Sunday, October 19, 2008

KAMARUDDIN AMBOK MENANG DI SEGAMBUT ; MOKHTAR SAMAD BUAT KEJUTAN DI BTR ; AMIL SALLEH DAN RAHIM BABA TEWAS !

KUALA LUMPUR -- Bekas Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Mokhtar Samad akhirnya berjaya menumpaskan Datuk Amil Salleh dalam pertarungan satu lawan satu merebut jawatan Ketua UMNO Bandar Tun Razak. Mokhtar Samad menang dengan kelebihan 25 undi.
Sementara itu, bagi jawatan Timbalan Ketua Bahagian kekalahan orang lama UMNO Bandar Tun Razak Datuk Rahim Baba ditangan Shahruddin mengejutkan pelbagai pihak di Kuala Lumpur hari ini.
KAMARUDDIN AMBOK MENANG
Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Segambut Senator Datuk Kamaruddin Ambok berjaya mempertahankan jawatanya selepas menewaskan Bendahari Bahagian Hadi Mad Zam hari ini.
Keputusan Penuh :
KETUA BAHAGIAN
Datuk Kamaruddin Ambok - 120 undi
Hadi Mad Zam - 91 undi
7 undi rosak
TIMBALAN KETUA BAHAGIAN
Dato Kassim Tadin - 104 undi
Dato Osman -27 undi
Dato Azri - 87 undi
NAIB KETUA BAHAGIAN
Bahtiar Adnan - 118 undi
Kamarudin Hassan - 97 undi

13 comments:

cctv said...

Tahniah dka dan barisan beliau yang berjaya. Pesanan dari kami akar umbi jangan sombong kerana anda dipilih oleh kami. bekerja untuk ahli bukan untuk perut sendiri. tunaikanlah janji tempoh hari antaranya- penggal terakhir dka & dkt mimpin Segambut.
barisan mantan ketua pemuda Segambut(Calon yg mendapat undi kurang dari yang menang) bersatulah untuk mimimpin Segambut pada 2011.. kami yang masih muda ini akan menyokong anda 100%
AJK Yang menang tolong jangan menyusahkan Cawangan dengan kerenah birokrasi bila jadi pemerhati semasa mesyuarat cawangan k. lain kali klau anda buat hal kami senarai itam terus nama anda dlm ajk.
G7 yang berjaya jgn nanti pulang tanpa lapuran utk dibentangkan pada kami d mesyuarat agong. kami pun nak tau ape anda buat masa di perhimpunan kebangsaan. Jangan asyik kira masukkkkk sendiri ajerr.
Salam Sayang untuk semua pemimpin UMNO Segambut diperingkat Cawangan 4 peringkat dan bahagian.

pemuda jalanan said...

Iya kita nak tengok kebijaksanaan pemimpin bahagian dan pemuda dalam menyatukan semua ahli dari 4 peringkat. Yang kalah jangan diketepikan (sideline), dicerca, disekat, tidak dibantu bila memerlukan pertolongan, dan lain-lain. Maka dengan itu bermulalah episod baru di Segambut. Semoga segala kejadian dan petunjuk yang berlaku bermula dari 8 Mac hingga ke pemilihan bahagian ini dijadikan tauladan dan sebagai bahan untuk muhasabah diri bagi memacu Segambut ke arah yang lebih cemerlang sebagai pembela rakyat.

Anonymous said...

Kepimpinan Kamarudin memang bolih tahan, kamarudin jenis orang yang sangat taat kepada Ketua...

positive said...

salam...
segambut ku gagal kembali...
Akar umbi masih memilih barisan yang sama untuk menerajui segambut...
setelah kegagalan setinggan melayu di segambut & kegagalan pucuk pimpinan Barisan Nasional Parlimen Segambut...barisan kepimpinan UMNO segambut masih gah dihadapan, ahli terpaksa terima hakikat, mentaliti perwakilan masih memandang kepada wang ringgit, bukan kepada perubahan & kebaikan bangsa sendiri.

gadis Dungun said...

GUA sokong lu positive...kamarudin ambok tu apa yg dia reti...yg dia reti cari projek utk poket dia...gua pun heran mcm mana perwakilan masih menyokong dia yg lagak n sombong tu..apa yg dia dah bela pd org2 segambut...suruh dia balik kg dia la terengganu...lawan kat sana ...kat sana pun dia finish kalau bertanding tau...dia sebok kipas Dato zul boleh la dpt tempat di wilayah ni..kalau nak bandingkan dgn syed ali...jauh n tinngi ketokohan syed ali lagi...umno segambut jgn takut kalu pemimpin tak buat kerje...kita kasi kerje kan sama dia...bye

mie7982 said...

betul2 kerjakan dia klu dia tak buat kerja

ktm segambut said...

Sekarang dia dah makin reti tengok lah nanti!! Baru ni dia turun tengok rumah anak yatim terbakar kat Penchala?
Datuk Bandar pun dah turun kat Segambut Bahagia nak selesaikan masalah banjir kilat?
Banyak lagi akan menyusul untuk dia bantu selesaikan. Insyallah.

