Tuesday, October 28, 2008

KEJUTAN POLITIK DI UMNO SEPUTEH; PENYANDANG HISHAM MAJID TEWAS ; MUSTAPHA KAMAL BERJAYA DALAM PERCUBAAN KEDUA KALI INI !

SEPUTEH -- Kejutan politik Wilayah Persekutuan ! Kekalahan penyandang Ketua Bahagian UMNO Seputeh Datuk Hisham Majid mengejutkan pelbagai pihak di Wilayah Persekutan.Apa dah jadi ? Wilayahkini juga turut menerima pelbagai sebab dan andaian politik merujuk kepada kekalahan Hisham Majid di Seputeh.
Hisham Majid mendapat 98 undi manakala pencabarnya Ketua UMNO Cawangan Taman Happy Utara , Mustapha Kamal mendapat 113 undi. Kemenangan Mustapha Kamal dengan kelebihan 15 undi dalam percubaan keduanya selepas gagal dalam percubaan pertama pada tahun 2004 - telah menjadikan Seputeh menjadi perhatian ketika ini.
" Kejayaan ini bukan milik saya saya seorang tetapi milik UMNO Bahagian Seputeh.Saya bertanding bukan untuk melawan Ketua yang ada( sebelum ini ), tetapi untuk menawarkan khidmat bakti saya pada UMNO Seputeh.
" Apa yang Datuk Hisham buat selama ini adalah baik dan saya akan berbincang dengan beliau apa yang perlu saya lakukan kerana bukan semua orang pandai semua perkara", kata Mustapha Kamal kepada media sejurus selepas kemenanganya.
Sementara itu bagi jawatan Timbalan Ketua Bahagian pula dimenangi oleh Rahim Aman yang mendapat 140 undi berbanding pencabarnya Sharifuddin Abdul Hamid yang mendapat 68 undi.Apakah akan ada beberapa kejutan di Seputeh selepas ini - ekoran daripada keputusan tersebut ?

50 comments:

Anonymous said...

Tahniah Mustapha Kamal Mohd Yusoff

Anonymous said...

Datuk .... masih ada Koperasi Mega Seputehkan .... tapi saya sebagai ahli koperasi belum dapat apa2 bonus, penyata tahunan atau ...... sepanjang 3 tahun ini .... lepas ni dah tiada jawatan dalam umno boleh update kasi keras sikit itu koperasi .... wokeh .....

Anonymous said...

Assalamualaikum wbt.

pertama-tama saya ingin mengucapkan tahniah kpd calon-calon yang menang 3 jawatan utama di seputeh. akan tetapi , siapa kah yang memenangi jawatan naib??? kenapa tidak disiarkan pemenang dan undi yang diterima oleh keempat2 calon???

terima kasih.

Ahli Koperasi said...

Saya sebagai ahli koperasi mahukan mesyuarat koperasi tahunan koperasi diadakan untuk memilih ahli lembaga pengarah yang baru. Dah tak nak ahli lembaga pengarah yang lama. Sia-sia saya bayar saham kat koperasi mega seputeh.

intai-intai... said...

Salaaaam...

Tahniah diucapkan kpd Sdr Mustapha Kamal di atas kepercayaan yg diberikan oleh perwakilan seputeh sebagai Ketua UMNO Bhgn sesi 2008-2011.

Pertandingan telah selesai. Kina masa utk MENABUR BAKTI & KHIDMAT. Jadilah pemimpin yg dihormati & yg sentiasa memikirkan kehendak & keperluan masyarakat setempat. Dlm senario politik masa kini, yg penting kekuatan di peringkat akar umbi parti harus diperkukuhkan. Jgn dipersiakan kepercayaan & amanah yg diberi oleh para perwakilan, terutamanya ahli2 UMNO Seputeh.

Di dalam parti, kita harus sentiasa mengingatkan diri kita bahawa apabila dipilih sebagai pemimpin, bukan bermakna kita sudah berada dlm kedudukan selesa & beranggapan kita akan berada di atas selama2nya. Sebaliknya, ia adalah ujian yg diberikan oleh para perwakilan khususnya & ahli umno amnya, utk melihat sama ada kita mampu melaksanakan tugas & t.jwb yg diamanahkan kpd kita... Jg adakah kita mampu merealisasikan misi & visi perjuangan politik yg kita bawa. Jgn mudah alpa dgn mereka yg berada disekeliling kita. 4 thn yg mendatang merupakan tempoh ujian kpd semua pemimpin yg terpilih.

Kepada Datuk HM, apa yg berlaku ada hikmahnya. Muhasabah diri & analisa kenapa para perwakilan khususnya, & masyarakat Umno Seputeh amnya, menolak kepimpinan anda. Teguran ikhlas saya, adalah salah jika kita menggunakan agama hanya semata2 sbg konsep di dlm program yg diadakan. Ini krn Islam meliputi semua aspek kehidupan (syumul) (bukan politik semata2) termasuk kehidupan kita seharian, hubungan kita dgn masyarakat, hubungan kita sebagai pemimpin dgn org yg di bawah pimpinan kita. Begitu juga dlm usaha mempertahankan kedudukan & mengekalkan agenda politik kita.

