Thursday, September 18, 2008

ADUAN RASUAH DI UMNO WANGSA MAJU : " INI SEMUA PERMAINAN POLITIK , ORANG KENAL SIAPA SAYA ", KATA DATUK SHAFIE ABDULLAH !

WANGSA MAJU -- " Ada yang kata kononya saya beri RM 10, 000, RM 50,000 kepada mereka.Kalau begitu kenalah saya.Ini semua hanyalah permainan politik.Orang sudah kenal siapa saya kerana sudah berbelas tahun terbabit dengan UMNO Wangsa Maju " begitulah reaksi Naib Ketua UMNO Wangsa Maju Datuk Mohamad Abdullah berhubung dakwaan beberapa ahli UMNO di Wangsa Maju bahawa beliau mempengaruhi beberapa cawangan mencalonkanya menggunakan wang untuk bertanding jawatan Ketua UMNO Wangsa Maju. SILA KLIK DISINI untuk berita selanjutnya.
Politik Wangsa Maju dikatakan kini sudah porak peranda dengan pelbagai insiden sejak bermulanya mesyuarat cawangan.Sehingga hari ini sebanyak 39 cawangan dari 42 cawangan telah selesai mengadakan mesyuarat cawangan.Tiga cawangan menunggu giliran. Wilayahkini difahamkan ada laporan rasuah telah dibuat kepada Ibupejabat UMNO tetapi belum ada pengesahan rasmi .
Datuk Shafie yang kini merupakan Setiausaha Politik Kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Najib (Kini Menteri Kewangan sejak semalam)akan menentang Pemangku Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju Datuk Zainal Nazeri.Manakala bekas Ketua UMNO Wangsa Maju Datuk Astaman Abdul Aziz yang membuat "come back" dalam UMNO selepas penggantungan akan mencuba nasibnya bertanding jawatan Timbalan Ketua Bahagian bergandingan dengan Zainal Nazeri kali ini.

5 comments:

Anonymous said...

Wahai para perwakilan di Wangsa Maju, Saya memang tahu di Wangsa Maju sudah ada macam - macam cakap mengenai politik wang sehingga ada perwakilan yang sudah mula muak.Kami harap pihak pengurusan Ibu Pejabat UMNO cepat bertindak.

Anonymous said...

Datuk Shafie terlalu yakin untuk menang.Dia lupa politik Wangsa Maju.Memang kita kenal siapa Shafie.Tapi janganlah terlalu angkuh, NANTI tergelincir.

Anonymous said...

Wangsa Maju ada kejutan.Tengoklah nanti.

Anonymous said...

Tahniah Dato Shafei... Inilah pejuang yg benar & sejati.. Lakukan perubahan d Wangsa Maju... Dato zainal sudah tidak releven lg... Pentas politik Wangsa Maju bukanlah pentas lakonan. Membaca teks ucapan sewaktu berucap menunjukkan dato zainal tidak mempunyai hati dan penghayatan terhadap perjuangan politik d wangsa maju. Itu hanyalah seperti membaca skrip lakonan..
Wahai ahli Umno wangsa maju... Jgnlah mengheret dato zainal ke Lembah yg beliau hanya akan menjadi mangsa pisau2 cukur yg mementingkan RM semata2.. Sy cadangkan DZ berusaha menjadi tokoh korporat dan menjadikan dirinya sebaris dgn tokoh2 korporat melayu yg berjaya... Biarlah insan yg mempunyai jiwa perjuangan politik sejati yg terus memacu umno wangsa maju.. Ingatlah.. Perjuangan politik memerlukan pengorbanan jiwa yg kental dan tinggi... Sy rasa DZ akan bersara dr pentas politik jika beliau kalah didlm pemilihan pd thn ini... Maaf diatas kejujuran ini... ...

Anonymous said...

sama sahaja dari dulu sampai sekarang...apa yang umno cawangan wangsa maju buat selama ini ???

pemuda umno cawangan wangsa maju???

puteri umno cawangan wangsa maju???

wanita umno cawangan wangsa maju???

umno cawangan wangsa maju???