Friday, October 10, 2008

LAST KOPEK ; NORZA ZAKARIA MENAWARKAN DIRI BERTANDING AHLI MAJLIS TERTINGGI !

BERITA TERKINI 13hb Okt -- UMNO Bahagian Cheras pimpinan Datuk Syed Ali Alhabshee mencalonkan Datuk Paduka Norza Zakaria untuk bertanding jawatan Majlis Tertinggi semalam.Terpulang kepada ahli - ahli UMNO khususnya Pemuda untuk menilai kredibiliti Norza Zakaria. Ramai yang tertanya - tanya kemana perginya Norza ?
KUALA LUMPUR -- Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang di lantik diatas kuota Pemuda UMNO Malaysia Datuk Norza Zakaria menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Beliau yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan kini dalam dilemma untuk meneruskan karier politiknya selepas menerima tamparan apabila gagal dicalonkan sebagai calon BN pada PRU yang ke 12 baru - baru ini.Beliau juga kehilangan jawatan Setiausaha Politik Menteri Kewangan 2 yang disandanganya selama satu penggal sebelum PRU yang ke 12. Kepimpinan Norza sebagai Ketua Pemuda WP dan Wangsa Maju juga menerima kritikan yang hebat daripada pelbagai pihak di Wilayah Persekutuan.

12 comments:

Hasbullah Pit said...

Dateline tawar diri bila?

Pemuda Wilayah Pencen said...

Pandangan peribadi saya sbg Pemuda Wilayah,Datuk Paduka Norza lupakan saja hasrat tu sbb zaman politik Datuk tengah malap ni.Elok lah Datuk Norza make comeback 3 tahun lagi.Sekarang ni Datuk bantu lah sapa2 yg boleh membawa Datuk keatas pada masa depan.
Nasihat saya sebagai Pemuda Wilayah yg pernah bersama-sama Datuk.Ini adalah ujian utk Datuk.Semasa kita diatas jgn lah kita sombong.Pandanglah kebawah.Bila terlalu cepat naik.Kita akan jadi lupa daratan.Allah S.W.T masing sayangkan Datuk.Pasal tu dia sedarkan Datuk cepat2.Sbb Datuk org baik.Gunakan kebaikan Datuk tu ke jalan yg betul.Jgn lah lagi bantu org2 yg dibantu itu menggunakan segala sumbangan Datuk itu utk pergi dan gunakan cara yg tidak baik.

Anonymous said...

sdr Norza,semasa sdr berada di Mt apa yg yg sdr perjuangkan,semasa jadi Ketua Pemuda WP,ketua2 pemuda pun tidak bolih disatukan,Sdr sembur nyamuk nayamuk pun semakin bertambah banyak,cukuplah pada saya sdr sudah menang,menang guna Kekuatan UMNO untuk kayakan peribadi..PRU 12 batang hidung pun tak nampak ,sudahlah..jom kita pi karaoke lebih baik

Anonymous said...

Orang rendang biasalah bercita-cita tinggi. Lupakan sahaja lah Dato'. Empayar Dato' pun dah besar, concentrate lah nak improvekan UMNO ni balik. Jangan spoilkan lagi.

Anonymous said...

ukur baju di badan sendiri norza..pilihanraya pun tak nampak muka..pirrahhh..

Anonymous said...

bercita-cita tinggi bagus,tetapi jgn diri yg tak bagus disuruh dipaksa dikata bagus,gunakan wartawan yg tak beretika menulis cerita supaya kata bagus2 itu tidak bagus,Kalau Ketua Pemuda bolih bergaduh dg Pemimpin atasan bukan contoh yg bagus,TN pernah berkata itu budak hingus dan tak bagus..Dato Norza tunjukkan jasa mu di bumi Wilayah apa yg telah dilakukan.sembur nyamuk kerja DBKL,bukan kerja Ketua Pemuda WP.sebab itu ramai ketua pemuda Bahagian rasa tertipu buat kerja yg konon dikata bagus.Cipta Logo Pemuda WP itu bukan pembaharuan itu lebih retorik..sebenarnya tidak bagus.kalau nak cipta sebarang logo minta izin pemuda kebangsaan dulu kan itu bagus, kalau asyik kata KJ sorang saja bagus itu tidak bagus, tapi teman bernani kata disini Dato Hisyam tu Bagus.yang bagus teman akan kata bagus.

nobisha said...

Sdr Hasbullah, tak der deadline. Asalkan ada pencalonan minima, silalah masuk gelanggang. Menang atau kalah, itu soal kedua.

Anonymous said...

Taring dah tak da, bagaimana nasib menantu dan kuncu-kuncu?

Anonymous said...

Saya tertarik dg kisah bagus dak bagus Datuk Norza yg berlatar belakang Acc jawatan pemeriksa kira-kira cukup bagus.

Wangsa Maju men said...

Depa dapat pencalonan yang tertinggi untuk jawatan sebagai Pemerika Kira - Kira di Wangsa Maju.Huh..sungguh terharu kita semua di WP kerana mempunyai anak melayu yang serba boleh.Sembur racun serangga pun boleh, angkat sampah DBKL pun boleh.

Anonymous said...

saya tidak pernah bermusuh dengan datuk norza.apatah lagi menyusahkan & menyakiti hati beliau.

..tapi tidak lama dahulu, datuk memang pernah memandang rendah & sangat sinis dengan kehadiran saya. mungkin kerana saya hanyalah ahli biasa pemuda wp yang tidak berguna, menyakitkan pandangan mata atau menguntungkan datuk apa-apa.

begitupun, saya terima dengan hati yang terbuka kerana datuk pada masa itu berada dipuncak & berjawatan sangat hebat.

terima kasih datuk!

Anonymous said...

norza politik konon..semua nk bodek cari nama dpt lubang projek x bantu pun..mandikan terus jee