Puteri di Wilayah Persekutuan kini dilihat sudah berani bersuara malah sudah pandai "bersilat politik" bagi menangani isu - isu politik dibahagian masing - masing.Pada masa yang sama beberapa pemimpin Puteri juga dikecam kerana " menyekat " kemasukan ahli - ahli baru di cawangan.
Wilayahkini difahamkan , perebutan jawatan di Bahagian Batu, Setiawangsa, Wangsa Maju, Seputeh dan Lembah Pantai akan menjadi perhatian utama namun lebih banyak tumpuan diberikan di Batu, Lembah Pantai dan Seputeh kerana menampilkan beberapa pemimpin Puteri yang dikenali ramai di Wilayah Persekutuan.Di Batu, pertembungan antara Hazreena dan Chombi semakin panas sampai ke tahap yang luar batasan dimana kempen berbentuk peribadi berterbangan dari masa ke semasa.Malah sudah ada kempen peribadi antara Hazreena dan Chombi sudah sampai mengunakkan ayat - ayat yang kurang disenangi. Apa dah jadi di Batu ?
Di Setiawangsa pula, Penyandang Naib Ketua Puteri Seri Wani hampir pasti akan ditentang oleh Penolong Setiuasaha Puteri Setiawangsa , Siti Fatimah. Walaupun sebelum ini Puteri Setiawangsa dikatakan tenang tetapi penampilan Siti Fatimah secara tiba - tiba telah merancakkan lagi suasana Puteri di Setiawangsa.
Azliza Ahmad pula nampak lebih yakin menang keatas Mona kali.Walaupun kempen bagi jawatan Ketua Puteri di Seputeh nampak tegang sedikit tetapi Azliza dikatakan sudah pandai membaca percaturan pihak lawan dan tidak ada masalah untuk menang. Wilayahkini juga dapat info Mona hanya melakukan kempen berbentuk " slow and smart".
Di Lembah Pantai pula isu " orang luar dan orang dalam " serta ungkapan skandal menghangatkan suasana berkempen diantara Nolee Ashilin Radzi yang juga merupakan seorang ADUN dan Norasyikin Jaafar yang merupakan Exco Puteri UMNO Lembah Pantai.
Sementara itu di Wangsa Maju pula pertembungan bagi jawatan Ketua Puteri Wangsa Maju antara penyandang Naib Ketua Puteri Wangsa Maju Puteri Indah Mohd Idrus, Datin Jamiza Zainul dan Rafeah Omar semakin " sengit" menjelang pemilihan bahagian.
Pada masa yang sama di Cheras Sarina Sharif telah menang tanpa bertanding sebagai Ketua Puteri yang baru. Sebelum ini pula banyak ada cerita ada " anak -anak orang kenamaan" dijangka akan mencuba nasib di beberapa bahagian. Berita itu hanya sekadar menjadi berita basi ?
(Penerangan Gambar : Azliza dan Mona, Seri Wani; Gambar bawah : Hazreena dan Sarina Shariff)
29 comments:
Putrajaya dalam Wilayah Persekutuan ke.
WoW catfight.
sarina sharif ni bukan budak titiwangsa ker?
Salam kpd semua warga Pu3 di WP termasuk Putrajaya dan Labuan. Terimakasih sekali lagi kpd WILAYAHKINI yg telah memberikan sinar baru kpd Pu3 di WP khususnya memperkenalkan beberapa pemimpin Pu3 di WP. Malah ramai Pu3 di WP sudah bangkit dgn kehadiran Wilayahkini. Mereka juga sudah bangun dari tidur dan ada yg sudah mula menunjukkan taring masing2 sampai blog pun sudah mula diperbaiki selepas beberapa teguran. Saya juga berharap beberapa Pu3 di WP akan berkempen secara berhemah dan bermoral. Jgnlah nak kaitkan keperibadian seseorang semasa berkempen. Kini kita diperhatikan diseluruh negara kerana ramai sudah mula melayari blog Wilayahkini. Sudah tiba masanya kita tampilkan pemimpin2 baru di WP. Ayuh kita berjuang .
Di Setiawangsa Siti Fatimah lebih layak dan berpotensi kerana dia memang berkaliber. Kami harap akan ada perubahan di Setiawangsa kali ini.
aku minat betui kat dua2 ketua puteri tuh ada sape2 tahu ada chance ke kalu aku masuk nak tackle dia
Siti Fatimah tidak berkaliber langsung, dia melebihkan glamour. angkuh dan sombong jugak. Seri Wani mmg sesuai dan pilihan pu3 setiawangsa. Harap Seri Wani menang bulan depan. Jika diberi ke Siti Fatimah, Pu3 Setiawangsa akan hancur.
kami di pu3 batu xde pilihan yg menarik....
