Alor kepada Jalan Kejora. Namun ,diatas tindakan segera Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique nama Jalan Alor dikekalkan kerana beliau sendiri mengakui Jalan Alor begitu terkenal di dunia. Beliau juga mendengar rintihan daripada pelbagai pihak sebelum membuat keputusan untuk mengekalkan nama tersebut pada minggu lepas.
Hari ini, Datuk Abdul Hakim Borhan dengan rasminya mengumumkan bahawa DBKL akan mengekalkan nama Alor seperti biasa sebelum ini. Kini kontroversi penukaran nama Jalan Alor telah selesai dengan keputusan Menteri Wilayah Persekutuan. Mungkin selepas ini , Menteri Wilayah Persekutuan dapat memberi peringatan kepada DBKL supaya lebih berhati - hati dalam isu penukaran nama jalan.

ANALISIS SETIAWANGSA : KEMENANGAN UNTUK SEMUA ? HALIM TETAP UNGGUL ; FAUZI MENANG BERGAYA !

ANALISIS Wilayahkini
SETIAWANGSA -- Datuk Abdul Halim Samad berjaya mempertahankan jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa menewaskan Shuib Ibrahim dalam satu pertandingan satu lawan satu yang disifatkan paling sengit. Halim mendapat 159 undi manakala Shuib Ibrahim pula mendapat 125 undi.
Kemenangan Halim disifatkan sebagai kemenangan untuk semua di Setiawangsa kerana beliau dilihat sebagai seorang pemimpin senior yang berpengalaman dan sentiasa hormat kepada pucuk pimpinan parti.
Sementara itu Bendahari Bahagian Datuk Fauzi Zahari menang bergaya dalam saingan empat penjuru bagi merebut jawatan Naib Ketua Bahagian . Fauzi yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan mendapat 152 undi manakala mantan Ketua Pemuda Setiawangsa Datuk Izuddin Ishak mendapat 74 undi manakala Ahmad Yamin 44 undi dan Zainal Abidin 20 undi. Walaupun, sebelum ini ada pelbagai desas - desus bahawa jawatan Naib Ketua Bahagian begitu sengit tetapi pemerhati politik berpendapat perwakilan menunjukkan mesej yang jelas mengenai pemimpin pilihan mereka.
Malah keputusan pemilihan di Setiawangsa juga menunjukkan rata - rata calon yang bertanding bagi dua jawatan berjaya diberi peluang untuk menduduki sekurang - kurangnya satu jawatan.Manakala ada calon yang berkebolehan diberikan mandat untuk menduduki AJK bahagian dan juga G7.
Muner Nasution pula mendapat undi yang tertinggi (199 undi ) bagi AJK Bahagian manakala bekas Naib Ketua Bahagian Kapten ( B ) Rapli Jusoh mendapat undi yang tertinggi ( 165 undi ) bagi G7.
Kemenangan Rapli Jusoh dengan kelebihan undi yang tertinggi bagi G7 juga menunjukkan perwakilan dari Setiawangsa tetap memberikan peluang kepada mantan Naib Ketua Bahagian tersebut untuk meneruskan karier politiknya , walaupun beliau tidak mempertahankan jawatan Naib Ketua Bahagian kali ini.
Daripada berita - berita yang kami dengar dan diterima , perwakilan Setiawangsa menolak sama sekali pemimpin yang angkuh serta terlalu agresif tanpa sebab demi masa depan UMNO Setiawangsa. Wilayahkini juga difahamkan, keputusan Pemuda, Puteri dan Wanita dua minggu lepas, juga telah mencerminkan " cita rasa" pilihan pemimpin yang dikehendai di peringkat bahagian.
Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa Datuk Seri Zulhasnan Rafique pula mendapat undi yang tertinggi bagi pencalonan majlis tertinggi parti. Ali Rustam pula, mendapat undi yang tertinggi bagi pencalonan Timbalan Presiden dengan menerima 120 undi manakala Muhyiddin Yassin mendapat 62 undi manakala Muhamad Taib menerima 14 undi.

Tuesday, October 28, 2008

KEJUTAN POLITIK DI UMNO SEPUTEH; PENYANDANG HISHAM MAJID TEWAS ; MUSTAPHA KAMAL BERJAYA DALAM PERCUBAAN KEDUA KALI INI !

SEPUTEH -- Kejutan politik Wilayah Persekutuan ! Kekalahan penyandang Ketua Bahagian UMNO Seputeh Datuk Hisham Majid mengejutkan pelbagai pihak di Wilayah Persekutan.Apa dah jadi ? Wilayahkini juga turut menerima pelbagai sebab dan andaian politik merujuk kepada kekalahan Hisham Majid di Seputeh.
Hisham Majid mendapat 98 undi manakala pencabarnya Ketua UMNO Cawangan Taman Happy Utara , Mustapha Kamal mendapat 113 undi. Kemenangan Mustapha Kamal dengan kelebihan 15 undi dalam percubaan keduanya selepas gagal dalam percubaan pertama pada tahun 2004 - telah menjadikan Seputeh menjadi perhatian ketika ini.
" Kejayaan ini bukan milik saya saya seorang tetapi milik UMNO Bahagian Seputeh.Saya bertanding bukan untuk melawan Ketua yang ada( sebelum ini ), tetapi untuk menawarkan khidmat bakti saya pada UMNO Seputeh.
" Apa yang Datuk Hisham buat selama ini adalah baik dan saya akan berbincang dengan beliau apa yang perlu saya lakukan kerana bukan semua orang pandai semua perkara", kata Mustapha Kamal kepada media sejurus selepas kemenanganya.
Sementara itu bagi jawatan Timbalan Ketua Bahagian pula dimenangi oleh Rahim Aman yang mendapat 140 undi berbanding pencabarnya Sharifuddin Abdul Hamid yang mendapat 68 undi.Apakah akan ada beberapa kejutan di Seputeh selepas ini - ekoran daripada keputusan tersebut ?

