Ketika politik UMNO di kejutkan dengan penampilan Datuk Zahid Hamidi dan Datuk Seri Ali Rustam yang menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden ; kini perwakilan UMNO sudah menjangka lebih ramai lagi akan menawarkan diri bertanding Timbalan Presiden walaupun Datuk Seri Abdullah belum mengumumkan pendirianya.Malah masing - masing sudah membuat ramalan bahawa Pak Lah tidak akan mempertahankan jawatan kali ini. Namun kita perlu menunggu pengumuman Pak Lah sebelum 9 Oktober ini.
Penawaran diri Zahid dan Ali Rustam bagaikan mereka mahu melawan Datuk Seri Najib kerana jawatan Timbalan Presiden masih belum dikosongkan oleh Najib mahupun beliau juga belum lagi mengumumkan pendirianya. Dalam politik apa jua boleh berlaku.
Wilayahkini difahamkan , selain Zahid dan Ali Rustam, dua pemimpin lain yang menaruh minat ialah Tan Sri Muhamad Taib dan sudah tentu Tan Sri Muhyyidin Yassin.
REAKSI ZULHASNAN RAFIQUEBagaimana pula kehendak dan keinginan 13 bahagian di Wilayah Persekutuan? Siapakah pemimpin pilihan mereka ? Apabila perkara ini dirujuk kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique , beliau berkata " semua pihak berhak mengumumkan pendirian masing - masing melalui sms, media dan sebagainya. Bahagian - bahagian di Wilayah Persekutuan akan menyatakan pendirian selepas pengumuman rasmi Pak Lah nanti", katanya kepada pemberita semalam.
Sementara itu, Wilayahkini difahamkan sudah ada usaha lobi - melobi pemimpin - pemimpin UMNO di Wilayah Persekutuan supaya mencalonkan pemimpin - pemimpin tertentu.Pada masa yang sama mungkin di Wilayah Persekutuan ada kejutan kali ini dari segi pencalonan ? Wilayah Persekutuan di lihat sebagai negeri "penyelamat" dari segi undi dan pencalonan apabila setiap kali musim pemilihan UMNO diadakan. Selain Timbalan Presiden, siapakah pilihan calon - calon Naib Presiden yang akan diketengahkan kali ini oleh Wilayah Persekutuan?
22 comments:
hmmmmmm.
so sad. recycle. recycle. recycle.
;)
Zahid Hamidi ni pun bekas anak didik Anwar. Kisah silam sedikit sebanyak kena kait juga.
Aku rasa sekarang macam giliran Melayu Keadilan (ex-UMNO 1998) tadbir negara ni pulaklah, selepas era Semangat 46 (ex -UMNO Pak Lah and the team) tadbir jadi flip flop.
KJ jadi boneka Anwar kat Pemuda, pasal dari tangan dialah yang menghulurkan passport kegemilangan yang bagi akhirnya bagi chan kat Anwar buat huru hara macam ni.
Kita tunggu pengumuman Pak Lah, kalau dia tanding, Najiblah tersepit pasal dah ramai member aim kerusi dia. Mahu tak mahu, bahagian kena calon dia jadi Presiden.Kita tengok apa KJ punya main pulak lepas ni.Aku harap Najib dan otai-otai experience ni dapat kejayaan dalam HIGH LEVEL game yang tersirat yang kami tak nampak ni.
Cayalah UMNO CHERAS dah announce awal-awal. Yang lain tak dengar lagi. kalu sayangkan UMNO buatlah langkah macam Cheras. Kalau tak menyesal semua nanti. Dari 8 Mac sampai sekarang kita asyik rasa macam menyesal je, tertanya-tanya apalah nasib UMNO ni.Tak de siapa pun nak 'console' kita yang confuse ni. Silaplah Ketua Bahagian semua ni tak turun padang cerita yang sebenar-benar. Setidaknya cerita MKT turunkan lah kat kita orang.
Betullah , sia-sia jadi Ahli Majlis Tertinggi kalau tak kongsi ngan kita orang.
Apa yang bakal berlaku pasti akan umum ketahui tidak lama lagi.Pak lah belum lagi mengumumkan keputusannya tetapi tengoklah gelagat pemimpin-pemimpin lain di umno masing-masing ingin bertanding.
Wahai Wilayahkini sedara tolonglah nasihatkan Pemimpin anda Dato Zulhasnan untuk bertanding dan berjuang habis-habisan bagi naib presiden.
