Saturday, September 27, 2008

WANITA SETIAWANGSA : PENAMPILAN RAHANA DAN NORSIAH BUATKAN HAIRUNNISHA KELAM KABUT ; PERTARUNGAN SENGIT DAN MENCEMASKAN ; RAHANA AKAN BUAT KEJUTAN ?

SETIAWANGSA -- Siapa lebih cekap , berhemah dan berkaliber ? begitulah percaturan politik di peringkat Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Setiawangsa yang menyaksikan pertarungan yang sengit kali ini apabila Naib Ketua Wanita Rahana Ishak akan menentang bosnya Hairunnisha Bivee atau lebih dikenali sebagai " Kak Ani ".
Walaupun sebelum persidangan cawangan di mulakan, sudah ada ura - ura yang mengatakan Rahana akan menentang Hairunnisha tetapi penambilan Rahana ke gelanggang pertarungan dengan penuh strategi dikatakan telah membimbangkan Hairunnisha untuk mempertahankan jawatan Ketua Wanitanya kali ini.
Rahana dikatakan akan turun ke padang bersama Ketua UMNO Cawangan KLSC, Norsiah Kamaruddin yang akan bertanding bagi jawatan Naib Ketua Wanita. Norsiah akan berdepan dengan Normah Awang dari Cawangan Jalan Air Jernih. Gandingan " Rahana dan Norsiah " dikatakan sudah mula mendampingi para perwakilan dengan pendekatan " mesra wanita" dan di lihat mempunyai peluang untuk membuat satu kejutan kali ini. Perang saraf mesra wanita - sudah mula meresapi para perwakilan wanita kali ini.
Manakala Kak Ani yang dilihat sebagai seorang pemimpin wanita yang penuh berpengalaman di Wilayah Persekutuan - dikatakan nampak tenang dan sudah membaca gerakan - gerakan dari pihak lawan . Beliau juga difahamkan oleh Wilayahkini , sudah bersiap sedia dari semua aspek untuk mempertahankan jawatanya.Sebagai penyandang Ketua Wanita , Kak Ani memang dikatakan mempunyai peluang " lebih sedikit" untuk menang namun fenomena politik wanita di Setiawangsa dikatakan tidak menentu.
Sementara itu, ada juga cakap - cakap yang mengatakan Kak Ani tidak banyak memberikan fokus di peringkat bahagian sebagai Ketua Wanita sejak empat tahun yang lepas tetapi lebih sibuk di peringkat negeri - Wilayah Persekutuan.
Apapun penampilan Rahana dan Norsiah telah membuatkan pelbagai pihak kurang selesa kali ini dimana - penyandang Ketua Wanita terpaksa berkerja keras untuk memastikan jawatanya tidak dirampas kali ini.
(GAMBAR : Norsiah, Rahana , Hairunnisha - Kak Ani )

15 comments:

Anonymous said...

we want new leadership.. old one penuh corruption

Anonymous said...

salam..smua nk new leadership?? why??
ape yg x kena dgn yg ader skrg..? PN ANI jln kn kje smua superb.. klu nk calon kn PN RAHANA?? jgn ler..kaki kipas nyer org..x cukup kiri kanan gak nk kipas..
ape ler hidup cmnie..n rse2 nya smua tau saper dorg nie.. pilih lah ketua yg bleh memimpin bkn yg hanya tau "MENGIPAS" org jer..

Anonymous said...

kak ani ni bukan kaki kipas macam pn.rahana tapi dia kini kaki kebas. skrng ni sibuk meronda dan kutip duit dari calon-calon yang bertanding dan berjanji untuk beri undi lepas itu semua mereka di kencing.kenapalah calon-calon ni bodoh sangat. berapa banyak undi yang dia bolih bagi kalau semua di janji. bagi dia itu tak penting yang penting ambil duit dulu lepas tu mereka bolih pergi mampus.hang yg ampu kak ani dapat berapa duit raya darinya

Anonymous said...

she is well known for that... apa cite Badan Displin dengan kes dia bawak lari mesyuarat? Nak dengar jugak...

Anonymous said...

aduhhhh... bukan cawangan norsiah kena gantung ker? cawangan sendiri terkapai2 tp ada ati nak bertanding bhg gak ker?...

Anonymous said...

tak kesah lah tu, tapi kita nakkan pembaharuan, bukan orang yang suka bawak lari orang ... ahahhaah ini ke contoh Ketua Wanita???

Anonymous said...

apa dah jadi dengan gabungan Rahana & Norsiah? ahakss

Anonymous said...

kak ani jangan siapa nak cuba tentang,ukur dulu kebolihan yg nak bertanding, Kak Ani sudah setaraf dengan Dato Syarizat diWP.permainan politiknya sangat bagus,halus,licik, nasihat pada kak ani jangan merayu2 pd perwakilan sehingga menitis air mata ..malu..malu..krn kak ani pemimpin terbaik DiSetiawangsa....

Anonymous said...

Puan Ketua Wanita Kak Ani.jangan peduli dengan semua ketua wanita melayu,mereka mudah dibeli dan putar2

Anonymous said...

kepada semua yang bertanding saya ucapkan selamat bertanding dan semoga berjaya. yang kalah nanti terimalah kekalahan dengan hati terbuka.

Anonymous said...

Tahniah dan syabas kepada Pn.Rahana kerana walaupun tewas tapi masih berpendirian tetap dan bersikap terbuka. Jangan jadi lalang & lembu cucuk hidung. Inilah contoh yang patut kita ikuti...

My personal advise to Pn.Rahana - LOSE THE WAR, WIN THE BATTLE! Perjuangan mesti diteruskan, berani kerana benar.. takut kerana salah!

Anonymous said...

Kak Ani memang kuat! saya tabik spring!!! Pengikut mmg ramai... Tips saya pada Kak Ani untuk buat duit lebih, masuklah UPTREND dan "recruit" (a.k.a paksa)semua wanita turut serta. Nescaya akan lebih cepat kaya dari SONGLAP duit parti.

Anonymous said...

Sehebat mana pun Dato' Sharizat tetap kalah pada Nurul Izzah. Moral of the story - Sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua :)

HIDUP UMNO!

Anonymous said...

"Puan Ketua Wanita Kak Ani.jangan peduli dengan semua ketua wanita melayu,mereka mudah dibeli dan putar2" ----> nak tanye sikit? Kak Ani bukan melayu ke? Kalau bukan saya boleh syorkan masuk MIC.

Anonymous said...

macamana cwg kak norsiah sekarang? ada lagi pengikut dia ke? dia bukan tukang air-cond dato' n datin seri yang paling kuat ke? alih-alih cwg sendiri kena gantung. dah tiba masa pencen.