Pak Lah juga menjawab " beliau masih lagi berkhidmat bukan untuk bersuka - suka memandangkan tugasnya itu bukan suatu yang boleh dianggap hanya untuk berseronok .Banyak soal politik, banyak masalah yang perlu ditangani dan banyak program yang perlu diselesaikan", katanya. SILA BACA laporan -Bernama.com ver 5.0.
Malah Penulis Wilayahkini juga terkejut apabila menerima sms daripada seorang rakan mengenai berita tersebut dimana kebetulan rakan tersebut juga berada di Singapura.Ketika sms itu diterima, Majlis Tertinggi UMNO sedang hangat membincangkan isu Ahmad Ismail.Muhyiddin tidak hadir ke mesyuarat Khas MT semalam kerana berada di Singapura bagi menghadiri Sidang Kemuncak Forbes di Singapura semalam.
Namun penulis berjaya mengesahkan kandungan penuh kenyataan Muhyiddin sejurus selepas itu daripada rakan - rakan yang lain . Tetapi kenapa tiba - tiba beliau bertindak memberikan satu kenyataan yang boleh menyinggung perasaan pelbagai termasuk PM setelah semua pihak telah bersetuju mengenai pelan peralihan kuasa tersebut.
Pada sidang media di Singapura Muhyiddin juga menyelar impian 16 September Anwar Ibrahim. Ketika ditanya khabar angin beliau akan team up dengan Tengku Razali beliau menjawab "itu hanya khabar angin".Kenapa Muhyiddin bertindak sedemikian? Ada agenda ? Inilah cakap - cakap politik yang hangat dibahaskan.
13 comments:
inilah melayu... bila dah lemah nak lemahkan lagi... habislaa bangsaku... habisla UMNO... kita orang melayu sendiri yang membunuh diri sendiri....
takpayah tungu 2 tahun.skrg patut undur la
Hari ni kes Ahmad Ismail, lepas ni... bala apa lagi... Pak Lah dah tak boleh recover kesilapan lampau... Nasi dah jadi Bubur.... Sutuju sangat dengan komen muhyiddin
Masa harga minyak dunia naik, Pak Lah naikkan harga minyak tempatan, Pak Lah pun 'naik',
bila harga minyak dunia turun, Pak Lah pun turunkan harga minyak tempatan sikit, memang lepas ni Pak Lah pun kena ikut turun.
Dulu alasan barang naik pasal minyak naik, sekarang bila minyak dah turun bolehkah Pak Lah kawal bagi harga barang turun dalam masa 2 bulan lagi? Atau Pak Lah yang turun.
Muhyiddin pun dah tak tahan tengok PL rasa macam orang semua sokong dia. Semua tunggu mesyuarat Bahagian nanti, baru tau buku dengan ruas.
Kita hanya mampu menyaksikan jer.
Dengar Pak Lah pun dah bergaduh dgn KJ. Betul ke?
Muhiddin saja lah yg melahirkan pendapat akar umbi. Dah tak tahan lagi.... morale ahli-ahli Umno semakin lama, semakin merosot. PLah mcm penyakit kanser - kena buang sekarang, sebelum merebak ke seluruh badan. Kesian juga kat PL - bukan benci dia tapi dia tidak sedar yg keadaan semakin buruk. Tak ada Menteri yg berani ckp kat Boss keadaan dah teruk. It's up to us - akar umbi, untuk vote him out.
hahahahaha... kadang2 aku tgk dan baca kenyataan2 org umno mcm mencarut jek ... realitinye... sape2 pun ganti pak lah keadaan tetap akan buruk !!!! ...
harga minyak bukan sesiapa boleh control ... isu dalam umno...sampai kiamat x selesai ... melayu memang mcmtu... demi politik dan poket sendiri jek dier pikir...
muhyiddin sekang ni nak bersuara sbb takut x pat jd tpm ... takkan x paham2 lg... politik ...hahahaha.. tumpul sgt laa korang ni ...
tu laa muhyiddin cepat2 bawak tun msuk balik...
mayb yg nak rebut pm n tpm...
ali rustam...hamid albar...zahid...rahim tamby chik... hehehehe...
Nuexo
Lantak dia lah siapa Muhyiddin nak bawak, pasal tak de penyelesaian nak selamatkan UMNO dan BN. Itu lah cara pertama bawa masuk negarawan yang diiktiraf dunia. Kita kat sini je yang tak tahu hargai budi.
apa yang dibuat oleh muhyiddin tu sesuatu tindakan yang betul dan tepat cuma lambat sikit... dengan ada nya Tun kita harap UMNO dapat diubah dan disegani semula.
Nuexo.....
LU MANYAK PANDAI KASI LAGA NI OLANG LAH.....FUYOOOO.
lEBIH BAIK U MASUK KEADILAN LAH INI MACAM PUNYA OLANG KEADILAN MEMANG MAKYAK MAU OOOO....KALOOO TARAK AAAA MANYAK LUGI OOOO...LAI LAI MARI MASUK KEADILAN WA KASI LU DUDUK SAMA YB TIAN CHUA......
WARISAN
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cintakan lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini kita Cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan Maha Perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah dinusantara
not to say tht I dont love pak lah, but I love UMNO more, so pse pak lah ......
Post a Comment