Tuesday, September 16, 2008

" SAYA UMUMKAN TENGKU ADNAN MENANG TANPA BERTANDING SEBAGAI KETUA UMNO PUTRAJAYA" ,KATA SETIAUSAHA BAHAGIAN ; IMPIAN AHMAD FAIRUZ BERKECAI !

PUTRAJAYA -- Teka teki mengenai sama ada Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor menang tanpa bertanding sebagai Ketua UMNO Bahagian Putrajaya akhirnya terjawab juga apabila Setiausaha UMNO Bahagian Putrajaya Shokri Shafee mengumumkan " Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor menang tanpa bertanding" secara rasmi hari ini.
Shokri berkata mesyuarat UMNO Cawangan Meranti tidak dapat dilangsungkan kerana kegagalan mendapat korum satu perempat daripada keseluruhan ahli, walaupun empat kali diberi peluang yang sama.
"Justeru itu saya ingin umumkan Tengku Adnan tanpa bertanding dan segala dakwaan mengenai kelayakan berhubung kelayakan Ahmad Fairuz dalam sebuah laman web yang mempertikaikan pemilihan parti adalah tidak berasas", katanya. Sila rujuk komen Shokri di -
Berita Harian Online
Politik Putrajaya bagaikan tidak tenang langsung apabila digoncang pelbagai insiden dalaman sejak mesyuarat cawangan di mulakan.Bermula dengan isu ROS - sehingga menyebabkan 23 cawangan UMNO di Putrajaya terpaksa menunggu untuk mendapatkan "greenlight" daripada ROS kerana pejabat bahagian tidak menghantar laporan tahunan.
Ahmad Fairiuz yang juga merupakan bekas Pegawai Khas kepada Datuk Seri Ali Rustam hanya memerlukan satu pencalonan sahaja untuk melayakkanya menentang Tengku Adnan buat pertama kali.Pada Sabtu lepas , dikhabarkan mesyuarat Tanjung telah mencalonkan Ahmad Fairuz sekaligus melayakkanya bertanding.Namun timbul pula isu cawangan tersebut telah digantung dan mesyuarat tersebut tidak sah dan macam - macam lagi cerita politik. Mesyuarat Meranti juga dikatakan tidak sah kerana tidak cukup korum.
Ahmad Fairuz mendapat pencalonan dari cawangan Pakma, Kasturi, Bunga Raya dan Ixora. Apakah politik Putrajaya akan senyap selepas ini ?

44 comments:

Anonymous said...

Politik Putrajaya tidak akan senyap. Malah akan lebih bergolak. Bahagian bertindak diluar lunas demokrasi dengan menghukum cawangan-cawangan yang mencalonkan Ahmad Fairuz. Pelbagai alasan dicari hingga ada cawangan yang diberi surat pertuduhan hanya berdasar kepada aduan lisan.

Apa jadi dengan cawangan Seroja yang persidanganya di pengerusikan oleh Timbalan Ketua Bahagian daripada Cawangan Matahati. Apa ini tidak melanggar Peraturan persidangan. Oleh kerana cawangan ini mencalonkan Datuk Tengku, Beres, no problem.

Memang disini semua boleh beres asalkan kita berkuasa, tapi jawaplah disana nanti, jangan nanti bila satu kaki dah melangkah masuk syurga tiba-tiba Fairuz and the gang muncul - Tunggu!! dia telah tidak bersikap adil dan menyalah guna kuasa semasa persidangan cawangan UMNO Bahagian Putarajaya tahun 2008. Jawablah diketika itu.

Anonymous said...

penulis di atas..sudah la..cukup..tak payah la tak puas ati lagi..tak tau pasal umno tak payah la dok komen mcm ko tuh terror sangat..cawangan seroja dah diambik alih oleh pengurusan bahagian..sebab tuh lar penngerusi pengurusan bahagian yang mempengerusikan mesyuarat atas persetujuan semua ahli..ko plak yang tak puas ati tuh pasal apa?sbb fairuz tak cukup pencalonan?muahahahaha...

Anonymous said...

aku rasa tahu sape yg komen yang atas sekali tu.. ayat dia same jek dgn komen2 dia sebelum ni ha.. sebelum ni taruk nama, siap url blos laghik... bang, takut nama tak masuk chai AJK bahagian ke? huhuhuhuhu

Anonymous said...

mmg xmasuk lar tuh..sebab sebelum nih dok mengharap chai utk ajk bahagian dari group fairuz..skang terkontang kanting lar..wakakakaka..sian ekkk...wakakakaka

Anonymous said...

kalau x salah aku bukan dia nak jd sub ke???hahahaha

Anonymous said...