Kami teringin sangat melihat Dato Zulhasnan Sebagai Naib Presiden dan duduk di barisan tersebut menjelang tahun 2009.
Saya rasa bagi Dato zulhasnan bekerja keras mengembalikan keyakinan rakyat dalam kawasan Wilayah ni untuk penggal ni. Kita sama-sama bantu demi mengembalikan status parti keramat kita ini ke tahap yang sebenar sebagai pembela nasib bangsa sekali gus menjaga ketenteraman negara. Biar dia buatkan garis panduan hala tju untuk Wilayah yang kita bakal harungi bersama-sama tanpa mengira pangkat, darjat demi perjuangan dasar parti tercinta.
Jawatan yang tertinggi tu biar mereka yang kat atas memecah ruyung bagaimana caranya yang sesuai untuk UMNO kembali ke persada politik sebagai simbol melayu di mata dunia.
Rosmah Bakal Perdana Menteri Malaysia? – Bahagian Satu: Belanja Lumayan, Anak Suami Tak Dilayan
Sebelum rakyat dan ahli-ahli UMNO memberi sokongan kepada Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden Parti dan Perdana Menteri negara, wajarlah tingkahlaku dan dosa anak Perdana Menteri kedua Malaysia ini diselidiki sepenuhnya. Tolak ketepi dahulu kebarangkalian pengbabitannya dengan pembunuhan ngeri Altantuya Sharibuu yang mengaibkan kerajaan Malaysia di mata dunia. Imbasan ringkas sejarah busuk Najib dan isterinya Rosmah sudah cukup untuk mengajar kita betapa bahaya parti dan negara jatuh ke tangan gandingan suami-isteri (atau lebih sesuai, ISTERI-suami) ini.
Belum sempat keperitan hati keluarga mangsa-mangsa Helikopter Nuri diubati, kronisme dan nepotisme Najib-Rosmah terserlah dengan penggantian Nuri dengan Eurocopter, meskipun ia merupakan model paling mahal sejauh 25% dan tidak diuji medan perang. Mengapa Najib sewaktu menjadi Menteri Pertahanan sekian lama enggan memeterai perjanjian untuk Sikorsky Blackhawk yang jauh lebih murah dan mempunyai rekod cemerlang di zon-zon perang?
Jawapannya datang dalam bentuk seorang adik bernama Nazim Razak yang muncul berkecimpung dalam isu-isu pertahanan negara sungguhpun merupakan seorang arkitek. Dengan rangkaian luasnya dengan pencipta-pencipta Eurocopter, Nazimlah sebenarnya yang menandatangani perjanjian Eurocopter sekaligus meraih komisen besar sewaktu rakyat Malaysia sibuk memikirkan kos sara hidup yang kian meningkat.
Yang cukup membimbangkan kita, sebenarnya bukan Najib yang berkomplot langsung dengan adiknya Nazim dalam hal Eurocopter ini. Tetapi isterinya Rosmah, yang berkelakuan seperti wanita sihir atau "witch" dalam cerita kanak-kanak Inggeris! Rosmah cukup bijak; wanita durjana ini menghabiskan wang yang diberi Nazim, untuk bersuka ria di London. Siapa tak kenal Rosmah dan perangai borosnya itu di negara perantauan. Dalam satu kes, cukai-tambah-nilai sahaja dilaporkan oleh penguatkuasa di England sebanyak 50, 000 pound (sekitar RM350 000)! Jika cukainya yang tak sampai 20% pun sudah bernilai RM350 ribu bayangkanlah berapa tinggi nilai sebenar perbelanjaannya.
Tak cukup lagi dengan keborosan di kedai-kedai mewah di London, Rosmah juga menghabiskan RM 500 ribu untuk pembedahan plastik dan botox di London tahun lepas. Jika tak percaya, lihat sajalah wajah wanita sihir itu dulu dan sekarang; mustahil cukup tempe di Malaysia ini!
Mungkin sikap Rosmah ini tidaklah memeranjatkan, jika kita lihat sejarahnya yang lampau. Sudahlah mencuri suami orang (Najib pada awalnya berkahwin dengan Tunku Puteri), Rosmah cuba sedaya upaya menghalang Najib untuk menghadiri majlis akad nikah anaknya sewaktu bersama Tunku Puteri, Nizar Najib bersama anak usahawan mahsyur dan bekas Exco Wanita UMNO Malaysia Dato' Maznah Hamid. Kuatnya pengaruh Rosmah ke atas suaminya, Najib hampir-hampir akur dengan saranan Rosmah untuk tidak ke majlis tersebut.
