Monday, September 8, 2008

Tindakan Ahmad Koyak Gambar ;GERAKAN PUTUS HUBUNGAN DENGAN UMNO PULAU PINANG ! BN SEMAKIN GOYAH?

KUALA LUMPUR -- Barisan Nasional menerima satu tamparan hebat malam tadi apabila Parti Gerakan memutuskan hubungan dengan Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang kerana tindakan yg keterlampauan Ketua UMNO Bhgn Bukit Bendera Ahmad Ismail dimana sidang akhbarnya bertukar menjadi ganas apabila dia mengoyak gambar Pengerusi Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon yg digantung di Bangunan UMNO Pulau Pinang. Malah Ahmad dikatakan bertindak terlalu melampau sehingga sidang media tersebut menjadi kecoh dan panas. Pak Lah yg mengarahkan Ahmad menganjurkan sidang media tersebut dgn niat baik pula kecewa dgn tindakan Ahmad.Pak Lah dikatakan naik angin mendengar insiden tersebut. Malam tadi Gerakan, selepas mesyuarat MT nya membuat ketetapan memutuskan hubungan dgn UMNO P.Pinang. Esok akan berlangsung Mesyuarat Tergempar BN. Esok juga Pemuda dan Wanita Gerakan akan adakan Sidang Akhbar.

10 comments:

Anonymous said...

Putus hubungan dengan UMNO Pulau Pinang maknanya putus hubungan dengan Pengerusinya iaitu Pak Lah.
Kuat petandanya, kepimpinan Pak Lah di UMNO negeri gagal mengatasi isu ini.Apatah lagi di Malaysia!

Segeralah berundur Pak Lah, kerosakan demi kerosakan tidak dapat dikawal oleh mu. Muhibbah dan perpaduan semakin terhakis di bawah mu.

Yang penting dalam kemelut ini orang UMNO yang selama ni bongkak, sombong, riak, angkuh dan sibuk mengayakan diri sendiri baru tahu langit tinggi rendah!!! Saya tak nafikan ada juga ahli UMNO yang ikhlas dan setia berjuang dan terus berjuang....... walaupun tiada mengharapkan ganjaran. Insyallah di akhirat nanti ada bahagiannya.

Anonymous said...

Harap BN backbenchers 45 orang yang di Taiwan itu akan membawa perubahan bila balik nanti. Berbincanglah halatuju BN di luar Malaysia demi negara tercinta.

Anonymous said...

cuba kita renungkan,

kenapa Datuk Ahmad Ismail bercakap tentang perkauman dihadapan masyarakat cina dan india??? wal hal beliau pon tahu tentang masalah akan muncul.... ok... sekarang kita lihat kebelakang... pada tahun 1999...

DAI telah pergi ke rumah DSAI di damansara,... pada waktu itu mengutuk Tun M & DSAB beliau juga pergi ke pulau pinang, di corok tok kun, memaki kerajaan...

pada pendapat saya ini mungkin adalah muslihat DSAI kerana kebanyakan kita tahu beliau mempunyai kroni2 dlm UMNO&PAS ini mungkin adalah muslihat beliau untuk mendapat undi dari masyarakat cina di permatang pauh...

bayangkan lah, 28 nk pilihan raya 26 dia boleh bercakap begitu... sebelum DSNTR sampai...

Anonymous said...

Ini mmg angkara DSAI memperokperandakan keadaan...


Kita harus sedar siapa lawan kita sekarang dan kita dapat lihat musuh kita bukan hanya diluar bahkan didalam UMNO. Allah saje yang mengetahui dugaan Pak Lah... kita yang duduk dirumah tak buat pape sembang kuat dalam net ni... apasal melayu lemah, senang aje... melayu pantang dicabar dan apabila dicabar pohon maaf begitu saja. Sekarang ni kita perlu bersatu. walaumacamana teruk pun pemimpin kita, kita mesti bersatu demi parti keramat kita iaitu UMNO. Ini adalah dugaan Allah pada UMNO...... Orang yang mementingkan diri sendiri akan melakukan apa sahaja untuk jatuhkan UMNO..... Apabila nampak kelemahan bukan kita nak tolong bahkan nak jatuhkan perwatakan orang..... adakah ini perbuatan orang Islam? .... Kita sekarang berada dalam keadaan yang tersangat lemah. Mmg tak dapat nafikan Pak Lah telah gagal untuk menerajui Malaysia dgn pelbagai kaum akan tetapi kita sebagai orang melayu UMNO harus berdiri teguh... supaya UMNO masih lagi relevan. Kita tak nak suatu hari nanti bila presiden akan datang tak elok kita humban begitu sahaja... jangan jadi macam thailand...... ayuh... mari bersatu...

Anonymous said...

Saya harap kita bertindak betul kali ni. Siasat habisan reporter Sin Chiew Jit Poh tu. Tak mau pisang berbuah dua kali macam kes 'warga cina' ketuk ketampi yang Teresa Kok kecohkan dulu. Terhegeh-hegeh kita pegi minta maaf kat kerajaan China. Tengok-tengok yang kena ketuk ketampi tu orang kita, orang MELAYU!!!!!!!!!

Anonymous said...

Sebenarnya kebanyakan dprd pemimpin UMNO semuanya lagak mcm samseng sbb tuh mrk dibenci di mata masyarakat peti undi 123 golongan inilah yg byk menyumbang dari segi kemenangan BN sebelum ini PRU12...maka ingat-ingatkan lah...dan dgn kejadian ini pihak pembangkang mengambil kesempatan seperti menanguk di air keruh...

Anonymous said...

Baca text ucapan sesi pemberita dengan Datuk Ahmad Ismail di novandri.blogspot.com.

Baru kita faham kedudukan beliau sebenar.Patut ke di minta maaf jika isu itu sengaja disensasikan oleh pihak-pihak tertentu.

Anonymous said...

Dia sdh kena hukum abis crite tak payah nk diperpanjangkan lg.

Anonymous said...

Hukuman yang menunjukkan pemimpin kita SAYUR!!!!

Anonymous said...

Hukum! Patut dia yang kena ISA. Korang ni mcm orang tak paham bahasa. Yang menimbulkan isu perkauman siapa? Ahmad Ismaillah! 3 tahun gantung keahlian tu mana cukup. Kalau ISA tu oklah jugak!