Sunday, October 19, 2008

BERTANDING MT ATAU TIDAK ? " SAYA SERAH PADA SUARA AKAR UMBI " - ZULHASNAN RAFIQUE

KUALA LUMPUR -- " Saya serahkan kepada suara akar umbi untuk menentukan pencalonan mengenai jawatan Majlis Tertinggi parti khususnya mewakili Wilayah Persekutuan", kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique hari ini .
Beliau berkata demikian ketika ditanya oleh pemberita di Majlis Rumah Terbuka Parlimen Setiawangsa hari ini mengenai pencalonan yang diterimanya daripada beberapa buah bahagian dari seluruh negara yang telah mencalonkanya untuk jawatan Majlis Tertinggi.
" Saya serahkan kepada suara akar umbi kerana merekalah tunjang kekuatan kepada parti dan saya juga ingin mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan ribuan terimakasih dan penghargaan kepada semua pihak yang telah mencalonkan saya untuk jawatan Majlis Tertinggi sehingga hari ini. Tetapi kita tunggu dulu suara akar umbi ", katanya yang juga merupakan Menteri Wilayah Persekutuan dan Ahli Parlimen Setiawangsa.
( Gambar Bernama di majlis rumah terbuka Aidilfitri Parlimen Setiawangsa )

19 comments:

Anonymous said...

Tak payah pegi tok, kita buat keje ambik balik Wilayah ni PRU13.

Anonymous said...

Saya juga berharap kita dapat tumpukan perhatin di WP aja
Kerana kami yakin dgn Datuk.

Anonymous said...

This is not about kita tak sokong atau tidak tetapi
Kami mahu Datuk beri lebih tumpuan di WP dan sbg
Pengerusi Perhubungan Datuk masih boleh
Bantu UMNO kot ?

Anonymous said...

Saya pun berpendapat Datuk tak perlu bertanding MT.Kita tumpukan kerja dan PU13

Anonymous said...

setuju, lebih baik tumpukan perhatian lebih kepada WP aje lah Tok oiii

Anonymous said...

Salam....
Datuk kalau nak MT boleh klau naib tak usahlah mari kita perkukuh wilayah dulu. saya setuju dengan saranan sahabat yang lain. kami akar umbi wilayah amat menyokong datuk. Usahlah kita banyak jawatan nanti tak tertanggung. kita perkuatkan jentera UMNO Wilayah bagi menghadapi PRU 13.
Ikhlas dari saya....

Anonymous said...

Salam...
Pada hemat saya, tumpuan berganda kpd WP harus Datuk dahulukan. Matlamat sebegini yg seharusnya Datuk lebih fokuskan...BEKERJA...BERKHIDMAT...BERMATLAMAT...bagi memastikan pada PRU13 nanti, WP kembali ke tgn kita. Kembalikan maruah bangsa Melayu di negeri metropolitan ini...

Anonymous said...

Setuju.Kita bersama akan bersama Datuk.

Anonymous said...

Can someone tell Dato Seri yang akar umbi hendakkan beliau tumpukan perhatian ke WP aje... tak perlulah kita panjang lebar berdebat kat forum ni... 100% pun setuju Dato fokus kat WP....

Anonymous said...

Dato Hj Zulhasnan,Teruskan niat dan bersama MT, kami warga askar yang bergiat dalam politik UMNO akan terus memberi sokongan tidak berbelah bahagi,Pengalaman ringkas bersama ahli UMNO kebanyakan cakap saja lebih kerja berkira-kira.Kaum dia buat majlis dia sokong..kaum lain semua tak bagus.

Anonymous said...

yes, askar mesti kene sokong bekas askar. sebab tu duit raya every year tak pernah miss.

Anonymous said...

Kalau Datuk Zul nak bertanding kita sokong dan buat kerja kerana sekarang ni pun Datuk Zul ahli MT cuma dilantik.Bagi lah peluang di pilih pula.Kerja boleh diteruskan sama seperti biasa. Yg penting kalau bertanding mesti dapat lebih undi dari Syed Ali kerana satu negara memerhati mereka berdua

Anonymous said...

Jangan ukurlah syed ali dg dato zul, syed ali lebih lama dari dato zul,Syed Ali ada YPC, Dato sulaiman pun tak tahan dg syed ali dikerjakan semasa syed ali jadi setiausaha Wilayah ..inikan Dato Zul..

Anonymous said...

I think the question whether he s going 4 supreme council s not important?
He have to work harder to win back WP.
WP needs educated n dedicated like Dato Zul.
The rakyat want to c him more during any matters.Nowdays he can't b hardly seen.
Instead of his Deputy Rakyat want him to turun padang......they prefer Dato Zul.

Anonymous said...

asyik obersee je camne nak turun padang bang...

Anonymous said...

byk buat investment kat obersee kot. hmmm... dalam gawat2 ni kalau boleh invest kat obersee.. sendiri mau ingat lah beb!

Di lantik MT pun sebab hasil ehsan Pak Lah. Pak Lah ni pun satu.. suka lantik org tak guna.. sebab tu lah sekarang kene poochi!

Tak pe lah.. mungkin Dato Zul ni tak sedar diri lagi.. marilah kita sama-sama sedar kan dia! Kita nak dia tumpukan pada wilayah... so give NO VOTE for him as MT!!!

Anonymous said...

Orang UMNO macam hantu raya...

Anonymous said...

belajar dari sape bro? KETUA lah...

Anonymous said...

Dato Zul...hmmmm... rasanya dgn senario politik huru-hara yg sdg melanda bbrp bhgn-bhgn di WP sekarang, mmg sukar rasanya utk dato zul mendapatkan undi penuh dr perwakilan di negeri sendiri...

Krn itu sbg pengerusi perhubungan umno negeri beliau wajib memberi tumpuan yg lebih bagi mengembalikan keharmonian & martabat parti umno di 13 bahagian WP ini.