Wednesday, September 10, 2008

TERKINI ISU AHMAD ISMAIL : AHMAD ISMAIL DI GANTUNG 3 TAHUN DARI UMNO ; KEPUTUSAN MT KHAS HARI INI ; AKTA ISA PADA MASA AKAN DATANG !

KUALA LUMPUR , 10 Ogos ( 5.30pm ) -- Majlis Tertinggi UMNO yang bermesyurat hari ini memutuskan penggantungan selama 3 tahun terhadap Ketua UMNO Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail berhubung kenyataanya yang telah mengundang pelbagai kontroversi mengenai isu perkauman. Presiden UMNO Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkanya sebentar tadi selepas mempengerusikan mesyuarat MT Khas di PWTC hari ini.Pak Lah juga memberi amaran , pada masa - masa akan datang sesiapa yang cuba bermain sentimen perkauman akan ditahan dalam Akta ISA.Pada masa yang sama semua parti - parti komponen BN juga telah dinasihatkan supaya mengambil tindakan disiplin terhadap anggota parti yang mengunakkan isu perkauman, kata Pak Lah lagi.

10 comments:

Anonymous said...

Perpaduan kaum perlu dipelihara.

http://bangsaku2020.blogspot.com/

Anonymous said...

Orang2 Melayu kita memang pandai dan bijak diatas pentas bangsawan....?

Anonymous said...

Aku terima msg nie:- (betul ker?)

Mohon Di edarkan :

UMNO & Melayu jangan terperangkap Ahmad Ismail BUKAN pejuang Melayu tetapi boneka DSAI yg menjadi gunting dalam lipatan.DSAI suruh Ahmad Ismail cetuskan ketegangan dlm BN untuk menarik parti komponen keluar menyertai pembangkang menjelang 16 Sept.Ahmad Ismail adalah kawan lama DSAI.Ini fakta yang tidak boleh dinafikan.Dia jadi kaya kerana DSAI.Dia jadi Ketua Bahagian sbb DSAI.Dia buat kecoh dlm BN sekarang pun kerana DSAI.Ini bukan s..............(smpi sini je msg tue..ayat tergantung)...

betui ker nie?

wallahualam..sape tau tlg jawab.

Anonymous said...

PALE BUT MASAK ASAM LA.... SKANG NI ORG MELAYU NAK PERTAHANKAN BANGSA MELAYU PUN DAH TAK BOLEH... INI NAMANYA "MELAYU BARU, MELAYU BARUAH"... SEMUA MACAM KIAMAK HARAM.. !!!

Anonymous said...

Mohon maaf bukan budaya politik Umno
10-09-2008 05:49:00 PM

FENOMENA seperti di atas ini sudah tentulah ditujukan kepada parti-parti komponen Barisan Nasional (BN). Mereka sedang bekerja keras untuk kekal berkuasa dan sibuk melipat gandakan usaha untuk mencari pengaruh terutamanya untuk menambat hati golongan muda.



UMNO kini perlu melakukan sesuatu perubahan drastik baik dari segi imejnya mahupun gerak geri penampilannya. Dalam usaha untuk mengekalkan kuasa dan menjadi tonggak BN, UMNO sanggup melakukan apa sahaja demi menjaga hati parti-parti komponen. Persolannya apakah parti-parti komponen sanggup menjaga hati UMNO?.



Akibat terlalu mengamalkan toleransi demi perpaduan parti, ada segelintir pemimpin tertinggi UMNO sanggup merempuh arus dan menyakitkan hati berjuta ahlinya demi menjaga imej atas konteks perpaduan nasional.



Tanpa menyiasat kebenaran dan dakwaan yang dilontarkan kepada UMNO, pemimpin berkenaan dengan mudah memohon maaf tanpa memikirkan hati ahli UMNO yang lain. Apakah tindakan populis ini akan meredakan suasana dan menaikkan imej UMNO?.



Atau sebaliknya yang berlaku iaitu UMNO terus dipermainkan dan boleh diarah-arahkan apa yang sepatutnya dilakukan. Dimana kewibawaan UMNO kini sehingga orang luar boleh menyuruh apa yang patut UMNO buat?.



Kebelakangan ini sudah seperti suatu trend dalam UMNO yang mana gelagat pemimpinnya telah menonjolkan sifat tidak matang dalam politik. Sikap merendah diri yang kadang kala lebih rendah dari tanah telah menimbulkan perasaan mual di kalangan ahli sendiri.



