Friday, October 17, 2008

PEMILIHAN KETUA PEMUDA TITIWANGSA PAGI ESOK DI FLAMINGO ; IDHAM ATAU AZZIZUL MENJADI PILIHAN ?

KUALA LUMPUR -- Selain Putrajaya, persidangan pergerakan Pemuda bahagian Titiwangsa pagi esok di Hotel Flamingo juga menjadi perhatian pelbagai pihak di Wilayah Persekutuan. Siapakah Ketua Pemuda Titiwangsa yang baru ? Siapa pilihan Pemuda Titiwangsa untuk jawatan Ketua Pemuda ?
Penyandang Naib Ketua Pemuda Idham Yasser pula cuba mengintai dan berusaha untuk menaiki satu lagi anak tangga untuk menjadi Ketua Pemuda yang baru .Namun, perjuangan Idham dikatakan tidak semudah yang disangkakan kerana pencabarnya Azzizul Rahman diramal akan memberikan tentangan yang kuat . Walaupun dari segi pencalonan , Azzizul dikatakan ketinggalan berbanding dengan Idham, tetapi ; rata - rata perwakilan berpandangan , jumlah pencalonan yang diterima tidak akan mentafsirkan jumlah undi yang akan diterima.
Menjelang pemilihan pagi esok, macam - macam taktik dikatakan sudah mula bermaharaja lela di sekitar kawasan Titiwangsa.Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa Datuk Seri Suleiman Mohamad juga dikatakan telah turun padang untuk memastikan kemenangan anaknya , Idham kali ini.Apakah UMNO Titiwangsa bakal menyaksikan gandingan bapa dan anak? Ataupun perwakilan akan memilih satu kepimpinan baru yang lebih " neutral" kali ini ?
Wilayahkini mendapati , kedua - dua calon mempunyai kelebihan masing -masing dan terpulang kepada para perwakilan untuk menentukan masa depan Pemuda UMNO Titiwangsa bagi menghidupakan semula perjuangan parti di peringkat bahagian yang kini dikatakan agak lesu sedikit selepas UMNO gagal mempertahankan kerusi parlimen Titiwangsa.
Memetik kata seorang rakan, sebagai Naib Ketua Pemuda, tidak salah bagi Idham untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda , lebih - lebih lagi jawatan tersebut akan dikosongkan oleh Zuhri.
Sementara itu, KJ atau Mukhriz pilihan Pemuda Titiwangsa ?

3 comments:

Anonymous said...

idham tu harapkan bapak aje..... kalau bapaknya bukan ketua bahagia... dia pun tah kat mana sekarang....

apa jasa idham kat titiwangsa ni..........

harap-harap idham tak jadi ketua pemuda.......

* dengar idham ada bagi baju untuk perwakilan esok.

Anonymous said...

Baguslah tu..Datuk Seri Dr. Suleiman Mohamed dah terbukti menjadi pemacu utama kepada kemajuan dan perjuang melayu bandar.. sehingga hari ini jelas darah perjuangan itu turut mengalir dalam urat Idham.. Mudah-mudahan kegemilangan Titiwangsa akan berulang kembali dengan sebenarnya

bendera merah said...

..i think idham will change to be mature KP..so the forces maybe with you...after this sipi incident..idham sure need to change for new idea & method & some good strategic analyst team...for pemuda..TiTIwangsa..pru13..the biggest mind game u will face..jgn lupa pada allah kita berserah