MOHD RAZLAN KETUA PEMUDA BARU SEPUTEH ; BADRUL JADI NAIB !

SEPUTEH --Mohd Razlan (gambar ) berjaya menewaskan Alawi Dahalin dalam pertembungan satu lawan satu yang sengit bagi merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Seputeh. Berikut adalah keputusan penuh :
KETUA PEMUDA
Mohd Razlan -- 68 undi
Alawi Dahalin -- 46 undi
1 undi rosak
NAIB KETUA PEMUDA
Mohd Badrul -- 38 undi
Mat Nayan -- 31 undi
Mohd Ghazali -- 29 undi
Muhd Annuar -- 17 undi

Sunday, October 26, 2008

"SELAMAT MENYAMBUT DEEPAVALI"

WILAYAHKINI ingin mengucapkan SELAMAT HARI DEEPAVALI kepada semua yang beragama hindu. Marilah kita sama - sama merayakanya dalam suasana aman dan gembira & Selamat Bercuti.
Ikhlas dari Wilayahkini !

Saturday, October 25, 2008

ZULHASNAN RAFIQUE UMUM BERTANDING MT SECARA RASMI HARI INI ; ALI RUSTAM MENJADI PILIHAN PERWAKILAN SETIAWANGSA !

KUALA LUMPUR -- Pengerusi Badan Perhubungan UMNO dan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique mengumumkan hasratnya bertanding jawatan Majlis Tertinggi secara rasmi hari ini.
Beliau mengumumkanya kepada media selepas merasmikan persidangan UMNO Bahagian Setiawangsa yang diketuainya hari ini di Hotel Nikko. Turut hadir pada sidang media tersebut ialah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Senator Datuk Kamaruddin Ambok dan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Senator Ridhuan Hamid.
Beliau berkata " Saya ingin menawarkan diri bertanding MT berasas kepada suara sokongan pencalonan daripada seluruh negara.Saya serah kepada akar umbi dan minta sokongan mereka". Zulhasnan Rafique yang menjadi wakil tunggal BN dan UMNO di Kuala Lumpur setelah berjaya mempertahankan kerusi parlimen Setiawangsa pada PRU yang ke 12 pada bulan Mac lepas , telah mendapat sejumlah 30 pencalonan sehingga hari ini.Beliau turut menang tanpa bertanding sebagai Ketua UMNO Setiawangsa.

ALI RUSTAM PILIHAN PERWAKILAN
Sementara itu, Datuk Seri Ali Rustam mendapat undi yang tertinggi dan dicalonkan sebagai calon Timbalan Presiden manakala perwakilan Setiawangsa turut mencalonkan Jamaluddin Jarjis, Shafie Apdal dan Hishamuddin Tun Hussein bagi jawatan Naib Presiden.
Pemilihan semalam turut menyaksikan penyandang Timbalan Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa Datuk Halim Samad berjaya mempertahankan jawatanya selepas menewaskan pencabarnya Shuib Ibrahim dalam pertembungan satu lawan satu yang begitu sengit.
Sementara itu, Bendahari Bahagian Datuk Fauzi Zahari pula dipilih sebagai Naib Ketua Bahagian yang baru dalam pertembungan empat penjuru.

Friday, October 24, 2008

PERTEMBUNGAN ULANGAN DI SEPUTEH ; HISHAM MAJID VS MUSTAPHA KAMAL ESOK !

KUALA LUMPUR -- Selain bahagian Setiawangsa , esok UMNO Seputeh juga akan bersidang dimana penyandang Ketua UMNO Seputeh Datuk Hisham Abdul Majid bakal berdepan dengan calon yang sama yang menentangya pada tahun 2004 iaitu Mustapha Kamal.
Pertembungan antara Hisham dan Mustapha dijangka menarik walaupun diatas kertas Hisham sebagai penyandang dikatakan mempunyai banyak kelebihan untuk mempertahankan jawatanya sekali lagi kali ini. Bagi jawatan Timbalan dan Naib Ketua Bahagian juga wujud pertembungan satu lawan .

PERSIDANGAN UMNO SETIAWANGSA ESOK ; JAWATAN TIMBALAN JADI TUMPUAN - " DULU BAGAI AUR DENGAN TEBING , SEKARANG DAH BETENTANG SATU SAMA LAIN PULAK" !

