Monday, October 13, 2008

ADUH.....DUA BAHAGIAN PUTERI DI WP KENAKAN ISMALINA ; PUTERI WP SENDIRI PUN TAK NAK TOLONG? APA DAH JADI ?

KUALA LUMPUR -- Naib Ketua Puteri Wilayah Persekutuan Datin Ismalina Ismail yang menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Puteri Nasional menerima tamparan di negerinya sendiri apabila dua buah bahagian Puteri yang bersidang semalam iaitu Setiawangsa dan Kepong tidak mencalonkanya sebagai Ketua Puteri Malaysia.
Setiawangsa mencalonkan Datuk Shahaniza Samsuddin bagi Ketua Puteri dan Nordiana Shafie bagi Naib Ketua Puteri.Manakala Puteri Kepong pula mencalonkan Bibi Sharliza.
Walaupun sehingga malam tadi Ismalina telah mendapat 12 pencalonan dan sekaligus melayakkanya bertanding jawatan Ketua Puteri Nasional, pencalonan dari Wilayah Persekutuan amat penting bagi imejnya selaku Naib Ketua Puteri Wilayah Persekutuan. Malah Wilayahkini juga telah menyiarkan satu komen mengenai sokongan 13 bahagian puteri di Wilayah Persekutuan bagaikan tidak kepastian untuk Ismalina - minggu lepas.
Apa sudah jadi ? Akan ada lagi kejutan dari bahagian - bahagian puteri yang lain di Wilayah Persekutuan ? Kenapa mereka tidak mahu " back up " orang mereka sendiri ?

33 comments:

Anonymous said...

sume pu3 bahagian nk jaga kepentingan sendiri, tiada semangat setiakawan antara pu3 dlm negeri sendiri. ape sudah jadi? sape nk bela pu3 wilyah bile calon dr wilyh sendiri di pinggirkan?

pu3 biasa

pu3 lembah pantai said...

apa nak terkejut da mmg Linda ngn Ismalina tak sebulu dr dulu lagi...hmm mkn tauhu tp buat2 tak tahu..Linda da ler oiii ko da masuk wanita takyah la masuk campur hal pu3..dulu ko mase ade jawatan kat pu3 nie ko tak buat keje pun lanie plak nak sebok2 tentukan nk kene undi saper calun saper...saper yg nak dengar ckp ko sekarang nie?
Kak Isma.jgn takut lanie da cukup kouta nk bertanding kan..takpe..die tanak bg akak takpe bhgn lain di WP akan tetap calun n bg undi pd akak...i know yr kreabiliti..

Kak Lin,ko dah kecewa kan kami..

Anonymous said...

perghh..aku pun ade dgr citer gak pasal k.lin ni..nape lah dia sggup wat k.ina cm tu? negeri lain sume sokong calon negeri sndiri. tak baik lah pu3 wilyh mcm ni, bukannya k.ina tak wat keje, byk prog dia wat. ni lah sikap melayu kite, takleh tgk bangsa sndiri naik. mcm mane lah bangsa sndiri k maju, asyik nk jatuhkn org lain.

pu3 biasa

Anonymous said...

Relaks la beb. Aku dengar kat WP ni ramai sangat ketua puteri bahagian yang bertanding. mestilah dia orang ni nak jaga kepentingan sendiri.

tapi pada dia orang- dia orang ni, kalau awal lagi u all dah pentingkan diri sendiri, macamana nak bekerja sebagai satu team.

Anonymous said...

kepada kak Isma,ni sume dugaan. Jangan patah semangat. yang penting akak teruskan kerja-kerja akak. Cuma ambik pengajaran. Sekarang ni baru la tahu siapa yang betul-betul setiakawan dengan akak.

Anonymous said...

betul2.. skrg ni lah kite tau sape geng, sape tak huhu.. yg penting kite sbg pu3 memilih calon yg leh wat keje n jage kebajikan pu3 kite.. papehal gud luck k.ina..

pu3 biasa

Danau kota gals said...

