Friday, October 31, 2008

DUA WAKIL DARI WILAYAH PERSEKUTUAN REBUT JAWATAN TERTINGGI PUTERI ; ISMALINA ATAU NOLEE ? SIAPA YANG JADI PILIHAN ?

ANALISIS @ Wilayahkini
KUALA LUMPUR -- Naib Ketua Puteri UMNO Wilayah Persekutuan Datin Ismalina Ismail bertanding Ketua Puteri Malaysia manakala Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia Nolee Ashilin yang juga merupakan ADUN Tualang Sekah pula akan bertanding Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia. Yang anehnya kedua - dua dari Wilayah Persekutuan.Apakah ini akan menjejaskan peluang mereka kerana - dari negeri yang sama ?
Nolee Ashilin Radzi , 33 tahun juga akan bertanding jawatan Ketua Puteri Lembah Pantai dalam pertembungan satu lawan satu bersama Nor Asyikin Jaafar yang juga merupakan AJK Puteri Lembah Pantai. Persidangan Puteri UMNO Lembah Pantai dijadualkan berlangsung pada 8hb November di PWTC Kuala Lumpur. Ismalina telah mendapat sejumlah 30 pencalonan untuk Ketua Puteri Nasional manakala Nolee pula telah meraih 57 pencalonan bagi jawatan Naib Ketua Puteri Malaysia - dimana pencalonan tertinggi berbanding empat calon yang lain yang turut menawarkan diri bagi jawatan Naib Ketua Puteri.Nolee dilihat sebagai calon yang "popular" bagi jawatan Naib Ketua Puteri Malaysia berbanding empat calon yang iaitu --Shahanim,Dr.Wan Norashikin, Senator Nordiana Shafie dan Haslinda Moh Zerain.
Walaupun Nolee dilihat sebagai seorang pemimpin puteri "luar dari KL" kerana kawasan ADUN yang diwakilinya di Perak, namun keahlianya di Puteri Lembah Pantai - memperlihatkan dirinya sebagai wakil dari Wilayah Persekutuan. Lebih - lebih lagi Nolee juga telah menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Puteri Lembah Pantai. Wilayahkini juga difahamkan ramai perwakilan puteri di Lembah Pantai kurang senang dengan keputusan Nolee untuk bertanding Ketua Puteri Lembah Pantai kerana beliau dilihat sebagai " orang luar ".
Sementara itu satu sumber memberitahu Wilayahkini , Nolee dijangka menang sebagai Ketua Puteri Lembah Pantai dan mempunyai peluang yang cerah bagi memenangi jawatan Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia yang baru . Penampilan Nolee dijangka akan menjejaskan peluang Ismalina kerana beliau juga dari Wilayah Persekutuan - dan perwakilan dijangka akan hanya pilih satu wakil dari Wilayah Persekutuan untuk memegang jawatan tertinggi Puteri Malaysia.
Apakah Ismalina yang kini dilihat sebagai calon "underdog" bakal membuat kejutan walaupun dua wakil dari Wilayah Persekutuan akan turun ke gelanggang?
Wilayahkini juga difahamkan Ismalina mendapat "backing yang kuat tetapi secara senyap" dari Ketua Puteri UMNO Malaysia Datuk Nooraini ?

23 comments:

Anonymous said...

Sokong Ismalina

Anonymous said...

Jangan nak gaduh - gaduh ler.

Rockets gurlll said...

Yb kalau nak comfirm menang, btanding le di Perak! Kempen hebat di LP! Kawasan sapa jjaga?

Muhammad Azli Shukri said...

salam singgah!

jojo d circus said...

yb nOLEE PANDAI BUAT KEROJE,
apa ada hal...
bagilah kepercayaan pada dia..
insyaallah dia tidak akan mensia-siakannya..

Anonymous said...

Saya Perwakilan dari wilayah menyokong sepenuhnya YB Nolee untuk jawatan Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia yang akan datang..dengar cerita YB bertanding juga di Lembah Pantai..saya doakan semoga kemenangan berpihak kepada YB kelak..good luck YB..

Anonymous said...

YB Nolee memang org yang paling sesuai sekali untuk Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia yang akan datang berbanding dengan calon2 lain..bukan nak menidakan kepimpinan calon lain tapi..seperti yang kita semua sedia maklum..dimana saja ada program or pilihan raya kecil..YB lah orang yang akan bertunkus lumus memastikan semua aktiviti puteri berjalan dengan lancar..

JOM UNDI YB NOLEE ASHILIN

Anonymous said...

GO YB Nolee...

I setuju ngan comment di atas..YB memang sesuai untuk jadi Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia...


saya doakan YB akan berjaya kelak..inyalllah

Anonymous said...

Kepada semua perwakilan Puteri,

Buatlah keputusan yang bijak..
Kalau "KELIRU"..buatlah solat Isytikarah drp sekarang (Mohon Petunjuk dari Allah SWT) agar kita tidak silap memilih pemimpin..

