Sunday, October 12, 2008

UMNO WILAYAH PERSEKUTUAN BERDIRI TEGUH DI BELAKANG NAJIB ; TIMBALAN DAN NAIB - TERPULANG KEPADA PERWAKILAN DAN AKAR UMBI - ZULHASNAN RAFIQUE

KUALA LUMPUR -- Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan akan menyokong dan berdiri teguh dibelakang Datuk Seri Najib Tun Razak bagi memimpin UMNO sebagai Presiden sepertimana yang telah disarankan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam proses peralihan kuasa sebagai penggantinya kata Pengerusinya Datuk Seri Zulhasnan Rafique hari ini.
Sebagai menghormati keputusan pucuk pimpinan parti dan tanda kesetiaan terhadap Datuk Seri Najib, beliau menyeru dan mencadangkan semua bahagian - bahagian di Wilayah Persekutuan mencalonkan Najib Tun Razak sebagai Presiden manakala bagi jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden terpulang kepada perwakilan dan juga peringkat akar umbi di bahagian masing - masing untuk mencalonkan pemimpin pilihan mereka, katanya kepada pemberita hari ini selepas merasmikan persidangan pergerakan Puteri, Wanita dan Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa secara serentak di PWTC pagi tadi.
Zulhasnan yang juga merupakan Menteri Wilayah Persekutuan dan Ketua UMNO Setiawangsa berkata, UMNO Wilayah Persekutuan amat terharu dengan niat keikhlasan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO demi masa depan parti dan juga negara.
"Keputusan Pak Lah merupakan satu tindakan berani kerana beliau sayangkan parti UMNO demi kepentingan UMNO dan juga negara.Beliau juga telah menamakan Timbalanya Datuk Seri Najib sebagai penggantinya sepertimana yang telah diputuskan dalam proses peralihan kuasa sebelum ini", katanya lagi.
Beliau juga berkata, UMNO Wilayah Persekutuan tidak sekat mana - mana calon tetapi untuk jawatan Presiden kita kena hormati pucuk pimpinan parti dan mencalonkan Najib Tun Razak, ujarnya lagi.
( Gambar : Zulhasnan Rafique ketika majlis perasmian mesyuarat pergerakan puteri , wanita dan pemuda Setiawangsa )

14 comments:

Anonymous said...

Dengar cerita Dato Zul pun nak bertanding NAIB PRESIDEN, betul ke?

Anonymous said...

Dengar cerita Dato Zul pun nak bertanding NAIB PRESIDEN, betul ke?

Anonymous said...

Betul ker ? Why not ? Kita sokong orang Wilayah Persekutuan .

Anonymous said...

tolonglah. ketua bahagian pun dato halim and geng yang mana panglimanya SU Bhg dan Ketua Wanita kasihan bagi laluan kalau tidak poci.

Anonymous said...

ya ke. hebat geng dia orang tu, bolih kontrol bahagian. ketua bahagian tak tau ke atau saja buat tak tau jaga keselamatan diri kot.

Anonymous said...

saya nasihat YB DATO tak payah bertanding sebab Dato ni saya kenal orangnya bersih tak suka main duit jadi kalau bertanding nanti panglima2 setiawangsa yang berkuasa tak akan sokong / bekerja untuk dia untuk meraih undi sebab tak masuuuuuk.

Anonymous said...

Dato Zul kroni Pak Lah.. mesti kene sokong! Dia pun takut jugak... Tak ampu Najib nanti dia bungkus mcm Pak Lah.

No offence, Pak Lah is a nice person but it needs more than a nice person to run a country!

Nasihat kepada Dato’ Zul… kalau nak buat ‘timing’ sombong 3 inci… hmm paham2 sendiri lah. Hang tu bukan nya org favor sangat.. sebab kesian dan terpaksa je! Menang pilihanraya pun kira nasib baik lah sebab ada undi pos (askar/polis). So kalau tak sedar-sedar diri lagi tak tau lah. Hang tu pun bukan lah terror mana pun… askar pencen jer!

Salam taubat utk Dato’ Zul.

Anonymous said...

Tahun ni tak de org nak lawan Dato' Zul utk ketua bahagian ke? iskkk awat tarak? Kita perlu kan pemimpin mesra raykat... bukan syok sendiri!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

dia play safe bro.....

Anonymous said...

huhuhu... sian dato zul. tak bertanding salah, betanding lagi ler salah...

tumpukan perhatian pada bhg sendiri ada baiknya. hari tu election mejoriti turun mendadak dato...

tak yah ler nak kejar yang belum pasti, yang di kendong berciciran. cth: sibuk nak tawan kelantan, udahnya 5 negeri tergadai... tak nampak lagi ker?...

Anonymous said...

Semangat besar, tapi dia lupa nak cerminkan diri dia... boleh ke nak ke NAIB tu??? ish ishhh

Anonymous said...

semangat kene besar bro.. baru rasa diri hebat!

Anonymous said...

Dalam Wilayah mana ada yang lebih baik dari Syed Ali,hidup Syed Ali pemimpin terbilang.

Anonymous said...

Dato Zul ni bukan sombong cuma dia terlupa yg dia bukan lagi dalam askar. dia duduk di situ sebab rakyat yang pilih jadi kenalah mesra rakyat sikit bukan setakat bagi sumbangan aje berapa kerat yang dapat. duit orang bolih cari dato tapi budi bahasa tak bolih jual beli. jangan pandang orang lain tu rendah sangat.kalau mesra dengan rakyat pun bukan rugi dan bukan kena bagi projek.