Mudah melatah sudah jadi seperti budaya UMNO masa kini. Apakah dengan cara ini akan diimpikan orang lain akan tunduk hormat kepada UMNO?. Atau apakah latah segelintir pemimpin tinggi UMNO ini jelas menunjukkan mereka sudah tiada idea dan strategi yang berwibawa?.



Dari isu menghunus keris sehinggalah yang terbaru, iaitu ucapan berapi seorang pemimpin bahagian semasa kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh, UMNO seolah-olah dimiliki oleh segolongan teknokrat tertentu sahaja. Tidakkah terfikir parti lain tidak kira pembangkang mahupun parti komponen BN, sekarang ini sedang menguji kewibawaan dan ketangkasan UMNO dari segala penjuru arena politik negara?



Tidak bolehkah pemimpin UMNO terbabit menjawab pertanyaan wartawan dengan lebih rasional dan berilmiah daripada segera memohon maaf bagi pihak parti?. Takutkah pemimpin terbabit jika mempertahankan yang batil dan tersurat?.



Gelagat segelintir pemimpin UMNO ini sesungguhnya memalukan orang Melayu secara umumnya. UMNO kini sudah tidak bertaring. UMNO sudah tidak lagi lantang mempertahankan bangsanya sendiri. Ini semua akibat segelintir pemimpin UMNO yang masih ‘takut’ untuk memperkatakan soal perkauman. Lebih-lebih lagi apabila ianya dibangkitkan oleh parti komponen. Apakah parti komponen dan pembangkang tersebut tersangat jujur dalam memperkatakan soal perkauman?.



Yang hairannya kenapa semasa di dalam kerajaan perkara ini tidak diutarakan?. Sungguh mudah menuding jari untuk menyalahkan UMNO yang menyebabkan prestasi partinya merosot. Malah beliau mendesak kerajaan membebaskan lima pemimpin Hindraf yang di tahan di kem Kemunting dengan alasan yang berbaur perkauman.



Pengerusi Gerakan Wilayah Persekutuan pula dengan lantang dan berani mencampuri urusan rumah tangga UMNO dengan menghina UMNO dengan tuduhan orang UMNO asyik suka berebut jawatan dan kuasa sehingga berani mencadangkan UMNO menukar pucuk pimpinan parti.



Mereka juga sering mengungkitkan soal perkauman. Apakah tindakan UMNO dan kerajaan?.



Yang jelas gelagat mudah melatah ini telah menonjolkan lagi UMNO kini lemah, lembik dan sudah tidak bermaya dalam menyaingi strategi, idealogi, taktikal dan defensif dalam menangani serangan dari pembangkang mahupun parti komponen BN sendiri.



Dijulang dan bermegah dengan sejarah perjuangan, rekod pencapaian yang baik dan cemerlang sebelum ini belum tentu menjamin kewibawaan UMNO sebagai satu parti politik yang gagah dan perkasa. Lupakan sejenak kisah sejarah kegemilangan UMNO di ambang kejayaan dan kecemerlangannya.



Rakyat sudah ditaburkan di depan mata mereka perbagai parti altenatif untuk mereka sokong dan menganggotainya selain dari UMNO dan parti komponen BN yang lain. Tingkah laku pemimpin UMNO masa kini menjadi modal bualan mereka betapa ketinggalan zamannya strategi dan taktikal mereka dalam menempuh tsunami politik negara.



Apabila musuh boleh membaca setiap pergerakan kita di hadapan, ia bermakna kita sudah tewas dari segi psikologi perang saraf. Akibatnya pertempuran di medan peperangan hanya mengundang kekalahan yang lebih teruk lagi.



Kematangan rakyat yang sudah celik menilai janganlah mentah-mentah dipinggirkan dari fikiran para pemimpin tertinggi UMNO. Mereka sudah jelak dengan andaian politik dan alasan yang sudah lapuk. Mereka mahu pertahan UMNO kuat dan kebal dari apa sahaja bentuk serangan.



Kegagalan menilai kekuatan parti lawan sudah memadai menunjukkan kelemahan UMNO dan BN khasnya. Perisik politik UMNO dan BN gagal menjalankan misi seperti yang diharapkan. Mereka seolah-olah hilang punca sedangkan parti lawan semakin kuat mengasak dan dalam masa yang sama mereka memperkukuhkan benteng pertahanannya.



