Tuesday, March 31, 2009

ENAM PAHLAWAN PEMUDA DARI WP GEGARKAN EXCO PEMUDA MALAYSIA ; PEMUDA PUTRAJAYA BUAT PUKULAN KENCANG ; KINI SIAPA PILIHAN KETUA PEMUDA WP?

KUALA LUMPUR Mac 31 -- Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan bangkit dengan penuh bergaya.Pemilihan Pemuda UMNO Malaysia baru - baru ini menjadi buktinya. 6 Calon dari Wilayah Persekutuan berjaya memenangi jawatan Exco Pemuda UMNO Malaysia. Ini merupakan satu sejarah baru yang telah dicipta oleh Pemuda UMNO WP. Malah kemenangan 4 calon dari Putrajaya juga mencacatkan satu sejarah baru bagi Pemuda UMNO Malaysia. Hampir semua orang kuat Pemuda UMNO Putrajaya terpilih sebagai Exco Pemuda UMNO Malaysia. Walaupun , saiz Pemuda UMNO Putrajaya dikatakan kecil, kini Pemuda UMNO Putrajaya sudah menampakkan taring mereka.Sudah membuktikan keupayaan mereka.Yang pentingnya, bukanya bilangan cawangan tetapi kredibiliti calon dan perjungan mereka kepada parti dan negara.
Pahlawan - Pahlawan Pemuda dari Wilayah Persekutuan yang menang jawatan Exco Pemuda ialah seperti berikut :
Datuk Ahmad Zaki Zahid - Ketua Pemuda Putrajaya, Tengku Azman Tengku Zainol Abidin - Ketua Pemuda Bukit Bintang, Tun Faizal Ismail Aziz( Putrajaya dan Pegawai Khas Menteri Pelajaran), Nazir Hussin Akhtar Hussin - Naib Ketua Pemuda Titiwangsa, Muhammad Khairun Aseh Mantan Ketua Pemuda Putrajaya( Penaja ) dan Mohd Hisamuddin Yahya Naib Ketua Pemuda Putrajaya - (Semua dalam Gambar )
Walaupun nasib tidak menyebelahi Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Norza Zakaria untuk turun ke gelanggang , tetapi pastinya Norza boleh tersenyum besar kerana pasukanya menang besar di Wilayah Persekutuan. Persoalan sekarang- Siapakah Pengganti Norza di Wilayah Persekutuan selepas ini ? Memang tidak dapat dinafikan , Khairy Jamaluddin memang mempunyai hubungan rapat dengan Ketua Pemuda Putrajaya Ahmad Zaki. Apakah nasib akan menyebelahi Zaki ataupun Ketua Pemuda Cheras Syed Mehdhar (Setiausaha Pemuda UMNO WP) yang dikatakan sudah lama menGIDAMKAN jawatan Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan. Seorang lagi calon yang dikatakan juga sedang menGINTAI peluang tersebut ialah Ketua Pemuda Bandar Tun Razak Rizalman Mokhtar? Rizal juga dikatakan salah seorang penyokong kuat dan setia Khairy Jamaluddin.
Sekiranya , pada pemilihan jawatan Ketua Pemuda UMNO Putrajaya, Tun Faizal tewas hanya denga 3 undi dalam pertembungan satu lawan satu bersama Ahmad Zaki, kini kemenangan bergaya Tun Faisal dikatakan boleh memperkukuhkan lagi penampilanya dalam Pemuda UMNIO Malaysia. Nama Tun Faisal juga jadi perhatian bagi jawatan Ketua Pemuda WP? Peranan Tun Faisal sebagai Pegawai Khas Datuk Seri Hishamuddin dapat memberi kelebihan kepadanya ?
Apapun Wilayahkini ingin mengucapkan tahnniah dan syabas kepada Pemuda UMNO Putrajaya yang berjaya menjadi sumber kekuatan utama bagi kebangkitan Pemuda UMNO WP .Bagi calon - calon dari WP yang tewas dalam percubaan kali ini, jangan risau, Esok masih ada lagi.Teruskan perjuangan anda.Kuatkanlah saf kepimpinan Pemuda UMNO di Wilayah Persekutuan.

Saturday, March 28, 2009

WAJAH - WAJAH KEMENANGAN DARI WP: KEMENANGAN ZULHASNAN , SHAHRIZAT SERIKAN UMNO WP ; PEMUDA WP CITPA SEJARAH - 5 CALON MENANG EXCO !

