Wednesday, March 25, 2009

ISMALINA TEWAS TAPI DAPAT 59 UNDI AJA ; SAARAH PULA DAPAT 3 UNDI ; SERI WANI DAN ZAUYAH SELAMATKAN NAMA WP - MENANG EXCO PUTERI !

KUALA LUMPUR Mac 25 -- Datuk Rosnah Abdul Rashid menjadi Ketua Puteri UMNO Malaysia yang baru selepas menewaskan lima lagi pencabarnya.Pengundian bagi jawatan Ketua Puteri juga menyaksikan kejutan yang besar apabila calon dari Wilayah Persekutuan Datin Ismalina Ismail hanya mendapat 59 undi manakala Saarah Ali Bashah dari Bahagian Seputeh hanya mendapat 3 undi. Dahlah dua wakil dari WP nak rebut jawatan yang sama, tapi cukup malang sekali apabila kedua mereka mendapat undi yang tercorot.Malah undi yang diterima oleh Ismalina Ismail yang juga merupakan Naib Ketua Puteri UMNO Wilayah Persekutuan bagaikan satu kejutan politik bukan sahaja di Kuala Lumpur malah seluruh Malaysia. Manakala bagi jawatan Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia , daripada enam calon dari Wilayah Persekutuan yang turun gelanggang, akhirnya dua calon berjaya - iaitu Ketua Puteri Setiawangsa Seri Wani Sabtu ( 388 undi - tempat 15 ) dan Ketua Puteri Bandar Tun Razak Zauyah Zainuddin ( 377 undi - tempat 19 )
Sila klik -:: UMNO 2009 :: , untuk keputusan pemilihan Puteri UMNO 2008

23 comments:

pu3 said...

Tahniah buat yang berjaya...

Buat kak ina., cekalkan hati.., perjuangan masih belum selesai..

saarah hj. ali bashah said...

salam,

Saya menerima segala apa keputusan dan menyokong penuh barisan kepimpinan yg ada.

Hanya utk makluman, wakil calon saya tidak ada semasa proses pengundian dilakukan, maka tidak ada saksi. Dan saya terima sekiranya undi yg saya dpt adalah 3 undi shj, kalau 0 pun saya terima kalau dah takdir. Tetapi secara ikhlas, saya memang turun padang. Saya berkesempatan menalifon perwakilan mlm tadi dan ikhlasnya secara rawak lebih dari 20 mengaku mengundi saya dan saya percaya. Saya puashati, tetapi sekiranya ada perkara yg tidak benar berlaku, saya harap tuhan shj yg akan mengadili, kerana dgn manusia kita boleh tipu dgn tuhan mana kita nak lari.

ikhlas, saarah hj ali bashah
calon ketua puteri umno malaysia

Anonymous said...

tahniah kak zauyah n Seriwani...



izwany Pu3 Segambut

Anonymous said...

sememangnya tidak adil dan tidak berorientasikan suara rakyat (Melayu).. macam mana la umno nak menang PRU akan datang.. so jawapannya kita sendiri la yang tahu..

Perwakilan Puteri said...

Salam,

Saya kenal kak Ina. Perjuangannya ikhlas. Kak Ina ada prinsip yang kuat iaitu mengelakkan politik wang semasa berkempen.

Pada saya kak Ina adalah pejuang sebenar. Tapi rezeki tidak menyebelahinya.

Semoga kak Ina tabah menerima keputusan dan ini bukan bermakna perjuangan kak Ina telah berakhir.

All the best 2 kak Ina.

Anonymous said...

tahniah yb rosnah,

teruskan usaha "JADIKAN PUTERI ASET BERNILAI DLM UMNO"..

Luv,
aishah,pu3 segambut

Fatim said...

Tahniah kepada Zau & Wanie

- Fatim

Anonymous said...

Tahniah Kak Zauyah! Segala pengorbanan anda tidak sia2...

Nak tau gak said...

Berapa undi calon2 dari WP yg lain?
Ishhhhh....kesian teman dengor..YB calon Perak dr Lembah Pantai tue berapa kalahnya? Org WP sendiri asyik lupa dia calon dari WP! Huhuhu...

piut panglima kasim said...

salam perjuangan buat semua....

tahniah pd yg menang..dan pd yg kalah jgn berkecil hati. kita teruskan usaha lagi. ade byk kerja2 yg perlu kita teruskan. sentiasa beringat akan tanggungjawab dan berpeganglah pd asas perjuangan.
kita sokong kepimpinan & bantulah sedaya yg mampu. kalu ade yg tak kena maka tegurlah dgn berhemah.

Anonymous said...

Kak Ina tidak dapat lari dari bayang suaminya Rizal Naina tu yang sering dikaitkan dengan isu2 sensasi. Kita kat wilayah kita kenal Kak Ina, luar wilayah kenal cara lain!

Acha said...

Apa-apa pun petama sekali dek ingin ucapkan tohniah buat Datuk Zulhasnan yang ahli Mt.Dan tidak lupa buat Seri Wani.

Tunggulah semalam untuk ucapkan tohniah dan salam dengan pemimpin WP ni tapi kcewapabila Datuk Zulhasnan tidak muncul setelah keputusan MT diumumkan.

cctv said...