Akibat gagal berfungsi segala jentera yang ada, kata mudah untuk menunjukkan kekalahan dengan cara berlapik dan berdiplomasi (kononnya) ialah dengan mudah menghamburkan perkataan meminta maaf dan sanggup membuat perakuan sumpah demi kononnya ingin menunjukkan ketelusan dan keikhlasan dalam berpolitik.



Trend politik kini lebih menunjukkan sifat yang lebih brutal dan keras tindak tanduknya. Ini mungkin hasil kajian golongan tertentu terutamanya pembangkang yang menyelami hati rakyat yang pemikiran mereka masa kini lebih laju dan tidak sabar menanti apa sahaja kebaikan untuk periuk nasi mereka.



Fenomena mudah sangat memohon maaf dan tulusnya membuat sumpah sebenarnya menjerat leher parti UMNO sendiri. Persepsi rakyat mudah sahaja. Apakah perlu melakukan sebegitu demi menambat sokongan golongan tertentu?. Dengan kata lain pemimpin UMNO yang gemar bersumpah dan memohon maaf ini sudah tidak dihormati lagi. Malah gelagat pemimpin tersebut menjadi bual jenaka di kalangan rakyat.



Rakyat jelata sudah lama memperkatakan UMNO sudah tidak ada modal politik lagi. Jentera propaganda UMNO seolah-olah tidak berfungsi. Jarak hubungan yang sangat ketara antara pemimpin tertinggi dan akar umbi telah mewujudkan jurang luahan komunikasi yang sangat dalam.



Anjakan jurang yang semakin meluas antara pemimpin tertinggi UMNO dengan akar umbi adalah kerana benteng batasan dan keengganan pemimpin bahagian menceritakan keadaan sebenar kepada pemimpin tertinggi. Jika sudah tahu ini masalahnya, mengapa tidak pemimpin atasan turun sendiri ke bawah dan dengar luahan akar umbi tanpa melalui tapisan protokol dan hairaki kepimpinan yang sebenarnya sengaja diada-adakan oleh pemimpin bahagian.



Inilah akibatnya terlampau mengagungkan birokrasi dan protokol dalam politik. Akhirnya wujud golongan “yes man” di kalangan pemimpin bahagian. Pemimpin bahagian takut mendedahkan masalah sebenar di bahagian masing masing kerana takut hilang jawatan dan pengaruh.



Penakut sebeginilah yang membuatkan UMNO semakin lemah dan sudah tidak dihormati lagi. Ditambah lagi terdapat pula segelintir pemimpin tertinggi UMNO yang terlampau percaya kepada kata-kata ‘hulubalang’nya sehingga terpinggir soal rasional dan ‘dianak tirikan’ emosional ahli.



UMNO perlu kembali garang dalam apa sahaja persoalan yang timbul. Ambillah iktibar akibat terlampau berlembut dan terlebih kompromi, UMNO sebenarnya semakin lembik. “Musuh” UMNO sebenarnya bukan lagi PKR, DAP atau PAS. Parti komponen yang menjadi ‘duri dalam daging’ lah yang menjadi ‘musuh’ sebenar UMNO.



Pada mulanya parti ‘duri dalam daging’ ini ditatang bagai minyak yang penuh oleh UMNO sendiri. Sehinggakan UMNO banyak sangat mengalah dalam menentukan kuota parti-parti komponen BN dalam pencalonan Pilihan Raya Umum yang lalu.



Apabila parti ‘duri dalam daging’ ini kalah dengan teruknya, mereka tanpa segan silu menyalahkan UMNO pula sebagai salah satu sebab mengapa mereka gagal. Malah mereka juga mula menampilkan tuntutan yang bukan-bukan kepada UMNO.



Kenapa?. Tidak lain dan tidak bukan:

v Silap UMNO sendiri yang terlalu memanjakan mereka.

v Silap UMNO sendiri yang menyuarakan ketakutan di atas kebangkitan PKR yang menang besar.

v Silap UMNO sendiri yang sudah pandai merendah diri ekoran banyak kerusi UMNO kalah kepada PKR dan PAS.

v Silap UMNO sendiri kerana ‘terlampau bersedih’ apabila Selangor , Perak dan Kedah ditawan pembangkang.