ANALISIS
KUALA LUMPUR -- Sekiranya persaingan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa menyaksikan persaingan empat penjuru dua minggu lepas - persidangan UMNO Bahagian Setiawangsa pagi esok di Hotel Nikko bakal menyaksikan persaingan empat penjuru bagi jawatan Naib Ketua Bahagian yang melibatkan nama - nama yang " tersohor" di kancah politik Wilayah Persekutuan.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique menang tanpa bertanding sebagai Ketua UMNO Setiawangsa akan merasmikan persidangan UMNO Setiawangsa pagi esok dalam satu suasana yang ceria tapi penuh suspens.
Bagi jawatan Timbalan Ketua Bahagian, penyandangnya Datuk Abdul Halim Samad akan di cabar oleh Ketua UMNO Cawangan Seksyen 6 Mutiara Shuib Ibrahim. Sekiranya suatu ketika dulu Halim Samad dan Shuib Ibrahim yang disifatkan sebagai gandingan aur dengan tebing tetapi tahun 2008 menyaksikan mereka berdua sudah bertentangan antara satu sama lain bagi merebut jawatan Timbalan Ketua Bahagian - dimana disifatkan satu pertandingan " battle of Setiawangsa " oleh pemerhati politik. Apakah Halim Samad , sebagai orang lama dalam UMNO akan berupaya mempertahankan jawatanya kali ini ?
NAIB KETUA
Namun tumpuan juga tertumpu bagi jawatan Naib Ketua Bahagian dimana membariskan beberapa nama yang tersohor dalam perjuangan politik empat penjuru. Mereka ialah mantan Ketua Pemuda UMNO Setiawangsa Datuk Izzudin Ishak, Bendahari Bahagian Datuk Fauzi Zahari, Ahmad Yamin Datuk Rahim dan Zainal Tan Sri Mahmood. Penyandang Naib Ketua , Kpt ( B ) Rafli Jusoh tidak mempertahankan jawatanya kali ini.
Dikalangan empat calon tersebut, pertembungan antara Fauzi dan Izzudin dijangka menarik kerana orang - orang politik kata " ada isu lama tak selesai lagi". Apa dia ? Namun Ahmad Yamin yang mendapat "backing" daripada Shuib dijangka akan berikan saingan yang kuat dari sebalik tabir dan berupaya membuat kejutan. Bagi Zainal pula, dia juga dikatakan " mengharapkan jawatan Naib dan dikatakan sudah bersedia untuk turun ke gelanggang".
Perhitungan politik di Setiawangsa cukup menarik kali ini kerana penawaran diri ramai calon bukan sahaja memberikan peluang kepada akar umbi untuk memilih pemimpin pilihan mereka malah dasar keterbukaan di UMNO Setiawangsa - bakal memperkukuhkan dan memperkasakan UMNO khususnya di Setiawangsa.
( Terimakasih : Gambar - gambar dari blog www.locengwangsa.blogspot.com )

PEMILIHAN PEMUDA SEPUTEH ESOK ; JAWATAN KETUA PEMUDA SENGIT ANTARA RAZLAN DAN ALAWI ; PERTANDINGAN EMPAT PENJURU UNTUK NAIB !

SEPUTEH -- Pemilihan jawatan Ketua dan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh yang dijadualkan esok dijangka menarik. Perhitungan Ketua Pemuda melibatkan pertandingan satu lawan satu yang dijangka sengit antara Mohd Razlan (gambar) dan Alawi Dahlin.
Wilayahkini difahamkan kempen - kempen semakin kuat menjelang hari pemilihan esok dan ramai yang berpendapat keputusan boleh memihak kepada mana - mana pihak.
Walaupun Razlan diramalkan mempunyai peluang tetapi perwakilan dikatakan akan membuat pilihan mengikut cita rasa masing - masing kerana kedua - dua mereka dilihat mendapat sokongan yang sama rata dikalangan perwakilan pemuda di Seputeh.
Sementara itu, bagi jawatan Naib Ketua Pemuda pula, wujud pertandingan empat penjuru diantara Ghazali ( Bernama) , Mat Nayan , Badrul Ezan dan Mohd Anuar. Walaupun wujud pertandingan empat penjuru, persaingan sengit dijangka diantara Ghazali dan Mat Nayan. Ghazali dikatakan berupaya membuat kejutan kali ini ? Namun rata - rata perwakilan pemuda di Seputeh nampaknya masih berpendirian terbuka .
Pemilihan Pergerakan Pemuda UMNO Seputeh dilihat bakal membuka satu lembaran baru dimana - barisan kepimpinan baru diharapkan dapat memberi suntikan semangat yang baru kepada barisan kepimpinan UMNO Seputeh.
( Gambar calon Naib Ketua : Dari kiri Mat Nayan,Mohd Anuar, Badrul dan Ghazali.Terimakasih : Gambar dari blog Razlan - http://www.razlans.blogspot.com/ )

Thursday, October 23, 2008

WANITA WP MAHU SHAHRIZAT BERTANDING KETUA WANITA ; NASIHAT SHAHRIZAT PULA TAK MENJADI ; WANITA WP TIDAK SETUJU PELAN PERALIHAN ?

KUALA LUMPUR -- Enam daripada sembilan bahagian yang telah bersidang di Wilayah Persekutuan telah mencalonkan Datuk Seri Shahrizat Abdula Jalil untuk jawatan Ketua Wanita manakala tiga bahagian lain telah mencalonkan Tan Sri Rafidah Aziz.
Setiausaha Pergerakan Wanita UMNO Wilayah Persekutuan Salmah Pin berkata kepada Bernama hari ini bahawa, biarpun bahagianya akur kepada peralihan kuasa dan mencalonkan Tan Sri Rafidah Aziz tetapi beberapa bahagian - bahagian lain tetap dengan pendirian untuk terus mencalonkan Shahrizat.
" Perkara ini amat memeranjatkan kerana sehari sebelum persidangan dibuat, Shahrizat telah memanggil semua Ketua Wanita di Wilayah Persekutuan untuk akur dengan peralihan kuasa yang dipersetujui sebelum ini.
"Ini adalah kehendak akar umbi dan kita tidak boleh sekat apa yang dikehendaki oleh akar umbi", katanya yang juga merupakan Ketua Wanita UMNO Bandar Tun Razak .
Wilayahkini juga difahamkan , Pergerakan Wanita UMNO Wilayah Persekutuan mahukan Shahrizat yang juga merupakan Ketua Wanita Wilayah Persekutuan dan Ketua Wanita Kepong untuk bertanding jawatan Ketua Wanita kerana pelan peralihan kuasa yang dipersetujui "tidak kena " kerana ianya hanya akan menyusahkan Shahrizat sendiri. Mereka juga tidak mahu Shahrizat untuk memikul tugas Ketua Wanita dengan gelaran " Pemangku Ketua Wanita". Apa yang boleh dilakukan oleh Rafidah dalam masa tempoh 3 bulan ? Inilah persoalan - persoalan yang dilontarkan oleh beberapa pemimpin wanita dari Wilayah Persekutuan kepada Wilayahkini. Apakah Shahrizat akan menyahut saranan dan suara akar umbi dari Wilayah Persekutuan kali ini ?