KUALA LUMPUR Mac 28 -- Hanya Menteri Wilayah Persekutuan Datuk SeriZulhasnan Rafique yang terselamat dari Wilayah
Persekutuan dalam saingan merebut Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang memperlihatkan dua Menteri Kabinet dan empat Menteri Besar yang berpengalaman tersungkur. Memang satu kejutan politik dalam pemilihan UMNO kali ini.
Dua calon dari Wilayah Persekutuan yang tewas ialah Ketua UMNO Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee dan Mantan Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Astaman Abdul Aziz. Seorang lagi calon , Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Norza Zakaria pula dilarang bertanding pada saat - saat terakhir kerana kes mahkamah - politik wang.
Sekiranya Zulhasnan Rafique menjadi calon tunggal BN yang menang di PRU yang ke 12 di Kuala Lumpur tahun lepas, kini beliau juga menjadi wakil tunggal dari Wilayah Persekutuan menang di MT. Ini merupakan kali ini pertama Zulhasnan bertanding sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Beliau yang juga merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan mendapat 1431 undi dan meraih tempat yang ke 22 sepertimana no calonya yang juga merupakan no 22. Apa yang pasti Kemenangan Zulhasnan dan juga Shahrizat Abdul Jalil yang juga merupakan Ketua Wanita UMNO WP - sebagai Ketua Wanita UMNO Malaysia yang baru berjaya memberikan satu imej baru kepada kebangkitan UMNO di Wilayah Persekutuan.
Di Pergerakan Puteri pula, kemenangan dua calon dari Wilayah Persekutuan - Seri Wani Sabtu (Ketua Puteri Setiwangsa) dan Zauyah (Ketua Puteri Bandar Tun Razak) juga berjaya memberikan satu suntikan semangat yang baru kepada ahli - ahli Puteri di Wilayah Persekutuan. Namun kekalahan teruk Datin Ismalina Ismail dan Saarah bagi jawatan Ketua Puteri dikatakan "tak berapa cantik" . Saarah hanya dapat 3 undi. Manakala Ismalina pula hanya dapat 59 undi.
Di Pergerakan Wanita pula semua calon dari Wilayah Persekutuan yang bertanding bagi jawatan Exco Wanita tersungkur.
Di Pergerakan Pemuda pula, Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan mencipta sejarah apabila lima calon menang bagi jawatan Exco Pemuda.Paling manis ialah kemenangan empat calon dari Putrajaya iaitu Ketua Pemuda Putrajaya Datuk Ahmad Zaki Zahid, Muhamad Khairun Aseh, Mohd Hisamudin Yahaya dan Tun Faisal Ismail Aziz. Seorang lagi calon ialah dari Nasir Akthiar dari Titiwangsa. SYABAS DAN TAHNNIAH kepada semua calon yang MENANG - Wilayahkini

Wednesday, March 25, 2009

ISMALINA TEWAS TAPI DAPAT 59 UNDI AJA ; SAARAH PULA DAPAT 3 UNDI ; SERI WANI DAN ZAUYAH SELAMATKAN NAMA WP - MENANG EXCO PUTERI !

KUALA LUMPUR Mac 25 -- Datuk Rosnah Abdul Rashid menjadi Ketua Puteri UMNO Malaysia yang baru selepas menewaskan lima lagi pencabarnya.Pengundian bagi jawatan Ketua Puteri juga menyaksikan kejutan yang besar apabila calon dari Wilayah Persekutuan Datin Ismalina Ismail hanya mendapat 59 undi manakala Saarah Ali Bashah dari Bahagian Seputeh hanya mendapat 3 undi. Dahlah dua wakil dari WP nak rebut jawatan yang sama, tapi cukup malang sekali apabila kedua mereka mendapat undi yang tercorot.Malah undi yang diterima oleh Ismalina Ismail yang juga merupakan Naib Ketua Puteri UMNO Wilayah Persekutuan bagaikan satu kejutan politik bukan sahaja di Kuala Lumpur malah seluruh Malaysia. Manakala bagi jawatan Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia , daripada enam calon dari Wilayah Persekutuan yang turun gelanggang, akhirnya dua calon berjaya - iaitu Ketua Puteri Setiawangsa Seri Wani Sabtu ( 388 undi - tempat 15 ) dan Ketua Puteri Bandar Tun Razak Zauyah Zainuddin ( 377 undi - tempat 19 )
Sila klik -:: UMNO 2009 :: , untuk keputusan pemilihan Puteri UMNO 2008

ORANG WILAYAH JADI KETUA WANITA UMNO MALAYSIA YANG BARU - SHAHRIZAT GEGARKAN RAFIDAH !

KUALA LUMPUR Mac 25 --Ketua Wanita UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menang dengan penuh bergaya bagi bagi jawatan Ketua Wanita UMNO selepas menewaskan Tan Sri Rafidah Aziz. Shahrizat mendapat 507 undi manakala Rafidah memprolehi 280 undi.
Kemenangan besar Shahrizat memang sesuatu yang tidak dijangka langsung kerana ramai beranggapan akan berlaku persaingan yang sengit diantara mereka.
Tersungkurnya Rafidah dengan majoriti yang begitu besar merupakan tamparan yang hebat kepadanya.

KUALA LUMPUR DAN PERHIMPUNAN AGUNG UMNO...........

KUALA LUMPUR 25 Mac -- Kuala Lumpur sekali lagi menjadi tumpuan dengan bermulanya perhimpunan agung UMNO 2008 yang bermula secara rasmi semalam hingga jumaat ini. Bagi Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique yang bertanggungjawab keatas Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, disinilah segala - galanya tercetus, berlaku, bermula, termeterai dan sejarah tercipta. Zulhasnan merupakan wakil tunggal BN yang menang di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada PRU yang ke 12. Sila klik -mStar Online : Kuala Lumpur dan Perhimpunan Agung UMNO , untuk baca rencana khas KUALA LUMPUR DAN PERHIMPUNAN AGUNG UMNO.

Monday, March 23, 2009

SUDAH SAH :KETUA PEMUDA WP NORZA ZAKARIA TERKELUAR DARI PEMILIHAN MT ; DI LARANG BERTANDING !

