Tuesday, March 17, 2009

POLITIK WANG : CONFIRM MOKHTAR SAMAD KENA 1 TAHUN ; SALMAH PIN DIGANTUNG 3 TAHUN ; " POLITIK WANG" HANTUI UMNO BTR SEKALI LAGI !

TERKINI 17 Mac 2009 -- Lembaga Disiplin UMNO menggantung keahlian Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak Datuk Mokhtar Samad selama setahun manakala Ketua Wanita UMNO Bandar Tun Razak Salmah Pin pula digantung keahlian selama 3 tahun . Salmah Pin yang turut menawarkan diri bertanding jawatan Exco Wanita UMNO Malaysia merupakan Setiausaha Badan Perhubungan Wanita UMNO Wilayah Persekutuan. Dikemaskinikan hari ini... Penggantungan Salmah Pin merupakan kejutan politik di UMNO Wilayah Persekutuan. Salmah dilihat seorang pemimpin harapan di Wilayah Persekutuan bagi menerajui kepimpinan tertinggi Wanita UMNO WP selepas ini. Beliau juga dikatakan orang kuat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Apakah dengan penggatungan Salmah Pin , akan ada kesan besar ? ataupun membuka peluang kepada pihak lain ?Harapan Salmah juga berkecai untuk merebut jawatan Exco Wanita UMNO Malaysia.
Berita di Wilayahkini sebelum ini..........
KUALA LUMPUR Mac 15 2009 --"Sehingga hari ini saya belum terima surat tindakan ( Lembaga Disiplin ), cuma saya dengar orang kata saya kena gantung " begitulah reaksi Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak Datuk Mokthar Samad . Politik Kuala Lumpur juga tiba - tiba menjadi panas apabila dikatakan dua pemimpin UMNO dari Wilayah Persekutuan akan dikenakan tindakan disiplin UMNO. Walaupun Mokhtar Samad menafikan telah menerima surat penggantungan selama setahun tetapi beliau mengakui ada mendengar cakap - cakap yang mengatakan beliau akan dikenakan tindakan berkenaan. Sila baca komen Mokthar Samad di Utusan Malaysia Online - Politik.
SIAPA LAGI DARI WP ? - Seorang lagi pula dari Wilayah Persekutuan dikatakan bakal berdepan dengan tindakan disiplin ialah , seorang Ketua Wanita UMNO Bahagian yang juga merupakan pemimpin wanita yang penting di Wilayah Persekutuan? Lembaga Disiplin UMNO dijangka mengumumkan keputusanya esok.
( Gambar Mokhtar Samad bersama anaknya Rizalman yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO BTR dan gambar Salmah Pin tengah bersalaman dengan perwakilan )

20 comments:

Anonymous said...

mmg dah dijagka, sebelum ini pun saya terbaca dlm blog locengwangsa ada menyebutkan beberapa org akn dikenakan tindakan disiplin, termasuk salah seorg ketua bhg dri WP dan juga yang menggemarkan ialah salah seorg calon Tim Presiden juga dikatakan bakal terima tindakan disiplin. Hancurlah umno....

mokhtar dahari said...

orang baik macam mokhtar samad yang tak pernah kacau orang pon kena fitnah

Anonymous said...

Perwakilan kena memilih pemimpin yang telah berjasa dan terbukti kepimpinannya. Bukan yang hanya baru timbul jadi hero dan hebat masa pemilihan atau yang popular kerana "ada habuan". pemimpin yang sebegini harus ditolak sekiranya UMNO mahu terus diterima rakyat. jangan menjadi jaguh dalam UMNO tapi di tolak masyarakat. lebih molek sekiranya MKT yg dipilih adalah dari Bahagian2 yang UMNO menjadi tunjang, bukan dikalangan pemimpin yang parti pembangkang kuasai wakil rakyatnya. maknanya , kalau mahu menjadi ahli MKT, Bahagian sendiri mau jaga dulu.

Anonymous said...

Dali Hussin (bekas ketua pemuda pengkalan chepa)tak kena tindakan ke...setahu saya... semua bekas pemuda kelate dapat RM dari KJ....
Tolong la tuan sampaikan kepada SPRM...

Anonymous said...

setiausa pemuda umno wilayah dengar cerita makan kiri kanan

Anonymous said...

tak cukup bukti la tu!!! (kes dali).

otai said...

