Sunday, October 12, 2008

UMNO CHERAS CALON HISHAM , KHALID NORDIN DAN RAIS YATIM BAGI NAIB ; SHAFIE APDAL GAGAL MENDAPAT TEMPAT DI CHERAS ; KETUA CAWANGAN BUAT HAL !

CHERAS -- Sepertimana yang dijangka UMNO Cheras mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden.Bagi jawatan Naib Presiden pula Cheras mencalonkan Datuk Seri Hishamuddin, Datuk Seri Rais Yatim dan Datuk Khalid Nordin. Keciciran nama Datuk Shafie Apdal dalam senarai pencalonan Naib Presiden dalam UMNO Cheras mengejutkan beberapa pihak kerana Shafie dikatakan begitu akrab dengan pemimpin UMNO Cheras.
Sementara itu UMNO Cheras juga mencadangkan kepada bakal Presiden UMNO Datuk Seri Najib untuk mengkaji semula sistem kuota yang dipraktikan kini untuk bertanding jawatan tertinggi parti termasuk Presiden, Timbalan Presiden dan Naib - Naib Presiden.
KECOH DI LUAR DEWAN
Sementara itu menurut laporan The Star Online, persidangan UMNO Cheras menjadi kecoh sedikit apabila Ketua Cawangan Sri Indah Nordin Pilus membuat bantahan diluar dewan kerana bahagian telah mengantung cawanganya atas sebab tidak cukup korum.
Namun beliau mempersoalkan bahawa mesyuarat tersebut telah berjalan lancar dan beliau mempunyai semua dokumen yang berkaitan yang menunjukkan tiada sebarang masalah.
"ini semua muslihat bahagian untuk mengurangkan sokongan kepada calon kami yang bertanding jawatan Timbalan Ketua Bahagian", katanya

12 comments:

. said...

Saya setuju dengan cadangan agar UMNO memansuhkan kuota untuk pertandingan. Kalau perlu pun (untuk tujuan saringan), biarlah jumlahnya agak munasabah, sebagai contoh 10% dari jumlah bahagian atau 20 bahagian.

Anonymous said...

aik, Ketua Bahagian pun ada setting jugak ka?

Anonymous said...

MESTIIIIILAH NAK JAGA KEPENTINGAN SENDIRI LOOOOOOOOOOOOO

Anonymous said...

UMNO Cheras kata jika buka quota akan berlaku adil,diCheras pun bereport polis untuk cari adil.berpatah Si Song Sang mengatakan Aku buat adil... kau buat tak adil....

Anonymous said...

selepas mendengar penjelasan di dalam ucapan ketua umno bahagian cheras, saya setuju bahawa cheras memang mengamalkan dasar pintu yang sangat terbuka untuk sesiapa juga datang berbincang jika ada masalah & mencari penyelesaian..fakta kes memang jelas..saya duduk bersebelahan dengan orang yang komplen tuh semasa mendengar ucapan tersebut & beliau kelihatan diam terduduk menerima pahitnya kebenaran.

Anonymous said...

tahniah kepada seri wani yang menang sebagai penyandang ketua PU3 setiawangsa, dan kemennaganin ini juga amat bermakna pada EN shuib kita yang sponsor seri wani bertanding ada gak dgr2 seriwani bagi PU3 RM150 untuk mengundi beliau dah saya pun telah bertanyakan hal ini kapa salah seorang pu3 dan beliau mengaku dapat duit dari wani,, tapi tak kisah lah masing2 ada cara nyer untuk menang ,, dah tahniah kepada siti fatim yang berani melawan dengan seri wani, walau pun kemenangan tak berpihak kerpada siti fatim yang nyata fatim ada agenda nyer yang tersendiri saya amat berbanga dengan siti fatim,,, dan juga naib nyer NORHAYATINA aka AJACK ada jugak org3 fatim dalam line up wani, begitu jugak denga MAS AYU aka sam yang telah memnagi unutk G2,, saya berharap kepada semua yang menang dapat jalankan tanggung jwab dengan sebaik munkin xpecially SERI WANI yang suka bekroni dan memilih bulu ,,, ubahlah sikap anda kalau anda mahu melihat pu3 setiawangsa bersatu ,, kita sudah bosan dgn sikap yang begini ,, tidak mau kejadian 4 tahun lepas berulang, ini ada lah permintaan semua pu3 setiawangsa agar ketua puteri sekarang mngubah sikap nyer yang negatif itu... dan akhir kata dari saya agar semuanyer dapat menjalankan tugas dgn ikhlas sepertimana yang dituntut, bukan kerana wang atau kerana jawatan semata,,, salam hidup FATIMMMMMM!!!!!


pu3 biasa

Anonymous said...

