Tuesday, September 16, 2008

GELANGGANG POLITIK WILAYAH PERSEKUTUAN DI BUKA ; 6 KETUA BAHAGIAN TERLEPAS ; 7 LAGI KETUA BAHAGIAN HARUNGI CABARAN GETIR ; PANAS, RANCAK DAN.........!

KUALA LUMPUR -- Gelanggang politik di Wilayah Persekutuan kini semakin rancak dan panas apabila mesyuarat cawangan selesai mengadakan mesyuarat masing - masing di mana di Wilayah Persekutuan menyaksikan 6 penyandang Ketua Bahagian menang tanpa bertanding manakala 7 Ketua Bahagian pula terpaksa bertarung bagi menentukan nasib mereka pada persidangan bahagian yang dijadualkan pada bulan Oktober nanti.
Pengerusi Badan Perbhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique menang tanpa bertanding sebagai Ketua UMNO Setiawangsa setelah beliau menerima mandat yang sepenuhnya daripada kesemua cawangan yang mencalonkanya sebagai Ketua Bahagian.
Turut menang tanpa bertanding ialah, Setiauasaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Senator Datuk Ridhuan Hamid sebagai Ketua UMNO Kepong, bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO WP ( Ironman Titiwangsa ) Datuk Seri Suleiman Mohamad sebagai Ketua UMNO Titiwangsa, Bendahari UMNO Malaysia dan WP Datuk Seri Azim Zabidi sebagai Ketua UMNO Bukit Bintang dan Setiausaha UMNO Malaysia Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Putrajaya.
Kemenangan Suleiman , memperlihatkan kredibiliti dan ketokohanya yang sukar di tandingi di Titiwangsa dan juga Wilayah Persekutuan.
Sementara itu, orang No 2 di Wilayah Persekutuan - Senator Datuk Kamaruddin Ambok bakal ditentang oleh Bendahari UMNO Segambut Hadi Mad Zam. Di Batu pula, Datuk Yusuf Hamid menerima cabaran sengit daripada AJK Bahagian Batu Yahya Mat Ghani ( Abas ) dan di Wangsa Maju pula, penyandang Naib Ketua Bahagian Datuk Shafie akan mempertaruhkan nasibnya dengan Pemangku Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju Datuk Zainal Nazeri.
Sepertimana yang dilaporkan di Wilayahkini sebelum ini, penyandang Ketua UMNO Seputeh Datuk Hisham Abdul Majid akan berdepan dengan Pengerusi Cawangan Happy Utara Mustapha Kamal dimana menyaksikan episod ulangan tahun 2004.
Di Lembah Pantai pula menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Pemangku Ketua Bahagian Yusri Ahmad , Mantan Ketua Bahagian Datuk Raja Nong Chik dan seorang Ahli UMNO Lembah Pantai Ahmad Zaharan Ibrahim.
Perkembangan di Bandar Tun Razak juga menemukan dua tokoh yang tidak asing lagi dimana Datuk Mokthar Samad sekali akan beradu nasibnya dengan Datuk Amil Salleh. Labuan yang kebiasanya tenang, kali ini menyaksikan Datuk Suhaili Abdul Rahman akan ditentang oleh Ahli Parlimen Labuan Datuk Yusuf Mahal yang juga merupakan Timbalan Ketua Bahagian.
Di bahagian Cheras kali ini menampakkan satu kejutan dimana jawatan Timbalan dan Naib Ketua Bahagian serta G7 akan dipertandingkan walaupun seperti di ramalkan Datuk Syed Ali Al Habshee menang tanpa bertanding sebagai Ketua Bahagian Cheras.
Kecuali Datuk Kamaruddin Ambok dan Datuk Suhaili kesemua pemimpin utama dalam Badan Perhubungan UMNO WP telah menang tanpa bertanding.
WILAYAHKINI akan memberikan laporan - mengikut setiap bahagian selepas ini.Beritanya akan menyusul.

5 comments:

Anonymous said...

seputeh

Anonymous said...

SEGAMBUT LAH BRO

Anonymous said...

Tahnnaih kepada Datuk Zulhasnan Rafique yang telah menang tanpa bertanding di Setiawangsa.

Anonymous said...

Politik WP nampak panas kali ini .Ini menunjukkan demokrasi sudah matang di Wilayah Persekutuan.Kami harap semua calon dapat berkempen dengan cara baik dan jangan ikut cara macam do Segambut.

Anonymous said...

Saya beranggapan politik Wilayah kali ini lebih terbuka tetapi terallu banyak politik wang.Kalai ada duit aja boleh bertanding.Mana ada suara akar umbi?