Askum.... Salam Ramadhan kepada semua warga Puteri WP...
Di Bahagian Labuan, insya'allah Ketua Puteri kami, Rahimah akan menang tanpa bertanding, sekiranya tidak ada sebarang masalah... Insya'allah.
Sekiranya ada masa terluang, jemputlah mengunjungi blog kami di www.puterilabuan.blogspot.com
Salam.
wahai anonymous (yg berkenaan)... statement awak memang statement dari org2 yang mempunyai hasad dengki walaupun dibulan ramadhan ini masih lagi ada hantu2 raya dibadan awak. sepatutnya orang2 yang nak bertanding ni awak kasi kata2 semangat, sokongan or apa saja yang patut.... kalau awak boleh kondem seseorang individu itu akan menghancurkan sesuatu tanggungjawab, apa kata awak yang menerajui nyer, ada berani?.. jgn cakap lebih aje, bermoral lah sikit
salam ramadhan,
janganlah sesekali pilih atau calonkan hezreena di bhg batu ni.peribadi dia amat buruk.tanya la kenapa dia tidak menjadi lagi pegawai khas kepada datuk noraini?
berapa banyak wang pilihanraya dah dia rembat.betapa sedihnya puteri batu dia buat camni..kahwin pun pakai duit politik.fikirkan lah
Aku pelik ngan 'kenal sangat hezreena' ni.. Kalau ko betul kenal, knp eja nama dia pun salah? Sapa ko sampai nak selak dalam kain org?
Ko tu yg jgn tertipu ngan si chombi bohsia tu.. Kalau chombi lah yg jadik kpu3 alamat jadik kelab sosial @ so 'sial' lah nampaknya pu3 batu..
Kenapa nak tanya Hazreena.. Apa kata minta Dato' Noraini sendiri yg bagi komen? Jgn sebab ada 'anak sedara peg UMNO Bhgn' yg jadik balaci ket bhgn dlm pej Pu3 UMNO tu, mcm2 benda ko nak kata ikut sedap rasa.. Sebab aku rasa, peribadi budak tu pun dah mengaibkan diri sendiri.. Ishk.. Simpang malaikat 44..
Hazreena & Chombi x ada apa2, korang yg kat luar melebih2 buat dosa..
Salam..
Kepada rakan2 yg bakal mengundi di dalam mesyuarat Pu3 Bhgn Batu nanti..
Jujur saya katakan, saya antara ahli pu3 yg lama di Batu, sejak kepimpinan Kak Shekin.. Dan sememangnya tiada sapa dpt sangkal kelebihan minah jambul tu.. Yerlah, umur dah berapa masa jadik kpu3 bhgn, hidup dah establish, ramai kawan2 VIP.. Senang networking nyer..
Bila Hazreena amik alih tampuk kepimpinan, tentunya ada org buat perbandingan.. Yerlah, naik drpd peringkat bawah.. Kenalah belajar banyak perkara.. Tapi aku tgk dia sentiasa ada idea utk jadikan pu3 batu ni x semuram pu3 di bhgn2 lain.. Bhgn kpu3 WP pun x mcm pu3 bhgn Batu.. Reti gak minah sekor ni buat program.. Adatlah kalau ada program yg berjaya @ pun tidak.. Cuma kekurangan yg aku nampak, pegawai2 dan AJK dia kureng bagi kerjasama.. Maybe sebab amik kesempatan di atas kelebihan minah sekor ni.. Nak jadik pemimpin kan bukan just kena pandai memimpin tapi jugak boleh dipimpin..
Si Chombi ni pulak, setahu aku, sejak mula masuk pu3, Hazreenalah org yg bawa dia ke hulu hilir.. Kalau bukan sebab Hazreena, aku x rasa dia akan berada di tahap dia sekarang.. Agak2 dia ni jenis x kenang budi kot.. Datuk Yusof pun x mungkin nampak dia, x kenal dia, apa lagi nak berkenan ngan dia sampai amik jadik AJK Lantikan di UMNO Bahagian.. Kalau nak amik ex-naib kpu3 bhgn, si Sherry tu dulu, siap minta pendapat Hazreena nak amik Chombi, siap suruh rahsiakan.. Patut duduk jadk AJK UMNO Bhgn (atas kuota p3 pulak tu), lebih lah jaga kpu3 bhgn, ni tidak.. Datuk Yusof minta dia jaga Datuk lebih dr jaga Hazreena.. Pelik gak aku..
