Tuesday, January 12, 2010

ISU PUSAT HIBURAN DI JALAN P.RAMLEE - DBKL CAKAP TAK SERUPA BIKIN .......

KUALA LUMPUR 12 Jan ,
" Dalam masa satu jam pertemuan bersama Datuk Bandar dan Menteri Wilayah Persekutuan masalah pusat hiburan itu (Jalan P.Ramlee) boleh diselesaikan sedangkan banyak lagi masalah rakyat di Wilayah Persekutuan tergantung bertahun - tahun tidak dapat diselesaikan ", kata Ketua Pemuda UMNO Kepong Norizan Ali.
Norizan berkata demikian kepada Akhbar Sinar Harian bahawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dilihat terlalu mementingkan pusat hiburan daripada menyelesaikan masalah rakyat. Tindakan terburu - buru DBKL membenarkan lima pusat hiburan di Jalan P.Ramlee memperbaharui lesen dan beroperasi semula adalah tindakan yang tidak boleh di terima oleh rakyat. Sila klik di sini Clubs can renew licences if they keep to permitted sound level untuk baca komen Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Ning Chik.
Pergerakan Pemuda UMNO Kepong tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat kerana ianya membuktikan kerajaan dan pihak berkuasa tempatan ( PBT ) terlalu mementingkan keuntungan dari memikirkan masalah sosial melibatkan belia.
Sementara itu seorang pembaca yang bernama Mahmud Nor dalam emelnya kepada Wilayahkini berkata " sebelum ini Datuk Bandar Kuala Lumpur bukan main berikan amaran mengenai tahap kebisingan di kelima - lima pusat hiburan tetapi tak sampai dua hari jer DBKL dah tolak ansur dan bersetuju untuk membenarkan mereka beroperasi kembali. Kalau macam ini , Datuk Bandar tak payahlah cakap besar. Kalau nak masuk politik , letak jawatan dan masuk politiklah. Kalau nak buat , buatlah betul - betul. Tak payah ambil tindakan dari awal - awal kerana mereka pun dah lama beroperasi kat sana.Jangan pulak nak tunjuk kuasa dan berlagak macam hero dalam TV . Jangan jadi cakap tak serupa bikin lah.."

9 comments:

Anonymous said...

Datuk Bandar dicadangkan jangan lagi dari PTD,rekod PTD telah cukup teruk,PTD lah patut bertanggungjawab memecahbelahkan kakitangan kerajaan.PTD bertanggungjawab jadikan kakitangan malas dan beriri hati.

PTD telah wujudkan berbagai peraturan agar orang bawahan takut kpd pTD.PTD adakan Laporan Prestasi Tahunan,kakitangan bawahan tak akan berani membuka pendapat atau menentang,melainkan hanya membodek.PTD naik pangkat cepat,pegawai DBKL,guru,Doktor,lain-lain jawatan sampai tua sampai pencen lah duk takuk tu lah.

PTD jadi Datuk Bandar kakitangan DBKL tak akan dengar cakap,lebih2 lagi Datuk Bandar macam yg ada sekarang.Guru2 cukup cerdik Persatuan mereka tolak PTD.

Betulkah PTD prestasi jatuh teruk? lihatlah Selepas Tun Mahadzir (Dr) beralih kpd Pak Lah (PTD)keadaan negara kucau kacir, sekarang Dato Najib kena tanggung bala,koridor bunyi gah!Hadhari hilang entah kemana,

Datuk Bandar dicadang tukar kepada Profesional lain pulak cukuplah kemunkaran yg semakin teruk mereka lakukan.

Datuk Najib kena teliti pandangan ini,ini adalah reality,saya menulis walaupun tak pandai menulis.Jika dibiarkan ,sepandai mana berpolitik pun tak guna.....

Anonymous said...

janganlah pukol semua PTD ,ini hanya hal Datuk Bandar.Rasional sikitlah.