Memang hebat politik Putrajaya...

Secara keseluruhan pemilihan 2008 memang hebat dari cawangan hingga la ke peringkat tertinggi..Baca nobisha wordpress.com

Untuk pengetahuan, sebelum pemilihan di peringkat cawangan, buku etika telah dikeluarkan. Dan tujuan utama etika tersebut adalah untuk melindungi mereka yang memegang jawatan.

Walaupun Ahmad Fairuz "tidak layak" tetapi beliau mempunyai kredebiliti dan bermaruah. Jangan di perkecilkan keupayaan dan pengalaman beliau. Cuma mereka yang tertentu takut dengan kehadiran nya. Tidak mustahil Fairuz and the gang akan muncul semula..

Anonymous said...

senyumku tidak segarnya,
gerak geriku tidak selincah,

namunku punya hati tok mnjadi kb putrajaya,
org tak suka apalah daya,
sampai masa kupergi jua,

tidak ku pinta lahir ke dunia,
bukan ku duga GIGI bergini,

tidak ku pinta kasih dan manja tapi ku rayu nk jd kb...

maaflah wahai teman, duit2 mu telah ditelan tetapi apalah daya
buat mesyuarat xmau org dtg...


*Tiada kena mengena yang HIDUP mau pun yang MATI

Anonymous said...

Jangan kau pandang gigi yang bersepah
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang belagak
Kerana dia bisa meracunmu

( korus )
Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna duit
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan

Jangan kau dengar kata2 dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah kata2 di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini

Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu


seperti terjadi sekarang (gila talak)

*Tiada kena mengena yang HIDUP mau pun yang MATI

Anonymous said...

Kamilah penganggu di dalam putrajaya ini
Kerja mengacau menyibuk dan mengetok
Tidak memilih musuh atau kawan
Asal yang boleh ku ketok rumah
Kami penganggu
Penganggu

wang sudah kami beri
nama tuan kami tidak naaik
nak buat macam mana
terpaksa balik
Kami penganggu
Penganggu

lalalalalalaaaaaaaaaaalaaalalaaaaaaaaaaa

*Tiada kena mengena yang HIDUP mau pun yang MATI

Anonymous said...

Bila kukenang kurenung gambar wajahmu,
Kisah yang lalu tak akan berulang lagi,
Lupakan saja cerita lama
Usah diminta percalonan pada yang tak sudi,

Janganlah dinanti pada yang telah pergi,
Hanya luka lamakan berdarah kembali
Kini kecewa tidak terkata (pasal tak boleh jadi kb)
Mengapakah itu disebut lagi

( korus )
Apalah yang hendak di kata (tak bley kb & tkb)
Sudah suratan takdir yang menentukan
Ooh..oh..inilah ragam manusia
Manis di bibir pandai bermain lidah

Berputar-putar membelitkan kata-kata
Hanya linangan air mata yang menitis
Pada bayangan di angin lalu
Membisikkan kata nak jadi kb & tkb

Anonymous said...

Bila kukenang kurenung gambar wajahmu,
Kisah yang lalu tak akan berulang lagi,
Lupakan saja cerita lama
Usah diminta percalonan pada yang tak sudi,

Janganlah dinanti pada yang telah pergi,
Hanya luka lamakan berdarah kembali
Kini kecewa tidak terkata (pasal tak boleh jadi kb)
Mengapakah itu disebut lagi

( korus )
Apalah yang hendak di kata (tak bley kb & tkb)
Sudah suratan takdir yang menentukan
Ooh..oh..inilah ragam manusia
Manis di bibir pandai bermain lidah

Berputar-putar membelitkan kata-kata
Hanya linangan air mata yang menitis
Pada bayangan di angin lalu
Membisikkan kata nak jadi kb & tkb


***Tiada kena mengena yang HIDUP mau pun yang MATI***

Anonymous said...

Askum untuk semua.

Pada dasarnya bahagian ptrjaya telah membuktikan bahawa amalan demokrasi tetap kekal subur di sini. Pencalonan dan menang atau kalah adalah adat berpolitik didalam konteks demokrasi. Yang akan menjadi baja kepada suburnya demokrasi itu ialah kematangan dan teguhnya pendirian ahli-ahli semua.

Secara khususnya jikalau ianya adil dan telus maka menang atau kalah akan terasa puasnya. Jangan kita terlalu beremosi dan demokrasi itu dicemarkan dengan serangan peribadi dan politik berasaskan kepentingan individu. Seharusnya semua ahli mesti matang dan selamanya Melayu berjuang berasaskan kebenaran. Ahli UMNO seluruhnya harus bangkit dari mimpi apakah UMNO lemah kerana parti itu sendiri atau pemimpin yang hanya tahu untuk mengaut untung sendiri. UMNO takkan kekal kalau pemimpin menjadikan UMNO milik peribadi.