Kawan makan kawan.Setiawangsa pun tak sokong Ismalina.Ismalina banyak berhidmat untuk masyarakat WP.Tak apalah Ismalina mungkin bukan rezeki u kali ini...
kita tunggu dan lihat.
Sekarang ini semua tak tengok kewibawaan calon semua undi untuk kepentingan sendiri n glamour.
Semua ikut trend so intrend sekarang lain.

Anonymous said...

Bahagian Pekan pun tak mencalonkan Datuk Sha as KPUM, korang tak heran ke? Tu bahagian DS Najib tu, bakal PM..tak paham2 isyarat?

Pada Datin, biasa la tu Datin ..dalam setandan pisang bukan semuanya elok, ada yg busuk sebijik dua. Orang masuk kg kita, kita masuk kg orang..biasa la tu..janji Tuhan tau nawaitu kita..

Anonymous said...

mungkin ismalina terlewat turun padang..mungkin juga dia telah terlepas pandang sokongan dari puteri WP sendiri..jangan tersilap percaturan atau terlalu percaya kepada muslihat para penasihat sudah la..

selamat bertanding buat semua!

taknak letak nama said...

bagi sayalah, sebagai seorang yang ingin menawarkan diri sebagai calon apa pun, kalau setakat nak tackle orang2 ATASAN seperti Ketua Bhg atau orang2 Bhg untuk mencalonkan beliau, tak payahlah. Kenapa tidak terus aje call Pu3 tu sendiri? kenapa? tak yakin??
Setakat nak sms je minta pencalonan, tak payah lah... Kalau takde masa nak call, ada ke masa awak nak menerajui PU3 Msia nanti?

sendiri fikir lah

Donno why said...

Betu jgak,Ismalina tak declare nak btanding kat pu3 WP pun...diam2 masuk paper nak jadi calon KPUM.
Mungkin ada yg dah janji dgn orang lain pun ada juga!

Tgh pk said...

laki pun nak bertanding, bini pun nak bertanding... so ada lagi ke kaum keluarga dia nak bertanding??

pk pk kan lah

Anonymous said...

i sokong cakap u.... jgn buang masa calon orang yang akhirnya akan berundur atas sebab2 kekeluargaan nih... focus on other candidates

pu3 wp said...

pu3 wp

kalau nk bertanding,bertanding jelah.pencalonan tu hak masing-masing.mana yg terbaik tu nanti akan dipilh juga.

Anonymous said...

U all tau kat tempat i, ketua bahagian suami dia, ketua wanita bahagian isteri dia, anak perempuan dia pulak ketua puteri. Rupa2nya kat tempat lain pun banyak jugak, kat cawangan ada kes macam tu, kat bahagian pun ada malah kat negeri pun ada.Contoh yg i boleh bagi YB Nolee, YB Sha,YB Dr.Shikin, Alin Klang,Mek Na Johor malah Ketua Pembangkang kita pun anak beranak pegang parlimen.

Dalam Umno dah lama isu ni tapi ada orang kesah dan ada yang tak kesah. janji yang menawar diri tu ada kredibiliti sebagai pemimpin dan mampu memimpin.

Bagi i la kan.. kes Datin ni kecik je, as perempuan(puteri) i sokong datin teruskan niat dia sebab dia yang dulu mengoffer diri berbanding suami dia.

Lagipun kan..sampai bila kita perempuan ni nak mengalah kerana lelaki, asyik2 kita je yg kena beralah. Para Pemuda tak pulak pikir nak batal calon Reezal sebab isteri dia bertanding, kenapa pulak kita yang menyoal niat Datin?

Dan dari sumber yg i pasti, Datin tak akan mengundur diri kerana dia berterima kasih kepada bahagian2 yang masih mencalonkan dia walaupun dah tahu suaminya nak bertanding.Maknanya puteri percaya dengan kepimpinan Datin dan tak kisah kalau suaminya bertanding pun..semoga ahli puteri dapat berfikir.

Anonymous said...