BERITA TERKINI MAC 23 -- Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Norza Zakaria dilarang bertanding pada pemilihan UMNO minggu ini bagi jawatan Majlis Tertinggi UMNO. Norza menjadi orang kedua dihalang bertanding selepas Datuk Seri Ali Rustam dikenakakan tindakan yang sama minggu lepas.
Berita sebelum ini di Wilayahkini......
KUALA LUMPUR Mac 21 2009 -- Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Norza Zakaria dikatakan akan menjadi orang kedua akan dihalang bertanding untuk jawatan Majlis Tertinggi kerana telah dihadapkan ke mahkamah atas kes politik wang baru - baru ini? Berita mengenai Norza akan menerima nasib yang sama seperti Datuk Seri Ali Rustam tersebar luas malam tadi melalui sms dan juga internet. Namun belum ada pengumuman rasmi mengenainya.
Sementara itu Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pula berkata status kelayakan Norza Zakaria untuk bertanding kerusi Majlis Tertinggi ( MT ) UMNO akan diketahui Isnin depan selepas beliau didakwa di mahkamah atas kesalahan politik wang. Sila klik DISINI
Sekiranya Norza yang juga merupakan penyandang Ahli Majlis Tertinggi UMNO terkeluar dari saingan, maka Wilayah Persekutuan akan kehilangan seorang calon dalam saingan MT. Selain Norza, calon - calon lain yang akan membawa cabaran WP dalam persaingan MT ialah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO WP yang juga Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique, bekas Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Astaman Abdul Aziz dan Ketua Bahagian Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee.

PWTC JADI TUMPUAN ; PERWAKILAN SUDAH MULA TURUN KE KL ; SMS DAN CAKAP - CAKAP POLITIK SEMAKIN LANTANG DAN BERLELUASA .........

KUALA LUMPUR Mac 23 --Menjelang perhimpunan agung yang akan bermula secara rasmi mulai esok, sekali Pusat Dagangan Dunia Putra sudah mulai sibuk dengan pelbagai persiapan menghadapi persidangan UMNO kali ini yang penuh bersejarah dan dramatik selepas tahun 1987. Kali ini, UMNO bukan sahaja bakal menyaksikan proses " Peralihan Kuasa" tetapi saingan sengit bagi semua jawatan tertinggi parti dari Pemuda , Wanita, Puteri dan sehingga ke Majlis Tertinggi. Setelah , Datuk Seri Ali Rustam "menerima kad " merah daripada Lembaga Disipilin UMNO, kini perhitungan antara di antara " Dua Tan Sri " - Muhyiddin ataupun Mat Taib. Persekitaran hotel - hotel sekitar Kuala Lumpur sudahpun dibanjiri dengan kehadiran para perwakilan. Cakap - cakap politik dan sms semakin laju beterbangan menjelang detik - detik terakhir pemilihan. Persoalanya adakah UMNO akan berubah ataupun di ubah? Dalam tempoh masa 24 jam ini, apa - apa pun boleh terjadi ?
Kempen - kempen di saat terakhir juga semakin kencang. Macam - macam yang kita dengar. Apakah UMNO negara akan dikejutkan dengan satu lagi tsunami politik minggu ini ?
Yang pasti semua nak menang !
Apakah yang akan diluahkan oleh Presiden Parti Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam Taklimat Presiden esok ?
Ramai nak dengar "clue" daripada Pak Lah kerana , Pak Lah dikatakan jarang bercakap mengenai UMNO setelah umumkan pelan peralihan kuasa.
( gambar - Mstar )

Sunday, March 22, 2009

MT : HANYA ADA 25 TEMPAT ; 51 CALON BERENTAP ; PERWAKILAN NAK PILIH CALON PILIHAN MEREKA ATAU DIKEHENDAKI RAKYAT ?

KUALA LUMPUR Mac 22 --Menjelang pemilihan UMNO dalam tempoh beberapa hari sahaja lagi menjelang detik - detik persaingan bagi pemilihan UMNO - persaingan bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO turut mendapat perhatian dimana 51 calon yang menawarkan diri untuk 25 tempat. Pemilihan 25 Ahli Majlis Tertinggi boleh disifatkan sebagai "Pencarian Pemimpin Pelapis UMNO " dalam usaha untuk memperkukuhkan UMNO.
Dikalangan 51 calon yang menawarkan diri termasuk melibatkan 9 Menteri, 9 Timbalan Menteri, 5 Menteri Besar. Menteri Besar Perak dan Terengganu tidak bertanding sebarang jawatan. Selain itu , calon - calon juga terdiri daripada Ketua Bahagian, Senator dan bekas Ahli Parlimen.
" Dalam wadah perjuangan UMNO , Majlis Tertinggi adalah badan yang paling berkuasa merencanakan hala tuju perjuangan parti dan seterusnya mempengaruhi dasar- dasar kerajaan ", kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique.klik-:: UMNO 2009 ::, untuk baca selanjutnya(analisis Bernama)
Negeri Johor dan Perak mendahului senarai tertinggi dikalangan calon MT dengan menampilkan 6 calon setiap negeri, Pahang - 5, Selangor-3, Kelantan-3, Terengganu -4, Kedah- 4, Sabah - 3, WP - 4, Pulau Pinang-4, Negeri Sembilan - 4 dan Melaka -1.Selain Zulhasnan Rafique, Wilayah Persekutuan membariskan bekas Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Astaman Abdul Aziz , Ketua Pemuda UMNO WP Datuk Norza Zakaria dan Ketua Bahagian Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee.Nasib Norza Zakaria yang tidak "menentu" dikatakan akan diketahui minggu depan.
Selain itu penyertaan beberapa penyandang MT yang kini tidak berstatus Menteri, Timbalan Menteri ataupun tidak bergelar YB menghangatkan lagi suasana pemilihan kali ini. Apakah nasib mereka ?Persoalanya - adakah perwakilan akan pilih calon yang kehendaki oleh mereka atau dikehendaki oleh rakyat ?

Saturday, March 21, 2009

ORANG MELAYU KENA BERSATU........KATA MAT TAIB !