Saya bangga kerana ahli ahli UMNO putrajaya telah membuat pilihan tapi jangan kita membuat pilihan kerana poltik ikut ikutan. Biar kita berpijak dibumi yang nyata. Benar kita katakan benar dan kalausalah kenapa kita perlu akur. Bukan senang untuk menerima perubahan tetapi tanpa perubahan apakah kita sanggup kekal di tahap yang sama.

UMNO diasaskan dengan perlembagaan, etika, tatacara dan peraturan yang lengkap. Maka segenap tindakan dan arahan perlu mengambil kira segala peruntukan yang ada dan jangan dibuat berdasarkan dengar cakap dan sesedap rasa. Sesungguh nya sikap hasad dengki, cemburu dan kepentingan peribadi menjadikan kita lemah yang akhirnya boleh menyebabkan UMNO itu sendiri karam.

Maaf jikalau ada yang tersinggung but this is just a one cent opinion from me lahir dari hati yang ingin melihat UMNO kembali ke landasan yang betul. Gagah berdiri dan terus relevan.

Salam Perjuangan.
Ahli Dahlia

Anonymous said...

Dia orang ni ingat main politik ni ikut suka dia orang je ke...

nasib baik SUB kita orang berpengalaman dan punya karisma sendiri. Sebab tu untuk hal cawangan tanjung dan meranti dia siap buat 3 lapuran polis.

Biar diaorang tu tahu apa yang diaorang buat tu tak betul. Dengan lapuran polis tu baru they all tau yang they all buat tu tak betul.

Huhuhu...padan muka..kalau boleh apa yang tak kene tu biar SUB buat lagi lapuran polis.

timakacih.

Anonymous said...

aku harap SUB jangan lupa minta permit polis sempena projek kacau dodol pd 20 sept nanti.

Anonymous said...

Saya ingat SUB kene panggil SB polis ptrjaya gak. Just nak make sure takde unsur unsur sabotaj oleh pihak lawan,

Gua caya SUB dah pk hal tu sbb selalunya SUB kita berpandangan jauh dan biasa dalam hal hal segini.

Anonymous said...

Saja nak beri ingatan buat jawatankuasa kacau dodol tu...

tungku dapur jangan tinggi nanti SUB tak sampai tangan nak kacau dodol.

tapi jgn pulak terlampau rendah nanti tergelincir TKB...lagi rentung nanti.

huhuhuhu.............

Anonymous said...

Nazir masjid terima petisyen bantah guna pembesar suara

KUALA LUMPUR 17 Sept. - Nazir Masjid Al-Ehsan Bandar Kinrara, Abdul Rahman Nasir mengesahkan pihaknya menerima petisyen bantahan mengenai penggunaan pembesar suara daripada 189 penduduk bukan Islam di kawasan tersebut.

Beliau berkata, petisyen yang diserahkan seorang lelaki itu antaranya menyentuh mengenai penggunaan pembesar suara sewaktu kuliah Subuh, Kuliah Maghrib dan bacaan al-Quran menggunakan kaset dan cakera padat sebelum sembahyang Subuh. ''Memang mereka tidak menyebut mengenai azan tetapi saya percaya petisyen yang dibuat pada Februari lalu ada kaitan dengannya.

''Penulis petisyen itu pandai, dia tidak akan sebut mengenai azan kerana tahu ia lebih sensitif,'' katanya kepada Utusan Malaysia di Bandar Kinrara, Puchong dekat sini hari ini.

Pada 8 September lalu, bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo mendedahkan wujud usaha pihak tertentu membuat petisyen membantah azan di Puchong dan Kota Damansara, Selangor. Abdul Rahman berkata, petisyen tersebut kemudian diserahkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Serdang, Datuk Satim Diman dan ia tidak dihebahkan ke pengetahuan jemaah masjid bagi mengelakkan wujudnya perasaan tidak puas hati. Katanya, pihaknya juga mengabaikan desakan dalam petisyen tersebut bagi mengelakkan Masjid Al-Ehsan menjadi bahan uji kaji pihak tertentu.

Sementara itu, beliau mendedahkan seorang pemimpin sebuah parti politik di Selangor telah menghubunginya semalam untuk mengadakan sidang akhbar menjelaskan isu petisyen itu. Beliau bagaimanapun menolak cadangan tersebut kerana berpendapat isu berkaitan masjid tidak wajar dibincangkan menerusi platform politik.