Anonymous said...

salam.....
maaf menyampuk...
banjir kilat. saya ingat dah 3 term dia kat situ tapi segambut bahagia masih bergelumang ngan lumpuh banjir.
bukan segambut bahagia je yg terlibat....banyak lagi kawasan yg terlibat....mana peruntukan naik taraf parlimen segambut yang sebelum ni...kenapa tak gunakan untuk naik taraf perparitan & saliran ??? mana lah kontraktor nak buat kat dalam kampung...dah kita dok sapu bedak kat luar je..jalan besar kita naik taraf lah dalam kampung ada sesiapa nak tengok ?? bila ada pemilihan semua lah pemimpin nak masuk kampung. peruntukan ada...tapi yang ni ambil 30% lah...pastu ada lagi ambil 15% lah...so tinggal berapa lah sangat nak naik taraf perkampungan, kontraktor pon tak sangup nak buat.

Anonymous said...

setuju setuju...saya setuju dengan saudara.....
sama jelah...dari atas sampai lah bawah. wayang tinggi production. apa yg perwakilan masih terima pemimpin yg mcm tu pon saya tak paham.
Kamarudin ambok...kasim tadin..bahtiar..samajelah. bukan kita nak sabotaj or apa. negara kita mengunakan sistem demokrasi, jadi sepatutnya para perwakilan mesti memandang kepada kemajuan dan pembangunan...mahupon dari segi ekonomi, islam, pembangunan dan juga kepentingan org melayu UMNO. ini tidak...mentaliti perwakilan memandang kepada faktor lain, nak kata kita ni dok kat kawasan pedalaman, tidak pon. semua berpikiran metropolitan tapi kita masih gagal untuk membentuk segambut lebih bagus dari dulu.

cctv said...

Apaleh dibuat suara mejoriti lebih menyokong LINE UP dka TAK TAU APE YANG DIGUNA LEH DEPA. minoriti ni dah usaha sehingga saat akhir utk menewaskan mereka tapi keputusannya seperti yang tersirat.
Dengarnya penduduk Segambut Bahagia dapat makan Free kira-kira 300 bungkus nasi diedar tapi kesian gak depa sebenarnya nasi tu tak cukup, ramai lagi yang dah kebulur terpaksa g iswara(kat Sri delima) cari nasi kul 1.00pagi lepas bertungkus kumus bersihkan umah dari jam 8mlm. org Bahagian kata pusat operasi buka siap masak nasi, berapa banyak masak? banjir dah selalu berlaku, tp Pusat operasi Banjir sebenarnya dimana. Ada kata di firdauslah, Pejabat UMNO lah mana sebenarnya. Buat kerja tu biar betul2, Information biar tepat jgn lepas batuk ketangga ajerr. Penduduk Sgbt bahagia dah tak sebahagia dulu siren bunyi (tapi tak kedengaran) semua kena sorok dlm gua (masa Jepun)tp kini Hujan Lebat terus tukar kain pakai seluar aje stand by lawan banjir. Kesian penduduk Segambut Bahagia hanya gah pada nama. maka itu klau barisan dka tak buat kerja 2011 bye-byelerrr

Anonymous said...

LUMRAH MANUSIA...

1. TIDAK PERNAH PUAS
2. SUKA MENGUMPAT
3. SUKA MENUDING JARI (TAK PERNAH MENGAKU SALAH)
4. SUKA TENGOK SALAH ORANG LAIN WALAUPUN 1% -VE 99% +VE
5. MUDAH LUPE (KALAU SETAHUN KITA TOLONG, TAPI KITA TAK TOLONG. KITA LUPE JASA SATU TAHUN TU)

NAK COMMENT ORANG MEMANG SENANG. NAK CARI SALAH ORANG MEMANG MUDAH. TAPI CUBE TANYA DIRI SEMPURNA KAH KITA. ADAKAH KITE NIE DAH ADA INSURANCE SYURGA (RUKUN ISLAM TERLAKSANA & RUKUN IMAN TERPENDAM DALAM DIRI)?

SEKIAN. TQ.

Anonymous said...

salam....
kita duduk dalam negara demokrasi saudara/saudari. minta maaf. kalau tak boleh kena tegur, kalau tak boleh terima dugaan n kalau tak boleh terima hakikat. tolonglah duk umah diam2 buat hal sendiri, jangan campur politik m'sia. kegagalan diri sendiri tak boleh terima...macam mana nak jadi pemimpin. Lumrah politik demokrasi kita ada pembangkan utk bersuara. kalau tak boleh terima hakikat. letak jawatan habis cerita. mcm mana nak jadi pemimpin kalau diri sendiri pon tak boleh pimpin. cermin lah diri anda sendiri sebelum menyuruh org cermin diri.

x ajk said...

baru pagi tadi banjir lagi... lancau la korang..