Akibat terlampau lemah semangat perjuangan UMNO dan terlampau emosional meratapi beberapa kekalahan mengejut, UMNO mula menjadi parti yang mudah merendah diri. Mereka asyik memikirkan masalah parti komponen yang kalah teruk tanpa memautkan kembali perpaduan ahli parti. Mereka asyik memikirkan kuasa sehingga meminggirkan semangat ahli akar umbi. Itulah senario yang berlaku tatkala pilihan raya umum berakhir.



Sedangkan UMNO terlupa bahawa jika dihitung bilangan kerusi yang menang tanpa mengira parti komponen BN mahupun Pakatan Rakyat, UMNO masih lagi parti politik yang paling ramai bergelar “Yang Berhormat” di negara ini.



Hakikat inilah yang tidak dipertahankan sepenuhnya oleh UMNO. Mereka sepatutnya berbangga kerana di dalam amalan demokrasi yang paling telus, UMNO masih boleh berbangga kerana walaupun tanpa BN, mereka ada 35% suara di parlimen iaitu seramai 78 orang bergelar ahli parlimen.



Jangan sampai suatu hari nanti UMNO digelar parti pengecut oleh generasi yang mendatang akibat tindak tanduk segelintir pemimpinnya yang mudah sangat hendak menjaga hati ‘kawan’ sehingga terlupa kewujudan dan fungsi UMNO sebagai wadah perjuangan orang Melayu.



Jangan asyik sibuk untuk menjaga perpaduan dan kompromi dalam BN sehingga ahli yang dibanggakan berjuta orang itu terus dipinggirkan oleh parti sendiri.



Itulah UMNO. Pelik tetapi benar. Dalam usaha untuk membangkitkan semangat orang Melayu dengan menghunus keris sebagai perlambangan perjuangan orang Melayu, UMNO terpaksa meminta maaf.



Apabila dikisahkan sejarah kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu yang sudahpun terpahat sebagai sejarah negara, ianya tidak disenangi dan tanpa segan silu sekali lagi meminta maaf atas nama parti. Milik siapakah UMNO ini?



Fikrkanlah ke mana arah UMNO apabila BN terkubur dan semua parti komponennya mengikut haluan mereka sendiri.



Ikhlas dari

SHAIFUL BAHRI SAIDIN

Anonymous said...

SILA LAYARI BLOG INI > shaifulbahri.blogspot.com/

Anonymous said...

Saya berpandangan ,kita tidak pernah melihat parti komponen mebela kita apabila kita di fitnah sedemikian rupa dengan merujuk kes Teresa Kok yang mulakan isu video ketuk ketampi di lobi parlimen.

Kecoh dan sensasi warga cina yang disangka teraniaya rupanya orang Melayu kita. Sepatutnya tugasan menuntut maaf kepada orang Melayu semua di tugaskan kepada Gerakan. Isu itu berlalu begitu sahaja. Kita terus teraniaya dan parti komponen tidak berusaha untuk membela kita seperti kita membela mereka!!!!

Anonymous said...

isu yg dimainkan oleh ahmad ismail di penang...tidak mendatangkan "untung" buat umno dan bn sebagai parti memerintah... boleh di anggap pada masa dan keadaan yg tidak sesuai... sudah pasti ade pihak melihatnya sebagai "sabotaj" dan ade pihak menyatakan "kenyaataan" ...mungkin ahmad ismail ingin melepaskan rasa geram diatas isu2 yg dibangkitkan DAP dan GERAKAN... namun tidak pd masa dan keadaan yg sesuai... kerana umno dan bn dalam keadaan amat lemah di penang .... mengapa perlu mengguris hati pengundi cina ??? kalau dari sudut politik .. ia tindakan yang amat bodoh .. sooo jgn jd ahli politik jd jee pembekal nasi lemak ke sekolah2 sekitar penang... hehehehe

Anonymous said...

Alhamdulillah,
Petualang yang mencetuskan kekecohan isu pendatang iaitu pemberita Sin Chew Jit Poh itu telah ditahan di bawah ISA. Begitu juga Teresa Kok.

Merekalah sebenarnya yang menghasut. Bercerita mengenai sejarah dan fakta bukan menghasut.

baca novandri.blogspot untuk text ucapan Dato Ahmad Ismail sewaktu Press Conference.

Anonymous said...

WARISAN


Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cintakan lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita Cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan Maha Perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah dinusantara