Malah pemerhati politik di Kuala Lumpur juga melihat apa yang berlaku di Batu bakal menampakkan satu pertarungan satu lawan satu yang paling sengit di UMNO Wilayah Persekutuan kali ini. Mengikut laporan tidak rasmi yang diterima oleh Wilayahkini , Abas yang juga merupakan AJK UMNO Bahagian Batu telah mendapat 21 pencalonan manakala Yusuf Hamid 20.
" Abas bermula dengan begitu perlahan dari segi pencalonan namun bilangan pencalonan yang diterimanya terus mendadak dan meningkat pada minggu ke 3. Yang pasti kedua - dua mereka sudah layak.Pencalonan tidak memberi sebarang makna ....best men wins", kata seorang pemimpin UMNO kepada Wilayahkini semalam.
Bagi jawatan Ketua Pemuda pula , persaingan antara Amir dan Aznie sudah disahkan.Sepertimana jawatan Ketua Bahagian , penentuan jawatan Ketua Pemuda juga dikatakan banyak berkisar kepada kemampuan calon dan bukanya jumlah pencalonan yang diterima. Amir atau Aznie ? Malah Wilayahkini menerima laporan , belum ada satu kepastian yang menunjukkan siapa yang bakal menang. PUTERI pula dikatakan dilanda pelbagai kontroversi -- Laporanya akan menyusul dalam segmen khas !
42 comments:
Kepada Yahya Mat Ghani@ Abbas......
Anak cina makan Pengat...
lu sendiri mau ingat la......
Cucu Datok^^^^^^
Teruskan perjuangan Datuk Yusof. Kami, akan terus berada dibelakang Datuk. Insya Allah dengan berkat doa, Datuk akan menang bagi mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian. Kami tahu, Datuk seorang yang berkerja bersungguh2 dan tidak suka menunjuk2.
jangan percaya dengan datuk yusoff penipu. kami penduduk kampung warisan / tradisional kenal sangat dengan datuk yang suka jual tanah orang melayu. dulu masa duduk kg puah dialah antara orang penting yang menjual tanah melayu kepada cina. siapa yang ikut sangat temberang datuk yusof pun sama kaki temberang juga.
TYPICAL MALAY!!!! jgnla asik nak kutuk2 sesama manusia..dah lah sesama melayu sesama islam plak tu..apa nak jadi la melayu kini..semua manusia pun buat silap even sultan,ahli ulama pun ada buat silap..tegurlag scara berhemah..FIKIRKANLAH kalau ahli keluarga kamu yang dikutuk mcm apa yg korang tulis tu..apa perasaan korang..suka?megah?..walaupun saya bukan ahli kluarga dato yusof tapi saya dpt rasa prsaan mereka..sama la juga klu korg dok kutuk sdr abbas..mcm mana prasaan kluarga dia? kita ni semua pun manusia bukan robot atau mkhluk asing yg xde akal fkiran..HENTIKANLAH KUTUKAN DLM BLOG NI..fikir mcm mana nak bela nak selamatkan nasib melayu yang dh x tentu hala ni lebih baik..FIKIR2KANLAH
TYPICAL MALAY!!!! jgnla asik nak kutuk2 sesama manusia..dah lah sesama melayu sesama islam plak tu..apa nak jadi la melayu kini..semua manusia pun buat silap even sultan,ahli ulama pun ada buat silap..tegurlag scara berhemah..FIKIRKANLAH kalau ahli keluarga kamu yang dikutuk mcm apa yg korang tulis tu..apa perasaan korang..suka?megah?..walaupun saya bukan ahli kluarga dato yusof tapi saya dpt rasa prsaan mereka..sama la juga klu korg dok kutuk sdr abbas..mcm mana prasaan kluarga dia? kita ni semua pun manusia bukan robot atau mkhluk asing yg xde akal fkiran..HENTIKANLAH KUTUKAN DLM BLOG NI..fikir mcm mana nak bela nak selamatkan nasib melayu yang dh x tentu hala ni lebih baik..FIKIR2KANLAH
assalamualaikum....
sy nk berkata2 berkenaan pu3 batu...
sebenarnya sy segan nk komen di ruang "pu3 di WP"... adalah lebih manis sy komen disini....
ada 2 pencalonan pu3 batu...
hazreena & badariah....(setakat ini)
sy bakal salah seorng pengundi anda..
ape testimoni calon berdua ni.. hazreena mmg kt dah nmpk kerja nyer dah program2 nyer... (ada kelebihan & kekurangan nyer) badariah???? ape program yg telah diketengahkan utk membangun pu3 batu? (sepatutnyer klu ingin menjadi calon kpu3 mesti ada sesuatu yg boleh disandarkan) jika rakan2 ada maklumat marilah kt sama2 berkongsi....
cuma perlu diingatkan....
tujuan sy bukan mahu menjatuhkan kedua calon.. tp sy perlu tahu kebaikkan & kebolehan mereka... tak perlu kt mengutuk mereka... cukup la sebelum2 ni....
tolong la rakan2...
sy perlu bpikir undi sy ini ke arah mane.......
selamat berbuka....
Salam..
Kepada rakan2 yg bakal mengundi di dalam mesyuarat Pu3 Bhgn Batu nanti..
Jujur saya katakan, saya antara ahli pu3 yg lama di Batu, sejak kepimpinan Kak Shekin.. Dan sememangnya tiada sapa dpt sangkal kelebihan minah jambul tu.. Yerlah, umur dah berapa masa jadik kpu3 bhgn, hidup dah establish, ramai kawan2 VIP.. Senang networking nyer..
