Friday, August 13, 2010

MCA NAKKAN SEMULA JAWATAN BN WANGSA MAJU !

KUALA LUMPUR 13 Ogos -- MCA Wilayah Persekutuan mahukan jawatan Pengerusi BN Wangsa Maju. Difahamkan MCA WP yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Tan Chai Ho sudahpun menghantar memorandum kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Pengerusi BN dan UMNO Wilayah Persekutuan. Jawatan Pengerusi BN Wangsa Maju yang disandang oleh bekas Ahli Parlimen Wangsa Maju Datuk Yew Teong Look kini telah diserahkan kepada Ketua UMNO Wangsa Maju Datuk Shafie Abdullah yang juga Setiausaha Politik Kepada Perdana Menteri. Shafie yang juga Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan dikatakan sudah mengidamkan menjadi" calon" di Wangsa Maju pada PRU yang ke 13 nanti manakala Yew Teong Look yang tewas tipis kepada Wee Choo Keong pada PRU yang lepas dikatakan masih menjadi calon"poular" di Wangsa Maju ketika ini.
Sementara itu, Wilayahkini dengar desas desus MCA WP dikatakan telah membawa isu ini sampai ke mesyuarat BNWP yang dipengerusikan oleh Tan Sri Muhyddin Yassin semalam. Malah kami turut difahamkan mesyuarat semalam panas kerana isu tersebut. Yang pasti, MCA dan UMNO kini dilihat umpama bermain tarik tali untuk menjadi calon di Wangsa Maju. Persoalanya - siapa boleh menang ?
PERHATIAN ........
Wilayahkini sedang mengemaskinikan blognya semula. Nantikan wajah barunya dalam tempoh masa yang terdekat ini....

5 comments:

Anonymous said...

SETIAWANGSA NI PUN SAMA, CUMA BEZANYA PEREBUTAN ANTARA AHLI UMNO, DATO ASTAMAM NAMPAK MCM ADA HARAPAN WALAUPUN DIA ADA KES, MCM TAN SRI ISA TAPI BELIAU MASIH BOLEH BUAT KERJA, DALAM DUNIA NI MANA ORANG YANG TIDAK PERNAH BUAT SALAH.

SANG ALGOJO said...

Hello kawan,

Put some senses and fix the party dulu. Lets go back to our good relationship that we have developed and enjoyed. Mengsensasi isu belum tentu menjamin masa depan parti yang elok. Jangan paksa diri pada perkara-perkara yang tak mampu...... kalau tidak lu akan nampak macam katun.

Anonymous said...

SUDAH SUDAH LAH DT FIEE.. KENAPA AWAL2 DULU SEMASA PERSEMPADANAN SEMULA TAK FIGHTKAN KERUSI ITU UNTUK UMNO.. KINI PIMPINAN ATAS DAH BERI PADA MCA MAKA SUDAH TERLAMBAT.. PERKARA2 BEGINI LAH RAKYAT & PENGUNDI2 MENYAMPAH / BOSAN DGN PIMPINAN UMNO.. TAK HABIS2 TAMAK JAWATAN DAN KEDUDUKAN DEMI KEPENTINGAN PERIBADI.. PRU 13 AKAN DATANG JANGAN HARAP BN WANGSA MAJU BOLEH MENANG.. JADI PAK PANDIR MODEN LA JAWAB NYA

Anonymous said...

Yang bersorak riang sekarang bukan BN, tapi pembangkang. Kalau inilah caranya BN berebut jawatan, memang akan kalah lagilah di Wangsa Maju. Apa ada pada jawatan sekiranya yang menayndang tak mampu pikul tanggungjawab? Bukankah yang penting adalah untuk menang dengan pilihan rakyat, bukan pilihan parti?

Anonymous said...

Walaupun sejak tradisi kawasan Parlimen Wangsa Maju, Setapak dimilik oleh ( UMNO-Wangsa Maju) sebelum diserahkan kepada MCA sebelum pada tahun 2004 pilihan raya ke 11 (PRU 11).

BN (MCA-Wangsa Maju) menang majority besar pada tahun 2004 ( PRU ke 11) mengalahkan PKR. Manakala pada tahun 2008 BN (MCA-Wangsa Maju)kalah tipis majority 150. Sebenar penduduk setapak suka pengerusi MCA BN Wangsa Maju sebagai wakil rakyat tidak dapat menjadikan ahli parlimen disebabkan kalah suka tampil membantu apa sahaja ( turun padang berjumpa penduduk di sekitar kawasan mukim daerah setapak). pada tahun 2008 ( PRU ke 12).Pengundi dan penyokong berbagai kaum bukan benci dan marah atau kecewa terhadap pengerusi MCA Wangsa Maju bersikap baik hati dan mengambil berat di daerah setapak.

Jika PRU ke 13. Saya pasti pengerusi MCA wangsa Maju akan menang. Saya harap pihak UMNO memberikan peluang kepada pengerusi MCA kerana melaksanakan tugas amat memuaskan.

Terima Kasih