Friday, October 24, 2008

PERTEMBUNGAN ULANGAN DI SEPUTEH ; HISHAM MAJID VS MUSTAPHA KAMAL ESOK !

KUALA LUMPUR -- Selain bahagian Setiawangsa , esok UMNO Seputeh juga akan bersidang dimana penyandang Ketua UMNO Seputeh Datuk Hisham Abdul Majid bakal berdepan dengan calon yang sama yang menentangya pada tahun 2004 iaitu Mustapha Kamal.
Pertembungan antara Hisham dan Mustapha dijangka menarik walaupun diatas kertas Hisham sebagai penyandang dikatakan mempunyai banyak kelebihan untuk mempertahankan jawatanya sekali lagi kali ini. Bagi jawatan Timbalan dan Naib Ketua Bahagian juga wujud pertembungan satu lawan .

32 comments:

Anonymous said...

Buat lah pilihan yag tpt wahai perwakilan... cuma datuk kalau dah termaktub kalah .... andai kata lah .... jangan datuk kacau perwakilan untuk buat bantahan atau sebagainya...... sepertimana yang datuk lalukan sebelum ini.....

Anonymous said...

Mustapaha Kamal buat kerja NGOs pun mesti diselit untuk kepentingan politik...rosak dapat pemimpin sebegini.kepada Dato Hisyam selamat bersanding

piut panglima kasim said...

selamat bersidang pd perwakilan2 bah. seputeh.buat pilihan yg bijak agar anda tidak menyesal. cuba lihat & renung semula kredibiliti calon pilihan masing2 dan track record mereka.slamat bertanding pd calon2 yg layak. betandinglah dgn cara yg profesional dan bijak! dah menang nanti bersiap sedia lah utk jlnkn tanggungjwb yg anda bakal pikul demi agama, bangsa & negara. jgn ckp lain, buatnya lain....

Tehran Isfahan said...

Datuk hisham, adalah seorang yanginsan yang mempunyai banyak Idea dan berpandangan jauh. Dia seorang pemimpin praktikal dan bukan pemimpin ambitious. Bila dia cakap dia akan kotakan. Bila dia tak suka dia akan kata. datuk Hisham adalah seorang manusia yang tidak reti berpura pura dan matlamat perjuangan umnonya amatlah jelas sekali untuk anak bangsa Melayu yang mahu dipupuk menjadi insan yang holistik dan mempunyai nilai Islam yang tinggi. Islam adalh teras perjuangan datuk Hisham. Saya rasa inilah pemimpin yang harus kita pilih kerana Islam mengatasi kesemua agenda kepentingan diri. dan sesiapa yang berjuang dilandasan Islam demi bangsa dan negara never go wrong!. Saya sokong Datuk Hisham.

Anonymous said...

Semoga Datuk Hisham dapat mempertahankan Jawatan Ketua Bahagian Seputeh. Amin

Anonymous said...

Perwakilan semua, harap dapat pertimbangan yang waras untuk memilih pemimpin, demi masa depan Seputeh. Silap hari bulan gelap masa depan Seputeh. Saya sokong Datuk Hisham. Semoga Datuk terus menyandang Ketua Bahagian Seputeh. Amin.............

ahli seputeh said...

Tehran isfahan...

Anda ni ahli bahagian mana yg nak beria2 menyokong hisham majid.anda kenal betul ke dia ni.hanya org seputeh yg tahu siapa hisham majid yg sebenar.org luar jgn masuk campur.

Dia sememangnya pemimpin yg ambitious.apa yg praktikalnya cuba bagitahu.sayap2 pun tak terjaga,ini yang saudari maksudkan praktikal.kerana mengejar cita2 sendiri abaikan tanggunjawab yg diamanahkan.

Anonymous said...

AHLI SEPUTEH...

KDG2 AHLI PUN TAK KENAL KETUA SENDIRI. JGN LA NAK WARNING ORG LUAR PULAK!

umat seputeh said...

Salam cik tehran isfahan....

Analisis yg cik tehran isfahan silap sama sekali ... Dia sememangnya pemimpin yg bercita2 tinggi tp hanya utk kepentingan dirinya shj. Apa manfaat ahli2 seputeh dapat sjk seputeh dipimpin oleh beliau dr thn 2004.

Skrg belum lg mesyuarat bhgn bersidang, tlh ada perancangan & persiapan tlh beliau buat utk membuat bantahan kpd mesy pu3 bhgn yg br berlangsung ahad lepas... Apa crite nie... Seharusnya sbg seorang pemimpin tertinggi di peringkat bhgn, adalah t.jwb beliau utk merapatkan saf kepimpinan beliau termasuk sayap2 bhgn... Sbg pemimpin politik, harus diingat, ahli2lah yg mewujudkan cawangan, cawangan mewujudkan bahagian dan bg membantu & menguatkan sesuatu bhgn, mk sayap2lah yg akan memainkan peranan. Islam menekankan perpaduan, bukan pepecahan...

