Wednesday, October 8, 2008

PENAMPILAN ISMALINA ISMAIL BAGI JAWATAN KETUA PUTERI MALAYSIA ; APA PENDIRIAN PUTERI - PUTERI DI WP ? KENAPA SENYAP? SOKONG ATAU TIDAK ?

KOMEN/COMMENT
Sejak Naib Ketua Puteri Wilayah Persekutuan Datin Ismalina Ismail mengumukan hasratnya bertanding jawatan Ketua Puteri Malaysia belum ada tanda -tanda sokongan yang kuat daripada bahagian - bahagian Puteri di Wilayah Persekutuan yang menyebabkan pelbagai andaian. Apakah 13 bahagian di Wilayah Persekutuan akan mencalonkan Ismalina Ismail sebagai calon Ketua Puteri Malaysia ataupun mereka akan pilih dan sudah merestui calon lain? Ketika mesyuarat bahagian akan bermula minggu ini sikap membisu puteri - puteri di Wilayah Persekutuan menimbulkan pelbagai persoalan dan pertanyaan.Kenapa nak tunggu lagi ? Nengeri - negeri lain sudah mula menunjukkan tanda sokongan mereka kepada calon pilihan mereka.
Difahamkan sejak dua bulan yang lepas Ismalina dikatakan sedang berkempen ke seluruh negara bagi meraih sokongan dan juga pencalonan.
Beliau amat yakin 13 bahagian Puteri di Wilayah Persekutuan akan berdiri teguh dibelakangnya atas fakor negeri sendiri dan juga semangat setiakawan yang telah wujud begitu lama.Ismalina juga merupakan Ketua Puteri Wangsa Maju.Apa yang mereka tunggu lagi ?
Kenapa tidak tampil untuk menyatakan sokongan masing - masing di media, blog ataupun saluran lain ? Malah ada juga kedengaran pula Ismalina tidak mendapat bantuan dan sokongan yang tidak memperangsangkan di Wilayah Persekutuan? Sepertimana kita nampak saban hari warga Puteri UMNO di Wilayah Persekutuan kini sudah mula lantang bersuara dan berani. Tetapi dimanakah peranan mereka untuk memastikan kemenangan calon tunggal dari Wilayah Persekutuan ini untuk memastikan kemenanganya? Apa yang mereka tunggu lagi ? Sekiranya Ismalina menang- ianya akan menaikkan imej puteri Wilayah Persekutuan.
Kedengaran juga beberapa nama yang akan bertanding jawatan Exco Puteri UMNO Malaysia, termasuk Fioana ( Segambut ), Zawiah ( Bandar Tun Razak ), Azliza ( Seputeh ), Seri Wani dan Siti Fatimah ( Setiawangsa ) dan seorang dua lagi. Apakah mereka akan masuk gelanggang sebagai satu pasukan ataupun secara individu ? Kita berharap semangat UMNO Wilayah Persekutuan yang mendokong semangat 3B -Bersama, Bersatu dan Berjaya dapat dijadikan sebagai satu garis panduan untuk meneruskan perjuangan puteri di Wilayah Persekutuan.
Apapun , Wilayahkini mengucapkan tahnniah dan syabas kepada Ismalina yang telah memberanikan diri untuk tampil bertanding - sekaligus telah menaikkan imej Puteri Wilayah Persekutuan melalui peranannya sebagai Ketua Puteri Wangsa Maju dan Naib Ketua Puteri Wilayah Persekutuan.
Salam Perjuangan dari Pengarang Wilayahkini !

18 comments:

Anonymous said...

PUWP akan mencalonkan Datin Ismalina Ismail sbg Ketua Puteri UMNO Malaysia.
Naib masih lagi terbuka tetapi akan menolak 2 nama tertentu.

Anonymous said...

siapa lagi nak sokong Pu3 WP kalau bukan Pu3 WP sendiri

Anonymous said...

pu3 wp insyaallah akan sokong.. memalu kucing lak dorg ni.. heeheh

Anonymous said...

tapi laki dia orang tak berapa suka sangat macamana?