By Utusan Malaysia Online 18 Sept 2008

Anonymous said...

rentung2 pon hati x busuk cam ko!!! hati ko 2 yg rentong

Anonymous said...

sub x sampai boleh pakai kerusi ka apa ka... x payah dok sebok2 nk ajaq org nak bwat mcm mana... sat lagi hang nnt masok kat dlm periuk!!!

Anonymous said...

saya tak faham betul macamana ada ahli putrajaya yg boleh memuji atau memandang tinggi tingkah laku SUB UMNO putrajaya ni. anda hanya perlu bercakap dengan dia selama 2 minit sahaja, terus boleh faham yg dia ni hanya pak turut yg tidak mempunyai pegangan kukuh. tidak menjadi rahsia yg dia juga tidak berpendidikan tinggi. jelas kita boleh lihat dari segi percakapan dan pengurusan surat menyuratnya. barangkali mereka yg selalu memuji SUB ni orang yg macam tu jugak. ataupun, tuan punya badan yg memuji diri sendiri di sini.

Anonymous said...

Jangan tekejut.....!!!

Hari ini 16 September Anwar Ibrahim telah selamat mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keenam dengan ditemani oleh isterinya Datin Sri Wan Azizah, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Naib Presiden Pas Datuk Husam Musa. Doa selamat telah dibacakan oleh Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan terjemahan serentak dalam bahasa Tamil dan Mandarin.

Bagi pertama kalinya dalam sejarah, upacara angkat sumpah itu tidak diadakan di Istana Negara tetapi diadakan di hadapan gambar besar Seri Paduka Baginda Yang di-Pipertuan Agong di rumah Anwar Ibahim sendiri.

Anonymous said...

Know the Difference: Transition, not Handover.
For the moment, the UMNO leadership crisis appears to have been averted with the announcement of the cabinet portfolio swap between Prime Minister Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi and his Deputy Dato’ Seri Najib Tun Razak. As recently as last week, analysts and commentators were anticipating Najib to make a move on the Presidency before the year’s end. And why would they not? After UMNO Vice President Tan Sri Muhyiddin Yassin rekindled the debate about Abdullah’s position, Najib appeared to position himself for an assault on the post when he remarked that the divisions should decide for themselves when the transition should occur – essentially informing that he was more than ready to receive nominations for the post of Party President.

But with the portfolio swap, Najib may not see a need to gun for the Presidency – and by implication Premiership of the country – so soon. Notwithstanding the fact that a transition of power is, as Abdullah quipped, a process and not something carried out overnight, Abdullah must be credited for such a bold move. Skeptics have characterised it as a calculated political decision to neutralise any potential threat from Najib. Political considerations there definitely were, but by paving the way for Najib to take helm of the Ministry of Finance, Abdullah has also demonstrated magnanimity and sincerity to groom his successor for the top job in 2010.

Being Prime Minister with little experience in managing the country’s economy will likely prove a mammoth task for anyone. And as it turns out, Najib is no ordinary figure with an ordinary past. With ample ammunition for the Opposition to take aim at his credibility – the SAS (Sukoi, Altantunya, Submarine) scandals spring to mind as illustrations – a Najib administration could use a head-start in spearheading economic recovery at a time when global financial uncertainty is affecting countries in this region, too.. It is further also to Najib’s convenience that the Budget for the year 2009 has just been announced with much of the implementation left for him to oversee. As such, Najib does not have the baggage of others’ inefficiency to contend with – a prevalent concern whenever an economic plan is carried out.

As things, at least for the time being, cool down with regards to any contest for the Presidency of UMNO, it would be interesting to see Tun Dr.. Mahathir’s next move. Commanding a yet formidable following, his end-game for quite a while now is to unseat Abdullah as Prime Minister. His peculiar friendships with Tengku Razaleigh, Muhyiddin and Najib are telling – those individuals are all nothing more than instruments to his ultimate goal: the downfall of Abdullah.

Ultimately, Abdullah’s supporters will hope that the PM’s move will be repaid with loyalty by Najib. Even to many who may not be Abdullah’s biggest fans are wary of the damage that an open contest will cause the party. Even they would gladly take two more years of Abdullah over the prospect of an internal split that will likely occur should we witness a repeat of the embarrassment suffered by the late Tun Ghafar Baba at the hands of a ruthless Machiavellian by the name of Anwar Ibrahim.

Anonymous said...

woi main burit lg sedap

Anonymous said...

Fikir2kanlah SUB ,
Ahli UMno bukan anda punya,
Umno untok semua,
Pilih bulu tidak kemana,
Istiqamah mereka itu yg kena.

WARISAN

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cintakan lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita Cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

fikir jgn x fikir.