Hidup Umno Cheras!
Ceh wah!
Kebelakangan ini dengar khabar wilayahkini selalu berada di Riverside cafe PWTC.Betulke?
Kami pun mahu kenali penulis nie!
Ada pula yeng khabarkan yang wilayahkini pie karaoke bersama GRO2 Di pusat hiburan mewah.Ada kebetulan kami terserempak.

Ajaklah kami sekali mau turut.

Anonymous said...

UMNO Cheras akan terus hidup,krn kepimpinan yang cukup hebat.

Anonymous said...

hahaha..lawak betul la cawangan sri indah ni..

mesy pertama katanya tak cukup korum..jadi bahagian telah minta buat pada tarikh yg lain..

mesy kedua pula patut mula pkl 4, sampai 2 jam lebih wakil dari umno bahagian cheras tunggu masih tak cukup-cukup korumnya..kalau ikut peraturan, tunggu 1/2 jam je..

bila wakil dari umno bahagian balik dalam pkl 6 lebih sikit untuk pergi berbuka puasa, tiba-tiba dalam pukul 6.30 dapat telefon kata korum dah cukup..

tak baik menipu di bulan puasa.

Anonymous said...

Salam perjuangan...

sebagai ahli UMNO Bahagian Cheras saya sangat berasa berdukacita kerana semasa persidangan UMNO bahagian Cheras baru-baru ini saya lihat bagaimana sebenarnya arus politik di bahagian tersebut

walaupun saya hanya sbg pemerhati tetapi cara ketua-ketua dari setiapp peringkat menghadapi segala permasaalahan begitu kasar , rakus tanpa memikirkan keaiban mana-mana pihak

disebabkan pertandingan timbalan ketua bahagian pada tahun ini yang di rasakan begitu mencabar kewibawaan semua peringkat di bahagian cheras , mereka sanggup melakukan sesuatu yang tidak profesioanal dengan memaki hamun mengutuk , mengeji...nauzubillah

tp menurut kata ahli yang hadir pd tahun lepas ..... ini lah bahagian Cheras...suka bergaduh anak beranak....setiap tahun ada sahaja isu-isu pergaduhan dalam kain di timbulkan...tahun lepas dengan ketua wanita...tahun ni pulak dengan ... calon yang mengoffer diri untuk bertanding timbalan ketua bahagian...

tapi saya respect dengan calon tersebut,sewaktu dalam ucapan beliau , beliau menyatakan akan menerima kekalahan dan berharap agar cheras bersatu kembali.tetapi telah ditembak dan di bom bertalu-talu oleh ramai konco-konco lebih -lebih lagi ketua pemuda yang lantang bersuara di atas pentas..kalau setakat atas pentas je jadi pelakon opera je la beb.Calon tersebut(pada waktu tu masih belum tau menang atau kalah) sempat mengumumkan yang beliau akan menderma pada tabung azan yang dilancarkan pd hari tersebut ttp menerima senyuman sinis dari beberapa pemimpin di atas.Selepas itu ditempelak oleh Ketua Pemuda dalam ucapan nya "kalau nak derma tak payahlah nak umum2,boleh pergi ke pejabat...saya pun banyak duitt"taksub+takbur+bongkak sungguh ketua pemuda bahagian cheras ni yerrr..
nak kata muda tak la muda sangat...tp cakap x ingat tuhan wpun asyik dok baca hadis.

Anonymous said...

Cantek...inilah perangai Syed Ali.Pemimpin Syok Sendiri...

Anonymous said...

Syed Ali boleh jadi Ketua Pergerakan Syok Sendiri Malaysia