Adakah pemimpin sebegini yg dikatakan seorang pemimpin yg menjunjung Islam sebagai acuan kepimpinan. Adakah seorang pemimpin itu harus bersifat memecahbelahkan sesuatu organisasi, sbg contoh kpd sayap puteri yg baru setahun jagung...

Pd hemah sy cik tehran isfahan, apabila kita berprinsip meletakkan Islam melebihi agenda kepentingan diri & menjadikan Islam sebagai modul kepimpinan, ianya perlu diterjemahkan & digunapakai di dalam semua perkara. Pemimpin perlu telus, jujur & tidak berpura2dlm apa jua aspek kepimpinan beliau..

Oleh itu cik tehran isfahan, x perlulah anda menganalisa politik seputeh jk anda tidak benar2 mengenalpasti corak politik di seputeh.....

Salam.....

Anonymous said...

saya sokong, tehran isfahan ke prof ke apa ke, tolong jgn masuk campur hal rumahtangga orang... awak tu cermin2 kan diri awak dulu sebelum nak masuk campur...

saya sokong Bang Mus...

auraputih said...

lucu betul lah orang yang tak menyokong HM ni. saudara tehran isfahan tak sebut pun yang dia orang luar.mungkin dia salah salah AJK bahagian. siapa tahu kan !!
yang berkata tu, kenal sangat ke dengan pemimpin Seputeh ni.kalau anda kenal betul dengan HM, saya tidak nampak mengapa saudara tidak menyokong HM.hanya orang yang ada kepentingan dan agenda peribadi sahaja yang tidak menyokong HM.
hari ni persidangan Seputeh berjalan, saya pasti HM akan mempertahankan jawatan beliau.

auraputih said...

lucu betul lah orang yang tak menyokong HM ni. saudara tehran isfahan tak sebut pun yang dia orang luar.mungkin dia salah salah AJK bahagian. siapa tahu kan !!
yang berkata tu, kenal sangat ke dengan pemimpin Seputeh ni.kalau anda kenal betul dengan HM, saya tidak nampak mengapa saudara tidak menyokong HM.hanya orang yang ada kepentingan dan agenda peribadi sahaja yang tidak menyokong HM.
hari ni persidangan Seputeh berjalan, saya pasti HM akan mempertahankan jawatan beliau.

Anonymous said...

auraputih...

Segalanya telah terjawab hari ini.HISHAM MAJID TEWAS DI TANGAN MUSTAPA KAMAL.

Rasanya anda yg tidak kenal betul dengan Hisham Abdul Majid sedangkan perwakilan UMNO Seputeh sebulat suara menolak beliau.

Tahniah Mus..

Sahruddin Esa said...

Assalamualaikum warahmatullah.

Berakhir sudah episod pemilihan Ketua, Timbalan Ketua, Naib Ketua, Para Jawatankuasa, G7 dan MT.
Ketua Bahagian baru Seputeh telah kita ketahui. Syabas & tahniah kepada saudara Mustapa Kamal Bin Mohd Yusoff atas kemenangan pada hari ini.

Banyak idea2 serta kritikan2 membina dan juga yg pedas dilemparkan kepada UMNO bahagian dan ahli2 pada persidangan kali ini. Kebanyakkannya adalah untuk bermuhasabah dan mengkaji kembali kelemahan UMNO Seputeh khususnya kepada ahli bahagian ini.
Anggaplah segala kritikan itu adalah untuk memperkasakan kembali UMNO Seputeh sebagai tempat berpayung orang Melayu di bahagian ini.

Kepada para ahli UMNO Seputeh, marilah kita merapatkan silaturrahim & perpaduan sesama kita seterusnya memperteguhkan parti orang Melayu ini.
Elakkan segala pertelagahan yg remeh temeh. Kembalilah kepada perjuangan asal.

Ingatlah kata2 ini: Lawan kita bukanlah orang Melayu tetapi Melayu itulah saudara kita.

Saya menumpang kata2 Tun Mahathir:
"Manusia yang lemah sekalipun jika bersatu padu akan dapat menggoncang dunia. Demikianlah kesannya perpaduan”.

Tun Dr. Mahathir Mohamad, 31 Oktober 1995, Kuala Lumpur

Fatim Setiawangsa said...

Tahniah Bang Mus....

Sahruddin Esa said...

Assalamualaikum,

kepada ahli2 UMNO Wilayah Persekutuan. Sila layari laman Facebook Tan Lian Hoe (Timbalan Menteri Penerangan Malaysia)yang masih lagi terus membuka ruang untuk memperkatakan & mempertikaikan berkenaan asal usul dan ketuanan orang Melayu di tanahair ini.