Anonymous said...

Fikir2kanlah SUB ,
Ahli UMno bukan anda punya,
Umno untok semua,
Pilih bulu tidak kemana,
Istiqamah mereka itu yg kena.

WARISAN

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cintakan lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita Cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

fikir jgn x fikir.

Anonymous said...

Semasa diwawancara di majlis kacau dodol (Jangan tak kacau) UMNO Bahagian Putrajaya di Prisint 16 Tengku Adnan sekali lagi berkata tentang MUSANG BERBULU AYAM. Sejak semusim dua musim ini beliau sering berkatakan tentang perkara ini. agaknya dah besar dah musang itu dan mungkin bulunya bertambah panjang dan bertambah cantik, Apa tidaknya musang-musang berbulu ayam di dalam UMNO ini diperlihara oleh tuan-tuannya.

Izinkan saya mentafsirkan pengertian Musang berbulu ayam ini. Secara umum mereka ini adalah ahli yang bertindak merosakkan parti. Ahli yang bertindak demikian adalah ahli yang tidak berpegang kepada perjuangan parti. Ahli yang tidak setia kepada parti. Ahli yang menjadikan jawatan dalam parti untuk membuncitkan perut sendiri. Macam-macam lagi boleh diertikan.

Salah satu tindakan merosakkan parti adalah tindakan mensabotaj Cawangan-cawangan daripada bersidang. Saya percaya perkara ini tidak berlaku di Putrajaya. Kerana di bawah kepimpinan Datuk Tengku Adnan Bahagian Putrajaya telah ditadbirurus dengan begitu sempurna, maklumlah Putrajaya berketuakan SETIAUSAHA AGUNG UMNO MALAYSIA. Setiausaha Agung dianggap orang yang amat arif dengan perlembagaan dan peraturan parti. Kepada beliaulah tempat bergantung harap ahli=ahli. SUA dipandang sebagai orang utama yang menjunjung dan menegakkan perlembagaan dan peraturan parti. Dengan itu tidak mungkin ada perkara-perkara yang menlanggar perlembagaan, peraturan dan tataetika ahli semasa persidangan cawangan di Bahagian Putrajaya tempoh hari.

Tapi itu semua sekadar untuk menyedapkan cakap sebenarnya di Bahagian Putrajaya juga terdapat musang-musang berbulu ayam yang dipelihara oleh Datuk Tengku sendiri. Semasa musim persidangan cawangan yang baru berlalu musang-musang ini berkeliaran macam tidak bertuan mensabotaj supaya cawangan-cawangan tidak bersidang.

Ada musang yang masuk reban meranti, kalau tak percaya tanya Mat Nor. Ada musang yang masuk reban tanjung. ada musang yang memang bereban di UMNO Bahagian.

Kalau betul nak betulkan UMNO buanglah musang-musang berbulu ayam yang Datuk pelihara di Putrajaya dulu, baru betulkan bahagaian2 lain diseluruh negara.

Anonymous said...

Sebenarnya kita tak payah nak sebut musang ke..kambing ke...arnab ke. Yang penting sendiri mau ingat kalau mau kan perubahan, maukan sokongan dan kuasa yang mutlak, rasanya lebih baik kita muhasabah sendiri dan lakukan perubahan drastik. Kalau dah tau ada musang, nape tak pasang jerat pastu buang jauh jauh atau hukum tembak je musang tu. Barula bersih semuanya. Dah tau ada musang takkanla sekadar bercakap pastu lupa utk jerat musang tu. Kalau gitu berterusan, pemilihan empat tahun lagi pun isu musang ni akan disebut lagi. Sedar tak sedar by that time musang tu dah tua dah. Entah entah anak musang pulak yang ramai.

Anonymous said...

Melihat pada komen tentang SUB saya rasa tak payah la nak tengok cara dia bercakap n buat surat menyurat. Tak payah nak tgk dia organise diri ke tak.

Dari cara berjalan dan cara berpakaian pun kita dah boleh kenal orang. Kalau kita dah ada nama n status, cubala jaga penampilan. Jangan la macam macai kampung je cara dressing. Cara berjalan pun org menilai, takkan la orang yang berprofail berjalan macam samseng kampung. Tapi kalau berjalan gitu tak nampak samseng gak, last last orang nilai sebagai tak tau menghormati orang pulak.

Anonymous said...

Isnin September 22, 2008
Muhammad: Anggota MT bocor maklumat petualang dalam Umno

SUNGAI BESAR: Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd Taib hari ini menyifatkan mana-mana anggota Majlis Tertinggi (MT) parti itu yang membocorkan sebarang maklumat perbincangan tertutup mesyuarat MT kepada pihak luar sebagai petualang. Beliau berkata sebagai anggota MT mereka sepatutnya perlu berpegang kepada etika dan tatasusila ketika menghadiri mana-mana mesyuarat sama ada di peringkat MT atau negeri.