Kpd para pemimpin yg baru dipilih & yg tewas dlm pemilihan, ingatlah...sbg pemimpin, apa yg dikata haruslah dikota, apa yg disuarakan harus selari dgn tindakan...yg menjadi pemerhati, pemantau & penganalisis terbaik dlm sesuatu kepimpinan itu ialah ahli2 di peringkat akar umbi itu sendiri kerana dgn hasil analisa merekalah yg akan menentukan sama ada anda layak untuk berada di atas (sbg pemimpin) atau sebaliknya...dan adakah anda masih layak untuk kekal di atas atau sebaliknya... Wallahualam....

Sahruddin Esa said...

Assalamualaikum semua.

Terima kasih atas komen dan pandangan bernas serta kritikan membina saudara intai2 tentang apa yang berlaku hikmah disebalik Keputusan Persidangan & Pemilihan UMNO bahagian kali ini.

Cuma yang komen tertinggal ialah kepada keseluruhan ahli UMNO Seputeh khususnya untuk mengeratkan tali persaudaraan, ukhwah dan silaturrahim sesama kita.

Musuh kita ialah mereka yg tidak berterima kasih atas konsep jus soli yang telah datuk nenek kita berikan untuk mencapai kemerdekaan dahulu.

Ayuh!! Marilah kita maju ke hadapan dengan bertindak matang dan berfikiran terbuka dalam kita memperkasakan kembali UMNO setelah keputusan perit PRU12.

piut panglima kasim said...

tahniah pd abg mus & terima kasih byk2 pd datuk Hisham ....

harapan pd abg mus agar dpt membawa kembali kekuatan UMNO di seputeh & perpaduan org melayu khususnya. jdlah ketua yg bijak, berhemah, merendah diri dan berpegang pd janji. insyaallah...abg mus akan dihormati

harapan pada datuk hisham pula agar tidak meninggalkan UMNO seputeh walaupun sejengkal & dapatlah kita bersama2 dgn kepimpinan yg baru supaya kita dapat teruskan usaha2 yg masih blum selesai...terima kasih atas jasa & usaha datuk selama memegang kepimpinan parti.hanya allah yg dpt membalas...

cik intai2 said...

Salam...setuju & terima kasih di atas kenyataan tambahan saudara...

Anonymous said...

Keputusan undian bagi jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian Seputeh:

(1) Hjh Mariam binti Minhat : 97
(2) Abd Aziz Hj Md Shafie : 44
(penyandang)
(3) Ghazali bin Ibrahim : 37
(4) Hj Osman bin Ismail : 29

# Jawatan di atas bagi sesi 2008-2011 disandang oleh Puan Hjh Mariam binti Minhat.

Anonymous said...

ler

mesyuarat bahagian kene buat semula

Anonymous said...

Datuk Hisyam Kalah,mesti menerima hakikat.kalah tetap kalah.Mustapha sudah menang Tahniah.kepada Mustapha saya ingin sebut pengalaman saya di Penang...bersama kaum mamak..Sanggup bagi jiran susah asalkan matlamat tercapai...saya berani ramal 20 tahun akan datang orang melayu tak akan dapat jadi ketua UMNO Bahagian Seputih lagi...apa pun harapan saya sumbangan duit dan berbagai macam yang menjadi amalan Sdr Mustapha sejak sekian lama teruskanlah...

mata-mata said...

Kene mesyuarat semula? Itu isu biasa yoep bila ada pertandingan ...tp kalau kita percaya segala yg berlaku adalah ketentuan Allah s.w.t. mk perkara ini tidak akan timbul. Ms sdr mustapha kalah thn 2004 dulu pun, perkara ini tidak timbul wp 90% perwakilan tak kenal siapa HM nie & tak pernah dgr nama pun kecuali puak2 pemuda dulu... Anyway kita tunggu je la surat rasmi dari umno pusat... kalau kene mesyuarat semula apalagi...kita TENYEH la sape yg patut...

piut panglima kasim said...

konfem ke kene mesorat balik ?

sadis lagi ler kali ni! kire kejutan gak lagi ni!

Anonymous said...

kne meyuarat blk ke?konpem tu taktik datuk hisyam..dh la dewan tu serba setbi kurang..kepansan kitorg kt dlm tu..mmg xde keistimewaan lnsg..datuk patut terima kekalahan datuk..bknnye batalkan mesyuarat tu..

Pendokong Wawasan said...