KUALA LUMPUR Mac 21 --
" Orang melayu kena bersatu, atau kita akan ulang balik keadaan ayam di kepuk mati kelaparan, itik di mati kehausan, kera di hutan di susukan, anak kendong mati kelaparan. Apa yang diungkapkan oleh Aminuddin Baki akan berlaku lagi . Kalau tak mahu bersatu, anak kita akan kehilangan hak" , kata calon Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhamad Taib dalam wawancaranya kepada Bernama hari ini. Sila klik DISINI , untuk baca wawancara penuh.
Setelah Datuk Seri Ali Rustam terkeluar dari saingan tiga penjuru untuk jawatan Timbalan Presiden , kini nama Mat Taib kini tiba - tiba naik mendadak. Persoalanya apakah Mat Taib akan berjaya meraih undi simpati daripada penyokong Ali Rustam ?

Thursday, March 19, 2009

ADA KONSPIRASI JATUHKAN ALI RUSTAM ? - " SAYA MEMANG TAK TERLIBAT " KATA MUHYIDDIN ; ALI LEPAS RAYUAN ?

KUALA LUMPUR Mac 19 2009 -- " Bagi saya perkara ini ( tohmahan dan fitnah ) tidak baiklah, lagipun yang penting sekarang kita nak melihat UMNO ke depan .UMNO mesti kukuh dan kita tidak boleh dilemahkan dari berbagai - bagai langkah yang boleh merugikan.
Soal ini kenapa mesti dikaitkan dengan saya kerana saya memang tidak terlibat . Saya hanyalah orang kecil yang tentu tidak ada pengaruh untuk memberitahu Lembaga Disipilin untuk memutuskan apa - apa",

kata Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini , sambil menafikan tohmahan dan fitnah yang mengaitkan beliau dengan konspirasi menjatuhkan calon Timbalan Presiden Datul Seri Ali Rustam. Beliau juga dipetik berkata , perkara itu tidak sepatutnya ditimbulkan mana - mana pihak.
" Ali Rustam Bukan Kambing Hitam ", kata Datuk Seri Najib Razak.
Manakala Datuk Seri Ali Rustam pula berkata " tidak ada konspirasi dalam UMNO menjatuhkanya dan UMNO adalah parti yang bersih dan baik "
Sementara itu, tinjauan Wilayahkini di majlis memperkenalkan calon - calon MT di Seremban malam tadi nampak begitu meriah tetapi panas. Seremban menjadi destinasi terakhir bagi sessi pengenalan calon - calon MT dan Seremban juga menjadi tempat dimana kita dapat merasakan kehilangan Ali Rustam bertanding Timbalan Presiden setelah dihalang bertanding. Namun kehadiran Ali sebagai Naib Presiden UMNO, mencerikan lagi suasana di Seremban malam tadi. kita tabik Ali Rustam diatas semangatnya yang kental demi UMNO. Apakah rayuan Ali Rustam akan lepas ? Tun Mahathir kata jangan layan sebarang rayuan. Najib pula berkata , setiap calon mempunyai hak untuk merayu dan terpulang kepada Jawatankuasa Rayuan UMNO untuk memutuskanya. Apapun , sejak isu Ali Rustam ini timbul dalam tempoh masa 48 jam lepas, nasib seorang lagi calon Timbalan Presiden Tan Sri Muhamad Taib dikatakan begitu cerah ? Penyokong Ali dikatakan akan memberikan undi kepada Mat Taib? Disebalik isu tersebut, Mat Taib pula menafikan akan tarik diri daripada bertanding hari ini.

Tuesday, March 17, 2009

POLITIK WANG : CONFIRM MOKHTAR SAMAD KENA 1 TAHUN ; SALMAH PIN DIGANTUNG 3 TAHUN ; " POLITIK WANG" HANTUI UMNO BTR SEKALI LAGI !

TERKINI 17 Mac 2009 -- Lembaga Disiplin UMNO menggantung keahlian Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak Datuk Mokhtar Samad selama setahun manakala Ketua Wanita UMNO Bandar Tun Razak Salmah Pin pula digantung keahlian selama 3 tahun . Salmah Pin yang turut menawarkan diri bertanding jawatan Exco Wanita UMNO Malaysia merupakan Setiausaha Badan Perhubungan Wanita UMNO Wilayah Persekutuan. Dikemaskinikan hari ini... Penggantungan Salmah Pin merupakan kejutan politik di UMNO Wilayah Persekutuan. Salmah dilihat seorang pemimpin harapan di Wilayah Persekutuan bagi menerajui kepimpinan tertinggi Wanita UMNO WP selepas ini. Beliau juga dikatakan orang kuat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Apakah dengan penggatungan Salmah Pin , akan ada kesan besar ? ataupun membuka peluang kepada pihak lain ?Harapan Salmah juga berkecai untuk merebut jawatan Exco Wanita UMNO Malaysia.
Berita di Wilayahkini sebelum ini..........
KUALA LUMPUR Mac 15 2009 --"Sehingga hari ini saya belum terima surat tindakan ( Lembaga Disiplin ), cuma saya dengar orang kata saya kena gantung " begitulah reaksi Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak Datuk Mokthar Samad . Politik Kuala Lumpur juga tiba - tiba menjadi panas apabila dikatakan dua pemimpin UMNO dari Wilayah Persekutuan akan dikenakan tindakan disiplin UMNO. Walaupun Mokhtar Samad menafikan telah menerima surat penggantungan selama setahun tetapi beliau mengakui ada mendengar cakap - cakap yang mengatakan beliau akan dikenakan tindakan berkenaan. Sila baca komen Mokthar Samad di Utusan Malaysia Online - Politik.
SIAPA LAGI DARI WP ? - Seorang lagi pula dari Wilayah Persekutuan dikatakan bakal berdepan dengan tindakan disiplin ialah , seorang Ketua Wanita UMNO Bahagian yang juga merupakan pemimpin wanita yang penting di Wilayah Persekutuan? Lembaga Disiplin UMNO dijangka mengumumkan keputusanya esok.
( Gambar Mokhtar Samad bersama anaknya Rizalman yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO BTR dan gambar Salmah Pin tengah bersalaman dengan perwakilan )

UMNO SEMAKIN PANAS : ALI RUSTAM DI LARANG BERTANDING ; KHIR TOYO DAN KJ LEPAS HALANGAN !