"Kalau kita bocorkan apa yang dibincangkan dalam mesyuarat bermakna kita boleh dikategori sebagai petualang. "Perangai petualang harus tidak ada pada pemimpin dalam parti kita kerana perbuatan ini jijik dan memalukan," katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada 71 penduduk di Sungai Panjang di sini, yang rumah mereka rosak dilanda ribut semalam.

Muhammad berkata demikian ketika mengulas laporan akhbar Berita Harian hari ini yang memetik kenyataan Ketua Pergerakan Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz yang menyelar tindakan anggota MT membocorkan maklumat dan menyifatkannya sebagai tidak amanah. BERNAMA

Anonymous said...

Saya terbaca satu kenyataan dari Setiausaha Agong UMNO Dato' Seri Tengku Adnan dalam myMetro hari ini 22/9/2008. Nampak tegas dan menarik tapi merapu. Boleh percaya ke dia ni?Malang sungguh nasib ahli-ahli UMNO yang masih menyokong pemimpin seperti ini. Siapa "MUSANG sebenarnya? Kes 'mengatur perlantikan hakim' pun tak settle lagi, pandai pulak bercakap pasal "MUSANG". Baca dan nilaikan sendiri.

Ahli khianat semua peringkat
Oleh Hayati Ibrahim
ya_t@hmetro.com.my


PUTRAJAYA: Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, mendedahkan bahawa ada ahli parti di semua peringkat secara terang-terangan membantu parti pembangkang memusnahkan Umno sendiri.

“Yang kami tahu banyak musang berbulu ayam dalam Umno dari atas sampai bawah...kebanyakannya di peringkat cawangan.

“Saya baru balik dari Perak, ada yang menyuarakan apabila mesyuarat cawangan dia ahli Umno, tetapi dia sokong parti pembangkang.

“Dia guna Umno untuk kepentingan diri sendiri tetapi bukan menyokong Umno,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Kacau Dodol peringkat Parlimen Putrajaya di Pangsapuri Presint 16 di sini, malam semalam.

.........nak tahu biodata beliau?

So who is this guy anyway? Dato’ Adnan was born in Malacca on 20th December 1950 at 610h, birth certificate no. 100502. Name at birth was Adnan bin Mansor. On 20th December 1962, Dato’ Adnan was 12 and a proud owner of an IC (IC no. 4079409). However, on 3rd October 1972, Dato’ Adnan had changed his name to Tengku Adnan bin Tengku Mansor.

He also changed his dad’s IC name to Tengku Mansor bin Tengku Baba. Claims to be Malacca’s 3rd generation Sultanate heritage. Dato’ Adnan was once Tun M’s Setiausaha Kerja UMNO. Dato’ Adnan, a businessman, was known to be Tan Sri Vincent Tan’s favorite go-to guy for projects.

Word on the street is that Dato’ Adnan has 3.5million shares in Berjaya Sports Toto via his SPV, Cimsec Nominees Sdn Bhd. Sports Toto has a total of 681 outlets nationwide and 2 overseas operations, one in Phillipines and the other in Ghana.

Once upon a time, Dato’ Adnan, Tan Sri Vincent and Pahang State Govt through an SPV called PASDEC Holding Berhad used to own Bukit Tinggi Resort. After fierce pressure from the public, he relinquished his shares on 23rd May 2003.

sumber:http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=print&sid=9436

......saya hanya mampu mengurut dada bila mengenangkan masih ada Melayu yang mahu menyokong UMNO.

Anonymous said...

Maka diceritakanlah akan atuk kepada cucunya akan satu cerita disebuah kota hakisan yang lahir dari sebuah hutan. Begitulah yang terpapar ketika masuk ke kota itu.

Kota ini berketuakan seorang tok Pengawa dari keturunan raja-raja. Oleh keraa dia seorang yang hebat kononnya dilantiklah akan dia menjadi pengawasetia kepada seluruh kelompok kelabnya diseantaro negara.

Kejap kesana, kejap kesinilah sang pengawa ini menghalang pengawa2 lain nak berpindah rumah. Sebab tiang seri rumah mereka telah dimakan anai-anai. Dalam kesibukan iti sang pengawa agaknya terpandang akan musang berbulu ayam ditempat yang dilawatinya, lalu asyiklah sang pengawa ini berkata tentangnya.