Setakat ini sahaja bahagian satu siri Rosmah Bakal Perdana Menteri Malaysia. Tiga isu yang dikupas setakat ini:
1) Perjanjian kronisme Eurocopter yang menguntungkan Rosmah
2) Perbelanjaan lumayan Rosmah di London (wang rakyat!!)
3) "Queen Control" hinggakan perkahwinan anak sah Najib pun tidak direstui
Leceh lah cerita lu pistolair. Air penuh kat kepala kut. Semua orang ada skandal lah............sebut siapa yang tak de.
Sekarang kena berubahlah dia orang ni. Time is over. Bukan masa untuk buat duit sekarang di UMNO. Kena betulkan perjuangan asal balik.
Hello pemerhati jauh,
LUPA KE yg BN kat Wilayah dah hampir wipe out. Dia 'Kembalikan keyakinan' rakyat??? What nonsense u talking about?!
Pistolair,
Ia..Kak Ros sangat menakutkan.Jadi VVIP kat majlis kawin org tak senyum langsung.Mungkin terlebih inject -dah keras mulut. Dia adalah legenda shopping tanahair,semua org tau. Takut!!
Fed up,jaga jawatan kau tu, kalau dah bagus sangat kenapa orang nak lawan..kau pun bergantung ihsan orang..cakap saja banyak sumbangan habuk ...gua kenal lu..
betul lah Fed Up ni macamlah kita tak kenal dia. Aku sentiasa je perhatikan dia dari jauh, tapi dia tak kenal aku.
Ya lah aku cakap, sekarang ni dia Menteri Wilayah, yang sibuk-sibuk nak suruh dia gi Naib Presiden buat apa? Mungkin dia dah sedar kesilapan dia, jadi tugas utama dia pulihkan Wilayah lah balik. Salah ke cakap aku ni. Jangan ulangi kesilapan lalu.
I'll be watching you, Fed Up!!!!!!
saya ingin cadangkan Datuk Kamarudin Ambok sebagi Pengerusi Perhubungan..sapa setuju kata setuju
Wakaka...
Don't angry!
Datuk Kamarudin Ambok ok jugak jadi Pengerusi Perhubungan. Kurangkan beban Zulhasnan. Sekarang ni terlampau tamak sangat semua nak pegang, tak jalan juga. Biar D Kamarudin Ambok bantu. Lagi pulak bahagian dia telah perjuangkan tanah orang melayu Kampung Baru tahun lepas. Itulah perjuangan yang bahagian kita lupa nak bawak. Tapi tak apa semua orang boleh perjuangkan selaginya ia kepentingan melayu!
Kamarudin Ambok hantar sms pun tak lepas.Buat kenyataan cerai melalui sms.Semua akhbar keluar.Mana ada moral? Dah dapat Senator pun dah kira baik.Dia tu banyak bermimpi.
Kamaruddin Ambok ? Kah Kah......depa semua mimpi ka
peribadi dg bekas ieteri dia jgn nak campur aduk, yg bini dia melalak nak sangat minta cerai sampai tak sempat bersua..apahal...
Pemimpin UMNO WP belajarlah dengan Datuk Syed Ali
Shah Tukh Khan punya hal pun merosakkan kredibiliti Melaka. Disaat pencalonan pulak keluar isu nak bagi Dato kat Shah Rukh Khan. Sikit punya banyak lagi pesara-pesara tinggi kerajaan yang mendokong dasar negara pencen tak dapat Datuk? Kepakaran mereka dan pengalaman amat berharga. Di biarkan membazir begitu sahaja.
Gelaran Datuk ni dah macam main-main lah aku nengok. Good luck lah Ali Rustam. Bollywood boleh bantu dapat pencalonan cukup.
Datuk Syed Ali badan bebas, tak terikat dengan mana-mana pihak. Itu pasallah berani kerana benar.
Syed Ali itu senator,Ketua UMNO kenapa mewakili badan bebas?
freebirds ko dah hilang akal ke?? nak suruh si botak ni bertanding naib president. Zulhasnan punye 'timing' mengalah kan Rosmah! dia ni ibarat menolong anjing tersepit!! Gua kenal dia beb...
Zulhasnan, gua rasa lepas pak lah resign ni.. lu pencen je lah. Buat duit makan komisen ngan kroni2 lu lagi masuuukkk.
Tak payah lah sokong si zulhasnan ni... dia ni jenis cepat lupa diri. Dapat projek 'makan' sendiri, mudah lupa akar umbi!
Post a Comment