Wednesday, September 3, 2008

PUTERI LEMBAH PANTAI : PERTARUNGAN SATU LAWAN SATU ; SIAPA LEBIH GAH ? ADUN ( NOLEE ) atau AJK PUTERI BAHAGIAN LEMBAH PANTAI ( NORASYIKIN ) ???

Lembah Pantai ( Wilayahkini ) -- Perkembangan politik Puteri di Lembah Pantai semakin menarik perhatian pelbagai pihak apabila pertarungan satu lawan satu mempertemukan seorang ADUN dari Perak - Tualang Sekah ( Nolee Ashilin Radzi ) dan seorang AJK Puteri Bahagian Lembah Pantai Norasyikin Jaafar.
Nolee yang boleh dikatakan seorang calon " heavyweight" dan berpengalaman - juga merupakan AJK UMNO Bahagian Lembah Pantai dan Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia. Nolee yang dikatakan seorang pemimpin yang lantang di Puteri UMNO Malaysia juga dikatakan sedang mengintai peluang untuk menjadi Ketua Puteri Wilayah Persekutuan setelah menewaskan Norasyikin.
Sekiranya kita menilai jumlah pencalonan yang diterima oleh kedua - dua mereka daripada 25 Cawangan Puteri di Lembah Pantai- Nolee telah mendapat 13 pencalonan, manakala Norasyikin 11. Mengikut perkembangan politik semasa di Lembah Pantai , diatas kertas kedua - dua calon dikatakan mempunyai peluang yang sama rata namum sekiranya sentimen " orang luar " yang kini hangat dimainkan terhadap Nolee diterima oleh ahli - ahli Puteri maka peluang Nolee dikatakan amat payah sekali.
Berdasarkan dari info yang diterima oleh Wilayahkini , ahli - ahli Puteri di Lembah Pantai mahukan anak tempatan menerajui Pergerakan Puteri di Lembah Pantai dan tidak mahu seorang ADUN dari luar KL " masuk campur" di Lembah Pantai walaupun Nolee merupakan salah seorang ahli UMNO Lembah Pantai yang begitu popular di peringkat akar umbi.
Apakah nasib di Lembah Pantai ? Siapa lebih berkaliber ? Apakah Lembah Pantai bakal menemukan calon bakal Ketua Puteri WP ?

19 comments:

Anonymous said...

Apa nak cite orang luar?Sharizat pun orang luar.Ketua Puteri sekarang pun orang luar.Orang luar tak menjadi isu.Yang penting siapa yg boleh diketengahkan lawan Nurul Izzah.Shikin ATAU Nolee ATAU Zahrin ATAU Raja ATAU Yusri?? Lu pikirlah sendiri...........

Anonymous said...

saya rasa biarlah orang lembah pantai yang menerajui puteri sbbnya nolee nak jaga kawasan di perak, nak jd naib ketua puteri msia nak jd ketua puteri wp plak..??? pening btul dengan minah sorang ni..cuba kita renungkan apsal dia tak jd ketua puteri bahagian di perak? orang sana tak suka ke? takut kalah ke? apasal lari sampai ke wp? cuba kita fikir2kan...jgn bila dah jd ketua janji kemana batang hidung pun tak nampak...cuba survey kawasan dia di perak, dengar cite pun huru hara, itu yang tak sempat
kawin...renung2kan lah..saya cuma ahli yang tak mahu puteri lingkup dek kerana ketamakan jawatan dan gilakan kuasa tetapi kerja ntah kemana.

Anonymous said...

Sabda Nabi s.a.w. maksudnya:

"Wahai Abu Zar, Sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ianya pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya."

(Riwayat Muslim)

Anonymous said...

saya rasa yang lebih layak untuk jadi Ketua Puteri Bhg Lembah Pantai ialah YB Nolee.Syikin tu tak pernah nampak pun kat Wilayah..Tapi saya ada kawan kat Lembah pantai..dia kata syikin tu tak layak nak jadi pemimpin..keluarga sendiri pun tak reti nak jaga cam mana nak jaga Puteri bhg nanti...org tu kata syikin ni pernah ada scandel ngan pemuda...power jugakan syikin ni

Anonymous said...

Bukan nak kata apa laaa, tapi agen2YB suruh budak-budak Puteri buat sembahyang istikharah nak pilih pemimpin.
Lu fikir aje lahhhhhhh...