Bila Hazreena amik alih tampuk kepimpinan, tentunya ada org buat perbandingan.. Yerlah, naik drpd peringkat bawah.. Kenalah belajar banyak perkara.. Tapi aku tgk dia sentiasa ada idea utk jadikan pu3 batu ni x semuram pu3 di bhgn2 lain.. Bhgn kpu3 WP pun x mcm pu3 bhgn Batu.. Reti gak minah sekor ni buat program.. Adatlah kalau ada program yg berjaya @ pun tidak.. Cuma kekurangan yg aku nampak, pegawai2 dan AJK dia kureng bagi kerjasama.. Maybe sebab amik kesempatan di atas kelebihan minah sekor ni.. Nak jadik pemimpin kan bukan just kena pandai memimpin tapi jugak boleh dipimpin..
Si Chombi ni pulak, setahu aku, sejak mula masuk pu3, Hazreenalah org yg bawa dia ke hulu hilir.. Kalau bukan sebab Hazreena, aku x rasa dia akan berada di tahap dia sekarang.. Agak2 dia ni jenis x kenang budi kot.. Datuk Yusof pun x mungkin nampak dia, x kenal dia, apa lagi nak berkenan ngan dia sampai amik jadik AJK Lantikan di UMNO Bahagian.. Kalau nak amik ex-naib kpu3 bhgn, si Sherry tu dulu, siap minta pendapat Hazreena nak amik Chombi, siap suruh rahsiakan.. Patut duduk jadk AJK UMNO Bhgn (atas kuota p3 pulak tu), lebih lah jaga kpu3 bhgn, ni tidak.. Datuk Yusof minta dia jaga Datuk lebih dr jaga Hazreena.. Pelik gak aku..
Hazreena ada gak aku tgk bg task kat chombi.. Yg aku nampak berjaya cuma satu.. Program g masuk hutan kat Gombak tu.. Program macam tu kan memang budak muda suka.. Tapi kalau korang nak tahu mcm mana kepimpinan Chombi, ko tanya budak2 dalam Biro sukan dia.. Dia cuma suka mengarah itu dan ini.. Budak2 lain cuma jadik balaci dia.. Sekarang aku tgk budak2 yg ikut dia skrg pun kena arah mcm tu..
Memang betul pu3 batu x ada pilihan.. Either Hazreena @ Chombi.. Pandangan peribadi aku, baik pilih yg sedia ada kita tahu boleh diperbetulkan, coz x salah dalam hidup kita bagi peluang kedua drpd kita pilih calon yg terlalu mentah untuk diketengahkan coz dia masih muda dan ada masa nak belajar lagi.. Mentor dia pun bkn org lain, kpu3 bahagn yg sedia ada jugak.. And please.. Dont be hipokrit..
Salam pu3 semua, aku salah seorg perwakilan puteri nanti. Aku pun salah seorg org lama yang berkecimpung dlm pu3 ni tapi krg aktif krn sibuk dgn rumahtangga. aku rasa kali ni kita perlukan perubahan dan tdk mungkin hazreena akan berubah utk kali kedua kenapa kita nak bagi peluang lagi dgn apa yg telah dilakukan kepada kita utk penggal yg lalu. aku juga blh d kategorikan salah seorg mengikut hazrena tapi lama-lama lain jadinya. Combi pun aku sudah nampak perubahannya dari segi tingkah laku, pakaian dll. apa salah kita bagi peluang kpd dia. Hazrena dan combi masih lagi ada umur utk jadi ket pu3 pada penggal akan dtg2 jadi kalau combi x perform why not kita cari calon lain atau ambil yg lama utk term lagi satu. Mmg hazrena yg expose combi. rakan2 nampak x dari situ combi timbul dan org nampak yg dia ni blh bawa ketengah dan ketepi dan utk masuk ke cawangan Bdr baru sentul pun sebenarnya perancangan hazrena takut combi lawan dia kat caw sri perak. masa tu aku pun ada masa perancangan di buat. Aku rasa kak syikin bukan mentor dia both x suka each other. kak syikin lebih suka kepada lili. Bulan puasa ni apa salahnya kita renungkan sejenak utk yang terbaik. Jadi rakan2 pu3 semua fikirkan yang terbaik jangan tersalah pilih kerana jolokan org di belakang pedulikan itu semua. Hak kita kenapa kita nak biarkan org yg tentukan. Selamat berpuasa dan syawal bakal menjelang x lama lagi.
Semua rakan2 blogger, salam ramadhan. Bukan main hebat kita semua meluahkan di sini ye. Cuba lihat pabila mesyuarat cawangan2 kita berpaling muka TAPI pabila waktu sembahyang terawih kemana kita bukan ke masjid dan duduk bersebelah dengan org yg berpaling muka dan bersalaman. tdkkah disini timbul sedikit keinsafan x malukah kita pada bangsa lain.
Tukang tengok.
Bulan puaso ni apa nak jadi kat yahya mat ghani mane poeinye kesurau tak ade kemasjid pun tidak terawih kat mana kamu ni. tunjuk la muka sekali sekala awak tu nak bertanding ketua lagi mananye angkatan kau x ado jugak. tak faham pak cik. ha sapa hari tu yang komen pasal hj sari x poei surau ekau x nampak ke kalau x ke surau ke masjid ia tiap waktu sembahyang kat surau kempen pun lepas terwaih ni tidak hah yahya tu buko puaso kat luar je maghrib mna terawih mana. pahalo x blh dibeli ngan duit tau yahya. aku kesian tengok kau dengan penyakit kencing manis yang kau ada tu. kalau ekau poei masjid ada gak org doa utk kau. x tahu la pak cik kesian aku tengok kauorg semua ni tertipu.
Salam buat semua..
Mari kita amik ikhtibar dr pilihanraya umum yg lalu.. especially kepada perwakilan pu3.. Kerana nak 'cuba-cuba' memilih kepimpinan yg lain lah, akhirnya kita yg terlingkup dan berada dlm ketakutan sekarang ni.. Tak guna nak menyesal kemudian hari.. Apalah salahnya duduk berbincang.. X kemana pun si Combi tu hah.. Hazreena abis tempoh, ko naiklah..
