Wednesday, October 29, 2008

JALAN ALOR KEKAL NAMA YANG SAMA ; DBKL UMUM SECARA RASMI HARI INI !

KUALA LUMPUR -- Datuk Bandar Kuala Lumpur hari ini mengumumkan DBKL akan mengekalkan nama Jalan Alor diatas bantahan keras daripada pelbagai pihak kerana Jalan Alor merupakan satu nama yang begitu popular di prasada antrabangsa.DBKL menerima tamparan hebat baru - baru apabila menukar nama Jalan Alor kepada Jalan Kejora. Namun ,diatas tindakan segera Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique nama Jalan Alor dikekalkan kerana beliau sendiri mengakui Jalan Alor begitu terkenal di dunia. Beliau juga mendengar rintihan daripada pelbagai pihak sebelum membuat keputusan untuk mengekalkan nama tersebut pada minggu lepas.
Hari ini, Datuk Abdul Hakim Borhan dengan rasminya mengumumkan bahawa DBKL akan mengekalkan nama Alor seperti biasa sebelum ini. Kini kontroversi penukaran nama Jalan Alor telah selesai dengan keputusan Menteri Wilayah Persekutuan. Mungkin selepas ini , Menteri Wilayah Persekutuan dapat memberi peringatan kepada DBKL supaya lebih berhati - hati dalam isu penukaran nama jalan.

2 comments:

Anonymous said...

Baguslah old s gold.Diharap DBKL akan sedar kesilapan mereka.

Anonymous said...

yg mengong sangat nak tukar2 nama tu nape? bengonggg... ni kes dah takde kerja lagi la nih