Anonymous said...

syikin ada scandal ngan pemuda? apa kurangnyer YB tu? Siasat bebetul YB kesayangan ramai tu!

Anonymous said...

Jangan layan sangat tu..asalkan baik dgn lelaki jer dikatakan skandal. Pi lahhh... dah tak ada cite lain yg panas ke?

Anonymous said...

Bulan mulia nie jgn main sedap type wahai2 pu3 yg beremosi...jgn sekadar type benda yg tak pasti..boleh jatuh hukum fitnah. Kate org tak pandai jage keluarga, ckp org ade scandal..cukup2la memfitnah...jgn smpi org lain selak kain awak plak...terdiam awak nanti...jgn hanya sekadar untuk meraih undi habis sume pekong didada terbongkar.INGAT kalu kite boleh tuduh org mcm2 org lain pun boleh tuduh awak mcm2...ape yg susah sgt tak suke jgn undi..syg sgt pd YB undi die.. pokok pangkal rezki di tangan Allah..ade rezki YB ade la...

Anonymous said...

Kalu mcm nie la perangai pu3 LP...mmg hancur la mase depan pu3 umno lp.kehadiran org luar merosakkan pemikiran org2 tempatan LP.aku heran dulu mase Kak ijat jd wakil rakyat sume menolak kate nk org tempatan alih2 org yg menolak Kak ijat tue la yg bawak masuk Nolee yg dr luar kawasan LP..ape maksudnyer??bukan ker hanya sekadar nk jatuhkan maruah org2 tempatan LP?

Anonymous said...

tak abis2 isu nk jatuhkan syikin isu scandal ngn pemuda..sengalla korang nie..isu lapok..da takde isu lain ke yg korang nk jdkan senjata...bg bukti kalu ye syikin ade scandal dgn pemuda..cetek tul pemikiran baik ngn pemuda ade scandal..padahal korang jeles kan pemuda takleh nak bebaik ngn korang..hahahahha ISU LAPOK la...aku tgk syikin n laki die elok je...pehal plak kate die tak pandai jage famili?tak penah plak sepanjang aku kenal dia aku dgr die g bomoh/ustaz nk baikkan umahtangga dia...org lain punye famili ade la..so sape agaknya yg tak pandai jage famili ye?(aku da ckp jgn dijolok sarang tebuan..aku dok diam-diam korang suke nk kacau idup aku..nah amikkk..)

Anonymous said...

Issshhhhh apa lah korang ni..bulan2 baik cam ni pun nak bergaduh2..tak baik lah...kak syikin ngan kak nolee takde apa2 pun...u all kat dalam ni pula yang bergaduh2...
kita ni kan semua kawan2....

Anonymous said...

betui tuh sbht diatas, apa ler kita kat sini nk gaduh2 yg untung nnti org2 PKR ambil kesempatan keatas kita semua melopong nanti....pikir pikir lah sendiri...

Anonymous said...

yes...kita semua kena ingat tujuan kita join pu3 sbab nak jadi sayap peringkat awal UMNO..klau kita sesama kita asyik bergaduh jawatan nti apa org bangsa asing lihat parti kita??
bertanding laa secara sihat..jgn laa nak aibkan org/calon kat sini..
kita tegok pada authorithy calon2 kita..pilih yg betul2 kita rasa bleh aktifkan pu3,yg bleh satupadukan pu3 (jgn ada berpuak2) and bleh bantu pu3 cawangan bila ada masalah menimpa...

berjuang kerana parti bukan kerana peribadi...fikir2 kan teman sekalian....

Princess Z said...

Kami dah bertukar alamat..
Sila layari http://puterilembahpantai.blogspot.com
untuk berita terkini.

Anonymous said...

Assalamu'alaikum.

Saya org luar dan sentiasa memantau anak-anak semua yang masing-masing bakal pemangkin persada UMNO dan negara (insya'aliah).

Bagaimanapun, membaca komen-komen di sini saya rasa sedih. Mengapa begitu sekali premis arguments yg dibuat hinggakan ada yg begitu peribadi dan menyerlahkan keaiban pergerakan Puteri sendiri?

Saya sebagai seorang Pak Cik yg ingin melihat UMNO kembali dilihat sebagai bermaruah, menasihatkan anak-anak dan adik-adik sekelian bermuhasabah, terutama pada akhir-akhir ramadan yang begitu mulia dan keramat ini.