Hazreena & Shekin bermusuh? Hahaha.. Wayang politik.. Tambah2 dlm Batu ni.. Yg bermasam muka di depan, jgn sangka x 'berpeluk' di belakang.. Yg bercium pipi di hdpn, belum tentu x mengutuk dan mengata kat belakang.. Setahu aku, sebab Hazreena berkawan baik dengan Lyly lah, Hazreena kena boikot ngan si Shekin.. Dah berapa kali Shekin bagi warning supaya jgn bawa si Lyly dalam line-up, tapi sebab dasar persahabatan, Hazreena ni jer bagi muka kat Lyly.. Akhirnya? Hanya diorang dan Allah swt shj yang tahu akan kesudahan cerita diorang ni..
Dan berita yang terkini.. Dengarnya walaupun cukup pencalonan, Lyly x akan bertanding as Naib Ketua Puteri UMNO Bahagian.. Emm.. Mimi? Amy? Yang mana satu pulak jadik pilihan?
Salam perjuangan,
kepada sdr pemuda batu budiman saya ingin bertanya apakah kelayakan sdr Zulkarnain dan sdr Badli untuk mewakili pemuda bhg ke G2.Mereka ini orang amir yang sebenarnya,apakah tiada lagi ajk bahagian yang layak atau apakah perjanjian pertukaran sebenarnya?.saya menjadi tertanya2 apabila calun ketua pemuda sdr Aznie mencalunkan mereka,Janji lain buat lain camna ni.......?langsung tiada rundingan.Apa perjuangan ni.....dah jadi main hentam keromo je.Dulu kata ikut datuk yusuf hamid,sekarang ikut datuk abbas lak camner niiii!!!!!
Saya mengharapkan lepas ni sdr Aznie buatlah penderian yang sebenar.....ni dah kaluttttt dah.Saya melihat Sdr amir masih dengan penderian bersama datuk yusuf,khabarnya kekuatan pun dah bertambah semenjak2 ni.Sebenarnya saya dah bertambah pening ni.....pencalunan lain takan nak undi lain lak takut orang takcaya lak nanti??????!!@## pening kepala ni....inilah nasib kalau dah termakan budiiiii.Menyesal pun ada sokong Sdr Aznie bila jadi macam ni.Tiada penderian Langsung .....
Saya rasa Sikit masa lagi Ketua caw termuda lak jd Ketua penerangan...
Nampaknya sdr amir masih berjaya melahirkan pengikutnya yang berjaya menyelinap ke pemuda bhg.Setahu saya meraka ni pengikut setia sdr amir yang kononnya telah berpatah arang terhadap beliau,tetapi wayang semuanya.Untuk pengetahuan Sdr semua mereka ni berjumpa secara bersembunyi,saya pernah melihat mereka bertemu tampa mereka perasan yang kebetulan nya saya ada disitu.....
sdr azni nampaknya Betulah apa yang di katakan oleh sdr Che long yang Sdr tidak akan dapat cipta sejarah di bhg batu.....naib ketua pemuda jadi ketua pemuda bhg.Saya pun tak nampak lagi halatuju perjuangan pemuda seperti yang Sdr War2kan dulu.Saya ada berjumpa dengan sdr amir dan dia pun ada misi dia juga dan saya nampak wawasan beliau lebih relevan untuk pemuda bhg...
Untuk ketua Caw termuda tu jangan lah perasan sangat yang sdr tu pejuang umno tulen....Saya melihat sdr tu lebih kepada pemimpin yang lebih kepada realistik.....penuh kepuraan sebenarnya.Saya berharap Sdr Azni jangan terpengaruh dangan Budak hingusan ni.....Dia ni memamang banyak mengetahui sejarah melalui membacadan dia,mengambil kesempatan saja.Saya berharap pemuda batu jangan terpengaruh dengan mamat hingusan ni.Saya dengar dia ni dulu calon setiausha barisan Sdr amir betulkah gitu?Saya ber harap sdr amir pun pikir2kanlah semula.
semoga pemuda memikirkan yang terbaik untuk pemuda Umno khusuanya.
Salam Perjuangan,
Kepada Para Blogger yg Budiman,
Marilah kita renungi bersama.
Rasulullah SAW bersabda:
“Perumpamaan orang-orang yang berpegang kepada kebenaran dan orang-orang yang melakukan kesalahan adalah seumpama penumpang-penumpang di atas sebuah kapal yang besar. Sebahagian penumpang berada di atas kapal dan sebahagian berada di dalam perut kapal. Sekiranya orang-orang yang berada di bawah ingin mengambil air dan mereka malas untuk mengambilnya daripada bahagian atas kapal sebaliknya mereka menebuk dinding kapal dan mendapatkan air terus daripada lautan. Sekiranya orang yang berada di atas hanya melihat sahaja (tindakan menebuk dinding kapal), maka lambat laun seluruh kapal tersebut akan tenggelam, tetapi sekiranya mereka menegur dan mencegah perbuatan tersebut maka semua penumpang kapal tersebut selamat (kapal tidak karam)” (riwayat al Bukhari).
Daripada hadith ini, terserlah suatu pengajaran yang amat bermakna; budaya saling nasihat-menasihati dan sentiasa memperbaiki kelemahan diri dan rakan sepasukan akan menyumbang kepada kejayaan sesebuah organisasi.
Analogi yang dibuat dalam hadith di atas sangat accurate. Sebuah kapal yang besar sekalipun, akan karam sekiranya ada antara anak kapal tersebut yang menebuk dinding kapal untuk mendapatkan air. Mungkin yang melakukan perbuatan tersebut hanya 10 orang daripada 5000 anak kapal, tetapi sekiranya 4990 orang hanya melihat perbuatan yang dilakukan oleh 10 orang tersebut akhirnya semua anak kapal berkemungkinan mati lemas.
MENEGUR DAN DITEGUR
Dalam membudayakan sifat memberi dan menerima dalam konteks memajukan diri dan organisasi, ada dua sudut yang perlu dilihat.
PERTAMA: orang yang menegur atau menasihati
KEDUA: orang yang ditegur atau dinasihati.