Hazreena ada gak aku tgk bg task kat chombi.. Yg aku nampak berjaya cuma satu.. Program g masuk hutan kat Gombak tu.. Program macam tu kan memang budak muda suka.. Tapi kalau korang nak tahu mcm mana kepimpinan Chombi, ko tanya budak2 dalam Biro sukan dia.. Dia cuma suka mengarah itu dan ini.. Budak2 lain cuma jadik balaci dia.. Sekarang aku tgk budak2 yg ikut dia skrg pun kena arah mcm tu..
Memang betul pu3 batu x ada pilihan.. Either Hazreena @ Chombi.. Pandangan peribadi aku, baik pilih yg sedia ada kita tahu boleh diperbetulkan, coz x salah dalam hidup kita bagi peluang kedua drpd kita pilih calon yg terlalu mentah untuk diketengahkan coz dia masih muda dan ada masa nak belajar lagi.. Mentor dia pun bkn org lain, kpu3 bahagn yg sedia ada jugak.. And please.. Dont be hipokrit..
Apalah nak di kecoh-kecohkan...Yang peliknya orang lain yang bertanding orang lain yang kecoh. Setahu sayala orang lama semasa "pro=tem" ialah Fiona now ni menang tanpa bertanding. Tahniah!...Zauyah walaupun masa Pro-tem bukan dia yang jadi KPU tapi Rosmarinda tp dia naik lps tu...now ni menag tanpa bertanding. Tahniah! Caya la lu..Zalina, Azlinda, Lili, Ismalina (now ni nak jd KPUM) yang lain tu ketua Puteri yang muncul after "Pro-tem". Azliza ni berkaliber n ada hati nak gi Ketua Puteri Wilayah n Xco Malaysia. Hazreena masih muda tapi ada pengalamam sama gak ngan combi. Di Setiawangsa lak Seriwani ni memang dah lama sejak "Pro-tem" jadi AJK Puteri Wangsa Maju pas tu jadi Naib Ketua Puteri kat sana pas tu jadi Naib Ketua Puteri setiawangsa samapi la ni..Siti Fatimah tak lah saya kenal tapi adalah dengar-dengar cerita yang dia ni nak glamour aje tapi tak tahula tak kenal sangat ngan dia ni. Haza bestla lu menang tanpa bertanding n tahniah. Rahima memang layak..dah lah lembut n berkarisma. Yang lain tu tak leh nak komen tak tahu sangat. Tapi..Selamat Bertanding ke pada yang kena bertanding. Jangan sebab glamour aje nak bertanding tapi mestilah bawa Puteri ke tahap yang lebih baik...Insya'Allah.
terima kasih gadis kenit ....... saya amat bersetuju dengan pendapat anda siapakah mereka-mereka ini yang ingin menilai seseorang itu umno hampir hancur kerana ada sifat-sifat yang sebeginilah mereka tidak sedar yang diri mereka ini lah yang menghancurkan umno biarlah sesiapa sahaja yang nak bertanding kita bagi peluang tidak perlu menilai seseorang itu dari sifat luar nya. kita lihat sahaja sekarang, ada kah kelembutan yang ada sekarang memantapkan umno....... tepuk dada tanya selera, makan boleh sebarang makan kak ,cakap jangan sebarang cakap .... yer
Di Setiawangsa tu semua kenal Siti Fatimah. Almaklumlah dia dulu PA dan sekarang pun masih Ketua Pu3 Caw Dato Seri Zul. Tak perlu nak bertanding KPB pun dah glamour dari Seriwani tu. Dgr cerita Dato Seri pun bagi laluan dan menyokong penuh hasrat Siti Fatimah ni. Byk saya terdengar komplen dari Ketua Caw yang tidak sukakan perangai Seriwani yang suka main kolam dan berlagak sombong dengan KC KC yang marhain. Kalau dibandingkan antara SW dan SF, karisma SF lagi menyerlah. Selama jadi NKPB pun takda apa yg disumbangkan.
Aku ingatkan Bhg2 lain lagi hebat persaingannya, rupa nya Setiawangsa ada 4 penjuru. Si Seriwani ni siap ada 2 penjuru yang dipegang, apa dah jadi, macam orang takda pendirian aja. Betoilah org kata dia suka main byk kolam. Mcm ni hancoq lah UMNO. Bukak kolam ikan byk dapat hasil Dek oiii, bukak byk kolam politik, hancoq hang sat gi.
Apa apa pun saya sokong Azliza ....
HIDUP SEPUTEH!!!