Tuesday, October 21, 2008

KISAH BENAR : GANDINGAN ANAK DAN BAPA KUASAI BAHAGIAN TITIWANGSA DAN BANDAR TUN RAZAK DI WILAYAH PERSEKUTUAN !

KUALA LUMPUR -- Dua bahagian di Wilayah Persekutuan mencacat sejarah yang tersendiri apabila bahagian Titiwangsa dan Bandar Tun Razak menyaksikan gandingan bapa dan anak memimpin bahagian dan juga pergerakan pemuda.
Di bahagian Titiwangsa, Datuk Seri Suleiman Mohamad menang tanpa bertanding manakala anaknya Idham Yasser dipilih sebagai Ketua Pemuda yang baru selepas menewaskan pencabarnya Azzizul Rahman dengan kelebihan 13 undi. Azizzul merupakan - seorang Ketua Pemuda Cawangan.
Di bahagian Bandar Tun Razak pula, impian Datuk Mokhtar Samad pula akhirnya menjadi kenyataan apabila berjaya menewaskan bekas Ketua UMNO Bandar Tun Razak Datuk Amil Salleh dalam satu pertarungan yang dilihat sengit.
Manakala anak Mokhtar Samad - Rizalman pula berjaya mempertahankan jawatan Ketua Pemudanya menang tanpa bertanding kali ini. Kemenangan mereka dilihat satu "episod menarik" di politik Wilayah Persekutuan.

KETUA PEMUDA UMNO CAWANGAN JALAN DAUD ( BHGN TITIWANGSA) NIJAR NAJIB NAK KENALI UMNO DARI BAWAH !

KUALA LUMPUR - Ramai diantara kita kurang mengenali pemuda bernama Mohd Nizar Najib Tun Razak,30 tahun merupakan Ketua Pemuda UMNO Cawangan Jalan Daud, Zon Kampung Baru , Bahagian Titiwangsa yang diketuai oleh Datuk Seri Suleiman Mohamad. "Saya tahu , ini ( anak Najib ) memang unik tetapi bukan advantage...saya kena guna dengan betul, elak makan diri", katanya kepada ROSLIAN BIAN - Pengarang Berita Agendadaily semasa persidangan UMNO Bahagian Titiwangsa ahad lepas di Hotel Flamingo. Untuk berita selanjutnya sila klik - Agenda Daily: Nizar Najib nak kenali UMNO dari bawah

PUTERI SEPUTEH : AZLIZA PERTAHAN JAWATAN DAN MENJADI TUMPUAN ; MONA KALAH ; ISMALINA PILIHAN PUTERI SEPUTEH !

KUALA LUMPUR -- Ketua Puteri Seputeh Azliza Ahmad berjaya mempertahankan jawatanya dalam pertandingan satu lawan satu denga Mona Leana. Kemenangan Azliza bukan sahaja membuktikan kebolehanya memimpin Puteri Seputeh selama ini, malah sekaligus menangkis segala cakap - cakap politik semasa tempoh berkempen selama ini.
Pertembungan antara Azliza ( gambar) dan Mona , walaupun dilihat begitu panas di awal tempoh perkempenan - khususnya semasa mesyuarat cawangan - namun Azliza dikatakan bertindak dengan tenang dan sistematik - sebagai salah seorang pemimpin puteri yang berpengalaman di Wilayah Persekutuan.
Azliza juga akan bertanding bagi jawatan Exco Puteri UMNO Malaysia pada pemilihan parti tahun depan dimana beliau dilihat sebagai salah seorang calon yang berpotensi untuk menang.
Bagi jawatan Naib Ketua Puteri pula dimenangi oleh Zalilawati yang juga merupakan bekas Setiausaha Puteri Seputeh.
ISMALINA PILIHAN SEPUTEH
Sementara itu, Puteri Seputeh turut mencalonkan Datin Ismalina bagi jawatan Ketua Puteri Nasional. Apakah nama Azliza akan dipertimbangkan untuk menduduki salah satu jawatan tertinggi Puteri UMNO Wilayah Persekutuan selepas jawatan Ketua Puteri dan Naib Ketua Puteri WP telah kosongkan oleh Azlinda Rashad dan Ismalina Ismail ?

Monday, October 20, 2008

ISMALINA MULA MENDAPAT SOKONGAN PADU DARI WP SELEPAS DIKECEWAKAN MINGGU LEPAS ; SIAPA CALON PILIHAN UNTUK EXCO PU3 MALAYSIA DARI WP ?