Lihatlah kepada nasib yg melanda kita. Musuh kita sekarang bukannya anwar atau Pakatan Rakyat, tetapi lebih berbahaya percaturan ego dan emosi yang keterlaluan.

Anonymous said...

Di sini saya nak melahirkan rasa kesal saya kepada KP bahagian sekarang Puan Zalina...
Di atas sikap beliau yang turut sama memporak perandakan politik puteri2 LP..
mengapa saya katakan begitu?? satu perkara yang telah terjadi kepada cawangan kami..di mana Pn Zalina telah menggantungkan mesyuarat sayap puteri cawangan kami setelah list pencalonan tidak berpaling pada list beliau iaitu Puan Syikin...ini sepatutnya tidak patut berlaku..beri laa kami untuk mencalonkan pemimpin yang kami sendiri rasa layak memegang jawatan di bahagian LP...
sy berani kata begini kerana saya adalah antara mangsa beliau..secara senyap dia buat aduan untuk memalukan kami..tak patut...ish..ish...
Tapi tak aper laa...cuma saya harap..pada Bakal Ketua Puteri Bahagian..jangan laa cantas puteri cawangan lain plak lepas ni...especially masa ada pemilihan ni...
HIDUPKAN PERJUANGAN MELAYU SEMULA..
HIDUP PUTERI LP

Anonymous said...

aku dari bahagian lain cuma nak bagi tau hang sikit dek oi apa yang kak zalina buat 2 betul dia cuba nak memperbetulkan keadaan cuma takut korang semua tersalah pilih pemimpin hampa tgk saja PRU yang lalu kak ijat kita kalah sbb ada org2 mcm hampa yang x tau menilai kan mana kaca dan permata , asal kaya jer hang ingat dia pakai permata , tapi hang x tau dia pakai kaca buatan korea. Buat apalah kita pilih org luar, org kampung kita kan ada,,,,, krg comel 1/2 inci dari lawan dia x kisah lah tu janji dia tahu pasal kita betul x hang beria -ia nak sokong dia hang dpt duit raya ya..... Hujan emas dinegeri org , hujan batu di negeri sendiri lebih baik hang pikir mana hujan yg hang nak...... salam

Anonymous said...

awak org luar LP mana laa awk tau aper terjadi..unless awk ni orang zalina...heheheh..yer laa zaman siber ni semua org bleh jadi sapa2...konon nak bela diri sendiri..dah memang2 dia tu sengaja nak boikot cwangan2 yang pro YB...yang menajdkan aku xpaham tu..knapa dia ni sibuk2..dah xpired tu jgn laa kacau Puteri..

ladyzone said...

Orang luar bukan menjadi soalanya... yang penting tanggung jawab yang hendak dilaksanakan semasa terpilih menjadi Ketua Puteri Lembah Pantai tu nanti... sanggup ke tak... Kalau calon Ketua Puteri dari orang lembah pantai kenapa masih lagi tak nampak penglibatan calon tersebut dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan di cawangan-cawangan tak kan nak tunggu menang baru nak nampak muka...tu pun kalau nak turun bila memang nanti..Kalau dah bersedia nak jadi pemimpin mestilah bersedia jumpa puteri cawangan sebelum start persidangan cawangan & bahagian tunjukkan ciri-ciri kepimpinan yang diada.. baru para perwakilan boleh menilaikan sapa yang sepatut nya layak menjadi KETUA PUTERI BHG LEMBAH PANTAI... Tak salah penulis calon Ketua Puteri Norashikin ini orang lembah pantai dan merupakan AJK puteri Bhg lembah pantai tak kan dia tak tahu cara-cara bagaimana nak turun cawangan-cawangan. Lain lah YB Nolee Ashilin yang dikatakan bukan dari anak jati Lembah Pantai dan bukan AJK Puteri Bhg Lembah Pantai nak turun cawangan nanti akan di pertikaikan oleh ketua puteri yang sedia ada sekarang ini... melawan lah pulak katanya menunjuk kuasa ketua puteri sekarang Pn Zalina ... yang sedia ada calon Ketua Puteri yang merupakan AJK Puteri Bhg pun tak beria nak turun cawangan ni kan pulak yang bukan AJK Puteri BHG... Di manakah ciri-ciri dan pengelaman memimpin yang ada pada calon Ketua Puteri Pn Norasihikin tu..... lu fikirlah dan nilaikan lah sendiri...