Saturday, March 14, 2009

NORZA ZAKARIA MENGAKU TIDAK BERSALAH DI MAHKAMAH ; DI BEBASKAN DENGAN JAMINAN RM 10 RIBU !

TERKINI : "Saya berasa amat sedih terhadap perkara yang berlaku keatas diri saya kerana telah banyak berjasa kepada parti. Saya akan akur dengan apa jua keputusan mahkamah berhubung kes itu nanti. Saya tidak akan melepaskan jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO ( MT ) dan akan terus bertanding jawatan pada pemilihan UMNO hujung bulan ini ", kata Datuk Norza Zakaria sambil menitiskan air mata selepas dihadapkan ke mahmakah.
ADAKAH NORZA LAYAK BERTANDING ? " Kelayakan bertanding kena diputuskan oleh Jawatankuasa Pengurusan pada kes - kes yang berkaitan dengan perkara ini kerana ( Norza ) telah dihadapkan ke mahmakah ", kata Presiden UMNO Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi hari ini.
Sementara itu, Norza mendapat tepukan yang gemuruh daripada perwakilan WP ketika namanya disebut sebagai calon MT pada sessi pengenalan calon MT di PWTC malam tadi.
Berita terdahulu................................

TERKINI : Temerloh 13 Mac 2009 -- Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Norza Zakaria hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini terhadap dua pertuduhan memberi rasuah kepada dua individu pada 20 Jan lepas.
Norza ( gambar NST di mahkamah ) yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan meminta untuk dibicarakan dibebaskan dengan ikat jamin RM10, 000 dengan seorang penjamin.
BERITA TERDAHULU.....
BERITA TERKINI 12 Mac 2009 : Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Norza Zakaria difahamkan akan dihadapkan ke mahkamah esok berhubung kes politik wang. Berita mengenai Norza , menjadi bahan cerita panas dikalangan perwakilan UMNO mahupun dikalangan media massa sejak awal malam tadi. Buletin Utama TV3 juga membuat breaking news bahawa Norza akan dihadapkan ke mahkamah esok. Apakah Norza akan kehilangan hak untuk bertanding pada pemilihan UMNO dan akan menjadi anggota MT pertama dihadapkan ke mahkamah esok ?
Berita terdahulu..........
KUALA LUMPUR 11 Mac 2009 -- Isu mengenai Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Norza Zakaria yang terbabit dengan siasatan SPRM baru - baru masih panas dikalangan perwakilan UMNO. Norza yang juga merupakan bekas Setiausaha Politik dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO secara perlantikan kuota Pemuda UMNO Malaysia pula betekad akan bertanding mempertahankan jawatanya pada pemilihan UMNO bulan ini.
" Saya ingin menafikan sekeras - kerasnya mengenai khabar angin yang menyatakan saya tidak akan bertanding. Kenapa saya perlu tarik diri sedangkan saya sudah menerima penacalonan yang cukup ? ", katanya kepada mStar .
SIASATAN SPRM
Mengenai siasatan SPRM keatasnya beliau enggan mengulas lanjut. " Tiada komen .. saya hanya memberi keterangan kepada SPRM bukan disiasat", katanya.
Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan melalui Penolong Setiausahanya Syed Mehdhar Syed Abdullah ( Ketua Pemuda Cheras ) baru - baru ini berkata Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan akan memberikan sokongan kepada Norza bagi mempertahankan jawatanya berdasarkan kepada pengalaman, ketokohan dan komitmen Norza.
Norza yang juga merupakan bekas Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju, menerima tamparan hebat apabila bahagianya sendiri ( Wangsa Maju ) tidak mencalonkanya bagi jawatan Majlis Tertinggi.

17 comments:

Anonymous said...

Udah lah Pemuda WP. UMNO tengah bergelora, kamu dok dengan dunia awang-awangan. Kalau di bahagian sendiri pun Norza tak dapat pencalonan, dan kalaum ingat masa beliau Ketua Pemuda Wangsa Maju pun hampir nak kena undi tak percaya sampai dua kali, macam mana nak memimpin negara. Kalau berpolitik, tempat sendirilah kena pasak dulu. jangan dok nak dongak tinggi melangit. Kalau Pemuda WP masih menyokong Norza, alamat nak lingkuplah Pemuda WP dan PRU13. Ker Syed Mehdar aje yg beria-ria?

auraputih said...

"Syed Mehdhar Syed Abdullah ( Ketua Pemuda Cheras ) baru - baru ini berkata Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan akan memberikan sokongan kepada Norza bagi mempertahankan jawatanya berdasarkan kepada pengalaman, ketokohan dan komitmen Norza."

itu syed mehdar yang kata, dia sorang jer yang kata macam tu,
orang lain x kata pun...
hentikan lah...!!!

Anonymous said...

Syed Mehdar ni memang dikenali sebagai pemimpin umno yang berdamping dengan ketua dan akan mengampu ketua untuk kepentingan sendiri dan kelangsungan hidup politik beliau.

Pemuda cheras bolih lah dia nak goreng macam tu. Ada dikalangan mantan pemuda cheras pun jadi agen kempen untuk Norza. Patut sangat SPRM siasat semuanya.

cheras ori said...

hahaha kini siboncit berdarah kacokan Pas dari cheras mula tunjuk sokongan kpd DNZ! Gerangan apa tu? Jawatan dan dot dot dot.

tuan kamu di sana juga tawar diri untok MT. beri sokongan & bekerja 'kuat dan tidak belah bagi' kepada tuan kamu dahulu!!!

