Saturday, October 25, 2008

ZULHASNAN RAFIQUE UMUM BERTANDING MT SECARA RASMI HARI INI ; ALI RUSTAM MENJADI PILIHAN PERWAKILAN SETIAWANGSA !

KUALA LUMPUR -- Pengerusi Badan Perhubungan UMNO dan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique mengumumkan hasratnya bertanding jawatan Majlis Tertinggi secara rasmi hari ini.
Beliau mengumumkanya kepada media selepas merasmikan persidangan UMNO Bahagian Setiawangsa yang diketuainya hari ini di Hotel Nikko. Turut hadir pada sidang media tersebut ialah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Senator Datuk Kamaruddin Ambok dan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Senator Ridhuan Hamid.
Beliau berkata " Saya ingin menawarkan diri bertanding MT berasas kepada suara sokongan pencalonan daripada seluruh negara.Saya serah kepada akar umbi dan minta sokongan mereka". Zulhasnan Rafique yang menjadi wakil tunggal BN dan UMNO di Kuala Lumpur setelah berjaya mempertahankan kerusi parlimen Setiawangsa pada PRU yang ke 12 pada bulan Mac lepas , telah mendapat sejumlah 30 pencalonan sehingga hari ini.Beliau turut menang tanpa bertanding sebagai Ketua UMNO Setiawangsa.

ALI RUSTAM PILIHAN PERWAKILAN
Sementara itu, Datuk Seri Ali Rustam mendapat undi yang tertinggi dan dicalonkan sebagai calon Timbalan Presiden manakala perwakilan Setiawangsa turut mencalonkan Jamaluddin Jarjis, Shafie Apdal dan Hishamuddin Tun Hussein bagi jawatan Naib Presiden.
Pemilihan semalam turut menyaksikan penyandang Timbalan Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa Datuk Halim Samad berjaya mempertahankan jawatanya selepas menewaskan pencabarnya Shuib Ibrahim dalam pertembungan satu lawan satu yang begitu sengit.
Sementara itu, Bendahari Bahagian Datuk Fauzi Zahari pula dipilih sebagai Naib Ketua Bahagian yang baru dalam pertembungan empat penjuru.

11 comments:

Anonymous said...

bukan akar umbi dah kata fokus kat setiawangsa je dulu ke???!! heran pakcik

Anonymous said...

Tahnniah Dato .

Anonymous said...

betul tu... saya sokong 100%. Wak Lu la Zulhasnan ni.. bukan ke akar umbi dah bersuara lantang menentang dia ke MT. Tumpukan perhatian pada WILAYAH dulu! Haru la dia ni.. dasar "GIPANG" betul!!

Yelah, bukankah dah heboh kemenangan di Setiawangsa disebabkan 'peranan orang-orang' di BAHAGIAN! Kami ni pun bukannye bodoh! Alhamdullilah la Dato' Zul... satu hari nanti kau tahu lah langit tu tinggi atau rendah!
Sikap kianat dan dengki kau tu tak kemana. Kalau ko ingat kasi 'si polan bin si polan' menang... ko boleh menang kerusi MT... hmm harap maaf lah ye! Dato Sri Najib pun bukan nye bodoh. Byk lagi org lain dia nak jaga.. ngok!

oh ye... nasihat kepada Dato Syafie Afdal... "Jangan Pandang Belakang"!! -Bukan takut nampak hantu raya... takut terkilan nampak "kawan lama" dok tikam dari belakang!!! maklum lah tuan pengerusi takut... jawatan Badan Perhubungan UMNO wilayah nanti dapat kat hangpa!


Sekian, Wassalam

Anonymous said...

dia dah buat istiqaroh ke sebelum buat keputusan yang rata-rata akar umbi dah bantu dia buat keputusan? Ikut nafsu badan binasa Dato'.

Anonymous said...

pasal belum lah tu kot yang dia perasan nak ke MT

Anonymous said...

Masing-masing ada Ketua bahagian jagalah bahagian masing-masing,inilah perangai orang kita,Jawatan Ketua berebut bagaikan nak rak,Bahagian sendiri kenalah jaga,Jangan harap orang luar turun bantu....Dengki tak akan membantu selesaikan masalah... banyak dengki dekat orang Allah murka...takut Allah balikkan Dengki orang pada kita,Ambil contoh Ketua UMNO Kepong Mesyuarat Bhgian Aman..kerana apa.. barisan kepimpinan Wanita,puteri,pemuda ,waima Bahagian sendiri diasuh menghormati kepimpinan lain,bila kita hormat orang orang hormat kita...kan baik cara asuhan kepimpinan begitu.

Anonymous said...

berilah peluang Datuk Zul bertanding MT. Hangpa tak bagi pasal apa.Marah ada sebab kot.Kalau dia menang kan kah lagi bagus

Anonymous said...

Nak tanya sikit... bagus tang mana tu??????

Anonymous said...

Nak dapat pencalonan tu boleh lah... angkat telepon order je Dato'. Kami pun takut juga.. maklumlah kene jaga periuk nasi kami.

Tapi Dato', undi itu rahsia! Kalau tak menang tu harap-harap Dato' sedar diri lah ye!!

Anonymous said...

Kami orang Asli

Anonymous said...

tak pe org asli pun kalau nak mintak peruntukan... haa inilah masanye!

pegi pebajat bahagian ambik borang