Thursday, October 23, 2008

WANITA WP MAHU SHAHRIZAT BERTANDING KETUA WANITA ; NASIHAT SHAHRIZAT PULA TAK MENJADI ; WANITA WP TIDAK SETUJU PELAN PERALIHAN ?

KUALA LUMPUR -- Enam daripada sembilan bahagian yang telah bersidang di Wilayah Persekutuan telah mencalonkan Datuk Seri Shahrizat Abdula Jalil untuk jawatan Ketua Wanita manakala tiga bahagian lain telah mencalonkan Tan Sri Rafidah Aziz.
Setiausaha Pergerakan Wanita UMNO Wilayah Persekutuan Salmah Pin berkata kepada Bernama hari ini bahawa, biarpun bahagianya akur kepada peralihan kuasa dan mencalonkan Tan Sri Rafidah Aziz tetapi beberapa bahagian - bahagian lain tetap dengan pendirian untuk terus mencalonkan Shahrizat.
" Perkara ini amat memeranjatkan kerana sehari sebelum persidangan dibuat, Shahrizat telah memanggil semua Ketua Wanita di Wilayah Persekutuan untuk akur dengan peralihan kuasa yang dipersetujui sebelum ini.
"Ini adalah kehendak akar umbi dan kita tidak boleh sekat apa yang dikehendaki oleh akar umbi", katanya yang juga merupakan Ketua Wanita UMNO Bandar Tun Razak .
Wilayahkini juga difahamkan , Pergerakan Wanita UMNO Wilayah Persekutuan mahukan Shahrizat yang juga merupakan Ketua Wanita Wilayah Persekutuan dan Ketua Wanita Kepong untuk bertanding jawatan Ketua Wanita kerana pelan peralihan kuasa yang dipersetujui "tidak kena " kerana ianya hanya akan menyusahkan Shahrizat sendiri. Mereka juga tidak mahu Shahrizat untuk memikul tugas Ketua Wanita dengan gelaran " Pemangku Ketua Wanita". Apa yang boleh dilakukan oleh Rafidah dalam masa tempoh 3 bulan ? Inilah persoalan - persoalan yang dilontarkan oleh beberapa pemimpin wanita dari Wilayah Persekutuan kepada Wilayahkini. Apakah Shahrizat akan menyahut saranan dan suara akar umbi dari Wilayah Persekutuan kali ini ?

7 comments:

Anonymous said...

Rafidah harus peka dengan keadaan semasa dan kehendak ahli parti.
Lepaskan Jawatan ketua wanita kepada timbalannnya Sharizat.

Anonymous said...

Saje je dua orang ni blok pencalonan orang lain demi menyelamatkan kedudukan Kak Jat. Syabas. Taktik yang menarik. Lepas ni kompromi je lah terus, nak tunggu apa lagi? Kak Fidah boleh jadi advisor.

Anonymous said...

Perminan politik. control akar umbi takut ada calon lain nak lawan kak.ijat. tp tak perlerr jgn gaduh udahlerr. kak.fidah lepaskan ajerlerr jawatan tu demi akar umbi. tau ler pencalonan banyak nanti bila undi semua swing kat k.ijat. baru tau. menang pencalonan kalah bila ngundi. malu kang. LEPASSSS KANNN AJERRR LERRR

Unknown said...

Rafidah bagus, tapi terlalu lama... maybe boleh bagi advisor kemudinnya... Kak Jat, x boleh kurang idealisme... So, wanita perlu cari orang lain... sepatutny dalam keadaan kak jat sendiri telah ditolak oleh kawasannya sendiri kalah ngan Calon muda, maka kalau hendak wanit UMNO kuat dan disegani crilah orang lain. banyak lgi calon yang better drinya. bagi lah sokongan. Tengok mcmana Ng Yen Yeng urus kementarian.. nampak tersusun dan berjaya dari sebelum ini. terpulang lah kepada wanita untuk memikirkannya. Ingat umno kuat kerana akr umbi, tiada akar umbi tiadalah pemimpin.

Anonymous said...

Pandangan Salman Pin sangat baik,sepatutnya DS Rafidah tak perlu tunggu peralihan, Apa bezanya beri terus peluang kepada Syarizat dan Rafidah masuk bertanding baru nak beri peluang.?Pembaca harus ingat Kak Fidah pemimpin cerdik dan pintar...Seluruh Malaysia akan terpaku melihat kebijaksanaannya pada hari pemilihan nanti....Jasa mu yang terlalu banyak tak terungkap dengan kata-kata...kata TUN Dekat nak kenyang elok basuh tangan...saaaayang kak Fidah sejak kenal wajah duk macam tu ..pakai apa?

Anonymous said...

Rafidah dengan Syarizat tu OK, yang duk tarik Syarizat (berbaju hitam ) tu siapa?

Anonymous said...

yelah, kak pidah kasi je lah jawatan awak tu kat Ijat... buat apa nak sandang jawatan tu terlalu lama.. orang lain pun baguih gak...