Salam...
Kan dah pesan kenape ramai sangat yg bertanding. tiada kesepakatan langsung. kalah teruk tuuuu.. buat malu je cuba belajar berpolitik dan besatu bukan nak d calon suka-suka konon glamerr ler nama tersenarai tapi keputan ko..
Ingatan buat semua Pu3 WP biar 1 atau 2 sahaja bertanding ada sokongan padu bukan semuanya masuk pintu tu bukan muat rami-ramai cukup 1 jerr.
Jadikan pengajaran bukan sekadar baca dan buang.. pedih gak kalah walaupun nak kacau undi kononnya tapi digelak dek orang.. kah..kah..kah...
Sorrriiii
Ingat mengingat sesama ahli dan bangsa...

Puteri UMNO Bahagian Segambut said...

Tahniah Kak Ros! Tahniah Kak Zau! Tahniah Seriwani!

bambi said...

Apasal exco puteri yang menang lompat lompat atas stage? Dah terlampau suka sampai terlupa adab ker? Buat malu jer!!

kejora said...

tak sangka lah dia menang pasal dia berjaya dengan skim masuk dlm chai semua kolam...

Anonymous said...

kejora

cam kenal jer siapa gerangan c kolam tu.

Slumcat millionaire said...

Wanie ke? Pelakon yg mantap! Harap KP baru bukan dia walaupun dpt sokongan dr Kak Lin. Kak Lin dah tak der pape dah, tak payah layak sgt!

Anonymous said...

Sarah, if you gonna be long in politics, Dont believe wat people tell you!

underground said...

Siapa tak kenal si kolam tu.Bukan turun padang pun jumpa perwakilan nak merayu undi.Last2 minit baru nampak muka tu pun kat sesi pengenalan calon je.Boleh kata kalau tanya pd perwakilan satu Malaysia ni 80% tak pernah dengar nama dia.Lillahitaala..Pg la tanya dorang.aku ni buat keja underground,mana2 pg org akan sebut dr Wilayah yg dorang tau Azliza n Fiona.nama Zau,Fatim,Mira ada la jugak terkeluar tp sorila Tim ko bkn KPB mmg chances nak lepas tu tipis sgt.Tp nama pengerusi kolam ni batabg hidung pun org tak dpt bayang.Apa citer??

Anonymous said...

Tahniah Wani,

walaupun baru x semestinya anda x layak.

Do your best for Parti.


Anak Jati Wangsa Maju

Anonymous said...

TAHNIAH buat YB Rosnah..
TAHNIAH buat Seriwani (No 14)
TAHNIAH buat Zauyah (No 19)

Buat kak Sarah,
Jika benar pun la.. 20 org tu bg undi pada akak.. akak tetap no 6 sebab baru 20 je.. tapi kalau betol la 20 nie boleh membuatkan akak jadi no.1..then kita citer dgn lebih terperinci ..(undi 20 tu kadang2 kak..masa kat dlm petak mengundi pun boleh bertukar..) "Kun Fa Ya Kun" ..segala2nya atas KehendakNya.. kalau dari 20 jadi 3 je pun...itulah realitinya.. sebab akak sendiri pun tak boleh nak undi diri sendiri..yg membolehkan undi tu bertambah walau 1 undi.. (Syukurlah ada 3 undi..drp takde langsung!)

Untuk semua..
Pemilihan dah pun selesai..
BERSATU la..Lagu UMNO rasanya semua dah hafal..

BERSATU KITA BERSATU
DENGAN SETIA BERGANDING BAHU
JIWA TEGUH BERPADU
KITA RUMPUN MELAYU

Sekarang masanya nak pk mcm mana nak memperkasakan UMNO (khasnya PUTERI) yang semakin dipandang sepi..
(EDEN Setuju BONA dgn statement piut panglima kasim..kalau ada yg tak betol..tegurlah dgn berhemah)

Jgn jadi GUNTING DLM LIPATAN..
Depan BOS..ye.ye..je...
dlm blog korang hentam dia..
(Tak kira la.. Wanita, Pemuda or Puteri)

Nak citer kolam2...kisahnya yg korang promote pun main kolam bertaraf olimpik..lagi nak kondem org2 yg menang...
Sekurang-kurangnya dah terbukti.. semua perwakilan memilih diorg..

Apa pun barisan exco kali nie..
mmg ramai muka boleh dan mampu buat keje..
1 @ 2 yg otai2 exco nie..
kene perati2 sket..
ada yg sekadar penghias majlis2 rasmi je..

so..kepada setiap ahli puteri yg rajin masuk2 blog nie..
Baca...baca jugak..
tapi..
LU PK la sendiri ye..!!

orang lama said...

Apsal di PSU BTR ni over kipas KPUM baru? geli la...time susah tak penah nampak muka ,bila dah menang tetiba buat2 sibuk,pegang tu pegang ni, menyombong pulak tu dgn org lama..

YB Rosnah, tolong perati betul2 kaki kipas yg disekeliling sekarang ni.kipas banyak makna tu..ambi; yg betul2 boleh buat keje dan boleh jaga nama baik pu3. kalau setakat nak belagak...tak payah.