KUALA LUMPUR -- Selepas dikecewakan Puteri Setiawangsa dan Kepong minggu lepas , semalam Datin Ismalina Ismail mendapat mandat yang lebih kukuh dari bahagian - bahagian yang lain di Wilayah Persekutuan dimana beliau mendapat pencalonan daripada Wangsa Maju, Bandar Tun Razak, Segambut dan Titiwangsa .
Ismalina turut dijangka akan mendapat pencalonan dari Batu, Bukit Bintang, Labuan dan Lembah Pantai selepas ini. Malah Ismalina juga menjadi perhatian semalam apabila Puteri Parit Sulong yang di Ketuai oleh Ketua Puteri UMNO Malaysia Datuk Noraini mencalonkan Ismalina bagi jawatan Ketua Puteri Nasional. Pencalonan tersebut juga dikatakan mencuri tumpuan pencabar - pencabar lain bagi jawatan Ketua Puteri.
EXCO PUTERI MALAYSIA
Sementara itu, beberapa nama disebut - sebut akan bertanding jawatan Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia dari Wilayah Persekutuan termasuklah, Ketua Puteri Segambut - Fiona, Ketua Puteri Bandar Tun Razak - Zauyah Zainuddin, Ketua Puteri Putrajaya - Norhamiza Zawawi dan Ketua Puteri Seputeh - Azliza Ahmad. Mereka berempat dikatakan mendapat mandat penuh dari Pergerakan Puteri UMNO Wilayah Persekutuan.
Sementara itu, beberapa calon lain dari Wilayah Persekutuan juga dikatakan akan bertanding secara "individu " dari Wilayah Persekutuan.Wilayahkini difahamkan ada lebih daripada dua calon yang mengintai peluang tersebut ? Siapakah mereka ?
NASHUA BERTANDING EXCO PUTERI
Setiausaha Penerangan Puteri UMNO Malaysia Nashua Fauzun yang juga merupakan AJK Puteri Segambut, setakat ini dikatakan telah mendapat 30 pencalonan bagi jawatan Exco Puteri Malaysia. Nashua dikatakan mempunyai "rapo" yang baik dari segi hubungan dikalangan ahli - ahli Puteri.
Sementara itu, Siti Fatimah dari Setiawangsa juga dikatakan berminat untuk bertanding Exco Puteri. Siti juga dikatakan telah mendapat pencalonan yang mencukupi. Ada lagi ?
( Gambar Pergerakan Puteri UMNO WP dibawah pimpinan Azlinda Rashad )

TITIWANGSA :JO "KFC" PERTAHAN JAWATAN TIMBALAN ; ROSMAN KALAH LAGI !

KUALA LUMPUR -- Penyandang Timbalan Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa Datuk Johari Ghani berjaya mempertahankan jawatanya dengan mendapat kemenangan besar malam tadi. Johari Ghani mendapat 357 undi manakala Datuk Rosman 100 undi.Ini merupakan kegagalan kedua bagi Rosman dalam usahanya untuk merebut jawatan Timbalan Ketua Bahagian. Jawatan Ketua Bahagian dan Naib Ketua Bahagian dimenangi tanpa bertanding oleh Drs Suleiman Mohamad dan Affendi Zahari.

PERKEMBANGAN PEMUDA DI WP : MAHADHIR MENANG DI SEGAMBUT ; TAUFIK MENANG DUA UNDI DI WANGSA MAJU !

Keputusan penuh pemilihan Pemuda UMNO Segambut :
KETUA PEMUDA
Mahadhir Sulaiman - 86 undi
Rizal Alang - 48 undi
NAIB KETUA PEMUDA
Hadrisham Abd Aziz - 84 undi
Tajul Anuar - 51 undi
Keputusan Penuh Pemuda UMNO Wangsa Maju :
KETUA PEMUDA
Mohd Taufik Husin - 76 undi
Wan Sharul - 74 undi
NAIB KETUA PEMUDA
Azha Mustaffa - 83 undi
Abdullah Kassim - 49 undi

Sunday, October 19, 2008

KAMARUDDIN AMBOK MENANG DI SEGAMBUT ; MOKHTAR SAMAD BUAT KEJUTAN DI BTR ; AMIL SALLEH DAN RAHIM BABA TEWAS !

KUALA LUMPUR -- Bekas Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Mokhtar Samad akhirnya berjaya menumpaskan Datuk Amil Salleh dalam pertarungan satu lawan satu merebut jawatan Ketua UMNO Bandar Tun Razak. Mokhtar Samad menang dengan kelebihan 25 undi.
Sementara itu, bagi jawatan Timbalan Ketua Bahagian kekalahan orang lama UMNO Bandar Tun Razak Datuk Rahim Baba ditangan Shahruddin mengejutkan pelbagai pihak di Kuala Lumpur hari ini.
KAMARUDDIN AMBOK MENANG
Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Segambut Senator Datuk Kamaruddin Ambok berjaya mempertahankan jawatanya selepas menewaskan Bendahari Bahagian Hadi Mad Zam hari ini.
Keputusan Penuh :
KETUA BAHAGIAN
Datuk Kamaruddin Ambok - 120 undi
Hadi Mad Zam - 91 undi
7 undi rosak
TIMBALAN KETUA BAHAGIAN
Dato Kassim Tadin - 104 undi
Dato Osman -27 undi
Dato Azri - 87 undi
NAIB KETUA BAHAGIAN
Bahtiar Adnan - 118 undi
Kamarudin Hassan - 97 undi

4 BAHAGIAN DARI WP BERSIDANG HARI INI ; ALI RUSTAM DAPAT 3, MUHYIDDIN DAPAT 1 !

KUALA LUMPUR -- Naib Presiden UMNO dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam mendapat tiga pencalonan daripada 4 bahagian yang bersidang di Wilayah Persekutuan hari ini. Manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima pencalonan tunggal dari bahagian Titiwangsa.
Ali Rustam mendapat pencalonan dari Segambut, Bandar Tun Razak dan Kepong. Minggu lepas bahagian Cheras mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin. 8 lagi bahagian belum bersidang di Wilayah Persekutuan.