KUALA LUMPUR 17 Mac 2009 -- Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam hari ini dilucutkan / dihalang kelayakan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan UMNO minggu depan kerana didapati bersalah melanggar undang - undang parti.
Sementara itu, Khairy Jamaluddin pula diberikan amaran dan dibenarkanbertanding. Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Khir Toyo pula didapati tidak bersalah.
Ali Rustam yang juga merupakan Naib Presiden UMNO didapati bersalah Perkara 10.1, Tata Etika ahli UMNO yang membawa hukuman dilarang bertanding ataupun dipilih ke jawatan Timbalan Presiden sahaja kata Pengerusi Lembaga Disipilin UMNO Tan Sri Ahmad Rithaudeen dalam satu sidang akhbar sebentar tadi.

Sunday, March 15, 2009

CAKAP - CAKAP POLITIK : 11 HARI LAGI UNTUK PEMILIHAN UMNO ; LEMBAGA DISIPILIN NAK BERTINDAK ? KEJUTAN POLITIK DI UMNO ?

KUALA LUMPUR 15 Mac 2009 --Hanya tinggal 11 hari sahaja lagi bagi perwakilan UMNO untuk menentukan barisan kepimpinan UMNO Malaysia yang baru . Termasuk bagi jawatan Timbalan Presiden, Naib Presiden, Majlis Tertinggi , Pemuda, Wanita dan Puteri. Kali ini semua sayap kanan UMNO juga menyaksikan saingan yang sengit sehingga sukar diramalkan pemenanganya. Dalam masa 11 hari ini macam - macam boleh terjadi.Malah sudah ada beberapa desas - desus yang mengatakan beberapa calon akan di panggil oleh Lembaga Disipilin UMNO. SMS semakin kencang berterbangan membawa berita - berita panas . Tetapi agak sukar sekali untuk memastikan kandungan sms tersebut sama ada benar ataupun tidak. Malah spekulasi juga semakin kencang bahawa seorang calon Timbalan Presiden akan dipanggil oleh Lembaga Disipilin UMNO? SIAPA ?? Setelah penat berkempen selama 6 ataupun 7 bulan lebih, tiba - tiba berita seperti ini bukan sahaja memanaskan dan juga menghangatkan suasana dalam UMNO malah boleh mencetuskan pelbagai kontoroversi yang tidak dingini sekiranya calon - calon tetentu dikenakan tindakan di saat - saat akhir. Kita harap semua calon dapat dibenarkan bertanding. Kenapa baru sekarang Lembaga Disipilin nak bertindak ? Malah Wilayahkini difahamkan sudah ada sepanduk dipasang "mengkritik Lembaga Disipilin UMNO " di Johor hari ini sempena dengan majlis sessi memperkenalkan calon - calon MT. Apa nak kita risaukan lagi ? UMNO sudah terima tamparan hebat pada PRU ke 12 tahun lepas. Kita sudah kehilangan 5 buah negeri termasuk kalah di Kuala Lumpur. Perak pula masih dalam keadaan tidak menentu. Sepertimana " KUASA RAKYAT " menentukan hala tuju negara pada PRU yang ke 12 , kini kita berikan peluang dan ruang yang secukupnya untuk "KUASA PERWAKILAN " menentukan masa depan UMNO. Biarlah mereka pilih pemimpin masa depan UMNO. Tetapi mereka harus ingat , sekiranya tersalah pilih, terseksalah UMNO nanti . Banyak cabaran menanti selepas ini. Kita perlukan pemimpin yang berwibawa untuk mengalas cabaran negara , bukanya nak jaga UMNO sahaja. Pilihlah pemimpin pilihan rakyat Malaysia. Muhyiddin , Ali Rustam atau Mat Taib ? - Sila klik Utusan Malaysia Online - Rencana , untuk baca komen Awang Selamat di Mingguan Malaysia hari ini. Apakah akan ada kejutan politik dalam UMNO dalam tempoh masa 11 hari ini ? Ataupun Tsunami UMNO ? Sama - sama kita tunggu. - Wilayahkini

Saturday, March 14, 2009

NORZA ZAKARIA MENGAKU TIDAK BERSALAH DI MAHKAMAH ; DI BEBASKAN DENGAN JAMINAN RM 10 RIBU !

TERKINI : "Saya berasa amat sedih terhadap perkara yang berlaku keatas diri saya kerana telah banyak berjasa kepada parti. Saya akan akur dengan apa jua keputusan mahkamah berhubung kes itu nanti. Saya tidak akan melepaskan jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO ( MT ) dan akan terus bertanding jawatan pada pemilihan UMNO hujung bulan ini ", kata Datuk Norza Zakaria sambil menitiskan air mata selepas dihadapkan ke mahmakah.
ADAKAH NORZA LAYAK BERTANDING ? " Kelayakan bertanding kena diputuskan oleh Jawatankuasa Pengurusan pada kes - kes yang berkaitan dengan perkara ini kerana ( Norza ) telah dihadapkan ke mahmakah ", kata Presiden UMNO Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi hari ini.
Sementara itu, Norza mendapat tepukan yang gemuruh daripada perwakilan WP ketika namanya disebut sebagai calon MT pada sessi pengenalan calon MT di PWTC malam tadi.
Berita terdahulu................................