Saya mengenali DHM dan dia merupakan seorang profesional. Saya yakin DHM tidak akan membatalkan mesyuarat tersebut sekiranya berlaku perkara yang remeh-temeh. Kesilapan itu mungkin berlaku di peringkat tertinggi UMNO Malaysia. Sekiranya itu adalah ketetapan UMNO Malaysia, maka kita perlu mematuhinya. Kekalah DHM menunjukkan betapa pentingnya sentuhan

Pendokong Wawasan said...

listik oleh DHM ke peringkat akar umbi. Suara akar umbi sudahpun menunjukkan bahawa kuasa pemerintah hanya seketika jika akar umbi diabaikan. Misi dan visi tinggal sia-sia sekiranya misi dan visi tidak sampai ke akar umbi. Jadikanlah ini sebagai pengajaran. Buat Sdr. Mustapa pula, ini adalah suatu peluang untuk anda membuktikan bahawa anda adalah seorang pemimpin yang pentingkan akar umbi. Undi yang sdr dapat merupakan suara protes kepada DHM yang mahukan perubahan di akar umbi dan bukannya peringkat nasional semata-mata. Teruskan perjuangan DHM dan kekalkan kepentingan akar umbi akan membuatkan sdr pemimpin yang disegani. InsyaAllah. Moga Berjaya...

Anonymous said...

perwakilan umno bahagian seputeh ingin merakamkan ucapan tahniah kepada:-

sdr mustafa kamal j.p
ketua umno bahagian seputeh

sdr a. rahim aman j.p
timbalan ketua umno bahagian seputeh

hajjah mariam minhat j.p
naib ketua umno bahagian seputeh

ketiga-tiga mereka adalah pemegang jaksa pendamai daripada melaka. kira kubu kuat datuk seri ali rustam la nie.

mustafa kamal mantan ketua pemuda bahagian seputeh, bertarung untuk kali kedua dan berjaya kali ini.

rahim merupakan penyandang timbalan dan berjaya mempertahankanya dengan kelebihan undi yang tinggi.

hajjah mariam merupakan ketua cawangan dikalangan wanita yang pertama di wilayah persekutuan dan kini merupakan naib ketua umno bahagian yang pertama dikalangan wanita. sekali lagi mencipta sejarah di wilayah persekutuan dan pemangkin kepada keunggulan wanita di wilayah. kejayaan hajjah mariam merupakan satu lagi contoh kecemerlangan wanita di dalam politik wilayah persekutuan, dimana rata-ratanya dimonopoli oleh kaum lelaki.

mustafa mempunyai satu blok tersendiri apabila menentang mantan ketua bahagian, datuk hisham. rahim merupakan gandingan datuk hisham majid, mantan ketua umno bahagian. hajjah mariam, mantan naib ketua wanita umno bahagian seputeh telah berjaya membentuk group neutralnya dimana group beliau disokong kuat oleh hampir 80% perwakilan wanita, puteri dan perwakilan-perwakilan baru, yang mana tidak berpihak kepada sama ada mustafa ataupun datuk hisham. kesemua calon daripada group beliau menang dengan cemerlang. boleh dikatakan gandingan yang terbaik untuk menerajui kepimpinan umno bahagian seputeh. patut digelar TROIKA.

begitulah serba sedikit mengenai kepimpinan tertinggi umno bahagian seputeh.

kami dengan ini ingin mengucapkan selamat menjalankan amanah yang diberi oleh kami, perwakilan umno bahagian seputeh.

Anonymous said...

wah panjang lebar kome nyer penerangan ye.

mcm mana pulak dengan ketua wanita? apa ketua wanita datuk hajjah azizah samad tak menyumbang kepada kecemerlangan wanita di wilayah persekutuan ke? kerana datuk hajjah lah, wanita seputeh boleh dikatakan satu-satunya bahagian wanita terunggul di malaysia ini. sepatutnya datuk hajjah bertanding naib ketua wanita malaysia bergandingan bersama dato' seri shahrizat jalil. kerana dato' seri shahrizat lah yang membawa datuk hajjah ke arena nasional dengan perlantikan sebagai bendahari wanita umno malaysia dan sebagai senator mewakili wanita wilayah persekutuan. kemenangan dato' seri akan terjamin dengan adanya bantuan drp datuh hajjah. kami mendoakan semoga gandingan ini berjaya. amin.

Anonymous said...

hahahahahah........