Maklum la.. Puteri ini memerlukan seorang penggerak dan pencetus kepada era kebangkitan semula.. seperti mana perkasanya kita 1 masa dahulu..bukan jauh mana pun.. dlm 4 tahun lepas je..masa tu era Datuk Azalina..masa PRU11 dulu "MASIHKAH KAU INGAT?" bagaimana kita digeruni..

Penubuhan Puteri dibincangkan oleh pembangkang hingga menyebabkan mereka pun melahirkan sayap yg serupa bagi parti mereka..

Janganlah kita bergaduh.. dgn kawan-kawan dlm parti ni,kalau menulis komen pun.. jagalah adab.. semua org membaca tulisan kita..

Battle kita sebenarnya bukan dlm UMNO tapi diluar UMNO..

Jadi... fikir2kan lah.. timbang2kanlah yang mana lebih berat..kelebihan @ kekurangan calon2 ini..jgn ikut2 je.. tengok pencalonan je..dah buat keputusan...

Puteri harus tau menilai..kita ini dilihat sebagai golongan Wanita Muda yang berpendidikan, haruslah membuktikan bahawa kita bukan perwakilan yang main ikut ckp2 org.. atau yang menurut saja arahan2 tertentu..

Pergerakan kita.. Lebih Elok dan Molek la.. kalau kita yang tentukan..

Selamat bersidang..Mac depan!!

OtAi said...

hmm.... DENGAR KABAR NORLEE HARI2 KEMPEN KAT CHILI'S UNTUK MENANG KETUA PUTERI BAHAGIAN? KAWASAN CAMANE? ADA OK KE? TADAK HUJAN?

SATU LAGI... KALU NORLEE MENANG NAIB KETUA PUTERI, MAKCIK DIA MENANG NAIB KETUA WANITA AND AYAH DIA PLAK BERTANDING MT... SO, KIRA UMNO NIE DAH JADI HAK DIORANG ANAK BERANAK LAH EK?

KALU CAMTU ... KENAPA KITA NAK MARAH KELUARGA ABDULLAH BADAWI? ... HMMMM... SEKARANG NIEH UMNO DAH JADI HAK ANAK BERANAK EK?

TAPI NORLEE DAH BUAT KIJE LAMA.. DULU ORANG SIBUK BERSIAP NAK KEMPEN PILIHANRAYA JENTERA2 DIA SIAP BERKEMPEN UNTUK NAIB KETUA PUTERI (MASA TU KAT PWTC.. PUTERI WILAYAH TENGAH BUAT KURSUS SMART SISTEM... KALU INGAT LA...)

Sahabat-Gunung said...

Aku pun heran, Put3 sebagai sayap termuda, yang sepatutnya mengelak diri dari politik 'orang-orang tua', sibuk sangat nak rebut-rebut jawatan.

Malah ramai gak dah pandai nak main duit.

Pada aku, Nolee nie bagus orangnya, namun sebagai YB di Perak, Nolee sepatutnya memberikan perhatian di kawasannya. Lagipun, apa salahnya dia bertanding Ketua Puteri di bahagiannya di Perak.

Entahlah, hanya Nolee sahaja yang tahu hala tujunya nanti. Fikirkan yang baik-baik sahaja.

Tak berapa suka said...

saya setuju dgn comment diatas. Pu3 sekarang dah pandai ikut style org2 lama... dah pandai demand duit...
ada tu yang dipanggil berjumpa Calon, siap ingat yang dia akan dpt imbuhan.. bila tak dapat dia kutuknya orang tu itu ini... kira dahsyatlah Pu3 sekarang. sedih pun ada bila tengok Pu3 pun dah pandai main duit.

Stop politic wang, kita pilih calon yang berkaliber!!

Nasib baik said...

Saya nak berpesan kepada calon2 supaya jgn pandai menabur janji.. bila dah menang kan dah pening kepala macamana nak tunaikan janji manis mu....

Larat ke?

Anonymous said...

kalau boleh tunai tak apa, tapi kalau semua pun kata awak berjanji, ni apa kes?

Anonymous said...

Saya rasa YB Nolee patut diberi peluang untuk menjadi Wakil Rakyat akan datang di Lembah Pantai.Beliau sudah berpengalaman dan mempunyai personaliti yg sesuai utk mengembalikan maruah Lembah Pantai.
Saya kira Puteri Lembah Pantai patut menjadikan ini sebagai usul.Harapan saya semoga Puteri Malaysia juga dapat menyokong usul ini.Jika beliau dapat kembalikan kerusi LP ke BN, beliau patut dijadikan Menteri atau Timb. Menteri.
Harap dapat fikirkan.

OtAi said...

AKU SEDIH.. DULU MASA PUTERI MULA2 DITUBUHKAN KITA BERJIHAD SECARA JUJUR DAN IKHLAS. KITA TAK PERNAH KENAL ERTI POLITIK WANG TAPI SEKARANG NIEH DAH LAIN. ADA KE LAGI ORANG YANG SANGGUP MEMPERTAHANKAN PUTERI TANPA BERPERISAIKAN DUIT? AKU PERCAYA ADA TAPI BERAPA RAMAI?