TERKINI : Temerloh 13 Mac 2009 -- Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Norza Zakaria hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini terhadap dua pertuduhan memberi rasuah kepada dua individu pada 20 Jan lepas.
Norza ( gambar NST di mahkamah ) yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan meminta untuk dibicarakan dibebaskan dengan ikat jamin RM10, 000 dengan seorang penjamin.
BERITA TERDAHULU.....
BERITA TERKINI 12 Mac 2009 : Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Norza Zakaria difahamkan akan dihadapkan ke mahkamah esok berhubung kes politik wang. Berita mengenai Norza , menjadi bahan cerita panas dikalangan perwakilan UMNO mahupun dikalangan media massa sejak awal malam tadi. Buletin Utama TV3 juga membuat breaking news bahawa Norza akan dihadapkan ke mahkamah esok. Apakah Norza akan kehilangan hak untuk bertanding pada pemilihan UMNO dan akan menjadi anggota MT pertama dihadapkan ke mahkamah esok ?
Berita terdahulu..........
KUALA LUMPUR 11 Mac 2009 -- Isu mengenai Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Norza Zakaria yang terbabit dengan siasatan SPRM baru - baru masih panas dikalangan perwakilan UMNO. Norza yang juga merupakan bekas Setiausaha Politik dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO secara perlantikan kuota Pemuda UMNO Malaysia pula betekad akan bertanding mempertahankan jawatanya pada pemilihan UMNO bulan ini.
" Saya ingin menafikan sekeras - kerasnya mengenai khabar angin yang menyatakan saya tidak akan bertanding. Kenapa saya perlu tarik diri sedangkan saya sudah menerima penacalonan yang cukup ? ", katanya kepada mStar .
SIASATAN SPRM
Mengenai siasatan SPRM keatasnya beliau enggan mengulas lanjut. " Tiada komen .. saya hanya memberi keterangan kepada SPRM bukan disiasat", katanya.
Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan melalui Penolong Setiausahanya Syed Mehdhar Syed Abdullah ( Ketua Pemuda Cheras ) baru - baru ini berkata Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan akan memberikan sokongan kepada Norza bagi mempertahankan jawatanya berdasarkan kepada pengalaman, ketokohan dan komitmen Norza.
Norza yang juga merupakan bekas Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju, menerima tamparan hebat apabila bahagianya sendiri ( Wangsa Maju ) tidak mencalonkanya bagi jawatan Majlis Tertinggi.

"BERTANDINGLAH DALAM SUASANA MESRA DAN KEKELUARGAAN" ; UMNO PERLU PEMIMPIN KUAT - ZULHASNAN RAFIQUE

KUALA LUMPUR 14 Mac 2009-Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique berkata UMNO memerlukan pemimpin yang kuat dan memiliki keazaman tinggi untuk membawa kejayaan kepada parti itu.
" Bertandinglah dalam suasana penuh kemesraan dan semangat kekeluargaan", katanya yang juga merupakan Menteri Wilayah Persekutuan. Sila klik - BERNAMA - Umno Perlu Kepemimpinan Yang Kuat, Zulhasnan , untuk berita selanjutnya. Kupasan lanjut mengenai majlis perjumpaan UMNO WP bersama calon - calon MT di PWTC malam tadi akan menyusul.........di WILAYAHKINI !

Thursday, March 12, 2009

GILIRAN UMNO WP ANJUR MAJLIS BERSAMA CALON - CALON MALAM ESOK DI PWTC ; KUALA LUMPUR DIBANJIRI PERWAKILAN DAN CALON - CALON !

KUALA LUMPUR 12 Mac 2003 -- Ketika isu politik negara khususnya melibatkan UMNO semakin rancak dan panas dengan pelbagai ramalan, kontroversi dan macam - macam , esok merupakan giliran UMNO Wilayah Persekutuan untuk menganjurkan sessi pengenalan calon - calon yang bertanding Majlis Tertinggi UMNO termasuk Timbalan Presiden dan Naib Presiden. Majlis tersebut dijadualkan berlangsung jam 8 malam esok di PWTC Kuala Lumpur.
Majlis tersebut bakal dipengerusikan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique yang turut bertanding bagi jawatan Majlis Tertinggi UMNO. Wilayah Persekutuan yang mempunyai 169 perwakilan sentiasa menjadi perhatian semua calon - calon yang bertanding kerana Wilayah Persekutuan dikatakan pintu masuk utama untuk semua calon -calon dari negeri - negeri lain seluruh Malaysia.Malah undi dari Wilayah Persekutuan dikatakan boleh menjadi " undi penentu " bagi setengah calon. Wilayah Persekutuan turut menjadi kawasan tarikan undi bagi calon - calon yang bertanding jawatan Timbalan Presiden.
Malah Wilayahkini difahamkan ramai calon - calon sudah berkampung di Kuala Lumpur sejak semalam dan hari ini.

Wednesday, March 11, 2009

BISIKAN WANITA WP : RAFIDAH , SHAHRIZAT SAMA KUAT DI WP ?