Anonymous said...

Dalam UMNO semua bolih bertanding.tiada sekatan..jawapannya betul ,kalau tak bolih bertanding dikatakan tidak demokerasi ( hujah ).Tetapi yang nak bertanding perlu menilai DEMOKERASIKAH DIA dengan tidak mewakili mana-mana bahagian hendak merebut jawatan Tertinggi yg sumbangan kpd Negara adalah teramat besar?begitu juga pendapat dan sokongan, DENGAN SEORANG MENYATAKAN SOKONGAN PADU DAN BERCAKAP UNTUK MENYATAKAN SESAORANG ITU TERLALU BAGUS ADAKAH MENCERMINKAN DEMOKERASI...semuanya ini bolih dipelajari dari UMNO Bahagian Cheras.

Malik Saad said...

Ketua Pemuda Cheras tu memang sinonim dengan panggilan "Cakap Tak Serupa Bikin" sama juga dengan bos nya di Cheras. Kalau ada anugerah tokoh "Tong Kosong" maka pemenangnya adalah Ketua Pemuda Cheras dan ketuanya.

laksa mana jln peel said...

Loya tekak terasa nak termuntah apabila Mehdhar buat kenyataan. Kalau ikut sejarah dia jadi KP Cheras kerana Cheras tiada calon yang boleh tampil ke hadapan kerana kena block oleh Ali Al Habshee.

Diri sendiri masih dipimpin orang lain macam mana nak panggil pemimpin. Kalau pemimpin yang dipimpin bolehlah dipersetujui.

Pemuda Cheras? Ada atas kertas saja kot.... wujud kerana struktur parti.

Adiks said...

abangs... nape lah korang ni dengki ngan DN tu? Kalau nak compare kan calon2 MKT dari WP ni, dialah yang paling favorite, kedua Syed Ali, 3-Astaman, corot sekali, ha tu Zulhasnan yang bengkeng tu...
Jgn lah nak dengki dgn DN tu, kami suka perwatakan beliau yang tidak sombong dan tidak ala2 tentera Yahudi...

Anonymous said...

saya sangat bersetuju dengan pandangan Malik Saad..Bahagian Cheras banyak melahirkan jenisan TONG dan TIN...Syed Ali TONG MINYAK KOSONG Syed Mehzar TIN SUSU KOSONG....

Anonymous said...

tapi yang mana tong deram orang buat barbekiu dan tin air gas yang kecik tu?

Anonymous said...

wahai SYED MEHDHAR hari semua orang dah tau siapa engkau... suka mengata orang.. kalau orang semua tak betul.. sedangkan kau pembohong dan kaki temberang jer.. serupa lah dengan BOSS cheras kau tu.. konon nya kaki tereh la.. apa yang kau dapat.. elok2 orang nak bagi undi kat BOSS kau langsung orang tak bagi.. ini semua angkara kau atas didikan BOSS kau..!!

Anonymous said...

Khir Toyo camner pulak?
Bukan ke Syed Mehdar org kuat Khir Toyo ..

bungaraya said...

UMNO Wilayah Persekutuan lah yang sebenarnya merancakkan perlakuan kurang elok dalam UMNO ini. Tak tahukah?

Pemuda UMNO dr Segambut said...

apa yg dorang ni juangkan ha..x tau ke org melayu kat KL ni dah macam penumpang/pendatang, hampir pupus...yg korang sibuk nak bertanding je..rumah melayu tempat banjir, kaw majoriti melayu macam reban burung(PPRT),UDAH2 LER TU cuba la pikior cam na nak bela nasib org kita kat KL ni,peniaga2 kita,camna nak maintain,nk upgrade kat kl ni....bila org komen isu bahasa malaysia dlm sains dan matematik,tuduh org tu pembangkang,yang korang diam sedangkan majoriti org UMNO punx setuju benda ni,,,tp sbb nak bodek ke takut ke kat org atas tu suma diam...,bila PR amik kesempatan isu ni suma kelam kabut...biar kita minoriti kat mana pun tapi suara besor pada majoriti tapi serupa org xda telur,hipokkrit dan pentingkan poket dan diri sendiri...

Pem Pemangkin Reformasi said...

Sdr 'Pemuda UMNO dr Segambut'

teguran itu sinis namun baitnya ikhlas. Berkata benar biarpun pahit, kendatipun begitu gunakanlah saluran yang khusus, tembakan semborono akibatnya diri sendiri.

Bergeraklah secara jemaah, berjuang secara jemaah, dalam jemaah ada imam, ada ketua. Bila ada ketua, pastinya hanya ada satu keputusan yang terbaik untuk semua pihak. Maka gunakanlah saluran, ruang, kuasa yang ada pd sdr utk berhujah dengan imam dan ketua.

Angin perubahan meniup kencang namun sebatang lidi mudah patah berbanding seikat.

Bersatulah kalian, komitmen, suara, idea/tenaga dan masa.

Perubahan hanya boleh dilaksanakan dengan usaha bukannya kata-kata.

UMNO terus mara!

Anonymous said...

semoga allah ampun kan anda-anda yang membuat tohmahan-tohmahan pada saudara islam lain

jamal pak tongko said...

tohmahan apa. norzakerdil memang bapa rasuah!!!