BERTANDING MT ATAU TIDAK ? " SAYA SERAH PADA SUARA AKAR UMBI " - ZULHASNAN RAFIQUE

KUALA LUMPUR -- " Saya serahkan kepada suara akar umbi untuk menentukan pencalonan mengenai jawatan Majlis Tertinggi parti khususnya mewakili Wilayah Persekutuan", kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique hari ini .
Beliau berkata demikian ketika ditanya oleh pemberita di Majlis Rumah Terbuka Parlimen Setiawangsa hari ini mengenai pencalonan yang diterimanya daripada beberapa buah bahagian dari seluruh negara yang telah mencalonkanya untuk jawatan Majlis Tertinggi.
" Saya serahkan kepada suara akar umbi kerana merekalah tunjang kekuatan kepada parti dan saya juga ingin mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan ribuan terimakasih dan penghargaan kepada semua pihak yang telah mencalonkan saya untuk jawatan Majlis Tertinggi sehingga hari ini. Tetapi kita tunggu dulu suara akar umbi ", katanya yang juga merupakan Menteri Wilayah Persekutuan dan Ahli Parlimen Setiawangsa.
( Gambar Bernama di majlis rumah terbuka Aidilfitri Parlimen Setiawangsa )

Saturday, October 18, 2008

KETUA PEMUDA PUTRAJAYA : ZAKI PERTAHAN JAWATAN DENGAN MAJORITI 3 UNDI ; IMPIAN TUN FAIZAL TERKANDAS ; PEMUDA PUTRAJAYA CALON MUKHRIZ !

Berita Terkini dari PUTRAJAYA -- Selepas berhempas pulas ,akhirnya Ketua Pemuda Putrajaya Datuk Ahmad Zaki berjaya mempertahankan jawatan Ketua Pemudanya dengan majoriti 3 undi dalam satu pertarungan satu lawan satu yang dianggap paling sengit di kancah politik negara hari ini.
Zaki yang juga merupakan Pegawai Khas Kepada Perdana Menteri menewaskan Tun Faizal yang juga merupakan Pegawai khas kepada Menteri Pelajaran.
Kemenangan Zaki dilihat satu kemenangan yang cukup bermakna bagi karier politiknya - untuk meneruskan perjuangan politiknya dalam situasi politik negara ketika ini lebih - lebih lagi dirinya dilihat sebagai Pegawai Khas Kepada Pak Lah
Sementara itu, Pemuda Putrajaya mencalonkan Datuk Mukhriz Mahathir untuk jawatan Ketua Pemuda dan Datuk Razali untuk jawatan Naib.

KETUA PEMUDA TITIWANGSA : ANAK SULEIMAN MOHAMAD MENANG DENGAN KELEBIHAN 13 UNDI ; TITIWANGSA CALON MUKHRIZ !

BERITA TERKINI -- Anak Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa Datuk Seri Suleiman Mohamad - Idham Yasser berjaya menjadi Ketua Pemuda Titiwangsa yang baru setelah menewaskan pencabarnya Azzizul Rahman dengan perbezaan 13 undi sahaja dalam satu pertarungan yang dianggap sengit. Wilayahkini juga difahamkan persidangan dan pemilihan Pemuda Titiwangsa berlangsung dengan penuh dramatik.
Sepertimana yang dilaporkan oleh Wilayahkini sebelum ini, Pemuda UMNO Titiwwangsa mencalonkan Datuk Mukhriz Mahathir untuk jawatan Ketua Pemuda Nasional. Berita lanjut menyusul...

Friday, October 17, 2008

PEMILIHAN KETUA PEMUDA TITIWANGSA PAGI ESOK DI FLAMINGO ; IDHAM ATAU AZZIZUL MENJADI PILIHAN ?

KUALA LUMPUR -- Selain Putrajaya, persidangan pergerakan Pemuda bahagian Titiwangsa pagi esok di Hotel Flamingo juga menjadi perhatian pelbagai pihak di Wilayah Persekutuan. Siapakah Ketua Pemuda Titiwangsa yang baru ? Siapa pilihan Pemuda Titiwangsa untuk jawatan Ketua Pemuda ?
Penyandang Naib Ketua Pemuda Idham Yasser pula cuba mengintai dan berusaha untuk menaiki satu lagi anak tangga untuk menjadi Ketua Pemuda yang baru .Namun, perjuangan Idham dikatakan tidak semudah yang disangkakan kerana pencabarnya Azzizul Rahman diramal akan memberikan tentangan yang kuat . Walaupun dari segi pencalonan , Azzizul dikatakan ketinggalan berbanding dengan Idham, tetapi ; rata - rata perwakilan berpandangan , jumlah pencalonan yang diterima tidak akan mentafsirkan jumlah undi yang akan diterima.
Menjelang pemilihan pagi esok, macam - macam taktik dikatakan sudah mula bermaharaja lela di sekitar kawasan Titiwangsa.Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa Datuk Seri Suleiman Mohamad juga dikatakan telah turun padang untuk memastikan kemenangan anaknya , Idham kali ini.Apakah UMNO Titiwangsa bakal menyaksikan gandingan bapa dan anak? Ataupun perwakilan akan memilih satu kepimpinan baru yang lebih " neutral" kali ini ?
Wilayahkini mendapati , kedua - dua calon mempunyai kelebihan masing -masing dan terpulang kepada para perwakilan untuk menentukan masa depan Pemuda UMNO Titiwangsa bagi menghidupakan semula perjuangan parti di peringkat bahagian yang kini dikatakan agak lesu sedikit selepas UMNO gagal mempertahankan kerusi parlimen Titiwangsa.
Memetik kata seorang rakan, sebagai Naib Ketua Pemuda, tidak salah bagi Idham untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda , lebih - lebih lagi jawatan tersebut akan dikosongkan oleh Zuhri.
Sementara itu, KJ atau Mukhriz pilihan Pemuda Titiwangsa ?