Sila layari alamat berikut untuk maklumat lanjut:

http://apps.facebook.com/causes/80669?m=fe78949a&recruiter_id=16877513

http://www.facebook.com/findfriends.php?ref_friends#/profile.php?sid=fc848fc93cbe2572b80f7d2b3f94d2c7&refurl=http%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2Fs.php%3Fref%3Dffs%26init%3Dq%26k%3D100000020%26q%3Dtan%2Blian%2Bhoe%26sid%3Dfc848fc93cbe2572b80f7d2b3f94d2c7&id=1530873333&hiq=tan%2Clian%2Choe

Harap dapat lakukan sesuatu.

Email: tanlianhoe@gmail.com
Mobile: +6016-5231388
Other: +603-22873838
Current Address:
Pej. Timbalan Menteri Penerangan, Kementerian Penerangan Malaysia, Tingkat 6, Wisma TV, Angkasapuri, Kuala Lumpur, Malaysia 50610
Website: http://www.moi.gov.my

ahli kecewa said...

Ahli yg kecewa kepada ketua yg lama mengucapkan tahniah kepada ketua yg baru

ahli kecewa said...

Ahli yg kecewa kepada ketua yg lama mengucapkan tahniah kepada ketua yg baru

Auraputih said...

tahniah dan syabas kepada saudara Mustapha Kamal di atas kemenangan beliau sebagai ketua bahagian Seputeh.
terima kasih kepada Datuk HM kerana selama ini banyak menabur jasa dan bakti di Seputeh.
saya merasakan keputusan ini adalah sesuatu di luar jangkaan.mungkin ahli2 di Seputeh mahukan kepimpinan yang baru.
selamat menjalankan tugas kepada saudara Mustapha Kamal.

Tehran said...

so kalau tak boleh buat analisis kerana tidak kenal ketua maka ramai yang diluar sana tak boleh buat analisis tentang politik umno terutama paklah yang kau orang pun tak kenal dia? kenapa korang cetek sgt pandangan dan pemikiran. ini analisis dari pandangan dan persepsi betul atau tidak itu terpulang dari persepsi masing masing we must agree to disagree. Jadilah politik matang bukan mentah dan kebudakan.

Apa yang saya lihat, bahawa ramai pemimpn bercita cta besar. oleh kerana cita cita itu maka apa pun yang haram menjadi halal. yang tidak boleh menjadi boleh. Kerana gila mengejar kuasa maka nak beli undi bukan satu perkara yang mustahil. Terserah, kalau mahu UMNO selamat lakukan perubahan diri dahulu kalau nak tengok umno musnah buatlah apa yang dirasakan betul demi mengisi perut kepentingan diri sendiri.

tehrun said...

tehran frust sbb datuk hisham kalah .... x per asalkan telefon ader leh juga calling2 sms ngan dia .... cam x biasa

mait said...

Datuk Hisham ....

Terima kasih di atas jasa-jasamu diseputeh dan bersama lah kita "bersatu kita bersatu ... dengan setia berganding bahu" bersama ketua yang baru ok ....

piut panglima kasim said...

tahniah pd abg mus & terima kasih byk2 pd datuk Hisham ....

harapan pd abg mus agar dpt membawa kembali kekuatan UMNO di seputeh & perpaduan org melayu khususnya. jdlah ketua yg bijak, berhemah, merendah diri dan berpegang pd janji. insyaallah...abg mus akan dihormati

harapan pada datuk hisham pula agar tidak meninggalkan UMNO seputeh walaupun sejengkal & dapatlah kita bersama2 dgn kepimpinan yg baru supaya kita dapat teruskan usaha2 yg masih blum selesai...terima kasih atas jasa & usaha datuk selama memegang kepimpinan parti.hanya allah yg dpt membalas...

aku said...

Tehran..

Bila hisham majid pegi hulur duit beli undi hang sikt pun tak kisah.Aku rasa ko tu yang tak matang berpolitik. orang pilih mus bukan sebab duit.sapela dia kalau nak banding dgn HM ko tu yg konon2 ada telaga minyak bersepah2 satu dunia ni.

Ahli seputeh dah muak dgr janji2 hisham ni sebenarnya.Yg ko emosional nak babitkan pak lah tu kenapa.macam budak2 la ko ni.jawatan pak lah tu perwakilan satu msia kena pikir.jawatan KB seputeh,org seputeh je la pikir yg org luar sakit kepala pikir kenapa.yg nak mengadap kb tu kami korang penambah perisa je.

tp tak salahkan ko jgk.sebab ko berhujah berlandaskan persepsi dan pandangan ko.Luarannya HM mmg mpk bagus,tp bg yg cukup kenal mm tak boleh terima sebab macam bagus je bukanya bagus pun.Jd aku harap org2 d luar sana terima dan homatilah keputusan yg telah dibuat oleh perwakilan seputeh.