Dulu semasa ada sidang pemilihan pengawa2, sang pengawa ini pernah ternampak musang berbulu ayam di dalam reban ayam peliharaannya. lalu hebohlah dia berkata tentang itu juga. konon2nya sang pengawa itu nak tangkap musang tersebut yang menyebabkan nyaris=nyaris jawatan pengawanya tercicir kepada orang lain.

Top-top belaku pula sidang permilihan kelompok kelabnya. Sang pengawa pun tau ada orang nak lawan dia sebab nakkan perubahan. nak harapkan tok pengawa yang ada musang direbannya pun dia tak dapat tanggap. bila hulur tangan nak tangkap, tangan sang pengawa yang kena gigit.

Mengigillah sang pengawa mendengar berita tersebut. Dia teringat akan musa direbanya lalu dibelikannyalah akan musang itu bulu ayam palsu untuk dipakaikan kepada musang itu. sebab bulu ayam yang dipakai oleh musang itu telah banyak yang gugur. dah mula togel.

Moralnya macam mana nak hapuskan musang berbulu ayam kalau dia sendiri yang membelanya.

Anonymous said...

Sokong Dtk Din

Betul ke. ?.Nama Datuk Tengku tidak dijulang lagi,?…. Wallahualam….

Ahli di beri undi, Sabagai ahli parlimen Putrajaya sebalik nama Dtk Din juga yang di sebut sabagai pentadbir Parlimen Putrajaya . Dtk din adalah Permata Putrajaya,Dtk Din yg membawa perpaduan untuk ahli. …Habis nama Dtk tengku apa ?... Perpecahan le…. Sbb dia x Percaya pada ahli. Banyak Ahli Umno berbulu Ayam, Gunting Dalam Lipatan…Oh ya ta ia Juga…. Habis Tu… Nama Datuk Din.sudah ada dibibir Ahli Putrajaya. Sejak dulu lagi. Tapi nama Datuk Tengku berada dikain Rentang atau di Media masa hanya sekadar dibaca,dilihat DAN lupai. Apa yg Dtk Tengku tahu dia Sibuk bekerja Untuk Umno Nasional …..Hanya diserah kpd Timb.Ketua bahagian saja. ….Dengan bemodalkan duit di taburkan x tahu kemana . Kawasan di menangi tinggal merana… ada pepatah “ Lembu Punya susu Sapi Punya Nama”.

Rasa-rasakan Baik Dtk Tengku Serahkan saja kpd Dtk Din ….Suka sama Suka . Yang orang Kenal Dtk Din Bukan Dtk Tengku lagi…..Ahli tahu yang Hidupkan Program Dtk Din bukan lagi Dtk Tengku atau si sukri yang loklak tu…. kalau Tuan…. Tidak percaya bolih servey sapa yang suka sisukri …entah-entah lawan Mat Nor Van pun Sukri kalah sebagai KC. Kalau nak kata Musang berbulu ayam,gunting dalam lipatan inilah orang nya…..ada ahli x suka Dtk Tengku kerana si sukri…..

Jika Dtk Din penggang KB…aku Cadangan jangan lantik lagi siSukri nanti Rosak populariti Dtk.Din…..Ambil saja si Saimi Misai SUB Norazli SUK. Tapi ada juga si Alias rejab. Mengidam SUB. Ya ke……kedua Datuk tu.…

Aku rasa,Satu hari Dtk Tengku tergigit jari sendiri. Setianya Dtk din,….kpd Dtk Tengku sbb Termakan Buah peria yang Pahit Tu. Dtk Din orang berpengalaman dia tahu dia diperkudakan oleh Dtk Tengku untuk politik beliau. apabila beliau tersepit di putrajaya, Dtk Din lah yang menjadi batu loncatan untuk beliau digunakan bagi mencari populariti di putrajaya. rata-rata ahli putrajaya sudah muak dengan Dtk Tengku yang begitu angkuh dan tidak mempercayai cakap dari akar Umbi. Ok, Aku minta diri dulu……..

Anonymous said...

Ana dah komen dulu dah sepatutnya dato din yang jadi ahli parlimen putrajaya. bukan datuk tengku yang tak pandang sebelah mata pun orang putrajaya. kalau Kc semuanya low class. drebar, guard ini yang keluar dari mulutnya.

Ana dulu dah tumpang gumbira bila datuk din nak tanding ketua bahagian. tapi tak jadi pulak, kecewa juga ana.

Anonymous said...

Ana dah komen dulu dah sepatutnya dato din yang jadi ahli parlimen putrajaya. bukan datuk tengku yang tak pandang sebelah mata pun orang putrajaya. kalau Kc semuanya low class. drebar, guard ini yang keluar dari mulutnya.