Orang yang menegur hendaklah sentiasa ikhlas dalam menegur atau menasihati sesiapa. Janganlah teguran ini disebabkan konflik peribadi. Ingat, teguran bukan HENTAMAN. Teguran yang ikhlas dari hati, pasti akan memberikan kesan yang membekas di hati, insya Allah. Orang yang menegur juga sebaik mungkin mencari jalan yang terbaik untuk menasihati orang yang hendak dinasihatinya supaya nasihat itu dapat disampaikan dengan berkesan.
Bagi orang yang ditegur, terima sesuatu teguran dan nasihat secara positif dan konstruktif. Analisalah setiap teguran dan nasihat yang diterima. Percayalah, kita tidak rugi sesenpun sekiranya berubah untuk memajukan sendiri. Cuma kadang-kadang ubat yang mujarab biasanya agak pahit, tetapi kesannya SUPERB!
Bagi seorang Muslim, teguran jujur dan baik yang diterima oleh seseorang itu adalah tanda kasih sayang Allah. Janganlah berdendam kepada orang yang menegur dan menasihati kita dan sekiranya teguran tersebut dirasakan tidak betul, anggaplah orang yang menegur itu punya niat yang baik walaupun tersalah. Hakikatnya kita manusia; nobody is perfect!
Persoalannya adakah ahli-ahli UMNO di Bahagian Batu boleh mengambil iktibar dan bersikap terbuka dari perkara ini. Wallahualam....
GULAM MUSZAFFAR HJ GULAM MUSTAKIM
saya amat tertarik lah dgn komen di atas yang m'gatakan zul dan badli orang amir.saya nak tanya pulak siapa orang yang bawa dan jaja untuk amir bertanding dulu..lu pikir la beb..kalau tak tau sejarah baik duduk diam jer..( dalam Gua )
ingat sebelum nak cakap jangan nak main tembak jer...
Assalamualaikum w.b.t,
Buat sahabat blogger yang membuat kenyataan KERAS dan melibatkan NAMA dan PERIBADI saya, ingin saya menyatakan dengan jelas bahawa saya berdiri teguh di belakang Saudara Azniee Abdullah untuk memacu Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu.
Sahabat-sahabat sekalian, soal kelayakan saya berhubung hasrat mewakili Pemuda UMNO Bahagian ke Pemuda UMNO Malaysia biarlah para perwakilan tentukan. Pada saya, hak saya menawar diri, hak perwakilan banyak. Memerhati, memantau, menyelidik, dan terpenting membuat keputusan. Jadikan lah hak terpenting ini dalam kebijaksanaan memilih. Pada pengamatan saya, saya lebih lama berada dalam Pemuda UMNO Bahagian Batu berbanding sahabat blogger yang bersuara. Bukan hasrat saya nak berlagak atau menunjuk-nunjuk soal usia dalam pemuda, tapi sekadar untuk memaklumkan 'SEJARAH' pemuda itu sendiri.
Saya juga menafikan sekerasnya ada kelompok Amir dalam Pemuda UMNO Bahagian. Kalau lah ada spy antara kami bekas-bekas rakan seperjuangan, takkan nk kata kat orang..? Itu bukn spy namaya..
Kenyataan berhubung sahabat saya Fariz, saya mengenali dia secara rapat dan perakui bahawa dia mempunyai ciri kepimpinan dan semangat pemuda yang diperlukan masa kini. Mungkin dia adalah seorang pemimpin pemuda yang boleh dijadikan ikon oleh generasi muda dalam dunia kepimpinan kelak. Tambahan dalam usia muda mendapat sokongan golongan senior menjadi Ketua UMNO Cawangan..
Saudara blogger yang cakap ni jelous kot.. Ke dah abis umur tak de placing kat mana-mana dalam cawangan? Tu la, jgn cakap orang la beb..
WARISAN
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cintakan lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini kita Cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan Maha Perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah dinusantara
kalau kau tanya ijoy dan badli layak ke pegi g2, aku nak tanya kau plak lokman,samsuri layak ker..lokman tu ketua pemuda cawangan pun tak tau..cuba tanya dia!!politik pun takut bini nak buat aper beb..kau tanya la dia dia masuk politik untuk nak projek jer..aku kenal sangat lokman tu..apa jasa dia kat batu bagi tau sikit.lu pikir la bro..aku kenal yang tulis tu..dia tu gila nak jai setiausaha sulit kepada ketua pemuda bahgian batu,amilludin la..kalau menang!!!!silap silap bungkus!!!!dato yusof jangan percaya dia orang..amilludin bukan sokong datuk.dia bawa bos dia!!!hati hati lah datuk
amboi cik liz kt..
abg tengok bukan main mesra lg pegi pasar ramadan ngan abg syg nyerr... siap baju sedondon lg...
tppppp.... cik abg tu mcm penah ku lihat... tp dmana yaa....
wakakakakkaka....
baik2 liz... cuma nk tanya, dah ready ke nk bmadu kasih??
(mmg lah tahu... org tkenal kan..kan..)
Ahmad Fariz bin Abdullah
Ketua UMNO Cawangan Kg Chubadak Asal
019 2782785 / 017 2548057
Salam Perjuangan Ramadhan Al Mubarak buat sahabat,
kenalan dan buat mereka yang barangkali tidak menyukai saya
Genap sudah 16 hari kita berpuasa.
@ Al hamdullillah senario "16 September" tidak berjaya direalisasikan oleh DSAI
@ Al hamdullillah Allah telah menunjukkan jalan keluar kepada
Datuk Zaid Ibrahim yang gagal memjalankan tanggungjawab membanteras
sikap kurang ajar Bar Council selama ini
@ Al hamdullillah selesai sudah persidangan cawangan2 di bahagian Batu yang
berlangsung dalam keadaan selamat dan yang paling penting
@ Al hamdullillah Allah telah memberi rahmat kepada kita semua
+ kerana masih hidup menghirup udara segar
+ kerana masih hidup untuk bersama keluarga tercinta
+ kerana masih hidup agar kita dapat menunaikan tanggungjawab kita kepada-Nya
dan menjadi Khalifah di muka bumi ini.
Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat saya sdara Ahmad Badli
yang telah menyokong saya.Al hamdullillah moga Allah memberkati perjuangan
saudara dan terima kasih di atas harapan untuk menjadikan saya "Ikon" suatu
masa akan depan.Moga Allah perkenankan doa saudara.Amin....
Buat blogger yang tidak berani mendedahkan identiti & hanya mampu bersembunyi
dibelakang tag nama "anonymous" saya doakan kesejahteraan saudara.
Jika "kail panjang sejengkal, usah diduga lautan dalam".
Berani kerana benar, takut kerana salah.
Amatlah malang di bulan Ramadhan Al Mubarak yang penuh keberkatan ini saudara
masih mampu menabur fitnah, mencela dan cuba memperkotak katikkan
ahli2 UMNO Batu khususnya.Adakah ini imej yang cuba dibawa oleh saudara
iaitu Pemecah UMAT Melayu.Saya doakan agar Allah tunjukkan jalan
kebenaran kepada saudara sepertimana Allah tunjukkan kepada saya
"Siapa pemimpin yang harus saya pilih"
Mengenai tuduhan saya menjadi calon "Setiausaha Pemuda" barisan Amir.
Saya akui ada menerima tawaran Amir sebelum bermulanya Persidangan cawangan lalu.
Hanya Amir sahaja yang tahu atas sebab / dasar apa beliau memilih saya sebagai
calon tersebut.Saya tidak pernah minta jawatan tersebut kerana saya tahu siapa
saya dan sejauh mana kemampuan saya.Masih ramai2 yang layak untuk jawatan tersebut
dan sekiranya ada yang berminat sila berjumpa sendiri dengan bakal calon kerana
kuasa lantikkan ada pada mereka.
Demi kebaikan dan perpaduan Pemuda UMNO Bahagian Batu saya menolak jawatan calon
"Setiausaha Pemuda".Biarlah mereka yang lebih layak sahaja memikul tanggungjawab ini.
Memang penglibatan saya masih baru di UMNO Bahagian Batu.
Sejak 2005 hingga kini,2008.Tak sampai 4 tahun pun.Itu bagi mereka yg tidak mengenali saya.
Hakikatnya sudah 11 tahun saya berada dalam Politik UMNO dimana sebelum ini
saya ahli UMNO Bhgn Gombak.Perbezaan yang amat ketara sekali senario dan
suasana politik diantara kedua2 bahagian.Namun saya tetap akan terus memperjuangkan nasib
ahli UMNO Bahagian Batu khususnya kerana disini tanah tumpah lahirku.
Akhir kata dari saya,
kepada mereka yang tidak menyukai saya atas sebab yg tuan2 sahaja tahu,
di bulan yang mulia ini
saya pohon maaf jika ada salah silap
saya juga memaafkan saudara atas kesalahan saudara terhadap saya
baik yang saya tahu atau tidak tahu.
Saya juga ingin menjemput sahabat2 semua ke
"Majlis Muafakat Semarak Ramadhan Al Mubarak" anjuran :
Rukun Tetangga Kg chubadak / UMNO Kg Chubadak Asal / Madrasah Kg Chubadak
pada 27 September 2008 jam 5 ptg hingga 10 mlm
Insya Allah akan dirasmikan oleh Ybhg Dato Sri Mohd Shapie Apdal atau pun
Ybhg Dato Seri Ahmad Zahid bin Hamidi atau pun Ybhg Datuk Mukhriz Mahathir
bergantung kepada sesiapa yang mempunyai kelapangan.
Moga dengan kehadiran semua dapat memeriahkan lagi majlis saya nanti.
BUat sahabat2 Pemuda saya baik di barisan Azni mahupun barisan Amir,
jangan gopoh dalam berpolitik, pilihlah yang terbaik
kalau perlu buat Solat Istikarah & pohon kepada Allah
tunjukkan kepada kita siapa "Pemimpin yang harus kita pilih"
Walaupun saya tiada lagi dalam Pemuda tetapi
Perjuangan saya masih Unggul dan Tetap Utuh kepada Pemuda UMNO Batu
Siapa pun yang menang, kita haruskan rapatkan barisan selepas ini
Kita takluk kembali kerusi Parlimen Batu
sampai bila kita nak biarkan Tian Chua & PKR memerintah di muka bumi bertuah ini
Ayuh! Bangsaku.
Ayuh! Pemudaku.
Ayuh! Kita orang UMNO harus bersatu.
Demi Mengembalikan Kegemilangan Batu
Insya Allah........
saudari pu3 yg dihormati...komen yg diberikan sungguh meruntun perasaan drpd "anonymous" diatas.saya memahami perasaan pu3 dibahagian BATU ni,saya salah seorang dari anda semua.Pada mulanya saya keliru tetapi saya sedar yg HAZREENA bukan orang yg boleh diharapkan dan diguna pakai apatah lagi bila kita dalam kesusahan yg mana pu3 semua tahu dia menghilang..
cuba pu3 semua flashback kembali apabila pada satu ketika dahulu HAZREENA rapat dgn chombie and the gang adakah dia memerlukan 15 pu3 semua yg bertaraf AJK ataupun pegawai untuk sesuatu program atau nasihat? TIDAK!! selepas itu SITI KG BATU MUDA..Entah apa istimewanya SITI ni? banyak hak keistimewaan yg patut diberi kpd pu3 tapi diberikan pada SITI terutama bab kewangan..
sedarlah pu3 batu dah banyak bagi peluang pada HAZREENA tapi masih tak insaf...CHOMBIE pula belum terbukti sama boleh memimpin ataupun tidak? kita perlukan perubahan..