Datuk Hisham Majid (DHM) konon nak batalkan mesyuarat umno bahagian seputeh dengan alasan cawangan goodwood sudah terbubar...maka dengan seronoknya barua-barua DHM menyanyikan lagu gumbira dan berdansa di pejabat bahagian dengan selogan "KITA MESYUARAT SEMULA, MARI KITA MANDIKAN MEREKA". maka ditampalkan lah perintah pembubaran SEMENTARA, perintah kuning, di merata tempat di pejabat bahagian umno bahagian seputeh. perayaan 'deepavali' ini diketuai oleh mantan ketua pemuda dan mantan setiausaha bahagian. (mantan-mantan mereka nie)....tapi malangnya raya mereka tak lama (bertahan 5-6 jam sahaja)....sekali ROS kata ini pembubaran ini bersifat sementara. DIULANGI SEMENTARA. UMNO malaysia pula mengatakan bahawa pembubaran sementara ini tidak menjejaskan status mesyuarat bahagian. maka kecewalah mereka-mereka ini buat kali kedua (yang pertama bile terkejut DHM kalah ditangan mustafa kamal [MK]). PERSOALANYA, mengapa surat bertarikh 20/10/2008 daripada setiausaha kerja umno malaysia kepada setiausaha bahagian tidak diserahkan kepada ketua cawangan berkenaan. kenapa hanya selepas mesyuarat perwakilan bahagian tamat(kalah lak tu) baru nak timbul surat tersebut. then, kenapa perintah mengemukakan penyata tahunan, perintah hijau, yang dikeluarkan sebelum perintah pembubaran sementara, tidak diserahkan kepada ketua cawangan berkenaan. disini hanya ada dua kemungkinan. PERTAMA, cawangan goodwood merupakan kubu kuat mustafa kamal. pengurus kempen beliau dari cawangan ini. mungkin wujud unsur-unsur sabotaj dimana semua ini hanya timbul selepas kalah pertandingan oleh pemegang jawatan. kalau menang simpan dalam fail dan biarkan sehingga perintah pembubaran dikeluarkan. KEDUA senang jer.....setiausaha bahagian TAK BUAT KERJA DAN TAK TAU BUAT KERJA.

selepas gagal dalam percubaan pertama, percubaan kedua pulaK iaitu untuk MEMBATALKAN MESYUARAT PUTERI BAHAGIAN SEPUTEH dimana apabila terbatalnya mesyuarat puteri, secara automatik perwakilan umno bahagian seputeh terpaksa bermesyuarat semula. yang nie lagi kelakar. pada mesyuarat terakhir pengurusan umno bahagian seputeh telah memberi kata putus bahawa MESYUARAT PUTERI ADALAH SAH DAN BERJALAN LANCAR (SELEPAS MESYUARAT ITU DISAHKAN OLEH WAKIL PUTERI WILAYAH PADA MESYUARAT PUTERI YANG LEPAS). mesyuarat ini dipengerusikan oleh DHM, Rahim (Timbalan/kroni DHM), aziz (naib /kroni DHM), en din (setiausaha / kroni DHM), kasim karim alias kasim corner baring (ketua penerangan/kroni DHM), ghazali one eye jack (bendahari/ kroni DHM), azizah samad (ketua wanita/kroni DHM) dan azliza (ketua puteri/kroni mustafa kamal i.e MK). ketua pemuda, bob, ponteng mesyuarat (biasa la tu) (kroni DHM). aik bila kalah kata pulak tak sah. aganye biler menang semua cerita ini disorokan la yer. tapi yg peliknye pada hari pemuda dan wanita bermesyuarat TEMPUH TUJUH HARI UNTUK BANTAHAN TELAH TAMAT. punya ler pintar penasihat-penasihat DHM nie, sampai bende simple pun tak paham. lagi satu bantahan pengundi hantu atau apa-apa bantahan mesti dari ahli cawangan tersebut bukan dari cawangan lain. yang lagi-lagi kelakar, tuan punye aduan/bantahan tu pulak tak nak lak kata cawangan sendiri banyak ahli tak berdaftar. ini lah akibat biler terlalu pintar dan tak reti baca perlembagaan dan peraturan mesyuarat. ini kerja siapa. INI KERJA RAHIM DAN YAN (calon naib ketua puteri bahagian). sekarang siapa yang malu.

DAN CERITA YANG TERBEST ANTARA YANG BEST. saya petik kata-kata mereka yang kalah "PEJABAT UMNO BAHAGIAN SEPUTEH TIDAK BOLEH LAGI DISERAHKAN KEPADA KETUA YANG BARU KERANA TEMPOH EDAH 7 HARI BELUM BERAKHIR. DHM MASIH KETUA UMNO BAHAGIAN SEPUTEH SEHINGGA 7 HARI TERSEBUT TAMAT. kahkahkahkahkah. mana ada 7 hari tempoh bertenang/edah. sepatutnya SEJURUS SELEPAS PENGUMUMAN KEPUTUSAN KETUA UMNO BAHAGIAN DIBUAT OLEH PENGERUSI PERSIDANGAN, MUSTAFA KAMAL ADALAH KETUA UMNO BAHAGIAN SEPUTEH. beliau boleh menduduki dan mengambil alih pentadbiran baru pada bila-bila masa sahaja. dan 7 hari tersebut bukan tempoh BERTENANG/EDAH TAPI TEMPOH BANTAHAN.PAHAM. so, semua surat menyurat atau apa sahaja yang berkaitan dengan umno bahagian seputeh hendaklah diserahkan kepada MUSTAFA KAMAL DAN BUKAN DATUK HISHAM MAJID. ada ka setiausaha bahagian serahkan surat menyurat yang ditujukan kepada umno bahagian seputeh selepas tarikh 26/10/2008 kepada DHM dengan alasan beliau masih lagi KETUA UMNO BAHAGIAN SEPUTEH kerana TEMPOH EDAH/BERTENANG 7 hari belum tamat. alo cik din (mantan setiausaha) tak baca peraturan ka???? ATAU TAK TAU BUAT KERJA??? sampai ke saat penulisan ini, DHM masih belum menyerahkan kunci bilik KETUA UMNO BAHAGIAN SEPUTEH kepada MK. KELAKAR TAK KELAKAR.

