Thursday, October 9, 2008

NAJIB LAWAN KULI UNTUK PRESIDEN ; GELANGGANG PENCALONAN DI BUKA !

KUALA LUMPUR -- Datuk Seri Najib Tun Razak akhirnya mengumumkan hasratnya bertanding Presiden UMNO setelah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan secara rasmi tidak akan mempertahankan jawatan Presiden parti tahun depan.
Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin pula akan mengumumkan secara rasmi keputusanya bertanding Timbalan Presiden di Putrajaya pagi esok(jumaat).
Tengku Razali Hamzah pula masih bertekad untuk bertanding jawatan Presiden UMNO.Apakah impian Tengku Razali akan menjadi kenyataan ? Apakah Najib juga akan mengumumkan gandinganya bersama Tan Sri Muhyiddin Yasin selepas ini ?
SENARAI MEREKA YANG MENAWARKAN DIRI :
Presiden : Datuk Seri Najib Tun Razak, Tengku Razali Hamzah
Timbalan : Datuk Seri Ali Rustam, Tan Sri Muhamad Taib, Datuk Nur Jazlan
Naib : Datuk Seri Shafie Apdal, Datuk Shahidan Kassim, Datuk Khalid Nordin, Datuk Annuar Musa, Datuk Rais Yatim, Datuk Seri Syed Hamid Albar.

4 comments:

observer said...

Nampak sangat Pak lah tak ikhlas nak bagi peralihan kat Najib. Macam balas dendam dalam diam je aku tengok. Dia tak endorse atau bagi hint for support pun kat Najib.
Tak macam Tun buat kat dia dulu. Bagi ikhlas kat Pak Lah masa 2003.
Kita tengoklah nasib dia lepas ni, jangan susah-susah nak setting, petunjuk yang Allah bagi ni kat dia pun dah cukup hebat. Berdentum dentam lah petir dilangit petang announce tak bertanding tu.

Anonymous said...

Najib akan bkal menggantikan Pak lah.Tak payahla Tengku li bertanding.

Anonymous said...

Ya lah, dia dah tinggal lama, biarlah momentum pentadbiran tu dapat kat Najib. Ku Li kita lantiklah dia dalam Lembaga Penasihat Petronas. Dibawah dia lah sebagai menteri kewangan Petronas ditubuhkan.

Anonymous said...

aku jumpa ramai orang melayu samada umno atau pembangkang, dorang memang tak suka najib ganti.

kita tengok jelah nanti. malas nak pikir.