Thursday, October 16, 2008

PICC JADI GELANGGANG PERTANDINGAN PERSAINGAN KETUA PEMUDA PUTRAJAYA SABTU INI ; JAWATAN PEGAWAI KHAS JADI KAYU KEKUATAN ATAU KAYU TERGOLEK ?

KEMPEN SEMAKIN PANAS ; MACAM - MACAM CERITA KEDENGARAN......
TERKINI : Ketika detik - detik menghampiri pemilihan pagi esok, kempen - kempen semakin panas antara penyokong Zaki dan Tun Faizal.Macam - macam cerita kedengaran.Ada yang menyebut aliran kemasukan tunai semakin kuat dan juga kedengaran ada aktiviti " menculik" perwakilan untuk sementara waktu.Macam - macam yang kami dengar.Kami di Wilayahkini juga telah menerima beberapa emel , tetapi tidak dapat disiarkan demi menegakkan keadilan untuk kedua - dua calon.Bertandinglah secara sihat dan harmoni.Kami dengar akan berlaku kejutan ? Kita tunggu esok. Wilayahkini akan update dari masa ke semasa......
ANALISIS PEMUDA PUTRAJAYA- oleh WILAYAHkini
PUTRAJAYA -- Sabtu ini Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya ( PICC ) bakal menyaksikan satu persaingan politik yang begitu sengit.Seramai 85 orang perwakilan akan menjadi saksi, bos serta bakal menentukan sipakah Ketua Pemuda UMNO Putrajaya yang baru yang dilabelkan sebagai persaingan dua Pegawai Khas yang berpengaruh?

Apakah Penyandang Ketua Pemuda sekarang Datuk Ahmad Zaki akan berjaya mempertahankan jawatanya ataupun tergelincir dengan arus politik UMNO yang semakin kuat sejak dua minggu lepas setelah Pak Lah mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatanya. Jawatan Zaki sebagai Pegawai Khas kepada Perdana Menteri mungkin memberi banyak kelebihan dan kekuatan politik kepada Zaki sebelum ini tetapi apakah jawatan tersebut akan memperkukuhkan lagi karier politiknya selepas ini ataupun mematikan perjuangan politiknya?
Pemerhati politik juga sudah mula meramalkan dan mengulas masa depan Zaki selepas Pak Lah bersara tahun depan .
Pencabar Zaki juga bukan calang - calang orangnya. Tun Faizal Ismail yang juga merupakan Pegawai Khas Menteri Pelajaran dilihat sebagai seorang pemimpin pemuda yang menjadi perhatian dikancah pergerakan pemuda UMNO ketika ini , lebih - lebih lagi Tun Faizal mempunyai hubungan yang akrab dengan Ketua Pemuda Malaysia - Datuk Seri Hishamuddin.
Penampilan Tun Faizal untuk mencabar Zaki , bagaikan satu kejutan di Pemuda Putrajaya kerana beliau dikatakan hanya di lantik sebagai AJK Pemuda UMNO Putrajaya pada bulan April lepas.
Sementara itu ,Zaki yakin dapat mempertahankan jawatan Ketua Pemuda sekali lagi sepertimana tahun 2004 . Sila baca laporan -myMetro.
Pertembungan dua tokoh muda ini, bukan sahaja menjadi perhatian di Wilayah Persekutuan malah turut menjadi perhatian ramai pengamal politik UMNO di seluruh Malaysia.Ada pihak yang menyifatkan pertarungan ini sebagai pertandingan proksi antara team KJ dan Mukhriz Mahathir. Apakah Zaki akan berjaya mendapatkan pencalonan bagi Khairy Jamaluddin di bahagianya sendiri ataupun beliau akan dilambaikan " bye bye ?"
Kemelut politik Putrajaya turut mendapat sambutan yang diluar dugaan dimana dalam posting yang lepas, sehingga hari ini sebanyak 350 komen telah diterima - satu angka yang terbanyak di Wilayahkini .
Apakah akan terjadi Sabtu ini ? Apakah akan ada angin perubahan di Putrajaya kali ini ? Ataupun Putrajaya tetap akan menjadi kubu kuat Zaki untuk satu penggal lagi ? Wilayahkini juga dengar, sekiranya ditakdirkan Zaki menang, beliau menaruh harapan untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan? Selamat Bersidang !

WILAYAH PERSEKUTUAN JADI PINTU GERBANG POLITIK PANCING UNDI DAN PENCALONAN ?

" Kini, ketika musim pemilihan, ramai pihak yang mengintai peluang mendapatkan pencalonan dari 13 bahagian UMNO dan bagi sesetengah pihak, Wilayah Persekutuan dilihat sebagai penyelamat kepada beberapa calon untuk mendapatkan undi dan pencalonan".Selepas Cheras , empat lagi bahagian dari Wilayah Persekutuan akan bersidang hujung minggu ini ( 19hnb Okt ) - Kepong, Segambut, Bandar Tun Razak dan Kepong. Malah kebangkitan semula bekas Ketua UMNO Wangsa Maju dan bekas Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Astaman Abdul Aziz selepas dibebaskan dari penggantungan kes politik dikatakan telah merancakkan suasana pemilihan pemilihan di Wangsa Maju. Pengorbanan Datuk Suhaili Abdul Rahman semasa PRU ke 12 untik Datuk Yusuf Mahal, juga di sifatakan tidak berbaloi. Ikuti analisis Berita Harian mengenai UMNO Wilayah Persekutuan hari ini.Sila klik -- Berita Harian Online.