ini lah cara kerja seorang ketua yang berpendidikan tinggi dan ahli perniagaan international serta mengagungkan diri sebagai ulamak moden. (DHM hanya lah proksi dan diletakkan sebagai pengerusi [bukan pengerusi esekutif] di syarikat HATARI, oil and gas company)-kononya.

inilah pemimpin yang melaungkan kata-kata islam mesti dihati bukan dikata-kata. DHM, kami merayu jangan lah hipokrik dan mempergunakan agama. TERIMALAH KETENTUAN ALLAH SWT YANG MAHA ESA. ada hikmahnya kekalahan ini. cuba duduk dan berfikir sebentar dimana kesalahn kita, dan MOHON LAH AMPUN KEPADA YANG ESA. jawatan hanya sementara. jika ditakdirkan ALLAH SWT DHM memegang jawatan tersebut penggal hadapan, TIADA KUASA LAIN YANG BOLEH MENGUBAHNYA. PERCAYALAH KEPADA KETENTUAN YANG MAHA ESA.

doa saya semoga peralihan kuasa ini dapat dilakukan dengan lancar untuk kebaikan ahli-ahli umno bahagian seputeh.

Anonymous said...

heheheheheh

kelakar la seputeh nie.

pemerhati politik seputeh said...

biasa la banyak beruk

umnowatch said...

uih hebat seputeh nie. banyak cipta sejarah. ketua wanita dia nak bertanding naib ketua wanita malaysia, ahli puteri nak bertanding ketua puteri malaysia, calon ketua pemuda yang kalah nak bertanding naib ketua pemuda malaysia. exco pemuda 2 org, exco puteri seorang. mantan ketua bahagian ada 4-5 telaga minyak kat dunia nie. mantan ketua pemuda seputeh adalah ketua pemuda bahagian yang tersohor di seluruh malaysia dengan perangai perbagainya. sebut bob kering, satu malaysia kenal. kalau org nak tau seputeh dimana, sebut jek teresa kok atau bob kering....mesti org tahu mana.

HEBAT, HEBAT SEPUTEH NI

sinaran benar said...

umnowatch,

ada yang lagi hebat

sahruddin esa ahli cawangan KEP adalah ketua penerangan PKR wilayah.

HEBAT TAK KAMI

Anonymous said...

Ini berita tergempar.
Saya kenal siapa si Saha ni?
Saya akan siasat.

Anonymous said...

anda semua lupa seorang lg kroni DHM.razlan KP baru.menangis teresak2 apabila DHM kalah.dia juga barua DHM.

piut panglima kasim said...

sudah2 la tu memburuk kan org ...byk keje lain lagi yg korang boleh buat

Anonymous said...

aloha

kenapa nama ketua penerangan kasim kona baring dan bendahari ghazali one eye jack????

pemerhati politik seputeh said...

anonymous....

sonang jor.ekao nak tau kenape. pasal kasim kona baring ni tak de pendirian. hanya uwang sahaja yang menjadi penilaian. meh eden bagitau satu cito. kasim kona baring ni mati2 dok pertahankan hisham majid. macam nak mati la. skali huluq 5 ribu terus pangkah mustafa kamal........hahahahahahahah. aku ade mase tuh. cume diorg jek tak nampok aku.
pasal ghazali tuh, engko jumpe dia baru engko tau.

mata-mata said...

gegar...gegar...gegar...sila ikuti perkembangan dan rentetan politik seputeh dari masa ke semasa...anda akan melihat KONSPIRASI DI ANTARA HM & THE TEAM BERSAMA PERHUBUNGAN NEGERI WP UNTUK MENJATUHKAN SDR MUSTAPHA KAMAL (KB SEPUTEH)& THE TEAM....

Nypa Milky said...

untuk kisah puteri nak mesyuarat semula nie dalangnya ialah Sara & Nora....serta Setiausaha Bahagian yang tak tahu buat kerja...tahunya nak marah orang je...nie barua Datuk Hisham nie...saje je dia nak laga-lagakan Rahim...tak betul nama Rahim dan Yan disebut sebut....