Kp DAtuk Hisham Abdul Majid,semua yg terjadi ada rahmatnya.Lihat kembali ke dm diri,bermuasabah sy pasti datuk akan dapat jawapan kenapa org menolak datuk.yg paling penting besihkan hati,buang perasaan busuk hati,dendam kesumat baru dapat jadi pemimpin yg bagus.sentiasa pikirkan perasaan org lain terlebih dahulu dr diri sendiri bila jd pemimpin ni,jgn syok sendiri.buat pgm yg akar umbi suka bukan nak buat muka kering nak juga buat ikut kepala sendiri.

ini pandangan ikhlas saya.bukan kata datuk tak bagus.mmg dtk berpandangan jauh dan byk idea tp kena ingat umno parti akar mbi,jadi jaga kebajikan akar umbi terlebih dahulu sebelum nak isi kantung periuk nasi sendiri.ini ayik pikir cara nak mengayakan diri je,kebajikan ahli terabai.kena bg seimbanglah baru org bawah puas ati jgn kedekut bila jd ketua ni,takde maknanya berjimat cermat..ok dtk ya...renung2kan kesilapan diri tu,insyaallah akan jadi org yg lebih baik dari sebelumnya.

umat seputeh said...

Hmmm...musykil2...heran gak nape tehran isfahan nie emosi x tentu pasal...baru provoke skit dah melenting...relaksla cik kak... Nak jd blogger yg baik..kene cool & bijak... So persoalan sudah pun terjawab...skrg masa utk pemimpin Seputeh KERJA..KERJA..KERJA..HIDUP UMNO!

tehrun isfahun said...

tehran isfahan

HM adalah org yg paling pandai berpura-pura.Pernah dengar pepatah 'Baling batu sembunyi tangan'.kalau nak contoh terbaik semuanya ada pada HM.depan mulut manis belakang dialah dalang paling besar.

Berbulu betul m,ata sy ni bila tgk tehran tulis....'Bila dia cakap dia akan kotakan. Bila dia tak suka dia akan kata. datuk Hisham adalah seorang manusia yang tidak reti berpura pura'....

Sy gerenti kalau dia mcm yg saudara katakan tak kalah dia kali ni sayangnya dia mempergunakan agama sebagai topeng tp hakikatnya spt syaitan.

Anonymous said...

Datuk Hisyam Kalah,mesti menerima hakikat.kalah tetap kalah.Mustapha sudah menang Tahniah.kepada Mustapha saya ingin sebut pengalaman saya di Penang...bersama kaum mamak..Sanggup bagi jiran susah asalkan matlamat tercapai...saya berani ramal 20 tahun akan datang orang melayu tak akan dapat jadi ketua UMNO Bahagian Seputih lagi...apa pun harapan saya sumbangan duit dan berbagai macam yang menjadi amalan Sdr Mustapha sejak sekian lama teruskanlah...

Anonymous said...

auraputih is razlan

pu3cttot said...

Salam, apa pun ct nak ucap tahniah pada En Mustafa Kamal yang telah memenangi jawatan Ketua UMNO Bahagian Seputeh.Kepada En Mustafa jalankan amanah yang telah di berikan dengan penuh kepercayaan oleh perwakilan2 di Bahagian Seputeh itu, dengan telus...

Untuk YBhg Datuk Hisham, terima kasih dan jasa mu dikenang..

auraputih said...

ingin saya tegaskan di sini..
auraputih BUKAN Razlan..
harap saudara anony tidak membuat andaian/tuduhan sekiranya saudara tidak tahu kepastian nya. saya tidak mewakili atau mempunyai kepentingan pada mana2 pihak, saya mempunyai pandangan saya sendiri.

Anonymous said...

Study Our Incompetent Prices at www.Pharmashack.com, The Consummate [b][url=http://www.pharmashack.com]Online Chemist's look representing [/url][/b] To [url=http://www.pharmashack.com]Buy Viagra[/url] Online ! You Can also Epoch to Tactful Deals When You [url=http://www.pharmashack.com/en/item/cialis.html]Buy Cialis[/url] and When You You [url=http://www.pharmashack.com/en/item/levitra.html]Buy Levitra[/url] Online. We Also Be subjected to a Central Generic [url=http://www.pharmashack.com/en/item/phentermine.html]Phentermine[/url] As a armed forces to Your Victuals ! We Overtax Suck up to look at [url=http://www.pharmashack.com/en/item/viagra.html]Viagra[/url] and Also [url=http://www.pharmashack.com/en/item/generic_viagra.html]Generic Viagra[/url] !

Anonymous said...

Making money on the internet is easy in the undercover world of [URL=http://www.www.blackhatmoneymaker.com]blackhat seo world[/URL], You are far from alone if you haven’t heard of it before. Blackhat marketing uses little-known or little-understood ways to produce an income online.