Lepas puas Kerajaan anak-beranak + menantu, ada Kerajaan laki bini pulak tampil nak jadi pelapis..

Bosan betul la politik Malaysia ni!

puteri_kepong said...

alahai.. puteri kepong pilih org lain sebab boring ngan datin.. takkan la laki bini nak bertanding?? dua2 nak jadi menteri??? nanti anak2 sape nak jaga??? bahaya nih.. nanti anak tu kurang kasih sayang

Anonymous said...

derhaka tau kalau tak dengar cakap suami (if he ask her to pull out lah)... tapi jika ada masalah keluarga yang kita tak tau, taknak lah kita cakap... sendiri mau pk lah kan...

Anonymous said...

ermm..begitulah hebatnya tarikan kuasa & pangkat di dalam parti UMNO.

Anonymous said...

bagilah peluang kepada yang layak dan yang tiada kepentingan politik... buat apalah nak calon kan suami/isteri nih

Anonymous said...

nie nak kongsi cerita sikit...weimalulah ketua puteri bhgn di wilayah tak bersatu..kata konon sepakat nak calonkan datin kecuali Linda rashad dari awal dah bulat hati tak nak bagi sokongan padu pada naib sendiri..apa nih dah ler tak kasi saport nie kutuk lak kononnya laki bini nak jadi menteri... wei buat homework dulu ler... yang aku tau ler si Datin & Dato reezal tu memang aktif dari zaman UIA, pasal pilihanraya kampus ler dia orang tu tangkap cintan and kahwin... Semua calon ketu aPuteri Malaysia ada kekuatan tersendiri jadik tak yah ler nak jatuhkan satu calon dengan satu calon yang lain! Untuk semua calon and penyokong fokus atas kekuatan masing2 bukan keburukan..kalau tidak jgn harap ler naj jadik pemimpin masa depan... korang yang akan jahanamkan bumi bertuah nie...

Anonymous said...

saya rasa kalau nak kira siapa layak untuk bertanding, memang ramai di luar sana, cuma kita kena cari yang betul2 sesuai. apapun, ismalina harus hormati pilihan akar umbi samada mereka telah mencalonkan dia atau tidak.

Anonymous said...

Siapa kata Dato' Shahaniza tak dapat percalonan dari Bhg PEKAN..U all ni jagan pandai menuduh je..silap lah..Dato' Shah mendapat sokongan penuh dari bakal PM.

tunggu dan lihat eh....

Anonymous said...

dapat sms dari puteri di perak kata shahaniza ni berlagak..ntah ler..

ismalina pulak, bila nak undi baru sibuk kat sana, itupun main sms dan bukannya call sendiri...ntah ler..

Anonymous said...

Sudah la ismalina oi...menyampah aku tgk dia kat opn hse pu3 kat pwtc tadi..fake giler!!! Podah!! Confirm bhg aku takkan calonkan dia. Ur own people pun tak calonkan u..camne nak convince yg lain nie?

Mangsa sms said...

true, ismalina ni minta dicalonkan pun gunakan sms, call nyer pun tidak... lepas tu aku ni pun dia tak calonkan, apa hang cita??

i agree with you, she's very FAKE!!!

Buat geng kak shahaniza pulak, bawa2lah bertaubat jangan nak buruk2 kan orang... 'Paku dulang paku serpih, mengata orang you all tu yang lebih'

My vote is definitely not for both of you!!

Anonymous said...

Jika kepimpinan Puteri Pusat/Negeri yang ada sekarang (yang memegang jawatan apa sekalipun) memang betul-betul buat kerja, rajin turun padang untuk berkenal-kenal dengan puteri akar umbi, mengambil berat & menyelesaikan masalah puteri Negeri/Bahagian, rasanya, tidak timbul isu bila nak undi baru hantar sms, buat call & nak jumpa perwakilan. Mereka ada satu penggal (4 tahun) sebenarnya untuk buat semua ini. Lebih dari mencukupi masanya.

