TERKINI : 16hb September -- Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim bertekad untuk meletakkan jawatanya hari ini walaupun di minta dipertimbangkan oleh Perdana Menteri dan meminta Zaid bercuti selama dua minggu. Zaid berkata beliau tidak mahu menjadi liabiliti kepada Perdana Menteri berhubungan kelantanganya mengenai isu ISA.
Zaid berkata " saya kecewa dengan perlaksanan ISA ". Sementara itu, Pak Lah dalam reaksi yang segeranya berkata " perletakan jawatan Zaid tidak akan menggangu perancangan mereformasikan sistem perundangan negara sepertimana yang dirancang".
KUALA LUMPUR ( berita sebelum ini )-- Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim menyerahkan surat perletakan jawatanya sebagai Menteri ekoran kenyataanya yang lantang mengkritik Akta ISA. Zaid difahamkan menyerahkan surat perletakan jawatanya di JPM pada pukul 2 petang hari ini. Zaid dilantik sebagai Menteri di JPM menjaga hal ehwal perundangan negara pada pembentukan kabinet yang baru selepas PRU yang ke 12 pada bulan Mac yang lepas. Zaid juga dilantik sebagai Senator bagi membolehkan dirinya dilantik sebagai Menteri.Baru - baru ini, Zaid juga dengan lantang mengkritik Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempersoalkan proses peralihan kuasa 2010.Beliau mencabar Muhyiddin Yassin meletakkan jawatanya.Perlantikan Zaid sebagai Menteri di JPM bagi menangani masalah perundangan juga mendapat sambutan yang baik daripada Majlis Peguam Malaysia.Sementara itu baru - baru Zaid dikatakan sudah bosan dan muak dengan insiden politik wang di Bahagian Kota Baru sehingga beliau gagal mendapat pencalonan yang mencukupi bagi bertanding jawatan Ketua Bahagian.Zaid merupakan bekas Ketua UMNO Kota Baru.
11 comments:
Alhamdullilah..
Hilang dah salah satu duri dalam daging..
Itu lah sebaiknya yg patut dilakukan oleh beliau.
sepatutnya zaid dah lama letak jawatan sbb tak layak pun jadi menteri. orang semua tau mamat ni kaki botol. tengok la statement kaki botol macamana. nak marah politik wang kat kota baru. zaid ni korang jangan ingat baik sangat. blah la bro..
Orang yang berkelulusan lawyer pun hidup dalam kepanasan.
seharusnya dlm keadaan skarang ni datuk zaid membantu PM dlm mengembalikan kekuatan parti & kerajaan. tindakan meletak jawatan bukan cara yg professional & tidak bertanggungjwb. rakyat tlh membuat pilihan & hormatilah pilihan yg tlh dibuat. apa salahnyer berbincang dgn semua agar keputusan secara kolektif dpt dibuat. setidak2nya fikirkan mase dpn & nasib malaysia ni!
Orang yang di bawa oleh Pak Lah???
yang memporak perandakan UMNO dan Kerajaan....!!!
saya bersetuju dengan perletakan jawatan beliau.dari komen yang beliau buat pada malam semalam, menambahkan lagi tekanan pada Pak Lah dan mengeruhkan isu perkauman sekarang.lebih2 lagi sikap berdiam diri beliau pada forum yang di anjurkan oleh majlis peguam yang lepas.eloklah turun.
xper lah, dia bercakap atas sifat2 dia seorang peguam dan bukan seorang politician.........
Sebenarnya sebagai orang baru dalam pentadbiran negara (yang dilantik PM), duduk diam-diam je lah dulu buat kerja. Ini nak cepat menunjuk terlebih pandai, ini lah jadinya. Tak sayang mulut pada tempat dan keadaan.
Aku rasa dia ni PKR dalam BN lah. Kita tengok kemana dia pergi lepas ni. Duduk diam-diam atau join PKR.
zaid kau memang tak layak jadi pemimpin. orng kelantan pun benci kau.semasa pru lepas pun kau tak mengudi.kau memang duri dalam daging.apa perjuagan kau untuk melayu.kau banyak menyokong majlis peguam yang dipimpin hindu.jangan ingat melayu tidur zaid.jangan nak jadi hero.zaid kau zero.
MACAM MANA UMNO NAK MAJU KALAU TAK LEH DI TEGUR,KALAU TRGUR KENA LETAK JAWATAN,ITU MACAM HANCURLAH UMNO.MEMANG LAH DAH HANCOR HIDOP DATO ZAID SATU2 NYA ANAK MELAYU YANG BERANI MENEGOR KEPIMPINAN ATASAN.GUA SELUT DATO ZAID KALAU BETUL PEMIMPIN ISLAM TERIMALAH TEGURAN DENGAN TERBUKA TAKBIRRRRRRRRRRR
Apa bende lah member kat atas ni cakap pasal tegur. Biar lambat asal selamat. Ini semua nak buat dalam 5 tahun. Dan dia bekerja seorang diri , ikut kepala sendiri, tanpa merujuk orang-orang lama yang berpengalaman dalam kabinet.
Kan aku dah kata dia ni PKR, baca Utusan hari ini, dia join Kaukus Parlimen anjuran PKR.
Sebenarnya kedudukan dia dah goyah pasal tak dapat pencalonan cukup untuk bertanding KB Kota Baru. Harapkan senator je. Tu pun tak nak lepaskan. Kalau dia hero, teruskan bantu Pak Lah di JPM tu.
Post a Comment