Majlis suai kenal calon - calon jawatan Exco Pergerakan Wanita UMNO bersama perwakilan Wilayah Persekutuan berlangsung dalam suasana yang begitu meriah dan ceria. Pertemuan ini menjadi tumpuan kerana Wilayah Persekutuan merupakan kubu kuat bagi Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang juga merupakan Ketua Wanita UMNO WP. Manakala bagi Tan Sri Rafidah Aziz pula , dua pemimpin wanita dari WP bagaikan tangan kanan dan kirinya di dalam Wanita UMNO dan juga perjuangan politiknya iaitu Datuk Faridah ( Ketua Wanita Cheras ) dan Datuk Azizah Samad ( Ketua Wanita Seputeh ) juga dari WP . Walaupun Shahrizat mendapat tepukan gemuruh apabila namanya diumumkan sebagai calon Ketua Wanita , tetapi nama Rafidah juga nampaknya begitu terserlah dikalangan perwakilan UMNO Wilayah Persekutuan kerana beliau dikatakan mendapat backing yang kuat daripada beberapa pemimpin wanita utama di WP. Majlis tersebut dipengerusikan oleh Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Senator Datuk Ridhuan mewakili Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique yang dikatakan sibuk dengan urusan rasmi kerajaan. Rata - rata perwakilan wanita dari Wilayah Persekutuan mahukan " bos mereka " menang sebagai Ketua Wanita yang baru. Namun, ada " tangan - tangan yang tersembunyi" dari WP yang berkerja keras untuk Rafidah pertahankan jawatanya.Rafidah dan Shahrizat dilihat - mempunyai pengaruh yang sama kuat di WP?

Monday, March 9, 2009

3 SOALAN BERSAMA KETUA PUTERI LABUAN ; CABARAN PUTERI UMNO SELEPAS PRU KE 12 ; HARAP PEMILIHAN BERJALAN LANCAR TANPA SEBARANG PERPECAHAN - RAHIMAH !

MUKADIMAH
Semalam genap setahun negara dilanda tsunami politik. Peristiwa PRU yang ke 12 Mac 2008 sukar dilupakan oleh mana - mana pihak khususnya bagi Barisan Nasional. Pakatan Rakyat berjaya merampas lima buah negeri termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dikuasai oleh Pakatan Pembangkang. Setahun telah berlalu, kini politik negara semakin panas dan tidak menentu. Selepas setahun berlalu, UMNO khususnya Pergerakan Puteri UMNO juga telah mengambil pelbagai tindakan drastik untuk memperkukuhkan lagi jentera parti. Wilayahkini sempat bertanyakan 3 soalan kepada Ketua Puteri UMNO Labuan Rahimah Lamat ( Melalui Emel ) mengenai perkembangan terkini selepas PRU yang ke 12. Untuk Rekod, Rahimah dilihat sebagai seorang pemimpin yang lebih berkecuali kerana tidak bertanding mana-mana jawatan pada pemilihan Puteri di peringkat nasional.
Wilayahkini ( WK ) : Apakah cabaran Puteri UMNO selepas PRU yang ke 12 ?
Rahimah : Cabaran untuk persiapkan jentera pilihanraya Puteri UMNO Labuan supaya lebih mantap dan proaktif. Memandangkan ahli -ahli puteri Labuan masih kurang mendapat pengalaman dan pengetahuan dalam menghadapi suasana pilihanraya yang hebat berbanding rakan - rakan di bahagian - bahagian yang menerima tamparan tsunami politik pada PRU yang ke 12. Walaupun Labuan antara kubu kuat BN tapi ianya bukanlah satu " lesen" kepada kami untuk mengambil mudah.Kami juga mempunyai saluran blog rasmi - Puteri UMNO Labuan untuk mendekati ahli -ahli di Labuan dan juga seluruh Malaysia. Klik DISINI. Disamping itu, pelbagai usaha telah digerakkan untuk menarik golongan wanita bergiat aktif dalam Puteri UMNO.
WK : Bagaimana Puan melihat perkembangan mengenai pemilihan puteri UMNO kali ini ? Dan terlalu ramai pula dari WP yang menawarkan diri bertanding jawatan tertinggi termasuk Exco Puteri. Apakah komen anda ?
Rahimah : Pemilihan puteri kali ini sangat memberangsangkan bagi setiap jawatan yang dipertandingkan. Senario politik semasa diperingkat nasional/parti UMNO telah membuatkan calon - calon bertanding terpanggil untuk menampilkan diri ke peringkat nasional untuk berjuang bersama - sama saf kepimpinan peringkat negeri dan nasional. Saya yakin, semua calon yang bertanding telah membuat analisa dan perhitungan mengenai KEKUATAN, KELEMAHAN, PELUANG DAN ANCAMAN masing - masing sebelum buat keputusan untuk bertanding.Saya harap pemilihan akan berjalan lancar tanpa sebarang perpecahan dikalangan ahli - ahli.
WK : Apakah Wawasan Puteri Labuan ? Pendekatan yang digunakan ?
RAHIMAH : Wawasan kami seiring dengan objektif penubuhan Puteri UMNO di peringkat nasional. Di bahagian pula kami gunakan slogan Berilmu, Prihatin Berwawasan yang begitu jelas tentang imej dan wajah ahli - ahli Puteri UMNO. Kami juga telah menggariskan SIKAP untuk mencapai matlamat Puteri Labuan yang memfokuskan kepada lima agenda iaitu Sosioekonomi, Intelektualisme, Kepimpinan, Keahlian dan Jentera PRU ke 13 nanti. Pendekatan HANRUH (Pertahanan Menyeluruh ) digunakan dalam apa jua keputusan dan aktiviti yang kami akan laksanakan pada masa akan datang bagi mempertahankan martabat parti UMNO, agama Islam, Bangsa Melayu dan Malaysia tercinta.