SALMAH PIN... HUAHAHAHAH ... pueh hati! jahat lagi ngan orang kan dah kena...!!!! nanti aku hantau pisang kat masjid...

Otai said...

baik ke mokhtar samad tu? hehehe... biar lah rahsia...

Puan Salmah Pin.... the truth has revealed. Allah is great. what goes around comes around. tahun nie nak tuduh kami apa lagi? apabila kita suka membuka aib orang suatu hari aib kita akan dibuka dengan teruknya.

ini akibatnya galak sangat masa bersidang hari tuh! tak lama lagi banyak la pisang sampai kat Umah.

Anonymous said...

Ketua Wanita Bhg. Setiawangsa, teman anda dah kena jadi ingat-ingatlah, pandai-pandai tupai melompat akhir jatuh ke tanah juga













bSetiawangsa ingat-ingatlah

Anonymous said...

Dia kata siapa depa nak gantung kita.siapa grup n balaci yg ikut bodoh tu.siapa kenal depa.allah maha kaya segalanya dibayar tunai.selama 2 penggal wanita btr dijual dan bertopengkan agama.sekarang baru rasa cuba-cuba lah musahabah diri satu penggal ni.

ahli gossipkorner said...

salaam smua,
saya amat mengenali kedua-dua mereka ni dalam politik tatkala dalam umno bahagian besi dulu lagi.

hukuman yang dikenakan amatlah setimpal & bertepatan sekali dgn perjalanan politik mereka.

umno btr tetap hidup subur walaupun tanpa mereka berdua!!!

Anonymous said...

Tupai kat setiawangsa tu kalau jatuh bedebuk sebab dah kenyang sangat. Lantak lah duit haram tu biar sampai muntah.

Anonymous said...

Salmah Pin..inilah masa untuk anda
mahasabah

Anonymous said...

terlampau tak sedar diri rasa hebat, kebal .tuhan maha kaya ,hang jatuh dengan hina..
HIDUP ZALEHA NAJMUDDIN.KAMI ADA BERSAMA ANDA.

Anonymous said...

macam mana ni, Brunei nafikan selesai isu Limbang lapor Borneo Post Jumaat 20.03.09

Anonymous said...

ayam serama species yang paling gatal didunia

Anonymous said...

dengar cerita terkini..salmah pin dgn sekutunya telah mengadakan majlis bacaan yasin supaya salmah pin berjaya dlm rayuannya..buat malam sabtu x berani buat malam jumaat..sedih betul ngenangkan puak2 yang tak tau pebende ni..dahlah pempuan tu buat penipuan yang maha besar ,la ni tengah dok galak menghuruharakan rumahtangga orang..bermaksiat (pernah dlm ucapannya masa pemerintahannya..ibu2 tunggal ni jangan dok geselgesel laki orang jagaa meruah)sekarang apa dah jadi kat CEK ..apa yang hang dok pekata dah timpa kepala belit hang..duhai puak2 yang tak tau pebende ..YASIN JANGAN DIBUAT MAIN

Anonymous said...

dengar2 bkn takat baca yasin ,sembahyang hajat sekali..hilang pedoman ka puak2 lumut tu.. penjahat maximum tu nk dibelanya..

Anonymous said...

TERBARU KATANYA WANITA BTR ADA MEMBUAT RAYUAN AGAR KETUA MEREKA DILEPASKAN DARI HUKUMAN. KATANYA SEMUA KETUA KETUA WANITA CAWANGAN TELAH SAIN PETITION..PERSOALANNYA BETULKE SEMUA SETUJU UNTUK SAIN... ATAU ADA YANG COUNTERSIGN..? ORG TERDEKAT SY KETUA WANITA CAW TETAPI KATANYA TAK PERNAH SAIN APA-APA... YANG BERSALAH TETAP BERSALAH DAN HUKUMAN TELAHPUN DIKENAKAN. LEMBAGA DISIPLIN PASTI TEGUH DENGAN PENDIRIAN..KALAU TIDAK SIAPA NAK PERCAYA LAGI PD UMNO... GUNAKAN AKAL DAN FIKIRAN!!!!

Anonymous said...

APA NAK DIRAYU LAGI..17 KESALAHAN YANG DIA LAKUKAN..IKUTKAN HUKUMAN DIGANTUNG 3 TAHUN TU TAK SETIMPAL.SEPATUTNYA DIGANTUNG SEUMUR HIDUP ORANG MACAM SALMAH PIN NI TAL PERLU UJUD DALAM UMNO