Ini adalah pengajaran untuk ahli2 puteri yang ingin bertanding di masa-masa yang akan datang untuk mengubah pendekatan. Ahli Puteri zaman ini majoritinya sudah boleh menilai sendiri kualiti calon dengan matang.

Anonymous said...

Eh! bahagian Pekan tak calonkan Shahaniza kan? diaorg calonkan Rosnah N Nona. Bahagian bakal PM tu..

Ada dengar jugak dimerata2 tempat geng2 Shahaniza ni kempen buruk2 kan calon lain. macam dia lah yang the best.Tak baik tau..kata semangat setiakawan..memang jelas Shahaniza ni manis dimulut dan pandai berjanji je, tapi belakang hampeh!!

Jangan menyesal dah le pada yang tersalah pilih, siapa yang dah kena tau le perangai shahaniza ni..main kotor nak dapat pencalonan.

Anonymous said...

saya rasa, semua calon ketua puteri pusat yang ada sekarang ini, tak perform. lebih baik puteri calonkan ketua puteri bahagian masing2 sahaja jika tak bersetuju dengan semua calon tersebut.

kalau anda undi juga calon yang ada sekarang disebabkan memang perlu mengundi, modal yang mereka gunkanan bila terpilih/dapat pencalonan adalah "saya dapat kepercayaan akar umbi".

Anonymous said...

Siapa kata group Shahaniza ni kempen dengan cara memburuk-burukan calon2 lain..setahu saya masa datao shah n nolee datang tempat saya berkempen takdelah pula dia memburuk-burukan calon lain...issshhh u all ni tak baik main tuduh je..kalau tak suka takpelah tak perlu nak menfitnah org pula...

Anonymous said...

wahai anak2 melayu.takan nak biarkan pemimpin kita dari kalangan asal usul org putih pula..dah takde anak org melayu lagi ke yang layak untuk jadi ketua puteri umno malaysia..yb rosnah tu org putih la...korang semua ni tak sedar diri ke nak sokong dia lagi..selama ni dah la tak buat apa2 pun untuk puteri umno malaysia...

Anonymous said...

Aku heran calon2 yang sibuk nak merebut pencalonan di bahagian kawan sendiri ni...kata semua kawan2, ada semangat setiakawan..kalau betul semangat setiakawan kenapa nak sangat pencalonan dibahagian kawan2 yang sama2 bertanding?

Ada 191 bahagian dalam Malaysia ni. tolak Maran,Wangsa Maju,Papar,Rembau dan Kepala Batas ada lagi 186 bhgn, pegi la kempen, cuba jaga air muka kawan sikit,ni sampai hati malukan muka kawan sendiri.

Jahaman puteri dapat ketua macam ni.dengki, busuk hati dan sanggup buat apa saja demi kepentingan diri walaupun manjatuhkan air muka kawan sendiri.

Sorry la..tak dapat nak respect jenis pemimpin muda dan pelapis dalam UMNO konon, apatah lagi nak bagi undi.
Dimulut "bertandinglah secara sihat, kita semua kawan2", belakang tikam habis.

Awas..sahabat puteri sekelian, berhati2 memilih pemimpin agar tidak tersalah pilih.

Anonymous said...

Saya setuju sangat dengan pendapat saudari di atas..saya tak faham kenapa YB Rosnah sangup mintak percalonan kat bhg yang ada calon untuk Ketua Puteri UMNO Malaysia..

Pemimpin cam ni ke yang kita nak sokong...saya amat kesal dengan sikap YB Rosnah dan groupnya. Kesian kat kak bibi...sangup bhg sendiri menjatuhkan air muka dia..

KALAU DASAR BUKAN DARAH ORG MELAYU CAM NI LAH..HEI KAWAN PUTERI SEMUA..TAKAN PEMIMPIN CAM NI YANG KITA NAK LAGI...KAT SABAH PUN DIA TAK TERJAGA APATAH LAGI NAK JAGA KITA NI SEMUA....PETINGKAN DIRI SENDIRI JE.