Thursday, September 11, 2008

KHABAR DARI LABUAN : PUTERI LABUAN TENANG ; RAHIMAH MENANG TANPA BERTANDING ; PUTERI SOKONG SUHAILI ?

LABUAN ( WILAYAHKINI ) -- Ketika bahang pemilihan bagi merebut Ketua UMNO Bahagian Labuan sedang memuncak diantara Datuk Suhaili Abdul Rahman dan Datuk Yusuf Mahal namun Pergerakan Puterinya nampak tenang apabila Rahimah Lamat menang tanpa bertanding.
Puteri Labuan dibawah pimpinan Rahimah juga dikatakan begitu aktif diperingkat bahagian dan berita terkini ialah Puteri Labuan juga telah melancarkan sebuah laman blog baru - bagi memperkukuhkan lagi hubungan diantara puteri - puteri lain di seluruh Malaysia khususnya di Wilayah Persekutuan. Para pembaca boleh melayari blog Pu3 Labuan di www.puterilabuan.blogspot.com
Sementara itu, Wilayahkini difahamkan Pergerakan Puteri Labuan juga menyokong kepimpinan Penyandang Ketua Bahagian Datuk Suhaili Abdul Rahman bagi mempertahankan jawatanya? Kita tungu reaksi dari Ketua Puteri Labuan selepas ini ? Sementara itu, Rahimah juga dilihat sebagai calon Exco Puteri UMNO Malaysia ?
(Penerangan Gambar : Datuk Suhaili bersama Exco Puteri Labuan ; Rahimah )

8 comments:

Anonymous said...

Tahnniah kpd Pu3 Labuan dan juga Wilayahkini kerana memberikan liputan kpd semua pihak. Atleast kami dapat mengenali antara satu sama lain. Labuan sebelum ini memang kurang dikenali, tetapi dgn adanya Wilayahkini dah jadi popular dah. Harap Rahimah bertanding Exco Pu3 Malaysia.

Anonymous said...

Tahniah kpd Pu3 Labuan kerana dah ada blog sendiri. Sokong Dtk Suhaili ker ?

Anonymous said...

Kami nampak Pu3 Labuan pun hebat. Baru dapat lihat kepimpinan mereka melalui Wilayahkini. Kepada Pu3 Labuan , tahnniah dan teruskan usaha anda.

Anonymous said...

Tahnniah kpd Pu3 Labuan dan juga Wilayahkini kerana memberikan liputan kpd semua pihak. Atleast kami dapat mengenali antara satu sama lain. Labuan sebelum ini memang kurang dikenali, tetapi dgn adanya Wilayahkini dah jadi popular dah. Harap Rahimah bertanding Exco Pu3 Malaysia.

Anonymous said...

well done Pu3 Labuan.

Anonymous said...

Salam Perpaduan...
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga kepada semua warga Puteri UMNO WP, Puteri Labuan berasa amat bangga kerana dengan mengenali anda semua. Sokongan semua amat dihargai dan kepada WILAYAHKINI, terima kasih kerana memberikan sedikit info tentang Puteri Labuan untuk tatapan puteri di Bahagian lain.

Semoga Puteri dapat menjadikan UMNO tetap relevan untuk hari ini, esok dan selamanya.

-Puteri Rose, Labuan-

Anonymous said...

Salam Ramadhan....

Tahniah kepada Pu3 Labuan atas inisiatif dan komitmen yang tinggi dalam memberikan info terkini mengenai senario politik wanita muda di Labuan..

Anonymous said...

salam ramadhan al-mubarak

Puteri Labuan tenang? Alhamdulillah, berkat semangat perpaduan dan kerja dalam kumpulan yang kami pegang selama ini telah memberikan hasil yang menggembirakan....semua cawangan Puteri UMNO di Labuan menjalankan mesyuarat dengan lancar dan sempurna penuh ukhuwah dan barakah.....jutaan terima kasih diucapkan kepada barisan kepimpinan UMNO Bahagian Labuan di bawah kepimpinan Y.Bhg.Dato'Hj.Suhaili Abd.Rahman di atas tunjuk ajar, nasihat dan sokongan yang padu kepada ahli-ahli Puteri UMNO di Labuan....sungguhpun usia puteri Labuan masih baru, namun kematangan berpolitik tetap menjadi panduan demi mengekalkan perpaduan dan kekukuhan parti bangsa Melayu..Kepentingan parti lebih utama dari kepentingan peribadi...bersama kita memperkukuhkan parti UMNO dengan mengekalhan samangat perpaduan dan toleransi demi bangsa, agama dan negara....Hidup UMNO!