saudari pu3 yg dihormati...komen yg diberikan sungguh meruntun perasaan drpd "anonymous" diatas.saya memahami perasaan pu3 dibahagian BATU ni,saya salah seorang dari anda semua.Pada mulanya saya keliru tetapi saya sedar yg HAZREENA bukan orang yg boleh diharapkan dan diguna pakai apatah lagi bila kita dalam kesusahan yg mana pu3 semua tahu dia menghilang..
cuba pu3 semua flashback kembali apabila pada satu ketika dahulu HAZREENA rapat dgn chombie and the gang adakah dia memerlukan 15 pu3 semua yg bertaraf AJK ataupun pegawai untuk sesuatu program atau nasihat? TIDAK!! selepas itu SITI KG BATU MUDA..Entah apa istimewanya SITI ni? banyak hak keistimewaan yg patut diberi kpd pu3 tapi diberikan pada SITI terutama bab kewangan..
sedarlah pu3 batu dah banyak bagi peluang pada HAZREENA tapi masih tak insaf...CHOMBIE pula belum terbukti sama boleh memimpin ataupun tidak? kita perlukan perubahan..
Hallo..
Mana yang baik? Dato' Yusof atau Dato' Abbas?
Tuan-tuan, Puan-puan, Sdr sdri yang dirahmati Allah sekalian,
MMg dipandang, Dato' Abbas seakan telah menyaingi Dato' Yusof.. Apakah boleh kita terima kepimpinan Dato' Abbas? Dalam UMNO sekarang dah ramai penyamun dan penyangak, broker-broker politik dsb.. Kalau Tuan yang memutuskan nya setuju kerana ingin merasa kepuasan wang ringgit dan kemewahan, maka mungkin lah Tuan setuju dengan kepimpinan Dato' Abas.. Tapi, kita jangan lupa, 'sepakan' awal kita kepada pemimpin yang menindas kita adalah Dato' Yusof.. Ramlan Salleh yang sambung sehinggakan nampak dialah Hero.. Ramlan ni mmg HERO di mata org muda, apatah lagi pada pemuda dan pu3.. Tetapi apa yang dibuatnya? Pemuda!! Puteri!! Nape risau dgn Ramlan? Kerana apa? Strateginya selalu mengena.. Itu bukan strategi tapi kebetulan sehinggakan kita menjadikan dia semakin kuat.. Berbalik kepada cite Dati Yusof tadi.. Sejarah dia dalam pengurusan UMNO hebat.. Tak siapa wajar kt dia sebaliknya.. Adakah Abas mempunyai pengalaman hebat ni? Walau dah pernah pegang Ketua Pemuda Bahagian dulu, apa yang ditunjuknya?
Renung2knlah bersama..
mmg la hebat smp mkn duit pilihanraya... tu yg jd pengundi melayu pangkah PKR...undi melayu kalah sbb org malayu..... sape yg jaga pengundi melayu bukan umno??? saper ketua bahagian umno BATU???? lu pikir la beb...
sy sokong 400%... mcm terpikir pulak.... klu la dato yusof mengekalkan jwtannya.... lingkup lg la PRU13 nti... BATU masih DIKEKALKAN oleh PKR... cukup.. cukup laaaa....
Dimanakah moral calon KETUA PUTERI BATU yg tidak menjadi KETUA PUTERI CAWANGAN???
Berita Terkini & Terhebat!!
Status Siti Badariah bakal menghadiri Persidangan Puteri Batu adalah bertaraf PEMERHATI sahaja!!!!
Tahniah Diucapkan.....
jgn la pandai2 buat cerita..itu la sebabnya org melayu ni senang berpecah dari bersatu..contohnya seperti sdr/i di atas ni laa..saya ni saksi yang berada di tempat kejadian..setahu saya dato Briged General xde pun bagi apa2 kata putus or any result og that matters..setahu saya dato kata "KEPUTUSAN AKAN DI BERITAHU KEMUDIAN"..pelik ye..datuk ketua bhg pun xtau kputusan lagi awak yang ntah sesape ni plak yg dh dpt resultnya..pangkat awak lagi tinggi dari dato briged ke?? jgn la bermimpi di siang hari..who are u???
betul tu..
tapi kalau status pemerhati pun lawan tetap LAWAN!!
tapi btanding scara sihat la..jgn la buat cara penakut..korek sgala kesalahan selagi ada tapi sebenarnya xde pun..HAZRINA KALAU AWAK BETUL2 BERANI TUNJUKKAN KEBERANIAN AWAK..JGN JADI PENGECUT..sikap pengecut awak tu kadang kala membawa padah diri awak juga..
HORMATILAH KEPUTUSAN UMNO MSIA DAN BAHAGIAN..
siapa awak(pu3) kalau xde bhg??
siapa awak kalau pu3 bhg batu d gantung??
u r just urself w/out any position in umno bhg batu..JGN D SEBABKAN EGO KAMU YG TRLAMPAU KAMU LUPA CARA2 MGHORMATI ORG2 YG LEBIH TUA DARI KAMU!!MGHORMATI ORG2 BHG YG LEBIH TINGGI JAWATANNYA DARI KAMU..
kesimpulannya : JGN MEMALUKAN, MENJATUHKAN NAMA PU3 BATU YG TELAH DI ANGKAT TINGGI SEMASA ZAMAN K.SHEKIN DULU!!
saya salah seorg perwakilan pu3..
saya tahu siapa combi..dari segi pendidikan memang kalah hazrina..saya tau kbnyakan pu3 x tahu akan qualification siti badariah ismail@combi..
xpe biar saya bgtahu tahap pendidikan combi..tapi setakat yg saya tahu la..
