Saturday, September 13, 2008

LABUAN : MACAM MANA SUHAILI DENGAN YUSUF MAHAL ? JADI TAK JADI ? YUSUF MAHAL YAKIN ; MINGGU INI JADI PENENTUAN ! LABUAN KINI DILANCARKAN !

LABUAN -- Kedudukan Datuk Suhaili Abdul Rahman sama ada akan menang tanpa bertanding ataupun terpaksa mengharungi detik - detik pertandingan bersama Penyandang Timbalan Ketua Bahagian Labuan Datuk Yusuf Mahal bakal diketahui secara rasmi hari ini atau esok.
Berita dari rakan sejawat kami di Labuan menyatakan Ahli Parlimen Labuan , Datuk Yusuff Mahal masih menaruh harapan untuk mendapatkan dua pencalonan lagi sekaligus melayakkanya bertanding sebagai Ketua Bahagian.
Sehingga berita ini ditulis hari ini, Suhaili masih di depan dengan 18 pencalonan manakala Yusuf Mahal pula 3 pencalonan.Yusuf Mahal dijangka akan mendapat dua lagi pencalonan minggu ini dimana minggu terakhir bagi semua cawangan selesai mengadakan mesyuarat cawangan masing - masing.Cawangan Kilan dan Layang - Layang yang dikatakan menjadi penyokong kuat Yusuf dijangka akan mencalonkanya sekaligus memberi peluang kepadanya bertanding Ketua Bahagian.Apakah impian Yusuf akan terlaksana? Politik UMNO Labuan yang dikejutkan dengan insiden membaling kerusi , Laporan BPR di akhbar serta komen - komen yang panas telah meletakkan UMNO Labuan di satu zon yang panas di Wilayah Persekutuan ketika ini.
LABUAN KINI DI LANCARKAN
Sementara itu, Wilayahkini telah dimaklumkan satu blog baru yang dinamakan LABUAN KINI telah dilancarkan beberapa hari yang lepas dimana blog tersebut akan memberi keutamaan kepada berita - berita politik Labuan, isu - isu semasa di Labuan dan juga berita - berita yang berkaitan. Labuan Kini juga telah melaporkan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique telah berada di Labuan semalam untuk lawatan sehari termasuk menghadiri majlis berbuka puasa peringkat Labuan.
Untuk perkembangan selanjutnya mengenai perkembangan UMNO Labuan yang kini sedang panas sila klik www.labuankini.blogspot.com .Labuankini merupakan rangkaian kedua dalam Wilayahkini setelah Titiwangsakini dilancarkan pada bulan lepas.

No comments: