Tuesday, May 18, 2010

APA NAK JADI DI WANGSA MAJU NI .....???

" Pada PRU 2008 saya telah dijemput oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membantu PKR dan bertanding diatas tiket PKR. Ketika itu saya memang dah bersedia untuk bertanding atas tiket parti MDP. Tetapi atas dasar perpaduan dikalangan parti pembangkang saya bertanding atas tiket PKR dan ketika itu saya bukanya ahli PKR. Selepas dipujuk oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim saya masuk PKR pada April/ Mei 2009", kata Ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong yang kini sudah keluar dari PKR dan menjadi Ahli Parlimen Bebas.
Keputusan Wee Choo Keong memang sesuatu yang tidak mengejutkan, tetapi bagi pengundi di Wangsa Maju keputusanya dikatakan cukup mengecewakan sama sekali.
Pada PRU 2008 , Wee Choo Keong menewaskan penyandang Ahli Parlimen Wangsa Maju Datuk Yew Teong Look yang juga Setiausaha Parlimen Kementerian WP ketika itu dengan majoriti tipis, 150 undi. Yew mendapat 19, 487 undi manakala Wee Choo Keong mendapat 19, 637 undi.
Parlimen Wangsa Maju diberikan kepada MCA daripada UMNO pada 2004 selepas persempadanan semula kawasan parlimen dimana UMNO diberikan kawasan Parlimen Setiawangsa. Datuk Seri Zulhasnan Rafique pernah mencipta sejarah dimana menewaskan "Giant Killer" dari PKR Marina Yusuff di Parlimen Wangsa Maju pada PRU 1999 yang dikatakan cukup mencabar. Zulhasnan menjadi Ahli Parlimen Wangsa Maju yang terakhir dari UMNO sebelum berpindah ke Setiawangsa. Sebelum Zulhasnan , Kamal Salleh menjadi Ahli Parlimem untuk satu penggal.
PILIHANRAYA KECIL DI WANGSA MAJU?
Ramai yang menuntut Wee Choo Keong berundur terus kerana dikatakan telah mengecewakan harapan rakyat. Malah PKR dan PAS Bahagian Wangsa Maju yang menjadi benteng kekuatan Wee Choo Keong selama ini dilihat lantang membidas perbuatanya yang keluar parti.Mereka mendesak Wee Choo Keong letak jawatan segera.
" Saya tidak akan letak jawatan dan saya tidak akan tunduk kepada tekanan berat sebelah dari Pakatan Rakyat", kata Wee Choo Keong.
Wilayahkini pula dengar warga Wangsa Maju sudah mula menyampah dengan perangainya. Apa kata anda ?

5 comments:

PAPA GOMO said...

salam,..wee choo keong ni racist...so gua tolak lakhanat ni. takpa, biar dia kekal untuk penggal ni. penggal depan kita penggal dia cukup cukup.

Anonymous said...

mmg menyampah sgt2 pun.... inilah YB paling racist yg pernah aku jumpa... kedai2 melayu nak dirobohkan nya... turun padang jauh sekali...

Sian Warga Wangsa Maju dpt YB bodoh camni...

Anak Jati Wangsa Maju

LOCENGMANGSA said...

Setiawangsa oh Setiawangsa......

Apa nak jadi dgn Setiawangsa ni,dari sumber yang boleh dipercayai, sekarang dah ada 3 kepala, silap-silap 4 kepala.... Walaupun jauh lagi tempoh pertandingan,YB Dato Sri Ketua Bahagian dengar cerita akan dicabar oleh 2 orang yang terdekat dengan beliau, yang sorang lagi tak confirm lagi tapi dah mula sponsor Sayap Pergerakan dan orang2tertentu untuk kehulu kehilir.

YB Ketua Bahagian Setiawangsa adalah dari kalangan yang buat kerja dan menjaga Setiawangsa dengan bagus sekali, tengok Setiawangsa 10 tahun lepas dgn sekarang. Apa lagi korang nak hah ! Dah dapat Ketua Bahagian yang bagus,kebajikan masyarakat terjaga, kira Alhamdullilah lah...

Kepada yang dok kejar jawatan tu, fikir2 lah faktor, ada ke sokongan cawangan? Umur ? dan berbagai-bagai.

Teringat kata-kata seorang teman " biar jawatan yang cari kita, kalau kita yang cari jawatan maka tak lama".... ada betul juga dan telah banyak juga tauladan.

Anai-anainymous said...

Kejor jangan tak kejor yeop. Dek terlampau kejor jawatan, nama, publisiti sampai anak si Ketua Cawangan KLSC kena tahan polis positif dadah. Bertambah glamer lah Parlimen Setiawangsa ini.

Anonymous said...

AS'SALAM DAN SALAM SEJAHTERA . . .

SEMUA SAMA SAHAJA UMNO KA ? PKR KA ? MCA KA?

APA YANG KAWASAN WANGSA MAJU , SEKSYE N 1 DAPAT SELAMA INI ??????????

MEMBANGUNKAH WANGSA MAJU SEKSYEN 1 INI?....

DULU TAPAK WANGSA WALK NAK DIJADIKAN KOMPLEKS KESUKANAN DAN KEJIRANAN DIWANGSA MAJU , TAPI APA YANG NAIK ????

DIMANA ANAK-ANAK DAN PEMUDA SERTA PEMUDI DAN WARGA WANGSA MAJU INGIN BERIADAH ? DARI TAHUN 1985 - 2011?