PENCAPAIAN PENDIDIKAN (universiti la..sekolah sndri mau ingt la kalau dh msuk IPTA (bukan IPTS) mknanya skolah mmg bagus la)
1) Diploma in Engineering (UTM)
2) Bachelor of Science (Hons) in Engineering (UTM)
3) Master in Business (UTM)(dlm proses pembelajaran..hampir tamat..terpaksa extend sem sebab pemilihan)
** NI SEMUA BETUL YE..BUKAN FOTOSTAT MCM ADA PU3 BHG BATU BUAT UTK MERAIH GAJI TARAF DEGREE SEMASA PILIHANRAYA..siapa yeee???..sndri mau ingatla..dah la sijil fotostat lepastu dpt gaji suruh kongsi2 plak untuk bayar gaji P.A dia plak..apa punye manusia..BERTAUBATLAAAAHHHHH!!!
jgnlah terlalu kabur mata dgn wang ringgit smpi lupa halal haramnya..
WAH GERUN AKU AKU TGK DIA PUNYE "NAMA" SIJIL DIA..
WAKAKAKAKKA..........
SETAKAT NAMA JE LAAA......
KIKIKIKIKI.........
NEWAY... KLU BETOL LA STATUS CHOMBI NI PEMERHATI, AKU NK SENDIRI YG PASANG TAG DIA MASA BERSIDANG...
PISSSS KACANG PISSS......
wahhhhhhhh...
mcm ganas chombi ni...
leh la apply keje kat petronas pas ni....ehehhehehhehe
aku rasa sijil beli kot kuikuikui.... heran jugak aku,emmm aku rasa anonymous tu dia kot pasal detail habis hehe sorry combi,selamat hari raya.i pun grad dr UTM......
masa sekolah aku SPM pangkat 3...dapat gak masuk IPTA (pakai kabel) hehe aku percaya combi tak kot hehehehe pis combi....
seseorang pemimpin yang baik tak perlu itu semua.keperibadian kita yang penting..
kalau sijil bertimbun pun tapi tak tau buat kerja, tak tau nak hormat ketua dan orang yang lebih tua dari kita baik tak payah jadi pemimpin. kita nak jadi pemimpin tapi asyik nak mereka cerita yang bukan2 dan mencari silap lawan kita, itu bukanlah cara kepimpinan yang mulia. itu sebenarnya ada agenda peribadi, takut kepada bayang sendiri, takut poket tak berisi, nanti sampai kereta pun tak mampu nak bayar( sekarang pun dah nak masuk 3 bulan tak bayar)nanti kena tarik malu sendiri.
kalau benar kita seorang pemimpin yang disayangi tak perlu takut dah tentu pengikut akan datang mencari bukan nya perlu dibeli. tak perlu turun naik pejabat puteri minta digantung cawangan sana sini, supaya lawan kita kalah gigit jari.
muhasabah la diri kita tu sikit, buat buat la bertaubat, ingat kita hidup bukan nak menungkat langit
cewahhhh..
baik punyer cover..
ehehhe....
Kelakau aku baca komen budak2 kocik dalam politik ni.. Nampak sangat montahnyer pemikiran korang.. Ishkk.. X apolah.. Tuhan tu Maha Mengetahui & Maha Adil.. Kita tunggu dan lihat siapa yg bonar sebenarnya..
wa sokong lu...
SELAMAT HARI RAYA AILDILFITRI....
jalan baik2... mkn pun kena baik2...ape2 pun semua mesti baik punye.....
aku tahu siapa combi..
sijil2 beli x main lee..sijil fotostat ape tah lg..tipu2 ni semua keje org hati busuk, xde hati perut, xde otak n xde sgala2nya lah..
nak aku buktikan ker sijil2 combi tu..kang tkejut tenuk lak kang..kalau nak aku tunjukkan sijil2 fotostat yang budak pu3 batu buat tu pun bleh..tapi jgn tkejut lak siapa yang buat dan siapa yg punya sijil2 sampah tu..
fikirkanlah??..org yang amik krusus spenuh masa amik masa +-7tahun baru dpt master..si hyppo tu xsmpi 7 amik krusus PJJ plak tu dh bleh dpt master..itu baru la bleh di katakn sijil beli@sijil sampah@sijil penipu..tah ape mandrem dia baca smpi umno prhubungan pun kena tipu idup2.. sudah2 la jd penipu..mak x ajar anak jd penipu..
apa kata kita tukar jd ahli bahagian lain la..malu la jd pu3 batu dgn kpimpinan pu3 yg suka tipu2 ni..
salam perpaduan,
saya amat tertarik dengan komen yang agak ketara tentang puteri bahagian batu.
pada peribadinya saya amat kecewa dengan komen dan penulisan yang amat keterlaluan.
ahli puteri,kita balik semula apakah matlamat penubuhan puteri ini..puteri yang boleh dikatakan penubuhanya agak baru pun dah mengalami tsunami pergaduhan dan selisih faham yang amat ketara,saya pasti remaja akan takut dan meluat dengan puteri ini.
pada hemah saya, berpolitik lah secara baik dan bukanya terlalu emosional.mintalah pandangan dan tunjuk ajar berpolitik dari orang yang telah lama atau senior dalam politik..
saya sayangkan penubuhan puteri ini.kerana saya tidak nafikan penubuhan puteri sedikit sebanyak memberi suntikan untuk memperkukuhkan lagi umno itu sendiri..
kepada mereka yang menuduh kedua dua calon secara peribadi,bertanya lah pada orang yang tahu dan mengenali mereka.secara peribadi saya mengenali kedua dua calon ini.
adik-adik dan kakak kakak puteri,
jangan lah kerana marahkan nyamuk kelambu di bakar..berkempen lah secara baik dan gunakanlah kesuburan demokrasi yang tersemat dalam umno sebaik mungkin.kepada calon yang bertanding,selamat bertanding.bagi yang menang jalankan lah tanggungjawab sebaik mungkin.manakala yang kalah terimalah hakikat dan bersatulah demi perpaduan umno iaitu dalam puteri,dan orang melayu..
Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Salam Perjuangan,
fairul iskandar hj faizil de souza
salam abg fairul...
terima kasih di atas teguran dan pandangan yg diberikan...
sememangnya ia sesuatu yg amat diperlukan buat masa ini...
marilah kawan2... cuba kite pikir2 kan tentang bait2 komen di atas....
baik mane2 kem...
saya mewakili pu3 batu... memohon maaf di atas keterlanjuran kata2 kami.......
semoga persidangan yg bakal kite tempoh berjalan dengan lancar, berkhemat n BERSIH....
salam aildilfitri...
mohon maaf zahir & batin......
sayangi puteri batu.........