Cadangan Datuk Bandar dari Profesional lain adalah dialukan.Jangan kasi atas tiket orang politik sudahlah.

adikara said...

isu di sini hanya terletak kpd kelemahan cara pengawalan yang mampu untuk diperbaiki.

mengapa tidak pusat-pusat hiburan ini dijadikan sebagai kelab-kelab terkawal dari segi keahliannya. hanya ahli yang berdaftar sahaja yang dibenarkan. jadikan tempat-tempat ini kawasan hiburan yang lebih beretika seperti mana kelab-kelab golf....

yang lainnya fikir-fikir bagi yang telah dipertanggungjawab....

Anonymous said...

Jangan salahkan Datuk Bandar atau dbkl pulak dlm isu ni. Dengar2, ini keputusan kabinet. Seluruh kepimpinan negara terlibat!

Tapi syarat rendahkan volume bunyi sudah dikeluarkan, dan arahan tegas supaya 5 kelab ni ikut sudah dibuat. Lagipun penduduk yg terlibat semua tu orang kaya (Marc Residence etc) yg dah mmg tau pun tempat tu tempat disko tak hengat.

aboudiabydoo said...

Kawasan Jalan P Ramlee merupakan salah satu tarikan utama pelancong dan penduduk kotaraya KL untuk kategori nightlife. Ia juga merupakan satu penjana ekonomi dan menambah rencah dalam kehidupan KL. Tiada siapa yang paksa org utk pergi ke sana, dan setiap tempat pun mengenakan bayaran yg tinggi - kalau budak sekolah bukan boleh masuk. Tindakan Datuk bandar menarik lesen adalah terburu-buru, dan tindakan kabinet menarik balik tindakan dbkl di samping mengenakan syarat baru yang ketat merupakan tindakan yg tepat.

Move on. Bnyk lagi isu rakyat yg penting.

Anonymous said...

sokong,sokong sepatutnya hapuskan saja PTD yang hanya nampak nak cipta pangkat dan cari peluang nak jadi ketua saja tapi abuk pun tarak..bukannya reti kerja cakap pandai bodek je lebih..

Anonymous said...

Saya nak cadangkan SPRM minta siasat semua peringkat yg bertugas dg DBKL buat pengistiharan harta. tapisan harta dibuat secara betul-betul dan sehalusnya.

Pegawai-pegawai yg lama bertugas disatu-satu bahagian atau unit ditukar kepenempatan baru.Pegawai yg benar berwibawa patut dan layak dijadikan Pengarah.

Ahli Lembaga Penasihat DBKL lantik dari bekas KSU yg cemerlang atau TKSU yg tegas menduduki jawatan tersebut, jangan lantik terlalu ramai wakil-wakil politik atau profesional yg asyik ambil kesempatan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur baik juga dilantik secara bergilir-gilir dari berbagai Profesioanal seperti Peguam.IR.Dr atau profesional yg jujur jangan hanya PTD sahaja.

Unit Media Wangsa Maju said...

Salam 1Malaysia,

Kami dari Unit Media Wangsa Maju mengambil kesempatan mengucapkan Syabas kepada anda kerana pengendalian blog yang begitu cekap dengan artikel2 yang bernas dan mantap.

Harap kita dapat bekerjasama dalam menjayakan blog dan menjawab segala fitnah dan dakyah yang dilemparkan pembangkang pimpinan Anwar Al Juburi..

Kami juga telah link blog anda dalam senarai blog kami. Sila layari http://mediawangsamaju.blogspot.com/.

Kami meminta jasa baik pihak WILAYAHKINI agar dapat mempromosi blog kami buat tatapan pengunjung blog anda.


Sekian, Salam Ikhlas dari,
UNIT MEDIA WANGSA MAJU.

Umar Abdul Aziz Bin Hj Mohd Affandi Bin Abdul Rahman said...

HIDUP MCR !!! hehe

-http://ohremaja.blogspot.com-