ISMALINA : " SAYA DAN SUAMI SANGAT PROFESIONAL ; KERJA KAMI TAK PERNAH BERTINDIH "

KUALA LUMPUR 9 Mac 2009 -- "Kita perlukan ahli yang punyai jati diri , faham perjuangan dan hala tuju parti. Saya tahu ada pihak memainkan isu mengenai suami yang juga calon Naib Ketua Pemuda , Datuk Reezal Merican Naina Merican dan saya bertanding jawatan dalam pemilihan kali ini.Saya dan suami saya sangat profesional dan kerja kami dalam parti tidak pernah bertindih.
Pembabitan saya dalam Puteri UMNO Wilayah Persekutuan pada 2001 lebih awal berbanding suami dalam Pemuda.Kami tidak pernah berkongsi maklumat mengenai pergerakan masing - masing. Saya hendak dikenali dan berdiri atas kredibiliti sendiri ", kata Calon Ketua Puteri UMNO Malaysia Datin Ismalina Ismail. Untuk wawancara penuh,sila klik DISINI.
Ismalina yang juga merupakan Naib Ketua Puteri UMNO Wilayah Persekutuan dilihat sebagai pemimpin puteri yang yang telah menceriakan Pergerakan Puteri UMNO Wilayah Persekutuan, melalui pembabitanya di UMNO Wangsa Maju dan juga Puteri UMNO Malaysia. Ismalina, juga dikatakan mendapat backing daripada Ketua Puteri UMNO Malaysia Datuk Nooraini ? Walaupun Ismalina dikatakan bukan calon " Favourite " tetapi beliau dikatakan mempunyai ciri - ciri kepimpinan yang cukup terbaik bagi menerajui kepimpinan Puteri UMNO Malaysia sekiranya diberikan peluang. Apakah visi dan misi Ismalina ? Sila klik - mStar .
Dasar keterbukaan Ismalina juga telah meletakkan dirinya sebagai salah seorang pemimpin Puteri UMNO yang berjaya. Apakah Ismalina berjaya melepasi halangan ini ? Apakah nasib dan masa depan Ismalina sekiranya tersungkur ?
Apakah perasaan Ismalina ?
Telah masuk pusingan akhir, kata Ismalina. Sila klik DISINI , untuk baca komenya.

Friday, March 6, 2009

POLITIK UMNO PANAS LAGI ; SETIUASAHA POLITIK MENTERI DI TAHAN SPRM ; POLITIK WANG ???

KUALA LUMPUR 6 Mac 2009 -- Seorang Pembantu Kanan Menteri ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) lewat malam rabu berhubung dakwaan menerima suapan bernilai RM 70, 000. Bagaimanapun , beliau dibebaskan semalam. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada penahanan tersebut pegawai tersebut berkaitan dengan kempen pemilihan UMNO. Turut difahamkan Menteri berkenaan akan bertanding jawatan Majlis Tertinggi pada pemilihan parti hujung bulan ini.Berita tersebut telah memanaskan suasana politik negara ketika ini kerana macam - macam spekulasi yang di lontarkan berhubung penahanan pegawai berkenaan. Apakah SPRM akan bertindak agresif lagi menjelang pemilihan parti selepas ini ?

Tuesday, March 3, 2009

UMNO AKAN DI HERET KE MAHKAMAH LAGI ?

KUALA LUMPUR 3 Mac 2009 -- Ingat lagi kita peristiwa gelap tahun 1987 ? dimana UMNO diharamkan oleh mahkamah setelah saingan sengit antara Dr.Mahathir Mohamad dan Tengku Razali. Walaupun Mahathir menang tipis dengan 43 undi tetapi implikasi pemilihan tersebut bagaikan satu peristiwa gelap dalam sejarah UMNO yang sukar dilupakan hingga sekarang. UMNO diharamkan dan terpaksa di tubuhkan UMNO baru.
Persoalanya apakah UMNO akan diheret sekali lagi ke gelanggang mahkamah ? Hari ini dua lagi ahli UMNO menggesa supaya perhimpunan agung parti yang dijadualkan pada hujung bulan ini ditunda supaya kes - kes rasuah politik dalam UMNO dapat diselesaikan dulu sebelum pemilihan diadakan. Ketua UMNO Cawangan Muar Datuk Kadar Ninam Shah dan Ahli UMNO Subang Datuk Mazlan Harun bersedia mendapatkan injuksi mahkamah sekiranya semua kes politik wang gagal diselesaikan sebelum perhimpunan agung UMNO.
" Kalau kita mahu kemukakan ke mahkamah, ia mesti ada asas undang - undang dan kita percaya, kita ada kes prima facie.
"Bagaimanapun kita belum sampai ke tahap itu lagi.Kita menunggu reaksi daripada pimpinan tertinggi UMNO.Jadi kita gesa Majlis Tertinggi UMNO untuk mengambil berat perkara ini ", kata Datuk Mazlan (Gambar ) yang juga bekas Exco Pemuda UMNO Malaysia.
Katanya , tindakanya menggesa perhimpunan agung UMNO ditangguh bukan bertujuan untuk menghalang proses peralihan kuasa antara Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najub Tun Razak.
" Kita bukan nak halang Najib. Semua yang sayang pada UMNO kena ambil serius perkara ini.Kami tidak terlibat dalam proses peralihan kuasa.Itu boleh boleh berlaku pada bila - bila pun", kata Mazlan lagi.
Kini bola dikaki Pak Lah .......