Tuesday, March 3, 2009

UMNO AKAN DI HERET KE MAHKAMAH LAGI ?

KUALA LUMPUR 3 Mac 2009 -- Ingat lagi kita peristiwa gelap tahun 1987 ? dimana UMNO diharamkan oleh mahkamah setelah saingan sengit antara Dr.Mahathir Mohamad dan Tengku Razali. Walaupun Mahathir menang tipis dengan 43 undi tetapi implikasi pemilihan tersebut bagaikan satu peristiwa gelap dalam sejarah UMNO yang sukar dilupakan hingga sekarang. UMNO diharamkan dan terpaksa di tubuhkan UMNO baru.
Persoalanya apakah UMNO akan diheret sekali lagi ke gelanggang mahkamah ? Hari ini dua lagi ahli UMNO menggesa supaya perhimpunan agung parti yang dijadualkan pada hujung bulan ini ditunda supaya kes - kes rasuah politik dalam UMNO dapat diselesaikan dulu sebelum pemilihan diadakan. Ketua UMNO Cawangan Muar Datuk Kadar Ninam Shah dan Ahli UMNO Subang Datuk Mazlan Harun bersedia mendapatkan injuksi mahkamah sekiranya semua kes politik wang gagal diselesaikan sebelum perhimpunan agung UMNO.
" Kalau kita mahu kemukakan ke mahkamah, ia mesti ada asas undang - undang dan kita percaya, kita ada kes prima facie.
"Bagaimanapun kita belum sampai ke tahap itu lagi.Kita menunggu reaksi daripada pimpinan tertinggi UMNO.Jadi kita gesa Majlis Tertinggi UMNO untuk mengambil berat perkara ini ", kata Datuk Mazlan (Gambar ) yang juga bekas Exco Pemuda UMNO Malaysia.
Katanya , tindakanya menggesa perhimpunan agung UMNO ditangguh bukan bertujuan untuk menghalang proses peralihan kuasa antara Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najub Tun Razak.
" Kita bukan nak halang Najib. Semua yang sayang pada UMNO kena ambil serius perkara ini.Kami tidak terlibat dalam proses peralihan kuasa.Itu boleh boleh berlaku pada bila - bila pun", kata Mazlan lagi.
Kini bola dikaki Pak Lah .......

5 comments:

MeeT uNcLe sHaH said...

Salam,

Jangan biarkan sejarah berulang lagi!!!
Sedarlah banga Melayu ku!!!

Jangan biarkan kami(generasi muda) menjawab tentang keb*d*h*n bangsa kepada generasi selepas kami!!!

Anonymous said...

Macam-macam dah teman dengar pasal calon-calon yang bertanding. harap perwakilan dapat memilih yg terbaik. Jangan memilih yang bagi fulus saje dan yg mengunakan kedudukan dlm agensi-agensi kerajaan. Ingatlah mereka ni nampak hebat bukan kerana diri sendiri tetapi kedudukan dan jawatan mereka. Habis mereka gunakan jentera agensi2 tersebut

Anonymous said...

askum sahabat2.. dulu umno diharamkan ini lah orang yg jadi BATU API.. yg kecewa dalam perjuangan & hari ini mereka ini telah menjadi ahli umno, berhati2 lah dengan pengkhianat ini.. mereka2 ini orang KU LEE yg kecewa kerana KU LEE tak dapat sokongan untuk mendapatkan pencalonan tempohari.. kalau arwah DATO HARUN beliau tidak akan khianat pada UMNO, kenapa boleh terjadi kepada anak beliau??? tempohari bukan main kuat mereka bergerak untuk huru hara UMNO untuk menonjolkan KU LEE tapi tiada sambutan.. dan hari ini pengikut2 KU LEE dah kecewa & tida kerja justeru nak huru hara kan UMNO pulak.. orang2 ini lah yang patut dipersalahkan.. AWAS..!! AWAS!! duri dalam daging!! gunting dalam lipatan!!

bungaraya said...

Kita sebenarnya tidak pernah puas. Itu terjadi kerana kita adalah MANUSIA yang berserta dengannya nafsu serakah. Ada yang bijak membendungnya, tetapi ada yang tidak langsung berusaha kearah itu.
Jika kita langsung terbawa-bawa dengan perlumbaan kekayaan kaedah kapitalis masa kini, maka sangat banyak yang hendak kita pertikaikan.
Sedarkah kita rupanya sengkita rumah tangga sebahagian besar adalah berpunca akibat nafsu serakah hasutan syaitan itu? Sedang jika kita sentiasa beringat akan TUHAN itu berada disekitar kita, memerhati perbuatan dan niat buruk kita! kita akan menjadi orang yang sentiasa juga bersyukur dengan apa yang diberikanNYA.
Saya baik dengan pemimpin yang bertanggungjawab mengharamkan UMNO suatu ketika dulu. Tapi sehingga kini saya langsung tidak setuju dengan tindakan mereka itu.
Jika masih ada melayu yang bijak dan juga bodoh spt ini dalam UMNO, tidak hairan UMNO akan lenyap sedikit masa lagi. Konon nak selamatkan UMNO kerana ia flatform perjuangan, tapi sebenarnya menjahanamkannya. SEDARLAH .

Machinery said...

buat semua perwakilan pu3, jangan lah saudari semua dikaburi oleh 'sumbangan' wang ringgit dari calon2. Awak semua dah besar, boleh berfikir sendiri. Kalau kata nak buat perubahan drastik dari jawatan tertinggi hingga kebawah, cubalah tukar dengan cara yang sihat. Kenali pu3 dulu, baru lah cakap nak tukar. Ini entah datang dari awan mana, tiba2 muncul, dan beli perwakilan. Tak malu ke kalau menang nanti? 'Menang' pasal beli perwakilan. Buat semua kelab penyokong Ida Rahayu, you all jangan lah nak poyo sangat dengan wang ringgit yang kamu bawak tu, ingat kami ni 'hard-up' kan wang ringgit Calon ketua awak tu ke? Harapkan menang sorak, maybe lah, tapi pu3 semua ada otak to think..

salam