Monday, October 6, 2008

MACAM - MACAM ADA : APABILA PENYANDANG KETUA WANITA TERLALU DESPERADO; PERWAKILAN WANITA KENA " KIDNAP" !

KUALA LUMPUR-- Menjelang pemilihan bahagian ini macam - macam cerita yang kita dengar sampai ada pemimpin wanita yang bertanding mempertahankan jawatan Ketua Wanita di sebuah bahagian UMNO ( Wilayah Persekutuan) sanggup " kidnap" ( menculik ) beberapa Ketua Wanita Cawangan daripada menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri bos mereka baru - baru ini. Wilayahkini mendapat info, insiden kidnap ini terjadi, apabila Ketua - Ketua Wanita Cawangan sudah bersedia untuk menghadiri majlis rumah terbuka bos mereka tetapi kerana tidak mempunyai kemudahan pengangkutan ke sana, dan telah meminta bantuan pertolongan daripada Ketua Wanita mereka. Tetapi malangnya, perjalanan mereka melalui sebuah van tidak menghala ke majlis rumah terbuka Ketua Bahagian mereka tetapi telah menghala ke suatu tempat yang lain. Wilayahkini telah cuba korek ..korek sikit mengenai insiden tersebut , dan kami mendapati insiden kidnap tersebut dilakukan oleh penyandang Ketua Wanita Bahagian sekarang bagi mengelakkan para perwakilan wanitanya berjumpa dengan pencabarnya yang berada di majlis rumah terbuka tersebut.Begitulah cerita yang kami dengar daripada beberapa perwakilan wanita bahagian tersebut yang begitu hampa kerana tidak dapat bertemu dengan bos mereka yang merupakan salah seorang pemimpin UMNO penting di Wilayah Persekutuan.

4 comments:

Anonymous said...

alamak, mcm kenal je gerak geri siapa nih... Dia buat hal lagi ke??? astaghar....

bawak2 lah bertaubat. sanggup ke buat mcm ni semata2 nak kan jawatan Ketua Wanita tu... nape?? masyuukkkk ke if jadi KW?

Anonymous said...

Siapa nama Ketua Wanita tersebut? Wilayahkini tolong dedahkan kerana dia patut di hukum kerana perbuatan yang cukup memalukan tersebut.

Anonymous said...

ada iklan lak ke?

Anonymous said...

Hmmm... Ini confirm tak lain tak bukan kerja wakil penjual Avon terkemuka di Setiawangsa. Tak tahu lah kenapa wanita-wanita ni takut sangat kat dia. Isk isk isk...

P/S: Wanita-wanita cik oiii.. bangun lah! Dia bagi makan kat hang pa ka???