CUBA PERHATIKAN... SEKARANG NIE PUTERI DI BAHAGIAN2 YANG BERTANDING ADA DUA GRUP. SATU GROUP YANG BETUL2 IKHLAS (SELALUNYA KUMPULAN ASAL) DAN SATU GRUP MAIN DUIT. (JANGAN NAK TIPU KATA TAK DE) AKU PERHATIKAN YANG KURANG DUIT TAPI IKHLAS BEKERJA NIE TERKIAL2 BERKEMPEN SEBAB FUND TAK CUKUP TAPI YANG KAYA NIEH... SENANG. YANG DIA TAU BAGI DUIT DAN DUIT LAGI. HULUR KAT KETUA PUTERI CAWANGAN LA .. KETUA CAWANGAN LA .. KETUA PEMUDA LA.. OF COURSE ORANG KATA DIA BAGUS.

DULU, BUDAK2 PERWAKILAN TAK TAU APA TU PERWAKILAN (NI PENGAKUAN RASMI PERWAKILAN PUTERI). TAPI BILA JUMPA CALON KAYA MAKAN TEMPAT BEST SIAP DAPAT DUIT RAYA DIA PUN DAH NAIK SYOK. KENAPA PUTERI BOLEH TERIKUT MACAM TU? PERWAKILAN YANG DULU TAK TAU WHITE COFFEE HOUSE TU APA SKG RASA CAM DAH JADI UMAH KEDUA..

PERKARA NI MELANDA HAMPIR KESEMUA NEGERI.. INTERGRITI DAN KESUCIAN POLITIK PUTERI DAH TERCEMAR. SIAPA YANG MENCEMARNYA?

AKU WONDER... KALAU SEMUA YANG BERDUIT NIE BERTANDING SECARA SIHAT... SEMUA YANG BERDUIT BERBEKALKAN KEJUJURAN DAN KEIKHLASAN MESTI AMAN PUTERI NI KAN? UMNO MESTI TERUS GAGAH DAN PERKASA...

ENTAH.. SEBAGAI OTAI.. AKU SEDIH.. KORANG YANG BAKAL BERSIDANG SELAMAT BERSIDANG

KORANG YANG JADI PERWAKILAN PUTERI INGAT "MEMILIH PEMIMPIN ADALAH IBADAT"

LU PIKIR LAH SENDIRI

Anonymous said...

Kak Nolee memang org yang sesuai sekali untuk kita pilih menjadi Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia..

Dari penubuhan puteri sehinga sekarang dia memang seorang yang kuat keje..

Go Kak Nolee

Anonymous said...

otai.... please stop using CAPITAL LETTERS in SMS or WRITING... it's very rude! (incase you dont know)

Anonymous said...

aku heran la. Kat perak heboh kata 2 calon puteri Perak bertanding jawatan Naib Ketua Puteri. Aku tanya dia org, siapa yg dua tu. diaorg jawab YB Dr Shikin dna YB Nolee. Aku baca blog ni kata YB Nolee kat WP. Dia dua kolam ke? Nape dia mengaku dia Perak dan WP???????????

Anonymous said...

nolee ni memang boleh buat kerja tapi bila ada bawak kepentingan kat dia. Lagi satu aku tengok dia ni ala2 BOS. Suruh anak buah buat kerja, dia datang bila nak perasmian dan hujung2 aje. Maklumkah... banyak duit. Dengar agen pelobi dia di Lembah Pantai banyak dari Ketua Pemuda cawangan dan Ketua Cawangan.

Awat cek oi. Puteri tak ada yg nk bantu hang ke?!

Anonymous said...

Ismalina, u ni baik sangat la. Sampai orang pijak kepala. Dalam politik ni tak boleh lurus sangat

Saya dh banyak lihat dan dengar, saya jadi takut dan kesian melihat nasib UMNO dan Puteri

Sedarlah puteri. Duit yang diberi untuk mendapat pencalonan ataupun undi tu tak seberapa kalau nk dibanding dengan masa depan kita semua.

mantan... said...

Kepada adik2 pu3...

Ingat kembali matlamat asal penubuhan pu3 & budaya politik di zaman Azalina.. Jgn terikut2 dgn budaya (politik wang) yg tlh lama menghantui sayap-sayap lain & peringkat atasan...

Anda, generasi muda yg tlh matang & bijak seharusnya mampu utk membuat keputusan tanpa adanya pengaruh org atas & wang...

Yg ptg, jgn jadikan imbuhan wang sbg garis pengukur dlm memilih saf kepimpinan puteri m'sia 2008-2011 sblknya ciri2 seperti beriman, berilmu, kredibiliti yg terserlah, track record perkhidmatan yg cemerlang, kejujuran & yg plg penting KEIKHLASAN DLM PERJUANGAN BANGSA MELAYU & PARTI UMNO itu sendiri perlu dijadikan kriteria dlm memilih pemimpin2 anda pd Mac 2009 nanti.

"BERILMU-BERIMAN-BERAMAL"

Tingkat 4 said...

Tolong ceritakan pasal Syikin,the Giant Killer.