Nypa Milky said...

pada semua ahli umno terutama ahli pu3 umno seputeh...mesyuarat puteri bahagian berjalan dengan lancar...terdapat beberapa bantahan...(1)wakil dari sebuah cawangan menyuarakan pendaftaran keahlian disemak agar semua perwakilan sah mengadakan mesyuarat tetapi dibantah oleh setiausaha bahagian pada masa tu Che Din...(2)pengerusi tetap pu3 bhgn yang dipilih iaitu Nora dari KEP...menang tanpa bertanding tidak diberi peluang mempengerusikan mesyuarat...(3)SU bahagian pada masa tu merupakan nadi perjalanan mesyuarat...tapi tak berpengalaman menyebabkan berlakunya bantahan tersebut...oleh itu pu3 bhgn seputeh buka la minda dan mata...buka la dada seluasnya...mencari kebenaran tanpa perlu mendengar sebelah pihak sahaja...(4)kerana sibuk sgt nak bertanding Timbalan Ketua Bahagian...sehingga mengabaikan tanggungjawab, amanah dan tidak menyokong Datuk Hisham selaku Ketua Bahagian pada masa tu...yang selalu bagi makan hingga sanggup melupakan jasa sahabat kerana kepentingan jawatan....

Anonymous said...

ghazali one eye jack sb mata dia seblah pakai maa bau..hahahaha

perwakilan caw 2008 said...

Salam Nypa Milky...maaf, sdri silap dlm memberi penjelasan berkenaan perkara di atas:

(1) Di sepanjang persidangan perwakilan berlangsung, tiada mana-mana perwakilan yg membangkitkan sebarang permintaan utk membuat semakan keahlian perwakilan buat kali ke-2 (semakan melalui kad pengenalan telah dibuat lbh awal yakni semasa sesi pendaftaran).

(2)Berdasarkan perlembagaan & peraturan persidangan, Pn Nora, yg telah memenangi jawatan Pengerusi Tetap (menang tanpa bertanding) bg sesi 2008-2011) hanya boleh menjalankan tugasnya pada tahun hadapan & thn berikutnya. Maka bg menjalankan persidangan, mantan naib KPB telah dipilih oleh perwakilan secara sebulat suara sebagai Pengerusi Tetap Sementara Persidangan. Jd isu tentang pn Nora tdk dibenarkan mempengerusikan persidangan atas alasan telah menang tanpa bertanding bg jwtn pengerusi tetap tidak sesekali timbul.

(3) SUB (ketika itu) telah menjalankan tugas & t.jawab dgn baik & sempurna termasuk menjawab beberapa kemusykilan yg dikemukakan oleh Pn Mona Liana (perwakilan persiaran klang), Pn Nora (perwakilan KEP) & Pn Shelia (perwakilan Sri Petaling) dgn dibantu oleh SU Pu3 Bhgn & pengerusi sementara persidangan.

Berkenaan dgn berita persidangan pu3 akan diadakan semula, tidak perlulah diperbesarkan siapa dalang sebenarnya. Pada kami nama2 yg disebut di atas oleh nypa milky semuanya sama & brd dlm 1 team ("HM & the team"). Kami juga mengetahui cerita sebenar dr sumber yg melihat sendiri konspirasi tersebut, iaitu dari pihak anda sendiri (termasuk siapa yg terlibat & siapa pengadu2 tersebut)... Jd nasihat sy kepada nypa milky, biarlah phk pergerakan pu3 bhgn sendiri mengendalikan isu ini.

Sy sebagai perwakilan caw pd persidangan tersebut ingin menyatakan kekesalan dgn apa yg berlaku tmsk cerita persidangan semula yg disebarkan oleh phk HM & the team, krn bg kami di peringkat akar umbi, kemenangan Sdri Azliza sbg KPB sesi 2008-2011 dgn majoriti 40 undi menunjukkan 'signal' dr ahli2 pu3 umno bhgn seputeh bhw khidmat beliau msh diperlukan. Dan bg kami, jika benar persidangan pu3 bhgn diadakan semula, mk benarlah maklumat dr sumber2 kami bhw inilah permainan politik yg dibuat oleh HM & the team tmsk Sdr Rahim (Timb. KB), Azian Mohti (KPC caw HM/calon naib KPB) & bbrp ahli pu3 caw terbabit.

Saya sbg perwakilan cawangan dr thn 2002 & selama ini hanya di sebalik tabir amat kecewa dgn permainan politik yg tlh dan sedang berlaku & pd sy permainan politik pd thn ini (dr tempoh berkempen-mesy pu3 caw-persidangan pkt pu3 bhgn-persidangan pkt bhgn) jelas menunjukkan bahawa perlembagaan & peraturan parti tidak lagi dihormati & dipatuhi demi kepentingan peribadi HM & the team...