Ana dulu dah tumpang gumbira bila datuk din nak tanding ketua bahagian. tapi tak jadi pulak, kecewa juga ana.

Anonymous said...

Hek..eleh...jangan sebut nama Mat Nor..dia tu lebih hebat daripada spy..kan dia tu spy Shokri..nak mampus..guna Van UMNO macam FBI..
ini sapa yang tulis pasal siapa nak di lantik jadi SUB...nama-nama yang di sebut tu lebih kurang Shokri juga ..tak pecaya tenguk saja lah...semua nya dari negeri " Pasir Bedegung "

Anonymous said...

Apa kata ditakdirkan dulu terjadi pertandingan bagi 3 jawatan tertinggi di Bahagian Putrajaya. Ambo terbayang:-

Senario 1 : Datuk Tengku nenang KB
Datuk Din menang TKB
Status quo, walaupun
dalam hati Datuk Tengku
masih wujud kerisauan.
Jawatan naib kita
lupakan seketika

Senario 2 : Datuk Tengku menang KB
Azali menang TKB.
masih ok, ambo raso
azali masih boleh
bekerja dengan Datuk
Tengku, dan Datuk
Tengku pun rasanya
tiada masalah sangat
untuk terima azali.
Malah dari segi
politik Datuk Tengku
mungkin lebih selesa.

Senario 3 : Fairuz menang KB Azali
menang TKB, Putrajaya
akan memasuki satu era
baru, dengan pimpinan
baru

Senario 4 : Fairuz menang KB Datuk
Din menang TKB. Ambo
tak dapat bayangkan.

Anonymous said...

AMBO HARAP SENARIO 4 BOLEH BERLAKU, NOK KELIH SAPO BERAK DAN SAPO KICIK!!

GURAU JEEEEE.

THE BEST SENARIO IS SENARIO NO 2. PASTI AMAN PUTRAJAYA,

Anonymous said...

Kalau ikut arakian cerita awalnya, ada lagi senario yang tak disebut oleh pengomen diatas

Senario 5.

Datuk K menang KB, Haji Nordin menang TKB. Razali Teksi NKB.

Maka Haji Nordin akan dapat gelaran TKB angguk-angguk. Angguk sana, angguk sini, angguk pergi, angguk mari,

Aku pun heran orang macam Haji Nordin ni. Demi jawatan yang tak ada kuasa pun boleh setujuuuuuuuuuuuuu sokmo. kekadang aku kasihan, aku dapat baca dalam hatinya banyak yang dia tak setuju dengan Datuk K. Tapi patik akuuuuur. Hilang keperibadian sebagai seorang yang dianggap cerdek.

Anonymous said...

Mohon kepastian, daripada maklumat yang saya terima dari Perhubungan Wilayah Ahmad Fairuz dapat 6 pencalonan dan beliau layak bertanding. Sumber menyebut beliau hanya memerlukan 5 pencalonan sahaja dan sekarang telah berlebih satu.

Anonymous said...

Saya baru balik dari jumpa kengkawan di Bahagian lain. Depa dengaq kata Perhubungan Wilayah dah refer Statement saudara SUB Shukri kepada Majlis Tertinggi. La nie katanya Majlis Tertinggi yang akan keluaq kata putuih samada layak bertanding ke tak Ahmad Fairuz sebagai KB. Indication nya dah ada tapi saya tak boleh la nak bagi tau nanti depa bagi tau saya musang berbulu ayam pulak. Kita tunggu ja announcement tapi apa apa pun selamat bertanding. Meriah rasanya putrajaya.

Tq.

Anonymous said...

kahkahkahkah....kalau dah perhubungan wilayah dah buat PC katakan yang KB dan TKB menang tanpa bertanding tu....aku harap2 langau2 lain pegi carik tempat lain pulak la nak hinggap......kahkahkahkah....

Anonymous said...

Aku dapat tahu kahkahkahkah tu.sapa... itu dia perosak perpaduan ahli parti,doa banyak2 bolan posa ini biarlah dia berubah sikit maki hamun tu. dia salah saorang perosak . musuh dalm selimut. apa yg dicari benda tu......aja yang ada dalam selimut.posa pun pukul juga. kah kahkahkahkah.

Anonymous said...

Komen tiga diatas kata selamat bertanding. Wow.... wow.... itu klu yang dia bagi. woow... wooww.. panas... panas.. musang dah menjadi ayam, ayam dah jadi musang. den lobih berminat pado musang berjanggut.

Anonymous said...

HIDUP DATO' DIN - KETUA BAHAGIAN IN WAITING. TUNGGU KOREK, KOREK, KOREK