Salam Perjuangan,
Kepada Para Blogger yg budiman,
Pada mulanya saya tidak ingin menyentuh perihal PU3 Bahagian Batu kerana saya merasakan bahawasanya bukan orang yg layak untuk memberi sebarang komen, teguran dan pendapat tentang hak dan masa depan mereka untuk memilih pemimpin untuk menjayakan agenda PU3 UMNO.
Tetapi, adalah satu sikap tidak bertanggungjawab dan seperti melarikan diri dari tugasan fardhu kifayah untuk tidak menegur dan memberi pendapat dan idea untuk kebaikan bersama yang mana mungkin boleh merubah sedikit landskap politik PU3 UMNO Bhg Batu selepas ini. Insya-Allah.
Sebelum saya mengulas lebih lanjut, saya mohon ahli-ahli PU3 agar membaca artikel saya yang bertajuk berhubung "Menegur & Ditegur" di dalam blog ini pada 14hb Sept 08 dan menyeru untuk memahami, mendalami maksud dan pengertiannya.
Berbalik kepada senario politik PU3, saya merasakan banyak komen yang menyentuh perihal PU3 Batu yang dimuatkan di dalam blog ini bersifat "terlampau" dan tidak bertammadun langsung dan merasakan kedua-dua pihak yang bertanding perlu bertanggungjawab sepenuhnya dengan senario ini kerana seperti tiada larangan, merelakan dan bersetuju dengan apa yang sedang berlaku.
Terus terang saya mengatakan kedua-dua calon mempunyai kekuatan dan kelebihan masing-masing. Saya juga mengenali calon-calon yang bertanding dan tanpa berselindung dan tidak bersikap hipokrit memberitahu dan mengenali lebih dekat Sdr Siti Badariah (Chomb) daripada Sdr Hazreena kerana beliau salah satu AJK Kelab Sukan Komuniti Parlimen Batu (KSK Batu) yg banyak membantu saya menjayakan program2 sukan dan belia di peringkat Parlimen Batu yg mana saya adalah Pengerusinya.
Oleh itu, adalah tidak adil untuk saya membuat sebarang komen dan perbandingan berlandaskan politik mengenai siapa yang lebih baik, layak dan berwibawa untuk memimpin PU3 Batu di peringkat bahagian kerana saya mengambil pendekatan bahawasanya badan politik dan NGO adalah sesuatu yang berbeza sama sekali dari segenap aspek.
Walaubagaimanapun sekiranya sesiapa ingin tahu prestasi Chombi sebagai AJK KSK Batu, saya boleh bentangkan berlandaskan kapasiti saya sebagai Pengerusi KSK Batu dan seterusnya menasihati para perwakilan PU3 perlu membuat sedikit "homework" dengan "menggali", mengkaji dan mencari apa kekuatan dan kelemahan yang ada pada mereka untuk dinilai dan seterusnya menjadi panduan dan pedoman untuk memilih pemimpin mereka di peringkat Bahagian.
Bagi saya cuma satu, kita semua kena berubah dan wajib berubah dengan percaturan dan suasana politik sekarang. UMNO termasuk semua peringkat perlu bangkit dari "lamunan" dan perlu berhenti dari sifat egois yang telah terbuku begitu lama di sanubari setiap ahli-ahli UMNO dan ia perlu bermula dari kita sendiri.
As such, if we want to survive for another 50 years, sincerely we need strong courage to revamp the party from top to toe. For example, give the opportunity to "young" blood to lead, find a good leader with good characters, beriman and dynamic which may fulfill UMNO's agenda & etc.
Oleh itu, kepada Hazreena & Chombi selamat bertanding dan kepada para perwakilan PU3 semua, pesan saya hanya satu iaitu gunakan "matahati" anda untuk menggunakan hak anda dengan sebaik-baiknya sebab "kekadang benda atau sesuatu yang dekat kita mungkin terlepas pandang kerana kita asyik hanya melihat pada perkara yang jauh dan yang belum pasti kesudahannya"
Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir Batin.
Sekian terima kasih.
GULAM MUSZAFFAR HJ GULAM MUSTAKIM
salam aidilfitri abg gulam...
sy mewakili pu3 batu mengucapkan terima kasih diatas teguran di atas.. ianya menunjukkan keprihatinan abg ttg pu3....
mgkin dari segi pertandingan kami di pu3 begitu mentah.. kerna seigt sy ini adalah kali pertama pu3 ada bertanding untuk jwtan ketua pu3... mgkin ini adalah permulaannya membentuk kematangan pu3 itu sdiri.. kedua2 kem masih mencari platform & identiti yg sesuai...
perlu di ingtkan...
diantara menyandang jawatan "ahli jawatan kuasa" atau " ketua puteri" itu sdiri amat berbeza...
umpama dipimpin atau memimpin... kedua2 calon ada profile yg berbeza n kedua2 nyer perlu digerakkan dengan tertib yang betol...
pada sy...sebagai seorng di dlm pu3 n salah seorng yg menggerakkan pu3 buat tika ini... mahu pu3 bangun n sedar yang peranan kt sebagai generasi muda berjuang untuk bangsa n negara...
akhir kata...
salam aidilfitri...
bergembiralah kt diperayaan ini disamping itu beringat lah kt pada mereka yg bukan senasib kt....
jika kata2 sy ini menyinggung mane2 kem... mohon ampun dan maaf....
salam sayang dari sy...
"sayangi puteri batu..."
saya ni dh 6 thn kat utm ni...xpe penah pun sy jumpe siti badariah ni...betul ke tak betul ni?are you sure all the sijil's you have got from UTM??jgn gebang lebih sis...
take care!!!
Post a Comment