Amboiii Tak Mau Nama....
sedap nya cakap di bulan Ramadhan ni. Tapi bila di pk pk kan, betul juga, apasal nak pairing sampai 2-3 nih? Saya pun terkejut juga kerana sebelum ini di Wilayahkini ada menyebut yang Seriwani akan menang tanpa bertanding. Tup tup 4 penjuru terus, ini bukan hebat ini MAHA hebat. Tulah, lain kali jangan over confident Cik Seriwani. Dulu pun ada hati nak jadi KPB W.Maju, tapi tak di izinkan, bila pecah bhg pun, awak tak ada rezeki juga. Agak2 nya nawaitu awak tu tak betul niat nya. Tulah, dulu masa 2004 pun dengar khabar dia pun nak langgar si Rozie tu. Tapi tak tak jugak jadi, jahat juga dia ni rupa nya ya.
Bawa bawa lah berdamai, kan lagi manis.
Walaupun byk yg diperkatakan tentang Hazreena, hanya kami di BATU shj yg mengenali diri beliau. Dont judge a book by its cover. Kami menyokong sepenuh hati...
Di Wangsa Maju tu kami sokong Datin lah...
Hazreena, teruskan perjuangan.. Adatlah bila dlm musim pemilihan.. Pihak lawan pasti nak korek semua dlm kain.. Kalau boleh nak dibogelkan kita ni.. Nobody is perfect.. Kami tahu ko boleh buat keje.. Cuma kena touch-up sikit jer.. Allah Maha Mengetahui..
azliza,mona,hazreena atau sarina tolong lah jd aku punya makwe boleh tak, aku dah lama membujang dari ketua pemuda bhgn smpi dah jd ketua bhgn masih lg membujang korang tak nak ke?
Puteri puteri semua, kalau nak piih biarlah pilih ikut keikhlasan memimpin bukannya berapa cincin dpa pakai or bini iapa depani.
Isteri datuk memang boleh pakai duit suami yang lebih dari brokering or duit terpijak dari projek free orang atasan tapi mereka ni adake idea atau semangat untuk meningkatkan kewibewaan puteri-puteri semua. Janganlah asyik nak pi port dickson, langkawi makan angin saja. malu kat orang yang nampak.
datin-datin tu depa semua nak sibuk sebab suami sibuk nak tunjuk depa pun boleh konon tapi habuk pun takdak.
Nasihat umi biarlah ikhlas untuk memimpin bukannya sebab nak glamor semata mata'
umi
sy ingin ucap kan tahniah kepada P3di bawah pimpinan Siti Fatimah kerana telah berjaya menjalan kan program amal Malam Kasih Ramadhan.sy yg jd tetamu pd mlm tu terkejut juga bila di beritahu P3 UMNO Cawangan Bandar Setiawangsa antara penggerak program itu.TAHNIAH Siti Fatimah dan ahli-ahli P3 nye.kalau dr cawangan Siti boleh buat program grand seumpana itu rasanye x der masalah utk dia pimpin bahagian.bukan senang utk menganjurkan program yg menghimpunkan hampir 500 org anak yatim dan warga mas dari seluruh pelusuk negeri.biarpun ade comment yg mengatakan Siti suka glamour tp ternyata glamour yg dia buat adalah glamour yg beramal jariah dan bermanfaat. TAHNIAH Siti Fatimah and all team P3 Bandar Setiawangsa. sy nak comment pasal Seri Wani pun sy x berapa tau pasal dia dan x pernah lg dgr dia wat ape2 program besar. anyway good luck pada semua yg bertanding dan biarpun ada yg kalah nanti jgn pulak bermasam2 muka.bersama2 kita berjuang demi memartabatkan maruah dan hak org melayu. salam.
Terima kasih anonymous. Jika bukan kerna sahabat2 pu3 juga yang menyokong dari belakang, tak mungkin saya dapat menggerakkan program ni sendiri.
Apa2 pun tungguuuu program seterus nya dari saya. Bila dah start, susah nak stop pulak heheheh.
Ucapan terima kasih juga kepada semua yang terlibat terutama kepada Yayasan Seni Karya Prihatin Msia.
salam
Fatim
ohh kak fatim punya function ye. saya ucapkan tahniah, maaf tak dapat turut serta, saya pulang ke kampung...
tahniah lagi sekali
Tahniah buat Kak Ct dan penyokong2 kuat beliau diatas keje keras yang dilakukan utk program amal Malam kasih ramadan...caya la korang
saya sokong hazreena..
"dorang kat Batu tu dah KENAPA??"
Post a Comment