"Sesungguhnya Allah s.w.t. Maha Mendengar lagi Maha Melihat"...Allahu Akbar...

Org Bodoh Tak Beerti Bodoh Sombong. Org Cerdik Tak Beerti Cerdik Perangai said...

Apasal kalut sangat seputeh ni... kecoh nak mesyuarat semula. Takde keje lain ker. Ingat senang ker perwakilan nak datang balik. Jangan laa dok pikir periuk nasi sendiri. Pikir orang lain sama. Kalah tak beerti kalah terus. Menang tak beerti menang selamanya. Jadi skrg ni aku tak tau laa sapa yang jahat dlm parti. Sebab tu orang tua selalu pesan, jangan cari petai dihutan kalau pegaga ada ditepi rumah. Hisham Majid yang tersohor di nasional tewas 15 undi pada orang yang langsung tak tersohor di seputeh pun. Kenapa?? lu pikir la sendiri Nabil!!!!

sayang pu3 seputeh said...

asal lah kecoh hendak bersidang semula. pu3 menang majority yang banyak. kalau menang 1 undi takpe lah nak buat bantahan. tapi itu pun menyusahkan semua perwakilan pu3. mereka ni semua bekerja. ingat senang nak kumpul kan perwakilan. sesuka hati dorang je. dah kalah tu dah lah. asal nak kecoh2. sudah2lah tu. jangan nak porak perandakan pu3 seputeh. kami hidup dengan aman.

Anonymous said...

FUYOOOOOO!!!!!
SEPUTEH NIE HEBAT BETUL.....

DARI PEMBACAAN SAYA .. I FEEL THAT DATUK HISHAM MAJID TIDAK DAPAT MENERIMA KEKALAHAN... ADAKAH DATUK SEBAGAI KETUA BAHAGIAN SEHARUSNYA... WELL SEPERTI YANG SEMUA TAHU DATUK HISHAM ADALAH SEORANG YANG BERPENDIDIKAN TINGGI... EMMM OR U GO UP BY EXPERIENCE ...?? NOT BY QUALIFICATION MEH..?? MMM ... DATUK HARUS MENELITI SEGALA PROSEDUR... TATAKERJA SEMUA PEGAWAI.. AJK... SERTA KETUA KETUA CAWANGAN AGAR SEKIRANYA DATUK MENANG EN. MUSTAPHA TIDAK BOLEH PROTEST... TETAPI DATUK HISHAM BERBUAT SEBALIKNYA.. MENUDING JARI KEPADA KESALAHAN YANG BOLEH MENGAKIBATKAN MEETING DIADAKAN SEMULA... ADAKAH DATUK MENYIMPAN RAHSIA ATAU PROVOCATION LIES INI UNTUK SAVEGUARD KEKALAHAN DATUK...?? GENERASI ULUL ALBAB YANG DATUK WAR WARKAN INI SEUMPAMA DATUK BERPENDIRIAN TEGAS ASAS UGAMA DALAM INDIVIDU UNTUK BERJAYA SEKALIGUS MENJADIKAN DIRI INI ORANG YANG BERIMAN DAN JUGA BERILMU...

DATUK ... JANGANLAH MENGERUHKAN KEADAAN LAGI ... AHLI SEPUTEH UMNO AKAN LEBIH KEBERANGKALIAN UNTUK MELIHAT DATUK SEBAGAI SEORANG YANG TIDAK DAPAT MENERIMA KEKALAHAN.. STUPID TO BE EXACT!!

DATUK TIDAK PERLU DOWNGRADE URSELF TO THIS LEVEL... DATUK TAHU TAK AHLI SEPUTEH SEMAKIN MEMBENCI DATUK...!!!

IMPAK DARI INI DATUK MUNGKIN AKAN MENDAPAT KEKALAHAN JATUH YANG DRASTIK....!! LAGI MALU KAN...

SO PLS STOP ALL THIS..NONSENSE YA DATUK.... OR DATUK TRYING TO HIDE ... SEMBUNYI PERBUATAN DATUK SELAMA DATUK MEMEGANG JAWATAN TERM YANG LEPAS....??? MENGAMBIL DUIT YANG BUKAN MILIK DATUK...??

JANGAN TERSILAP LANGKAH DATUK....!!!

Anonymous said...

Kepada yang Cukup Sifat,
Bersyukurkla ..

Kita boleh kehilangan salah satu daripadanya dalam sesaat.. Jangan kutuk .. busuk hati lagi teruk ..

Anonymous said...

KITA CAKAP BUKAN KUTUK.... KITA CAKAP YANG BENAR.....