Anonymous said...

ntah lah.. kesian gak kan.. tp klu ade rezeki dia, insyaallah.. yg penting, dia tak lupe diri sudah lah.. ingat2 lah org bwh..huhu

Anonymous said...

Tahniah kepada semua calon2 yang bertanding... ada niat nak bertanding Exco tu dah kira bagus jugak pasal tampil kehadapan untuk menyumbangkan bakti kepada Pu3 negara...

syabas

Anonymous said...

Mesyuarat Puteri Wilayah telah meng'endorse'kan pencalonan berikut dari Wilayah Persekutuan.
Jawatann Ketua PUM - Datin' Ismalina Ismail
Jawatan Exco PUM -
1.Zauyah Zainuddin - Ketua BTR
2.Azliza Ahmad - Ketua Seputeh
3.Huzryfionawatty Hussin - Ketua Segambut
4.Norhamizah Abdullah Zawawi - Ketua Putrajaya

Nama-nama yang bertanding selain dari nama diatas adalah bertanding atas tiket sendiri.
Good Luck pada semua.

Anonymous said...

Datin Ismalina u should contest for the puteri post.U r the most qualified candidate!

Anonymous said...

Laki dia memang pandai buat kekayaan, TETAPI Datin Ismalina jangan dilibatkan dia cukup rajin buat kerja pandai menghormati org tua ada kebolehan tersendiri...

Anonymous said...

good luck to every one yg nk bertanding....
ahli2 pu3 harus lebih matang dlm menjalani proses pertandingan seperti ini. kita harus saling menampung kekurangan antara 1 sama lain dlm menperkasakn pu3 & UMNO itu sendiri. berbincang jika ade yg tak kena, berpakat bila ada idea yg bernas. insyaallah , kita kembalikn kekuatan parti & penyatuan org melayu dlm membina malaysia yg lebih harmoni.

Anonymous said...

You are one hot momma. We hope you will win.

Anonymous said...

Kepong tak bagi Datin?!Apahal Linda?Dengar cite anak buah nak calon Datin tapi Linda guna kuasa veto.Sudah la,Linda...masa awak dah berlalu.
Naib pun dia bagi pd orang yg telah tidak dipersetujui olh Puteri WP.Ternyata perjuangan Linda adalah untuk diri sendiri bukan untuk Puteri WP.Itu semua orang dah nampak...

Anonymous said...

Puteri WP ni terabur bawah kepimpinan Linda. Yang bertanding di bahagian pun dia tak ambik kisah. Bukannya nak suruh dia selesaikan tapi sebagai ketua, kebajikan anak buah pun dia tak pandai.

Dengar nak gi exco wanita. macamana ni? bukan dia SAMA bahagian dengan Dato Seri Shahrizat ke? Nape dia tak nak tolong wanita Kepong kukuhkan k Ijat dulu? ke Wanita Kepong tak boleh terima dia???

Anonymous said...

Kita orang kat Wilayah sokong kak Isma. Cuma kitaorg ni tak pandai la macam Pemuda tang nak buat kenyataan kat paper atau TV

Anonymous said...

Bunyi Jadi pemimpin dan ahli di Wilayah ...fikiran class 3,balik kampung la..org kampung pun dah class 2 ramai yg dah meningkat class 1, Semua Ketua2 diBahagian buatlah kerja sikit ....BN kalah masing2 menuding jari Walhal yang menuding jari mengundi pun tidak...jangak melalak sangat malu..

Anonymous said...

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Segambut berdiri kukuh di belakang Datin Ismalina sebagai calon Ketua Puteri UMNO Malaysia,

Anonymous said...

I like kak Ismalina the first time I met her. She has the charisma to be a leader. She’s smart and knows what she’s doing. She will have my support all the way.

PU3 Setiawangsa

Anonymous said...

open yr eyes, she will show if she doesnt like you... mcm ni ke bakal pemimpin..?? pilih bulu??