Friday, October 10, 2008

MUHYIDDIN YASSIN PULA MASUK GELANGGANG ; ALI RUSTAM DAN MAT TAIB SEDIA BERENTAP !

KUALA LUMPUR -- Sepertimana yang dijangka Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin akahirnya mengumumkan hasratnya bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan parti Mac depan.Penampilan Muhyiddin melengkapkan empat calon menawarkan diri bertanding Timbalan Presiden termasuk Muhamad Taib, Ali Rustam dan Nur Jazlan setelah Zahid Hamidi tarik dari bagi memberi laluan kepada Muhyiddin Yassin.
Kini semua tumpuan tertumpu kepada Datuk Seri Najib Tun Razak - sama ada beliau akan memilih gandingan calon Timbalan Presiden dikalangan Muhyiddin, Ali Rustam atupun Mat Taib? Pada pemilihan UMNO 2004 , Ali Rustam mendapat majoriti undi yang tinggi jika dibandingkan dengan Muhyiddin bagi jawatan Naib Presiden manakala jurang undi antara Muhyiddin dan Mat Taib pula hanya 44 undi . Muhyiddin yang dijangka akan mendapat kedudukan tempat pertama dalam saingan Naib Presiden menerima kejutan apabila meraih tempat ketiga.Bagaimana kali ini ?

4 comments:

freebirds said...

Tan Sri Muhyiddin memang calon paling layak untuk bertanding bagi orang no 2 parti.

Jed Yoong said...

Wilayahkini tak masuk gelanggang ke?
Kee Kee Kee.
Free 4 all-mah.

Anonymous said...

dekat nak bertanding gambar senyum...jarang berlaku

pemuda jalanan said...

Mat Taib kata dia dah 4 kali ambik 'SPM' sekarang nak ambik 'STPM' pulak. Masalahnya 'SPM' dia lulus tak cemerlang - SAP, Muhyiddin kali ni lulus cemerlang dan top of the class (Grade 1). Pasal Bersuara hebat menentang kepincangan kepimpinan. So dia layaklah nak ambik 'STPM' pulak.