Perwakilan Buntu said...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya ingin memohon jasa baik Wilayahkini untuk mendapat kepastian samaada Mesyuarat Perwakilan Sayap2 dan Bahagian di Seputeh akan diadakan semula.
Untuk pengetuan tuan,kami mendapat sms yg mengatakan Perhubungan UMNO Negeri Wilayah Persekutuan telah mengarahkan supaya diadakan mesyuarat semula pada 8/11/08 jam 5 ptg di PWTC utk Pemuda.
Disatu pihak yg lain pula mengatakan jika tiada arahan dari UMNO Pusat,Mesyuarat semula tidak perlu diadakan.

Saya ingin memohon agar Wilayahkini membantu kami untuk menyelesaikan kemelut si Seputeh ini.

Terima Kasih.

Anonymous said...

Sila rujuk kepada SUB En Sharifuddin Abdul Hamid di talian Pejabat UMNO Bahagian Seputeh utk keterangan lanjut. Jgn dengar ckp2 org...pastikan hak anda terlaksana....

Perwakilan Buntu said...

Terima kasih. Saya cuma mohon pertolongan dari Wilayahkini.
Bebas tiada ada konspirasi.

Anonymous said...

SIAPA SUB ???? EN SHARIFUDDIN ???

umnoseputehwatch said...

Kepada perwakilan seputeh,

ingin saya maklumkan bahawa TIADA MESYUARAT SEMULA. mesyuarat yang kononnya akan diadakan pada 8 & 9 di pwtc adalah tidak sah di sisi perlembagaan umno. itu hanya mimpi sedih hisham majid, rahim aman, bob marley (mantan kp yg kalah semua jawatan yg dia bertanding).

siapa datang kalau kene gantung keahlian saya tak jamin.

so sabtu ahad nie dok rumah la layan anak bini. dulu kan dah tinggal anak bini kempen utk calon. diorg dah menang nie korang dok rumah la tunggu janji2 calon2 yg nak berkhidmat nie.

tuntut jgn tak tuntut.

TIADA MESYUARAT SEMULA. MESYUARAT 26/10/2008 SAH.

Anonymous said...

mesyuarat hisham, rahim n bob tak jadik.

hahahahahahahahahahahahahahah.

mana ler korang nak letak muke lepas nie pakar2 perlembagaan umno (konon-kononya) cakap terbakar2 kononye korang betul. sekarang siapa yg malu.

baca buku perlembagaan tuh betul2

Anonymous said...

pertama kali dalam sejarah mantan ketua pemuda boleh lantik penolong setiausaha pemuda. dalam masa satu hari boleh buang psup dan lantik 2 psup. hebattt kao bob. tuh la bob kau mantol lebih sangat. pemuda boleh ada satu jek psup bukan 2.

Anonymous said...

aik betul ker pemuda seputeh ada 2 psup?????

hebat.

sapa lantik???

Anonymous said...

bob apsal ko camni? cam belanda hilang kuasa jer???

PERWAKILAN HANGIN DARI SELATAN said...

SEPUTEH..SEPUTEH ...

Apa cerita ni? Jgn lah buat ahli2 UMNO dan perwakilan Seputeh jadi org bangang.Cukup lah korang yg gila kuasa ni memBANGANGKAn org selama ni.
Kalau dah kalah tu.cukup2 lah..
Yg dah menang..tolong buat keje.
Yg tak ada apa2 jawatan,tolong duduk diam2.Kalau ada program dtg JIKA dijemput sbb selama ni UMNO kalau buat program mmg program syok sendiri.Asyik2 muka yg sama je yg datang.
TOLONGLAH.MINTA TOLONG UMNO PUSAT BUAT KENYATAAN SAMADA MESYUARAT PERWAKILAN PERLU DIADAKAN SEMULA ATAU TIDAK.
JGN PERBODOHKAN AHLI2 UMNO NI LAGI.
KALAU MCM NI PUNYA PERANGAI PEMIMPIN YG KITA ADA.TIDAK MUSTAHIL.BUKAN LAGI 5 NEGERI.SATU MALAYSIA JATUH KE TANGAN PAKATAN.
ORG2 SEMUA DAH NAIK MELUAT TGK KERENAH PEMIMPIN UMNO YG DAH JADI GILA KUASA.
HALAL HARAM DAH TAK KIRA.
ASALKAN AKU DPT KUASA.
MMG BENARLAH..ELOK SGT JAWATAN DLM UMNO NI DI TENDERKAN.

INGAT KITA NI ADA BYK MASA KE NAK DTG KE MSYT BALIK.

INGAT SEMUA PERWAKILAN DTG DARI KL KE?
SAYA NI NAK KENA DTG DARI SELATAN.

Anonymous said...

HM ada betina2 tua yang mulut lancang, menyebar berita, menghasut, dan sedang berkempen untuk bermesyuarat semula, memaksa perwakilan mengundi BOSS mereka. Nyanyuk la derang nih,mimpi!!!!!

perempuan said...

betina-betina tua .... sapa tu ......