Wednesday, October 15, 2008

TIGA PEMUDA BAHAGIAN DARI WP TELAH BERSIDANG ; LIMA LAGI BERSIDANG HUJUNG MINGGU INI ; SIAPA PILIHAN MEREKA ???

KUALA LUMPUR -- Setelah 3 mesyuarat bahagian daripada 13 mesyuarat bahagian pergerakan Pemuda UMNO dari Wilayah Persekutuan telah bersidang , kedudukan pencalonan menampakkan keputusan seri dimana tiga calon utama untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO telah mendapat satu pencalonan setiap seorang di Wilayah Persekutuan.
Pemuda Setiawangsa mencalonkan Datuk Mukhriz Mahathir, Pemuda Cheras mencalonkan Datuk Seri Khir Toyo manakala Pemuda Bandar Tun Razak pimpinan Rizalman pula mencalonkan Khairy Jamaluddin.
Hujung minggu ini pula lima lagi Pemuda Bahagian dari Wilayah Persekutuan akan bersidang iaitu, Batu, Kepong , Segambut, Wangsa Maju dan Titiwangsa.
Walaupun Mukhriz Mahathir telah layak bertanding jawatan Ketua Pemuda setelah mendapat pencalonan yang mencukupi namun, gerakan untuk mendapatkan pencalonan semakin hangat dan sengit kerana bagi membuktikan kebolehan diri masing - masing dari segi kekuatan dan populariti.Di Wilayah Persekutuan juga dikatakan penyokong - penyokong Mukhriz , Khairy dan Khir Toyo telah turun padang habis - habisan untuk mendapatkan pencalonan.
PEMUDA WANGSA MAJU DAN NORZA
Apa yang menarik, minggu ini juga Pemuda Wangsa Maju dibawah pimpinan Ketua Pemudanya yang tersohor Datuk Norza Zakaria akan bersidang.Kita nantikan siapakah pilihan mereka ? Khairy , Mukhriz ataupun Khir Toyo.
Apakah Norza akan berjaya mendapatkan pencalonan bagi Khairy Jamaluddin ataupun Norza akan dimalukan sekali lagi macam insiden usul tak percaya dulu?

Tuesday, October 14, 2008

PERSIDANGAN UMNO TITIWANGSA ; ENAM HARI LAGI DI FLAMINGO ; MASING - MASING MENCARI KEMENANGAN ; UMNO TITIWANGSA BANGKIT SEMULA SELEPAS PRU 12 ?

ANALISIS WILAYAHKINI

KUALA LUMPUR -- Perwakilan UMNO Bahagian Titiwangsa sedang mengira masa.Enam hari lagi mereka akan berhimpun di Hotel Flamingo untuk bersidang .Walaupun jawatan Ketua Bahagian telah dimenangi tanpa bertanding oleh Datuk Seri Suleiman Mohamad sekali lagi, perebutan jawatan Timbalan Ketua Bahagian , pemilihan G7 , pemilihan AJK bahagian serta isu - isu semasa politik negara khususnya masa depan UMNO Titiwangsa bakal menjadi perhatian utama.Lebih - lebih apabila UMNO Titiwangsa gagal mempertahankan kerusi parlimen Titiwangsa yang menjadi salah satu kebangaan ikon orang melayu di Kuala Lumpur.

Datuk Johari Ghani atau " Jo KFC " akan turun ke gelanggang mempertahankan jawatan Timbalan Ketua Bahagianya sekali lagi.Beliau akan dicabar sekali lagi oleh Datuk Rosman atau lebih dikenali sebagai " MiTV Man "

"TANGAN - TANGAN TERSEMBUNYI"
Walaupun Johari dikatakan mendapat sokongan daripada " tangan - tangan yang tersembunyi" , Rosman dikatakan sudah bersedia dari segala sudut untuk memberikan tentangan sengit kepada Johari kali ini. Apakah Rosman dapat memberikan kejutan dibarisan kepimpinan UMNO Titiwangsa kali ini ? Ada yang berpendapat peluang perlu diberikan kepada Rosman kali ini . Manakala bagi jawatan Naib Ketua Bahagian , sepertimana yang kita sedia maklum Affendi Zahari menang tanpa bertanding.

PENCALONAN UNTUK SIAPA ?
Pencalonan UMNO Bahagian Titiwangsa untuk jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden juga dijangka menarik perhatian.Wilayahkini difahamkan sudah ada " senarai pencalonan" yang telah disediakan oleh pihak bahagian khususnya Datuk Seri Suleiman Mohamad.Sumber yang boleh dipercayai berkata, UMNO Titiwangsa akan mencalonkan Tan Sri Muhyiddin bagi Timbalan Presiden melainkan ada kejutan pada minit - minit terakhir.Maklumlah UMNO Titiwangsa selalu ada perubahan di saat terakhir.Bagi jawatan Naib Presiden pula, masih ramai calon dikatakan sedang melobi Suleiman Mohamad.Selain itu, ramai perwakilan dijangka akan membahaskan hala tuju UMNO Titiwangsa yang dikatakan perlu diberi perhatian selepas PRU ke 12.Isu pembangunan Kampung Baru juga dijangka akan dibahaskan.Sementara itu mesyuarat Pemuda yang bakal berlangsung sehari sebelum persidangan bahagian pada 18hb Oktober di tempat yang sama juga bakal menunjukkan " signal" citarasa tertentu.Apa dia? Berita lanjut mengenai Pemuda akan menyusul.....